You are on page 1of 6

Teks Juruacara Majlis Konvokesyen Prasekolah Zon Tungku 2011 Ketibaan PPD Mengumumkan ketibaan, Yang Berbahagia Encik

Umin Bin Hj. Sadi, Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu.

Nyanyian Lagu

Hadirin sekalian, Bagi menyemarakkan rasa taat setia kepada Negara tercinta, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu Kebangsaan Negaraku dan Sabah Maju jaya. Majlis mempersilakan

Selamat Datang Cenderawasih terbang melayang, Dari Bangingod sampai ke Lok Buani; Salam kasih bertaut sayang, Pembuka majlis pagi nan seri.

Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua, Salam sembah pembuka bicara, Selamat dating untuk semua. Yang Berbahagia Encik Umin Bin Hj. Sadi, Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu, Yang Berusaha Tn. Hj. Rajid Bin Hj. Ab.

Rashid Pengerusi Prasekolah Zon Tungku, Yang Dihormati Encik Wandi Bin Eslin Timbalan Pengerusi Prasekolah Zon Tungku, Encik Marjan Bin Bahajan Guru Besar Sk. Sahabat 2 selaku
Pengelola Majlis Konvokesyen Prasekolah Zon Tungku 2011, Yang Dihormati Encik Matjhailin Bin Ini Pengurus Sahabat 1,

Encik Yusof Bin Hj. Ismail Pengurus Sahabat 2, Yang Dihormati Pn. Rusminah Bte Sari Penyelia Prasekolah Pejabat
Pelajaran Daerah Lahad Datu, Pengerusi Zon Bandar, Zon Silabukan dan Zon Segama, Guru Besar- Guru Besar Cemerlang, Guru Besar

sekolah-sekolah Zon Tungku, para jemputan khas, ahli jawatankuasa pelaksana, para ibu bapa serta graduan-graduan kecil yang diraikan pada hari ini. Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia sertaSelamat datang diucapkan ke Majlis Konvokesyen Prasekolah Zon Tungku tahun 2011. Kalau pergi Tanjung Keramat, Anak manis jangan diangkat; Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat. Bagi memberkati majlis kita di pagi yang ceria ini, majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa. Untuk itu, dengan sukacitanya majlis mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohammad Ismail Abdul Rahim dari Sk. Ulu Tungku bagi memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan... Amin, amin ya rabbal alaminMajlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas bacaan doa itu tadi.

Bacaan Doa

Ucapan Pengerusi Pengelola

Duduk sekawan gadis jelita, Buat santapan untuk pahlawan; Tampillah tuan kami meminta, Madah ucapan kata aluan. Untuk meneruskan acara, pihak majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Tn. Hj. Rajid Bin Hj. Ab. Rashid bagi memberikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilahkan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih di atas ucapan itu tadi.

Ucapan Perasmian

Terbang di awan burung jentayu, Di atas papan batang jerami; Tampillah tuan kami merayu, Bersama ucapan kata perasmi

Tuan-tuan, puan-puan, hadirin yang dihormati sekalian. Untuk tidak membuang masa, pihak majlis dengan berbesar hati menjemput Yang Berbahagia Encik Umin Bin Hj. Sadi untuk memberi ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Konvokesyen Prasekolah Zon Tungku pada pagi ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan Dengan berakhirnya ucapan itu tadi maka rasmilah sudah Majlis Konvokesyen Prasekolah Zon Tungku 2011 di pagi yang indah ini. Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih di atas ucapan itu tadi.

Penyampaian Cenderahati Perasmi

Hadirin sekalian, Majlis seterusnya menjemput dan mempersilahkan Tn. Hj. Rajid Bin Hj. Ab. Rashid Pengerusi Unit Prasekolah Zon Tungku di iringi oleh En. Marjan Bin Bahajan, guru besar Sk. Sahabat 2 selaku Pengelola Majlis Konvokesyen Prasekolah Zon Tungku bagi menyampaikan cenderakenangan kepada Encik Umin Bin Hj. Sadi Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu. Majlis mempersilahkan.. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih.

Persembahan 1

Hadirin yang dihormati sekalian, Kita akan dihiburkan dengan persembahan dan aksi comel oleh murid-murid Prasekolah SK Sahabat 16. Murid-murid Prasekolah ini akan mempersembahkan sebuah CHORAL SPEAKING yang bertajuk KONVOKESYEN. Mereka adalah dibawah pimpinan guru Prasekolah dan Teacher Helena dari Sk. Sahabat 16. Dengan sukacitanya dipersilakan Demikianlah tadi aksi comel yang dipersembahkan oleh murid-murid prasekolah SK. Sahabat 16 dan diharap para hadirin terhibur. Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

Penyampaian Sijil (SESI 1)

Tuan-tuan dan puan-puan, Seterusnya adalah penyampaian sijil bagi Sesi 1Oleh itu, majlis dengan sukacitanya menjemput Tn. Hj. Rajid Bin Hj. AB. Rashid dengan diiringi oleh Encik Wandy Eslin bagi menyempurnakan acara penyampaian sijil tersebutmajlis dengan sukacitanya mempersilahkan.

***Kumpulan graduan pertama yang akan menerima sijil adalah dari..(RUJUK LAMPIRAN) ***Dipersilahkan.adik Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih di atas kesudian Tn. Hj. Rajid Bin Hj. AB. Rashid menyampaikan sijil sebentar tadi.

Persembahan 2

Hadirin yang dihormati sekalian, Seterusnya adalah persembahan oleh murid-murid Prasekolah SK Sahabat 2. Murid-murid Prasekolah ini akan mempersembahkan sebuah tarian dan gerakan yang berjudul HORE-HORE. Persembahan ini adalah dibawah pimpinan Pn. Rosita Bte Abdul Rahim dibantu oleh guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid prasekolah Sk. Sahabat 2. Dengan sukacitanya dipersilakan Demikianlah tadi aksi comel yang dipersembahkan oleh murid-murid prasekolah SK. Sahabat 2 dan diharap para hadirin terhibur. Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

Penyampaian Sijil (SESI 2)

Dahan berangan dipuput bayu, Gema angin iringan mega Sesi pertama telah berlalu Menjelma kini sesi kedua

Tuan-tuan dan puan-puan, Tanpa membuang masa, majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian sijil bagi sesi yang kedua. Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilahkan Encik Marjan Bahajan bagi mengiringi Encik Wandy Eslin, untuk menyempurnakan acara penyampaian sijil tersebut. Majlis mempersilahkan.

***Kumpulan graduan pertama yang akan menerima sijil adalah dari..(RUJUK LAMPIRAN) ***Dipersilahkan.adik Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih di atas kesudian Encik Wandy Eslin menyampaikan sijil sebentar tadi.

Penyampaian Sijil Pelajar Terbaik Kurikulum

Tuan-tuan dan puan-puan, Seterusnya adalah majlis penyampaian sijil pelajar terbaik Kurikulum bagi setiap prasekolah di Zon Tungku dan sijil penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa. Dengan itu dijemput dengan segala hormatnya Encik Umin Bin Sadi dengan diiringi oleh Tn. Hj. Rajid Bin Hj. AB. Rashid untuk menyampaikan sijil. Majlis mempersilahkan ***Dipersilahkan untuk naik ke pentasadik.daripada. (SILA RUJUK LAMPIRAN) Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih di atas kesudian Encik Umin Bin Sadi menyampaikan sijil sebentar tadi.

Jamuan & Majlis Bersurai

Lebat rumbia di Sungai Kedah, Sayang senduduk di tepi muara; Penganan mulia terletak sudah, Samalah duduk menjamu selera

Hadirin sekalian, Sebelum kami mengakhiri majlis konvokesyen kita pada hari ini, terimalah dua rangkap pantun dari kami. Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta Di atas dahan burung tempua, Melihat rusa tepi perigi; Salam perpisahan untuk semua, Dilain masa bersua lagi

Majlis dengan sukacitanya mempersilahkan kepada para tetamu jemputan ke ruang makan bagi menikmati hidangan yang ada.

SEKIAN DAN TERIMA KASIH

You might also like