Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Meneladani Perjuangan Salahuddin al Ayubi

Meneladani Perjuangan Salahuddin al Ayubi

Ratings: (0)|Views: 76 |Likes:
Published by Gptd Unisel
Kisah tokoh terbilang ini sangat terkenal dikalangan seluruh umat yang cintakan kepimpinan Islam. Keperibadiannya, ketokohannya cukup melambangkan dia seorang guru, panglima dan hamba Allah yang terpilih untuk kita jadikan ikutan. Kini makamnya terletak di belakang Masjid Umawi, Syria.
Kisah tokoh terbilang ini sangat terkenal dikalangan seluruh umat yang cintakan kepimpinan Islam. Keperibadiannya, ketokohannya cukup melambangkan dia seorang guru, panglima dan hamba Allah yang terpilih untuk kita jadikan ikutan. Kini makamnya terletak di belakang Masjid Umawi, Syria.

More info:

Published by: Gptd Unisel on Nov 02, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/17/2013

pdf

text

original

 
SALAHUDDIN al-Ayubi
Kisah tokoh terbilang ini sangat terkenal dikalangan seluruh umat yang cintakan kepimpinanIslam. Keperibadiannya, ketokohannya cukup melambangkan dia seorang guru, panglima danhamba Allah yang terpilih untuk kita jadikan ikutan. Kini makamnya terletak di belakang MasjidUmawi, Syria.Siapakah yang bakal menggantikan tempat beliau pada zaman kita sekarang?Aku sempat mengambil sedikit maklumat ringkas yang ditulis oleh Dr Ahmad Redzuwan MohdYunus (UKM) dari laman sesawang. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.SALAHUDDIN al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkitiaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalahanak gabenor.Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliauadalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsaArab.Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersamakeluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabilahendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannyakepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera.Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik.Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib. Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasanMesir, Palestin dan Syria.Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi) apabila menyertai ekspedisi bersama-samaShirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din bagi menentang tentera Salib di Mesir. Beliau berjayamengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1169 Masihi). SelepasShirkuh meninggal dunia, tempatnya diganti oleh Salahuddin al-Ayubi. Pada masa sama, Nur al-Din melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.
 
Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu pemerintahan. Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak termasuk pemimpinSyria, cita-cita Salahuddin itu termakbul.Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkanSalahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam waal-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagaiPerang Hittin. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalanmudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaangolongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orangIslam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian,mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdisyang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi.Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripadakekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu.Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripadamembalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknyaketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturandi setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristiandianiaya.Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawanBaitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey danTancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yangtidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menararumah ibadat.Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam secara beramai-ramai.Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. OrangKristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik,Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskannafas terakhir.Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan. Beliau dikatakanhanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas. Urusan penyelenggaraan jenazahditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->