Merupakan taman-taman indah yang dihiasi bungaan tempatan dalam pelbagai warna, tumbuh-tumbuhan dan pokok buah-buahan. Taman seluas 50 ekar ini telah direka dan dihiasi denganpameran yang mengisahkan mitos dan legenda pulau tersebut. la mengandungi 17 tugu dansetiap satu membawa sebuah kisah yang menarik.
PANTAI KOK, CENANG, TENGAH, DATAI DAN TELUK BURAU,
dengan pemandangannya yang indah, amat sesuai untuk bersantai dan bersiar-siar di tepi pantai.Penginapan di pantai-pantai ini terdiri daripada hotel dan resort terkemuka hinggalah chalet yangselesa. Kepelbagaian sukan air di pantai-pantai penginapan di Langkawi menjanjikankeseronokan bagi mereka yang aktif dan lasak.
KOTA MAHSURI
dengan sejarah legendanya merupakan kawasan yang cukup penting di Pulau Langkawi dan kinidipelihara buat tatapan generasi akan datang. Terletak kira-kira 12km dari pekan Kuah, KotaMahsur
i
ini dibina untuk memperingati kisah seorang wanita bernama Mahsuri yang difitnah dandihukum bunuh. Menurut legendanya
,
ketika menjalani hukuman mati, tubuh Mahsurimengalirkan darah berwarna putih, sebagai tanda kesuciannya. Sebelum menghembuskan nafasterakhir, Mahsuri telah menyumpah pulau itu menjadi padang jarak padang terkukur selamatujuh keturunan.
TEMPAT MENARIK DI TERENGGANU
Pulau Redang
menyediakan paling banyak kemudahan percutian dan penginapan, termasuk dua pusatperanginan besar dan beberapa chalet lebih kecil yang terletak di tepi pantai.
PulauRedang
terkenal kerana keindahan pantainya dan tempat-tempat menyelam yang menarik.Pelawat boleh menerokai 31 tapak menyelam, menyertai sukan pantai, berpesta dan menarisepanjang malam di Pasir Panjang, mendapatkan rawatan spa dan menikmati barbeku makananlaut yang segar. Anda boleh menaiki bot atau pesawat untuk ke pulau ini.
Pulau Perhentian Besar
dan Kecil juga menawarkan tempat-tempat menyelam yangmenakjubkan di celah-celah batu besar yang memagari teluknya. Air laut yang jernih, dengandaya penglihatan yang jelas dan terumbu karang yang indah, menjadikan
Pulau Perhentianpilihan ramai
penyelam veteran. Pengalaman menyelam sambil berenang bersama pari, yukarang dan barakuda pasti menjadi kenangan manis yang sukar dilupakan. Berhampiran pantai.