You are on page 1of 13

1

Soalan 1










ke[adlan 1anah 8unLuh dl kondomlnlum yang berlaku pada 11 ulsember 1993










ke[adlan Lanah runLuh yang berlaku dl 8uklL AnLarabangsa pada 6 ulsember 2008

IoJilob Binti Kossim 76948666 BSS Honusio
Bon Alom Sekitor

2









Sebuah banglo dl 1aman Plllvlew Pulu klang mlllk bekas pangllma 1enLera !en (8) 1an Srl
lsmall Cmar runLuh selepas dlrempuh Lanah runLuh darl buklL bersebelahan












ke[adlan Lanah runLuh yang menlmpa 8umah Anak ?aLlm Al1akwa lelcra Semungkls 8aLu
14 ulu LangaL Selangor yang berlaku pada 21 Mel 2011


IoJilob Binti Kossim 76948666 BSS Honusio
Bon Alom Sekitor

3










ke[adlan 1anah runLuh dl 8awang Selangor












1anah 8unLuh dl 1aman Plllvlew ulu kelang

IoJilob Binti Kossim 76948666 BSS Honusio
Bon Alom Sekitor

4

!0ng0nalan
Ramai orang mengatakan kejadian tanah runtuh, banjir kilat, kemarau, ribut dan
sebagainya merupakan Ienomena alam dan hanya siIat-siIat bumi yang dinamik. Namun, kita
sebenarnya terlupa bahawa sebahagian besar daripada kejadian tersebut sebenarnya berpunca
daripada tindakan manusia sendiri. Kesan-kesan daripada bencana alam telah meningkatkan
intensitinya akibat tingkah laku manusia di dalam alam ini. Hal ini diakui sendiri oleh pakar-
pakar geologi dari seluruh dunia. Begitu jugalah dengan kejadian tanah runtuh yang selalu
menimpa rakyat di negara ini yang merupakan salah satu daripada Ienomena geobencana
yang sering berlaku samada secara semulajadi atau akibat aktiviti manusia. Proses kejadian
tanah runtuh melibatkan gelongsoran tanah atau pergerakan tanah dari satu kedudukan yang
tidak stabil dan ianya berlaku secara pantas atau perlahan oleh tarikan graviti. Sekiranya ia
berlaku secara kecilan dan perlahan, ia mungkin kurang membahayakan alam tetapi jika ia
berubah kepada skala yang lebih besar dan pantas, ia boleh memberi kesan buruk dan
mengakibatkan kemusnahan dan kematian pada sesuatu kawasan. Beberapa konsep asas
tentang tanah runtuh dapat dinyatakan umpamanya seperti pergerakannya adalah dari
kawasan tinggi ke kawasan yang rendah iaitu mengikuti cerun akibat tindak balas terhadap
daya tarikan graviti. Pergerakannya boleh disertai dengan agen pembawa seperti aliran air
ataupun tidak.
Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang tidak ketinggalan mengalami
bencana alam iaitu kejadian tanah runtuh yang kerap kali dilaporkan oleh media massa.
Bermula dengan kejadian kondominium runtuh di Highlands Towers, Hulu Klang, Selangor
yang mengorbankan 48 nyawa berlaku pada 11 Disember 1993. Kejadian ini berlaku selepas
tanah runtuh berlaku di belakang kondominium itu. Kemudian disusuli pula dengan tanah
runtuh di jalan susur Genting Highlands. Kejadian ini dipercayai berpunca daripada hujan
lebat yang mengakibatkan air turun laju dan menghanyutkan pokok dan tanah berhampiran
terowong Karak dan seterusnya Tragedi Pos Dipang di Perak pada 29 Ogos tahun1996 yang
mengorbankan 39 nyawa. Selepas itu negara dikejutkan pula dengan kejadian tanah runtuh di
Bukit Antarabangsa pada bulan Mei 1999. Sebenarnya banyak lagi kes kejadian tanah runtuh
yang berlaku yang turut dilaporkan, tetapi yang paling terbaru adalah kejadian tanah runtuh
yang menimpa Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Ulu Langat
Selangor yang berlaku pada 21 Mei 2011.

IoJilob Binti Kossim 76948666 BSS Honusio
Bon Alom Sekitor

3

aktor-aktor Yang M0ny0-a-kan Tanah Runtuh
Terdapat dua Iaktor yang menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh iaitu disebabkan
oleh Iaktor semulajadi atau pun Iaktor manusia.
a. aktor S02ulajadi
Malaysia adalah sebuah negara yang terletak di dalam kawasan hutan hujan tropika
yang menerima hujan sepanjang tahun. Keadaan ini menyebabkan berlakunya banyak
kejadian tanah runtuh yang disebabkan oleh kadar penyerapan air yang tinggi selepas hujan
yang mana ianya menyebabkan kandungan aliran air dalam tanah menjadi banyak dan ini
menyebabkan tanah menjadi longgar kerana wujud ruang larian air dalam tanah. Pergerakan
tanah berlaku di kawasan yang mengandungi kuantiti takungan atau larian air yang banyak
dan seterusnya menyebabkan berlakunya tanah runtuh terutamanya di lereng-lereng bukit
sepanjang tahun dan inilah yang terjadi kepada Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Felcra
Semungkis, Batu 14, Ulu Langat Selangor baru-baru ini, tragedi banjir lumpur yang berlaku
di Pos Dipang , Kampar Perak pada tahun1996 dan kejadian tanah runtuh di Jalan Susur
Genting Highlands pada 1995 kerana menurut Pengarah Institusi Alam Sekitar dan
Pembangunan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), ProIesor Datuk Ibrahim Komoo
(2011), kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal,
Hulu Langat, baru-baru ini, berkemungkinan berpunca daripada Iaktor alam semula jadi, iaitu
aliran puing (debris Ilow) memandangkan kawasan berkenaan masih belum diteroka dan
katanya lagi kejadian berkenaan berkemungkinan mempunyai persamaan dengan tragedi
banjir lumpur yang berlaku di Pos Dipang, Kampar, Perak pada 1996 dan di Jalan Susur
Genting Highlands pada 1995. 'Debris Ilow ini berpunca daripada tiga Iaktor alam sekitar
iaitu keadaan cuaca, keadaan muka bumi dan geologi, di mana ia turut berkaitan dengan
sumber air atas bukit. 'Tekanan air atas bukit yang kuat ini turut membawa sekali batu,
pokok serta tanah dan mengakibatkan pergerakan tanah punca berlakunya tanah runtuh,
(Datuk Ibrahim Komoo, 2011).
-. aktor Aktiviti Manusia
i) !02-angunan di Tanah Tinggi
Ativiti pembangunan yang dilakukan di tanah tinggi dan cerun bagi tujuan ekonomi
seperti pembinaan hotel, perumahan dan pembinaan jalan raya secara tidak terancang.

IoJilob Binti Kossim 76948666 BSS Honusio
Bon Alom Sekitor

6

erun-cerun diteres dan tidak dilakukan secara betul. Pengurusan cerun yang lemah
seperti melakukan potongan cerun secera menegak dan tiada sistem perparitan yang baik bagi
tujuan pengaliran air serta tidak dibuat tanaman tutup bumi bagi menggelakkan hakisan
permukaan. Ini dibuktikan oleh kejadian kondominium runtuh di Highland Towers lima
belas tahun yang lalu. Apabila kejadian kondominium Highlands Towers berlaku, banyak
pihak menjangkakan bahawa akan berlaku penurunan terhadap pembinaan bangunan di
kawasan tanah tinggi. Namun, jangkaan ini meleset sama sekali kerana masih ramai yang
sanggup membeli rumah di kawasan tersebut memandangkan ia menjadi simbol kemewahan
atau status golongan berada. Hal ini adalah rata-rata rumah-rumah banglo yang dibina di
kawasan tanah tinggi maampu mencapai harga jutaan ringgit. Selain itu, golongan yang
membeli rumah di kawasan tinggi juga membayangkan bahawa mereka tinggal di kawasan
peranginan, berhampiran alam semula jadi, jauh dari kesibukan kota dan suasana yang
mendamaikan.
Atas alasan inilah masih banyak lagi projek perumahan dibina di kawasan tanah
tinggi. Menurut Abdullah Fahim (2009), berbagai-bagai usaha dijalankan oleh Kementerian
Alam Sekitar bagi memastikan kawasan sensitiI dan berisiko tinggi seperti kawasan tadahan
air, hutan simpan kekal dan sebagainya tidak dibangunkan sewenang-wenangnya. Namun,
usaha ini kadangkala dipandang sepi kerana kuasa sebenar pembangunan di kawasan tanah
tinggi terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri di mana selagi ia memberi pendapatan
berganda kepada kerajaan negeri, selagi itulah projek-projek pembangunan seumpama ini
akan diteruskan. Buktinya kita dapat saksikan pula pada bulan Mei tahun 1999, berlaku
kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang berpunca daripada aliran air bawah tanah
yang pada asalnya ditambak di kawasan itu menyebabkan tebing konkrit pada bahagian
tebing pecah. Tragedi Highlands Towers yang genap lima belas tahun lalu tidak dijadikan
ikhtibar oleh pihak pemaju. Selepas itu pada 2 November 2002, sebuah banglo milik bekas
panglima angkatan tentera, Jen (B) Tan Sri Omar runtuh selepas dirempuh tanah runtuh dari
bukit bersebelahan rumahnya yang mengorbankan isterinya, anaknya, dua menantu dan cucu
serta pembantu rumahnya dan yang seterusnya kita dapat lihat sikap orang ramai yang tidak
mengambil ikhtibar daripada kejadian yang berlaku sehinggakan berlaku lagi kejadian tanah
runtuh di kawasan yang sama pada 6 Disember 2008 iaitu di Taman Bukit Mewah, Bukit
Antarabangsa, yang meragut lima nyawa dan menimbus 14 bunglo milik penghuni disitu.


IoJilob Binti Kossim 76948666 BSS Honusio
Bon Alom Sekitor

7

ii) Aktiviti !02-alakan Tanpa Kawalan
Penebangan hutan dan penggondolan tanah untuk tujuan pertanian, perumahan dan
sebagainya menyebabkan tanah terdedah kepada agen hakisan. Senario ini berlaku kerana
aktiviti pembalakan di negara kita ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Permukaan
tanah yang menerima hujan secara terus atau langsung dengan kelajuan yang tinggi apabila
tiada tumbuhan yang menghalangnya menyebabkaan struktur tanah menjadi longgar
menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh. Keadaan ini selalu terpapar di media
massa. Menurut Utusan Malaysia bertarikh 18 Jun 2011, antara kawasan yang cukup
sinonim dengan masalah ini ialah kawasan Tanah tinggi Lojing yang terletak di wilayah barat
daya Kelantan, merupakan Banjaran Titiwangsa dengan keluasan lebih 25,000 kilometer
persegi yang terletak bersempadanan dengan Tanah Tinggi ameron Highlands, Pahang
dengan suhu 18 hingga 25 darjah celcius yang menjadi pusat pengeluaran sayur-sayuran di
negeri ini.
Begitupun, kerakusan pihak tertentu menjalankan penerokaan secara tidak terkawal
di kawasan tersebut, menyaksikan tanah tinggi Lojing semakin 'gondol' dan terdedah kepada
ancaman hakisan serta tanah runtuh. Malah, kewujudan begitu banyak kawasan pertanian
Iertigasi turut menyaksikan kawasan sekitar tanah tinggi Lojing berdepan dengan ancaman
alam sekitar yang semakin serius apabila bahan buangan serta sampah-sarap daripada projek
tersebut tidak diurus dengan baik dan dibuang sesuka hati. Menurut sumber di Internet, nama
Lojing sendiri dipercayai berasal daripada perkataan logging bermaksud pembalakan, aktiviti
yang dikatakan paling banyak dilakukan di kawasan tanah tinggi berkenaan. Tinjauan
Utusan Malaysia di sepanjang lebuh raya ameron Highlands-Lojing-Gua Musang, pula
menyaksikan kerakusan pihak tertentu meneroka tanah khususnya untuk pertanian hatta
sehingga ke puncak bukit habis ditarah. Malah, terdapat dengan jelas beberapa kejadian
tanah runtuh akibat pembukaan secara tidak terkawal tanah tersebut, tetapi tiada tindakan
konkrit diambil oleh pihak berkenaan bagi mengelak kejadian lebih buruk.
K0san K0jadian Tanah Runtuh
Tanah runtuh merupakan satu malapetaka major dunia kerana ianya tersebar luas dan
memberi impak yang besar termasuk negara Malaysia. Kesan daripada malapetaka tanah
runtuh ini berbahaya kepada manusia dan juga kepada benda hidup yang lain. ontohnya,
bahan di cerun yang tepu dengan air boleh membentuk aliran sampah atau aliran lumpur.

IoJilob Binti Kossim 76948666 BSS Honusio
Bon Alom Sekitor

8

ampuran pekat batu dan lumpur mungkin menghanyutkan pokok, rumah, dan kereta dan
menghalang laluan jambatan. Aliran sungai bercampur lumpur yang dahsyat boleh
menyebabkan banjir sepanjang laluannya.

i) K020rosotan Ekono2i N0gara
Tanah runtuh sudah tentunya menyebabkan kerosakan harta benda. Hal ini membawa
kerugian kepada ekonomi sesebuah negara. Ekonomi juga diperlukan dalam membaik pulih
semula kawasan yang telah mengalami tanah runtuh. Ini memerlukan kos yang banyak dan
sedikit sebanyak menggangu ekonomi sesebuah negara. ontohnya secara purata, tanah
runtuh ini menyebabkan kerugian yang bernilai $1-2 billion US dolar dan 25 kecelakaan
setiap tahun di Amerika Syarikat, di Utah, U.S, pada tahun 1983, jumlah kos bagi membaik
pulih kawasan tanah runtuh adalah sebanyak 500 juta dollar Amerika dan ianya merupakan
pembiayaan kos yang paling mahal dalam sejarah tanah runtuh U.S. dan kerugian akibat
tanah runtuh di United States dianggarkan sebanyak 1.5 billion dolar setiap tahun.
ii) K0rosakan Infrastruktur.
Tanah runtuh boleh membawa kepada kerosakan harta benda akibat daripada daya
aliran tanah mahupun lumpur. ontohnya kemusnahan sesebuah bangunan dan juga
penempatan manakala tanah runtuh yang dahsyat boleh menyebabkan kemusnahan sesebuah
bandar, kerosakan jalan raya, terjejasnya sistem perhubungan jalan raya dan juga sistem
komunikasi. Gempa bumi the loma prieta misalnya yang berlaku pada bulan oktober 1989
menyebabkan beribu-ribu kawasan mengalami tanah runtuh dengan keluasan sehingga
mencapai 5400 persegi menyebabkan sistem perhubungan jalan raya terjejas, kerosakan harta
benda dan juga kemusnahan rumah dan gelinciran Tanah Taman Hill view yang berlaku pada
20 November 2002 telah memusnahkan sebuah rumah banglo.
iii) K0hilangan Nyawa
Kehilangan nyawa merupakan satu kesan yang berbahaya apabila berlakunya sesuatu
tanah runtuh dan ianya sukar dielakkan. Banyak nyawa akan terkorban apabila berlakunya
tanah runtuh contohnya gelinciran Tanah Taman Hill View berlaku pada 20 November 2002
telah memusnahkan sebuah rumah banglo dan mengorbankan lapan nyawa sekeluarga.

IoJilob Binti Kossim 76948666 BSS Honusio
Bon Alom Sekitor

9

Kejadian tanah runtuh di Highland Towers, Ulu Kelang menyebabkan seramai 48 orang
terkorban dan ramai yang tercedera serta tanah runtuh di AberIan Wales di UK melibatkan
gelinciran puing jenis putaran yang berlaku pada cerun bukit telah meranapkan sebuah
sekolah menyebabkan 144 orang terkorban termasuk 116 adalah kanak-kanak sekolah
terbabit yang berusia antara 7 hingga 10 tahun.
iv) !0ru-ahan Landskap !0r2ukaan Bu2i.
Tanah runtuh meyebabkan perubahan landskap yang ketara terhadap permukaan
bumi. Timbunan tanah dan juga lumpur daripada kegiatan tanah runtuh menyebabkan
kawasan tanah tinggi mungkin menjadi rata dan pengendapan sedimen juga boleh menjadi
tebal dengan pantas. Kesannya, sungai-sungai atau empangan tasik menjadi lebih cetek untuk
menakung jumlah air yang banyak. Aras air sungai menjadi lebih tinggi dan kawasan darat
berubah menjadi kawasan berair dan tanah runtuh juga boleh menyebabkan cerun tanah atau
batuan menjadi semakin cerun dan tidak stabil.
Langkah M0ngatasi Tanah Runtuh
i) !0ny0lidikan Dan !0ngu2pulan Maklu2at M0ng0nai Tanah Runtuh S0.ara
B0rt0rusan
Apabila kita mempunyai maklumat mengenai ciri curahan hujan untuk 500 tahun
terakhir, kita akan dapat meramal dengan kepercayaan yang tinggi mengenai corak curahan
hujan untuk 500 tahun akan datang. Apabila kita peta dengan terperinci kawasan di landa
banjir, kedalaman air banjir, kelakuan curahan hujan, jenis pembangunan ketika itu dan
impaknya, sebetulnya kita sudah mempunyai maklumat penting untuk berdepan risiko
bencana banjir pada masa akan datang. Begitu juga dengan kejadian tanah runtuh, sama ada
ia mengorbankan nyawa atau tidak, pengetahuan mengenai kedudukan, saiz, mekanisme
kegagalan, Iaktor penyebab dan pencetus, dan impaknya adalah maklumat paling penting
untuk membolehkan kita meramal potensi dan risiko kejadian tanah runtuh akan datang.
Lebih banyak dan tepat maklumat terkumpul, lebih mudah dan jelas bagi kita meramalkan
dan merancang tindakan yang boleh diambil untuk meminimumkan impaknya kepada
masyarakat dan harta benda. Pendekatan pengurangan risiko bencana yang paling eIektiI
ialah dengan mewujudkan dasar dan perancangan pengurusan bencana secara bersepadu dan

IoJilob Binti Kossim 76948666 BSS Honusio
Bon Alom Sekitor

10

jangka panjang. Penilaian dan pemantauan terperinci mengenai risiko bencana diperlukan,
dan keputusan perlu dicapai sama ada kerja membaikpulih atau pengukuhan boleh dilakukan
bagi mengelak kejadian bencana, atau tindakan drastik mesti diambil untuk memindahkan
komuniti yang terperangkap dengan risiko bencana yang tinggi ke kawasan lebih selamat.
ii) M02-ina Struktur !02uliharaan Tanah
Struktur-struktur pemuliharaan tanah boleh mengawal hakisan dengan berkesan.
Sistem perparitan dan struktur yang dibina dapat menyalirkan air dengan selamat.
Kebanyakan struktur dibina dengan menggali tanah dan menggunakan bahan asli yang
mudah didapati seperti tanah, batu dan kayu. Struktur-struktur yang disenaraikan di bawah
adalah sesuai dibina dalam ladang-ladang pertanian iaitu parit dan laluan air bagi menyalir
air hujan yang berlebihan dan dinding parit hendaklah ditanam dengan rumput. Pembinaan
perangkap kelodak (silt/pits) juga perlu serta pentas untuk tapak pokok atau tanaman. Selain
itu teres-teres juga perlu dibina bagi menyekat larian air dan pembinaan empangan kecil bagi
menampan hadlaju air parit serta sistem pembentungan di bawah jalan (culvert)
dan pembinaan gabion atau dinding konkrit pada cerun yang sangat curam.
iii) A2alan Agrono2i Untuk M0ngawal Hakisan Atau Tanah Runtuh.
Banyak amalan agronomi bukan sahaja meningkatkan kesuburan tanah dan
menambahkan hasil, tetapi turut juga memulihara tanah daripada ketandusan dan mengawal
hakisan. Berikut ialah amalan agronomi yang dapat mengawal hakisan dengan berkesan
iaitu menanam penutup bumi seperti kekacang, membuat sungkupan bagi menutup
permukaan tanah, menanam rumput di tebing-tebing, membajak secara minimun supaya tidak
banyak tanah yang terhakis dan sebagainya.
iii) !02ulihan Ekosist02
Dalam memahami dan menangani tragedi tanah runtuh ini, kita perlu kembali kepada
asas pengurusan ekosistem secara bersepadu kerana menurut Dr Zaini Ujang dalam Berita
harian 12 Desember 2008, kejadian tanah runtuh seperti di Bukit Antarabangsa berpunca
daripada ekosistem sensitiI dan mudah terjejas dan akan mengancam penduduk jika
pembangunan dibiarkan tanpa kawalan. Menurut beliau lagi ekosistem terbahagi kepada

IoJilob Binti Kossim 76948666 BSS Honusio
Bon Alom Sekitor

11

empat komponen utama iaitu geoIera (tanah, batuan, kontur), hidrosIera (laut, sungai, tasik,
alur air, air bawah tanah), atmosIera (udara) dan biosIera (hidupan dan tumbuhan). Oleh
yang demikian kawasan-kawasan yang selalu berisiko terjadinya kejadian tanah runtuh perlu
dipulihkan ekosistemnya seperti tidak menjalankan pembangunan di kawasan tersebut untuk
memulihkan ekosistemnya semula.
iv) !0ndidikan Awa2 Atau Ko2uniti
Sebenarnya inilah pendekatan paling berkesan untuk mengurangkan risiko bencana
seperti tanah runtuh dan sebagainya. Apabila masyarakat mula memahami dan menghayati
konsep risiko bencana di sekitarnya, mereka boleh membuat keputusan sama ada terus
menghayati konsep risiko bencana atau tidak dengan lebih bijak untuk terus tinggal di tempat
lebih selamat. Pendidikan awam perlu dilakukan secara berterusan, pengetahuan mengenai
bencana perlu diterapkan dalam sistem pendidikan Iormal di sekolah dan universiti, dan
pendidikan tidak Iormal melalui pelbagai cara, terutama bagi kawasan yang dikenal pasti
berisiko bencana. Salah satu cara paling berkesan ialah menyediakan pusat maklumat, galeri
atau muzium khas di kawasan yang pernah mengalami bencana besar, dan ini akan terus
mengingatkan komuniti serta pengunjung di kawasan terbabit bahawa bencana pernah
berlaku, dan boleh berlaku lagi pada masa depan. Kesedaran dan penghayatan komuniti
mengenai risiko bencana penting sebagai 'ejen perubahan'. Apabila wujud desakan
masyarakat, akan wujud pula dasar dan keprihatinan kerajaan untuk memberikan perhatian
serius mengenai risiko bencana. Akhirnya, pihak pemaju atau swasta terpaksa akur dengan
kehendak masyarakat umum.
K0si2pulan
Tanah runtuh merupakan salah satu bencana alam yang memberi isyarat dari bumi
betapa ia tidak dapat menanggung kecederaan yang dilakukan oleh manusia ke atasnya.
Justeru itu kita sebagai khaliIah dimuka bumi ini haruslah mengambil ikhtibar daripada
kejadian-kejadian tanah runtuh yang berlaku di negara kita khasnya dan luar negara amnya.
Sebagai khaliIah di muka muka bumi ini kita sebenarnya dipertanggungjawabkan untuk
mengurus harta ini bagi memastikan semua pihak dapat menikmati kesenangan dan
rezekinya. Bukan sahaja manusia, haiwan dan tumbuhan juga menumpang di bumi inni.
Tiada yang kekal abadi, semuanya akan kembali menemui tuhan apabila tiba masanya. Oleh

IoJilob Binti Kossim 76948666 BSS Honusio
Bon Alom Sekitor

12

yang demikian kita perlu menyelamatkan bumi ini sebelum terlambat kerana menurut
Mahatma Gandhi 'ita buan mewarisi alam ini daripada datu dan nene ita tetapi ita
meminfamnya daripada ana cucu ita`. Justeru itu marilah kita sama-sama menghargai
bumi ini agar kejadian bencana alam seperti tanah runtuh tidak akan berulang lagi.



















IoJilob Binti Kossim 76948666 BSS Honusio
Bon Alom Sekitor

13

You might also like