You are on page 1of 8

Sistem Pengairan Tanaman / Ladang

Apa Itu Sistem Pengairan ?


Merupakan satu sistem untuk membekalkan air kepada tumbuhan pada
bila-bila masa.
Mengapa ?
Semua tumbuhan pada amnya memerlukan air yang mencukupi untuk
tumbuh, membesar dan berbuah pada tahap yang terbaik. Nutrien atau
baja merupakan perkara kedua.
Bagaimana ?
Pelbagai kaedah telah di bangunkan dan di guna pakai. Antaranya :
1. Sistem Pengairan Titis ( Drip Irrigation System )
2. Sistem Pengairan Renjis ( Sprinkler / Spray Irrigation System )
3. Sistem Pengairan Kabus ( Fog / Mist Irrigation System )
Sistem Pengairan Titis
Secara amnya, susun atur sistem pengairan titis adalah seperti rajah di
bawah :

Sistem pengairan titis merupakan sistem pengairan paling efektif setakat


ini. Air terus dibekalkan kepada akar pada kadar titisan purata 2 liter
sejam ( 2 LPH). Disebabkan air dibekalkan secara titis, air akan meresap
ke dalam tanah dan bukan melimpah di atas permukaan tanah.
Penerangan mudahnya, air di pam dari sumber air  ke penapis air  ke
paip utama  ke paip sub  ke penitis air (dripper)  ke akar pokok.
Cara Menentukan Saiz Paip
 Pastikan anda tahu kadar titisan penitis air yang digunakan. Gunakan
jadual di bawah untuk menentukan saiz paip utama dan paip sub.

Kadar Aliran Kadar Aliran Saiz Paip PVC Saiz Paip Poli
Flow Rate Flow Rate (inci) (mm)
Gallon Se Minit Liter Se Minit
(gpm) (lpm)
0~4 0 ~ 15 1/2 16
4~8 15 ~ 30 3/4 25
8 ~ 12 30 ~ 45 1 32
12 ~ 22 45 ~ 83 1-1/4 40
22 ~ 30 83 ~ 114 1-1/2 50
30 ~ 50 114 ~ 189 2 63
50 ~ 70 189 ~ 265 2-1/2 75
70 ~ 110 265 ~ 416 3
110 ~ 190 416 ~ 719 4
190 ~ 450 719 ~ 1700 6

Contoh :
Anda menggunakan pen penitis (pen dripper) dengan kadar titisan 2 liter
sejam (2LPH) untuk menyiram 1000 pokok. Kadar titisan sejam untuk 1000
pokok ialah 2LPH X 1000 pokok = 2000 LPH (2000 liter sejam) = 2000/60
liter seminit = 33.33 LPM. Dari jadual di atas anda perlu menggunakan paip
utama saiz 1 inci ke atas jika anda menggunakan paip PVC atau paip utama
saiz 32mm ke atas jika anda menggunakan paip poli.

Jadi jika anda menggunakan paip poli 16mm sebagai paip sub, bilangan pen
penitis yang boleh anda gunakan adalah seperti berikut:
Paip poli 16mm boleh mengalirkan air pada kadar 15 LPM, satu pen penitis
boleh menitiskan air pada kadar 2 LPH = 0.0333 LPM, jadi bilangan
maksima pen penitis = 15/0.0333 = 450 batang pen penitis.

Dari data di atas juga, jika anda perlu menyiram pokok anda selama 10
minit untuk setiap kali siraman, setiap pokok memerlukan 0.0333 LPM X 10
=0.333 liter untuk 10 minit. Jika anda menyiram 1000 pokok, anda
memerlukan 0.333 X 1000 = 333 liter, bermakna, anda memerlukan tangki
air 333 liter ke atas untuk menyiram 1000 pokok selama 10 minit. Juga
bermakna anda perlukan pam air yang dapat mengepam 333/10 = 33.3 LPM.
Panjang paip utama dan paip sub juga boleh ditentukan dengan jadual di
bawah :
Kadar Aliran Air Panjang Paip Di Benarkan
(lpm) (m)
7.57 240
8.83 183
10.09 138
11.36 91
12.62 76
13.88 61

Jika anda menggunakan paip poli 16mm, bermakna aliran air ialah 15 LPM,
bermakna panjang yang dibenarkan hanyalah ~ 50m.

AWAS : Pen penitis yang berada dipasaran boleh menitiskan air sehingga 6
LPH mengikut tekanan air. Gunakan ‘ Pressure Compensated Dripper ‘ jika
anda mahukan sistem yang lebih tepat. ‘ Pressure Compensated Dripper
‘ ialah penitis yang tidak berubah walaupun tekanan bertambah. Contoh :
Pressure Compensated (PC) Dripper 2 LPH hanya akan menitiskan air
sebanyak 2 LPH walaupun tekanan naik sehingga 5 kg/cm2. Bermakna,
kadar siraman anda akan lebih tepat dan anda boleh menambah bilangan
penitis untuk suatu panjang paip sub yang sama.

*** Dapatkan ‘Unit Online Converter’ di http://www.onlineconversion.com


untuk menukar LPM ke LPH dan sebagainya.

Cara Memilih Penapis Air


Terbaik gunakan penapis spesifikasi 120 mesh dan ke atas.
Bergantung kepada sumber air, gunakan penapis MESH atau DISC. Contoh
mudah, jika anda menggunakan air bersih (paip atau air bawah tanah yang
bersih) gunakan penapis MESH yang berupa jaring walaupun mesh nya agak
rendah. Jika punca air anda ialah air parit atau sungai, gunakan penapis
DISC yang mesh nya 120 mesh ke atas.
Cara mudah : Jika anda menggunakan paip utama 25mm gunakan minima
penapis 25mm

Cara Memilih Pam Air


Pastikan anda mengira dahulu kadar aliran yang anda perlukan untuk
keseluruhan sistem anda dan pengembangan masa hadapan. Tekanan pam
pula mestilah 3 kg/cm2 ke atas. Spesifikasi lain seperti kuasa kuda dsb
kurang memberi panduan, cuma semakin tinggi kuasa kuda semakin tinggi
tekanan yang boleh dihasilkan, tetapi pada dasarnya, sistem pengairan
titis tidak memerlukan tekanan air yang tinggi.

Cara Memilih Paip Utama dan Sub


Terbaik gunakan paip poli, walaupun harganya agak mahal, ia lebih tahan
lama dan mudah untuk disambung dsb.

Cara Memilih Penitis


Melalui data dan kiraan di atas, pilih penitis terbaik untuk anda.

Komponen Sistem Pengairan Titis


Secara mudahnya :
 Penyukat Masa (Timer)
 Pam Air
 Penapis Air
 Paip Utama
 Injap (Valve)
 Paip Sub
 Penitis
 Penyambung Paip (fitting)
Secara amnya, susun atur adalah seperti rajah di bawah.

Penyambung
Ke ‘Timer’ dsb
Paip Utama Paip sub

‘Filter’

Ke Punca Air
Contoh 1 : Mereka Bentuk Sistem Pengairan Polibeg
Contoh ini adalah kaedah rekabentuk paling selamat !!
Maklumat : 500 polibeg, Penitis Pen 2 LPH, 16mm Tiub Poli sebagai Paip
Sub, Air Parit Sebagai Punca Air, Pam elektrik, ‘Timer’.
1. Menentukan saiz Paip Utama
2LPH x 500 polibeg = 1000 LPH = 16.7 LPM, dari jadual, saiz paip utama
yang sesuai ialah ¾ “ PVC atau 25mm paip poli.
2. Paip Sub, 16mm paip poli dengan panjang maksima 60m.
3. Jarak antara polibeg = 120 cm…jarak sesuai untuk cili…pokok lain
boleh dipendekkan lagi.
4. Bilangan polibeg setiap Paip Sub sepanjang 60m = 60m/1.2m=50
polibeg x 2=100 polibeg
5. Jadi bilangan Paip Sub yang diperlukan = 5 Paip Sub.
6. Penapis yang sesuai ialah Disc Filter 25mm, 120 mesh.
7. Pam elektrik yang sesuai ialah pam yang boleh mengepam air pada
kadar 16.7 LPM atau 1000 LPH dengan tekanan 2 bar ke atas.
Susun atur adalah seperti rajah di bawah :

End Cap Tiub 6mm


25mm

Penyambung
Penitis Tiub 6mm

Rubber Gromet Penebuk Lubang


Lubang 4mm

Off Take 16mm End Clip 16mm


Lubang 16mm Paip Poli 16mm
Paip Poli 25mm
Contoh 2 : Mereka Bentuk Sistem Fertigasi Polibeg
Sistem Fertigasi ialah sistem penyaluran baja ke dalam sistem pengairan.
Asasnya adalah sama seperti di atas. Bahagian yang berubah ialah
bahagian penyaluran baja iaitu sebelum pam atau selepas penapis air.
Pam Air
CARA 1
Ke Ladang

Dari Punca Air


Injap

Penapis

Tangki Baja

CARA 2
Penapis Injap Ke Ladang

Dari Punca Air


Penyalur
Pam Air Baja

Tangki Baja

Cara 1 ialah kaedah konvensional dimana baja dibancuh didalam tangki baja
dan terus disedut kedalam sistem pengairan.

Cara 2 menggunakan ‘ventury injector’ sebagai penyalur baja kedalam


sistem pengairan. Cara 2 tidak memerlukan tangki baja yang besar sebab
kadar penyaluran baja dapat dikawal oleh ‘ventury injector’.
Contoh 3 : Mereka Bentuk Sistem Fertigasi Ladang Cili Menggunakan Pita
Titis (Drip Tape)

Pita Titis (Drip Tape) ialah sejenis pita atau tiub yang telah ada lubang
penitis atau ‘emitter’ di atas permukaan pita tersebut. ‘Emitter’ tersebut
ditanam (moulded) di atas permukaan tersebut pada jarak yang tetap
seperti 10cm, 20cm, 40cm, 50cm dan sebagainya. Digunakan di atas atau
dalam tanah atau batas.

Pita Titis
Pita Titis Setelah Di Masukkan
Yang Di Gulung Air
Pita Titis
Yang Menitiskan
Air

Pita Titis
Kedudukan Mata Penitis & Jarak Antara Mata
Pita
Titis
Cara
Guna
&

Contoh ini adalah kaedah rekabentuk paling selamat !!


Maklumat : Billangan pokok = 500, Mata Penitis 2 LPH, Air Parit Sebagai
Punca Air, Pam elektrik, ‘Timer’, pokok cili, tanam atas batas.
1. Menentukan saiz Paip Utama
2LPH x 500 Mata Penitis = 1000 LPH = 16.7 LPM, dari jadual, saiz paip
utama yang sesuai ialah ¾ “ PVC atau 25mm paip poli.

2. Panjang maksima Pita Titis ialah 100m mengikut spesifiksi asal.


3. Jarak antara pokok cili ialah 1.2m.
4. Bilangan pokok untuk setiap 100m ialah 100/1.2 = 83.
5. Jadi bilangan baris pita titis = 500/83 = 6 baris.
6. Penapis yang sesuai ialah Disc Filter 25mm, 120 mesh.
7. Pam elektrik yang sesuai ialah pam yang boleh mengepam air pada
kadar 16.7 LPM atau 1000 LPH dengan tekanan 2 bar ke atas.

Susun atur adalah seperti rajah di bawah :

Paip Utama 25mm

Penyalur
Baja

Pita Titis
6 baris

End Cap
25mm

Rubber Gromet

Disambung kepada injap


Off Take Utk Pita Titis atau dilipat sahaja

Lubang 16mm

Paip Poli 25mm Pita Titis Jarak Mata 20cm

You might also like