You are on page 1of 11

PEMIKIRAN LATERAL DR EDWARD DE BONO

Team 3
Tuan Siti

zakiah norita izzati izati

Hasnor Fatin Arif

nasarudin

KONSEP ?
Satu cara penyelesaian masalah dengan menggunakan daya imaginasi bukan secara logik atau tradisional. Pemikiran lateral meliputi pemikiran yang dilakukan untuk menjelajah dan membina persepsi baru.

KEPENTINGAN?
Pembinaan Idea Baru. Pembaharuan Dalam Perkembangan Produksi Dan Sistem Pemasaran. Penyelesaian Masalah dan Membuat Keputusan. Pengkajian Data Daripada Pelbagai Sudut Untuk Mendapatkan Maklumat Berguna. Pencarian Jalan bagi Menyempitkan Perbezaan Pendapat di kalangan manusia dab konsep.

ALAT-ALAT BERFIKIR
PMI ( Plus , Minus , Interesting )
Perkara baik, buruk dan menarik. Bertujuan untuk meluaskan persepsi.

AGO ( Aims , Goals , Objectives )

Matlamat, tujuan dan objektif Meluaskan sudut pandangan.

APC ( Alternatives , Possibilities , Choice )

Melihat perkara sama dari pelbagai sudut pandangan. Mencari cara lain untuk selesaikan masalah yang sama

PEMIKIRANTOPI BERFIKIR DE BONO

KAEDAH

Topi Biru ( Blue Hat ) Topi biru melambangkan pemikiran untuk mengawal dan menguasai. Warna biru melambangkan langit yang bermakna paling atas. Topi biru mengawasi topi-topi lain bekerja. Orang yang paling sesuai untuk memakai topi ini ialah sesorang yang menjadi ketua.

Topi Putih ( White Hat ) Topi putih melambangkan pemikiran objektif. Warna putih melambangkan kebersihan yag bermakna tiada prejudis. Topi putih digunakan untuk mencari fakta , angka dan maklumat semata-mata. Topi putih dipakai sebelum membuat sebarang keputusan memilih alternatif.

Topi Merah ( Red Hat ) Topi merah melambangkan pemikiran yang emosional. Warna merah melambangkan perasaan yang ghairah. Topi merah membenarkan pemikiran emosi dan intuisi sewaktu berfikir. Masa yang paling sesuai memakai topi ini ialah selepas mengambil kira semua fakta yang ada.

Topi Hijau ( Green Hat ) Topi hijau melambangkan pemikiran yang kreatif. Warna hijau melambangkan otak yang subur dengan ida-idea. Top hijau digunakan bagi mencari idea-idea alternatif berdasarkan maklumat yang ada. Topi hijau digunakan pada waktu mula-mula berfkir. Situasi yang paling penting bagi menggunakan topi hijau ialah ketika ingin menyelesaikan masalah.

Topi Kuning ( Yellow Hat ) Topi kuning melambangkan pemikiran yang konstrukktif. Warna kuning melambangkan kecerahan yang bermakna positif. Topi kuning digunakan bagi mencari segala faedah daripada sebarang idea alternatif yang dikeluarkan oleh topi hijau. Situasi yang paling baik bagi menggunakan topi kuning ialah apabila mendapati idea-idea yang banyak kelemahan .

Topi Hitam ( Black Hat ) Topi hitam melambangkan pemikiran yang kritikal dan negatif. Warna hitam melambangkan kegelapan yang bermaka tiada harapan. Topi hitam digunakan untuk mencari segala yang salah , sukar , berisiko dan berbahaya. Topi hitam berguna untuk menghasilkan rancangan kecemasan dan keselamatan. Topi hitam dipakai sebelum membuat sebarang tindakan dengan memikirkan segala kebuurukan dan kerugian yang akan dialami.

You might also like