You are on page 1of 11

K1

Diri Saya Nama saya Dusiyantha a/p Shanmugam. Saya berumur 12 tahun. Saya belajar di

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jenjarom. Saya belajar dalam Tahun 6. Saya tinggal di Taman Sungai Rambai, Jenjarom. Ayah saya bernama Encik Kaley manakala nama ibu saya pula Puan Pappa. Saya aaa seorang kakak, abang, adik lelaki dan adik perempuan. Saya anak ketiga dalam keluarga. Ayah saya seorang jurutera. Ibu saya suri rumah. Cita-cita saya ialah menjadi seorang usahawan. Saya belajar bersungguh-sungguh dari sekarang untuk mencapai cita-cita saya. Mata pelajaran kesukaan saya ialah matematik dan bahasa Inggeris. Hobi saya menanam pokok bunga. Pada masa lapang saya suka menanam pokok bunga. Makanan kegemaran saya ialah nasi goreng. Saya suka minum Milo. Warna kegemaran saya pula ialah biru. Saya suka memakai pakaian berwarna biru. Ayah saya Nama ayah saya Encik Kaley a/l Perianaan. Ayah saya berumur 40 tahun. Ayah saya ada seorang kakak, abang, adik lelaki dan adik perempuan. Ayah saya anak ketiga dalam keluarganya. Ayah saya seorang jurutera. Ayah saya seorang yang baik hati dan rajin. Beliau menjaga kami dengan baik. Beliau sangat sayang akan kami. Hobi ayah saya menanam pokok bunga. Pada masa lapang beliau suka menanam pokok bunga. Bunga kegemaran ayah saya ilah bunga ros. Pada cuti sekolah, ayah membawa kami melancong ke tempat-tempat yang menarik. Makanan kegemaran ayah ialah nasi priyani. Beliau suka minum teh. Warna kesukaan ayah pula ilah warna merah. Ayah saya suka memakai pakain berwarna merah. Ibu saya Nama ibu saya Puan Papa a/ Palaniappan. Ibu saya berumur 30 tahun. Ibu saya ada seorang kakak, abang, adik lelaki dan adik perempuan. Ibu saya anak ketiga dalam keluarganya. Ibu saya seorang suri rumah. Ibu saya seorang yang baik hati dan rajin. Beliau menjaga kami dengan baik. Beliau sangat sayang akan kami. Hobi ibu saya menanam pokok bunga. Pada masa lapang beliau suka menanam pokok bunga. Bunga kegemaran ayah saya ilah bunga ros. Pada cuti sekolah, ibu membawa kami melancong ke tempat-tempat yang menarik. Makanan kegemaran ibu ialah nasi priyani. Beliau suka minum teh. Warna kesukaan ibu pula ialah warna merah. Ibu saya suka memakai pakain berwarna merah. Ibu saya pandai memasak.

KARANGAN AUTOBIOGRAFI K1 Aku Sebuah Kamus Aku dilcetak di sebuah syarikat percetakan. Anggotaku terdiri daripada beratusratus helai kertas putih yang bercetak. Di atas badanku tertulis Kamus Dwibahasa. Pada suatu hari, aku dihantar ke Kedai Buku Osman. Di kedai itu, aku dipamerkan pada rak buku bersama-sama bukubuku yang lain. Setelah seminggu berada di kedai itu, aku dibeli oleh seorang lelaki. Aku dihadiahkan kepada anak bongsunya yang belajar di Tahun 6. Anaknya bernama Shanti. Dia sangat gembira menerimaku. Setiap hari dia membelekku. Aku digunakan untuk merujuk makna perkataan. Setelah beberapa tahun digunakan, aku menjadi lusuh. Sebahagian kulitku tertanggal dan isiku telah berkecai. Bapa Shanti telah membeli kamus baharu yang lebih tebal. Aku diletakkan di dalam bilik stor yang gelap. Aku sedih kerana aku bakal menjadi bahan buangan. K2 Aku sebuah komputer. Namaku Dell. Aku sebuah komputer. Aku diperbuat daripada plastik, besi dan komponen elektronik. Aku terdiri daripada monitor, papan kekunci, CPU, tetikus, pencetak dan sebagainya. Aku dipasang di sebuah kilang memasang komputer. Setelah siap dipasang, aku serta kawan-kawanku dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Kami dihantar ke sebuah kedai menjual komputer. Aku dan kawan-kawanku dipamerkan di dalam rak kaca. Di kedai itu aku dapat berkenalan dengan kawankawanku yang lain seperti Compaq dan Acer. Pada suatu hari seorang pemuda datang ke kedai aku. Dia tertarik akan aku. Akulah komputer yang paling canggih di kedai itu. Dia membeli aku pada harga RM 3500.00. Mulai hari itu pemuda tersebut menjadi tuanku. Dia menjaga aku dengan baik. Tuanku menggunakan aku untuk menaip, membaca emel, menonton video, mendengar lagu dan sebagainya. Pada suatu hari, aku mengalami kerosakan. Tuanku menghantar aku ke kedai membaiki komputer. Juruteknik di kedai gagal membaiki aku. Dia menjual aku sebagai besi buruk. Aku berasa sangat sedih. Begitulah berakhirnya riwayatku. K3 Aku sebatang pensel

Aku sebatang pensel. Namaku Stabilo 2B. Badanku berbentuk bujur. Aku berwarna hitam. Aku diperbuat daripada kayu dan karban. Aku dibuat di sebuah kilang pensel. Aku digunakan untuk menulis dan melukis. Setelah aku siap dibuat, aku bersama kawan-kawanku dimasukkan ke dalam kotak khas. Kami dihantar ke sebuah kedai menjual alat tulis. Aku dan kawan-kawanku dipamerkan di dalam sebuah rak khas. Pada suatu hari, seorang murid datang ke kedai aku. Dia terus membeli aku. Aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawanku. Budak itu menggunakan aku untuk menulis karangan. Apabila mataku tumpul budak itu akan mengasahku. Aku amat sakit setiap kali budak itu mengasah aku. Lamakelamaan badanku menjadi semakin kecil. Akhirnya aku tidak boleh digunakan lagi. Budak itu membuangku ke dalam tong sampah. Begitulah manusia! mereka memang tidak mengenang budi. K4 Aku sebatang pen Aku sebatang pen. Namaku Kilometriko. Badanku berbentuk bujur. Aku berwarna merah. Aku diperbuat daripada plastik dan besi. Perut aku diisi dengan dakwat merah. Setelah aku siap dibuat, aku bersama kawan-kawanku dimasukkan ke dalam kotak khas. Kami dihantar ke sebuah kedai menjual alat tulis. Aku dan kawan-kawanku dipamerkan di dalam sebuah rak khas. Pada suatu hari, seorang guru datang ke kedai aku. Beliau terus membeli aku. Aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawanku. Guru itu menggunakan aku untuk menyemak buku llatihan muridnya. Pada suatu hari dakwat merah di dalam perutku kering. Oleh sebab aku pen yang tidak boleh diisi semula dakwat, tuanku terus membuangku ke dalam tong sampah. Begitulah manusia! Mereka memang tidak mengenang budi. K5 Aku sebuah bas sekolah Aku sebuah bas sekolah. Namaku Hino. Badanku diperbuat daripada besi yang kuat. Aku juga dilengkapi dengan 40 tempat duduk. Sebuah enjin dipasang di bahagian hadapan badan aku. Enjin inilah yang menggerakkan aku. Aku juga dilengkapi dengan radio, televisyen dan penghawa dingin. Aku juga ada tayar, lampu, brek, setering dan lain-lain lagi. Aku dipasang di sebuah kilang. Setelah siap dipasang aku dihantar ke sebuah pusat menjual bas sekolah.

Pada suatu hari seorang usahawan datang ke tempat aku. Beliau membeli aku. Harga aku RM 1 juta. Usahawan itu menggunakan aku untuk membawa murid sekolah. Aku memulakan kerja aku seawal 6:00 pagi. Murid-murid yang menaiki aku sering mengotorkan aku. Mereka membuang banyak sampah di dalam badan aku. Pemandu yang memandu aku terpaksa membersihkan aku. Mujurlah dia seorang yang rajin. Pada suatu hari, aku dalam perjalanan ke sekolah. Tiba-tiba brek aku tidak berfungsi. Pemandu bas tidak dapat mengawal aku. Aku melanggar sebatang pokok. Badan aku rosak teruk. Aku dihantar ke sebuah bengkel. Di sana mekanik membaiki badan aku. Badan aku dicat dengan cat baharu. Sehingga hari ini, aku masih bekerja keras untuk tuan aku.

K6

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

Soalan : Tulis sepucuk surat kepada kawan kamu untuk mengajaknya bercuti di tempat kamu) 13, Jalan Delima, Kampung Sungai Rambai, 42600 Jenjarom, Selangor Darul Ehsan. 2 Januari 2010. Menemui sahabatku Kasturi yang berada di Kuala Lumpur. Semoga sihat sejahtera. Saudari, Apa khabar saudari di sana? Saya berharap saudari sihat di samping keluarga. Saya di sini sihat sejahtera. Saya berasa sungguh gembira kerana baru sahaja selesai menduduki UPSR. Cuti sekolah pula semakin hampir. Sudah lama kita tidak berutus surat. Saya berasa sangat rindu akan saudari. Tujuan saya mengutus surat ini adalah untuk mengajak saudari bercuti di kampung saya.. Untuk pengetahuan saudari, kampung saya merupakan sebuah kampung yang indah. Kebanyakkan penduduk di sini bekerja di kilang. Saya ingin membawa saudari bermanda-mandi di pantai Morib. Kita juga boleh melawat tempat-tempat bersejarah di Kuala Langat. Di sini juga ada sebuah ladang teh. Saya bercadang membawa saudari ke ladang itu. Saya berharap saudari sudi menerima cadangan saya ini dan membalas surat saya dengan segera. Semoga kita dapat berjumpa pada cuti sekolah nanti.

Sekian, terima kasih. Yang benar, S. Mohana

K7

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

Soalan : Tulis sepucuk surat kepada kawan kamu untuk mengucapkan tahniah kerana lulus cemerlang dalam UPSR) 13, Jalan Delima, Kampung Sungai Rambai, 42600 Jenjarom, Selangor Darul Ehsan. 2 Januari 2010. Menemui sahabatku Kasturi yang berada di Kuala Lumpur. Semoga sihat sejahtera. Saudari, Apa khabar saudari di sana? Saya berharap saudari sihat di samping keluarga. Saya di sini sihat sejahtera. Saya mendapat berita bahawa saudari lulus cemerlang dalam UPSR. Saya mengucapakan tahniah kepada saudari. Saya sangat gembira akan kejayaan saudari ini. Ibu bapa saya juga turut menumpang gembira. Kejayaan saudari ini akan menjadi perangsang bagi saya. Kalau boleh saya ingin mengajak saudari bercuti di tempat saya pada cuti akan datang. Ayah saya akan membawa kita melawat seluruh Kuala Langat.

Inilah hadiah saya kepada saudari atas kejayaan saudari. Saya berharap saudari akan membalas surat ini dengan segera. Semoga kita dapat berjumpa pada cuti sekolah nanti. Sekian, terima kasih. Yang benar, S. Mohana

K7

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

Soalan : Tulis sepucuk surat kepada kawan kamu untuk mengundangnya ke majlis hari lahir kamu) 13, Jalan Delima, Kampung Sungai Rambai, 42600 Jenjarom, Selangor Darul Ehsan. 2 Januari 2010. Menemui sahabatku Kasturi yang berada di Kuala Lumpur. Semoga sihat sejahtera. Saudari, Apa khabar saudari di sana? Saya berharap saudari sihat di samping keluarga. Saya di sini sihat sejahtera. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengundang

saudara ke majlis hari lahir saya. Saya akan menyambut hari lahir saya yang ke-12 pada 15.2.2011. Majlis ini akan akan diadakan di rumah saya pada pukul 8:00 malam. Ibu bapa saya sudah mula membuat persiapan untuk majlis ini. Ayah saya sudah memulakan kerja-kerja mengecat rumah. Ibu pula sibuk menyediakan pelbagai kuih-muih. Kakak saya akan melakukan kerja-kerja menghias rumah. Saya turut membantu mereka. Ibu bapa saya sudah membelikan saya sepasang baju yang amat cantik. Kek hari lahir juga sudah ditempah. Ayah saya berjanji akan menghadiahi saya sebuah komputer riba sebagai hadiah hari lahir saya. Saya berharap saudari seisi keluarga akan menghadiri majlis ini. Sekian, terima kasih. Yang benar, S. Mohana K7 SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI 13, Jalan Delima, Kampung Sungai Rambai, 42600 Jenjarom, Selangor Darul Ehsan. 2 Januari 2010. Menemui sahabatku Kasturi yang berada di Kuala Lumpur. Semoga sihat sejahtera. Saudari, Apa khabar saudari di sana? Saya berharap saudari sihat di samping keluarga. Saya di sini sihat sejahtera. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengundang saudara ke majlis hari lahir SURAT KIRIMAN RASMI Setiausaha, Kelas Enam Bijak, Sekolah Kebangsaan Seri Intan, 47600 Subang Jaya, Selangor.

Soalan : Tulis .

Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Seri Intan, 47600 Subang Jaya, Selangor. Tuan, Memohon Menggunakan Perpustakaan Sebagai Tempat Mengulang Kaji Pada Hari Ahad Merujuk kepada perkara di atas, saya sebagai Setiausaha Kelas Enam Bijak ingin memohon keizinan daripada tuan menggunakan perpustakaan sebagai tempat mengulang kaji pelajaran pada setiap hari Ahad. 2.Tujuan kami menggunakan perpustakaan kerana terdapat banyak bahan bacaaan dan rujukan, surat khabar, Majalah Didik, kamus, dan contoh-contoh soalan UPSR tahun yang lalu. 3.Kami akan menggunakan perpustakaan pada setiap hari Ahad mulai 10 Julai ini. Kami akan mengulang kaji selama tiga jam dari 8.30 pagi hingga 11.30 pagi. Ini melibatkan seramai 20 orang murid kelas kami dan akan ditemani guru kelas iaitu Puan Zaiton binti Ahmad. 4.Saya berharap permohonan kami ini mendapat persetujuan daripada pihak tuan. Kami berjanji akan menjaga kebersihan di perpustakaan. Sekian, terima kasih. Yang benar, Nur Syahirah (NUR SYAHIRAH BINTI ISMAIL) Setiausaha, Kelas Enam Bijak, Sekolah Kebangsaan Seri Intan. 3 APRIL 2010.

CACATAN UNTUK SEHARI Catatkan peristiwa-peristiwa anda semasa menyertai aktiviti gotong-royong

membersihkan kawasan sekolah anda.

8.00 pagi Semua murid berkumpul di padang. Guru besar memberikan ucapan. Kemudian guru yang bertugas memberikan taklimat tentang kegiatan gotong-royong tersebut. 9.00 pagi Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diketuai oleh guru kelas. Kumpulan kami ditugasi sekolah. 10.00 pagi Ahli-ahli dalam kumpulanku asyik menjalankan tugas masing-masing. Ada yang sedang menyapu, mengutip sampah, dan ada pula yang memotong rumput. 10.30 pagi Kami berehat sebentar di bawah pokok kerana keletihan. Kami minum air mineral yang disediakan oleh pihak sekolah. 11.00 pagi Kegiatan gotong-royong diteruskan lagi. Sampah sarap dimasukkan ke dalam plastik hitam. 12.30 tengah hari Kegiatan gotong-royong selesai. Kawasan sekolah kelihatan bersih. Sungguhpun penat, namun kami berasa gembira. untuk membersihkan kawasan padang

CATATAN UNTUK BEBERAPA HARI Anda dan keluarga anda telah pergi bercuti ke sebuah pusat peranginan yang terkenal di negeri anda. Tuliskan catatan anda tentang percutian itu. Ahad, 24 Mei 2010 Pagi-pagi lagi aku dan keluargaku telah bersiap untuk bercuti ke Cameron Highland, di Pahang. Sepanjang perjalanan, aku berasa sangat gembira sambil menyanyi-nyanyi kecil. Keadaaan jalan ke Cameron Highland bengkang-bengkok. Tibatiba kepalaku terasa pening dan tekakku loya. Ayah memperlahankan kereta. Tepat 3.00 petang, kami tiba di sana. Udaranya yang sejuk dan nyaman begitu menyegarkan kami. Kami menjamu selera di sebuah restoran sebelum pulang ke bilik hotel. Isnin, 25 Mei 2010 Selepas bersarapan pagi,kami sekeluarga pergi melawat ladang sayur-sayuran seperti kobis, brokoli, asparagus, dan lobak merah. Kami turut membeli sayur-sayuran segar dengan harga yang murah. Kemudian, kami pergi ke Taman Rama-rama,Taman Ros, dan Taman Kaktus. Pada waktu petang pula, kami pergi melawat ke Taman Strawberi. Di sini kami dapat merasa strawberi yang segar. Selepas itu, kami singgah pula di kedai cenderamata yang menjual t-shirt. Selasa, 26 Mei 2010 Kami berkemas untuk pulang. Sebelum pulang kami singgah di Ladang Teh Boh. Ladang teh ini sangat luas. Kami membeli beberapa bungkus teh untuk dibawa pulang. Di sepanjang perjalanan menuruni pusat peranginan ini, kami dapat menyaksikan hutan yang menghijau serta air terjun yang cantik. Sesungguhnya, Cameron Highland mempunyai keistimewaannya yang tersendiri untuk dikunjungi. Kami sekeluarga sungguh gembira bercuti di Cameron Highland. KARANGAN JENIS DIALOG DAN TEMU RAMAH

Tulis perbualan anda dengan rakan anda tentang buku-buku yang dibeli di pesta tersebut. Muthu Muthu : Selamat petang, Wai Meng. : seronok betul rasanya dapat pergi ke pesta buku kelmarin. Saya

Wai Meng : Selamat petang, Muthu.

You might also like