Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
5Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
2E-Lelaki Lembut

2E-Lelaki Lembut

Ratings: (0)|Views: 3,114|Likes:
Published by Ahli Sarjana

More info:

Published by: Ahli Sarjana on Nov 05, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

11/30/2012

pdf

text

original

 
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008Universiti Teknologi Malaysia,22-23 Oktober 2008
2
Lelaki Lembut: Faktor dan Kesannya Kepada PembentukanSahsiah Mahasiswa
Farahwahida Mohd Yusof (Ph.D), Sharifah Munirah binti TimmiatiPusat Pengajian Islam & Pembangunan SosialUniversiti Teknologi Malaysiafahmy68@hotmail.communs_0101@yahoo.com 
Abstrak
Di era globalisasi dan pembangunan ke arah Malaysia maju telah wujud satu fenomena tentang individu yangterkeliru mengenai identiti mereka. Mereka ini adalah lelaki lembut yang lebih dikenali di kalangan kehidupanmasyarakat umum dengan istilah ‘mak nyah’, ‘pondan’, ‘bapok’ dan ‘adik”. Mereka dilahirkan sebagai lelakitetapi mempunyai kelakuan, perasaan dan naluri sebagai wanita. Kewujudan pelbagai istilah keranakepelbagaian persepsi yang negatif yang diberikan oleh masyarakat khususnya dalam membuat penilaian kepadagolongan lelaki lembut ini. Isu ini pernah diketengahkan suatu masa dahulu di media massa rentetan ramainyagolongan ini diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi. Malah dalam sesetengah bidang ia menjadi satubudaya atau ikutan yang diterima. Kebanyakan mereka memiliki naluri kewanitaan yang mendorong merekamenggayakan pakaian dan bersolek seperti perempuan. Apa yang lebih mendukacitakan, golongan pelajarInstitut Pengajian Tinggi juga ramai yang terpengaruh dan mengamalkan budaya ini dalam kehidupan sehariansama ada di kampus atau di luar kampus. Kertas kerja ini mengupas faktor-faktor yang mempengaruhi dankesannya ke atas pembentukan sahsiah lelaki lembut di Institut Pengajian Tinggi serta menghuraikan kedudukanlelaki lembut dalam perspektif Islam. Kajian ini menggunakan metode penentuan subjek, metode pengumpulandata dan metode analisis data untuk mendapatkan hasil kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktorteman sangat mempengaruhi lelaki lembut. Selain itu juga, faktor keluarga dan media turut mempengaruhigolongan lembut. Kesan pembentukan sahsiah lelaki lembut tidak dinafikan telah memberi kesan kepadamereka. Dalam konteks Islam pula, tiada istilah lelaki lembut. Golongan ini dikategorikan sebagai
transvestite
dan hukum haram sekiranya mereka bertingkah laku seperti perempuan dan menukar jantina.
Kata Kunci:
Lelaki Lembut
1. Pengenalan
 Manusia merupakan ciptaan Allah SWT yangsempurna baik dari segi fizikal dan rohaninya.Manusia diciptakan berpasangan lelaki danperempuan. Manusia yang pertama diciptakanAllah SWT adalah Nabi Adam a.s. iaitu seoranglelaki. Kemudian diciptakan Hawa iaitu seorangwanita pelengkap kepada penciptaan-Nya. Kedua-duanya diciptakan dengan sempurna danmempunyai perbezaan zahir dan batinsebagaimana firman Allah SWT:
 Maksudnya: “Wahai umat manusia! SesungguhnyaKami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah
 
menjadikan kamuberbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamuberkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satudengan yang lain). Sesungguhnya semulia-muliakamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanyadi antara kamu, (bukan yang lebih keturunan ataubangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha MendalamPengetahuanNya (akan keadaan dan amalankamu).”
 (Surah al-Hujurat :13)Allah SWT menjadikan watak seorang lelakidengan mempunyai tingkahlaku yang kerasmanakala perempuan pula mempunyai sifat lemahlembut. Lelaki dan perempuan mempunyaitanggungjawab dan peranan tertentu. Secaraumumnya, mereka diciptakan sebagai khalifah dimuka bumi untuk mentadbir alam ini dengansebaik-baiknya. Lelaki diciptakan sebagaipemimpin bagi wanita dan wanita sebagai tulangbelakang dan pembantu kepada kaum lelaki. Iasepertimana yang difirmankan oleh Allah SWTdalam Surah al-Nisa’ ayat 34. dinyatakan dalamfirman Allah SWT:Berdasarkan ayat ini, Allah SWT menjelaskanbahawa lelaki diberikan beberapa kelebihan dankeistimewaan antaranya dalam pembahagian
 faraid 
 lelaki diberikan lebih satu daripada kaum
 
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008Universiti Teknologi Malaysia,22-23 Oktober 2008
3
perempuan. Lelaki juga berperanan sebagai ketuakeluarga dan diberikan hak untuk melafazkan ceraikepada isteri dan bertanggungjawab memberinafkah kepada isteri dan menyara ahli keluarga.Begitu besar bebanan lelaki dan memang tidak dinafikan lelaki ini mempunyai jiwa yang kentallagi kuat berbanding kaum perempuan yang lembutdan banyak bergantung kepada kaum lelaki(Maesarah Ab. Rahim: 2004).Walau bagaimanapun, di era globalisasi danpembangunan ke arah Malaysia maju telah wujudsatu fenomena tentang individu yang terkelirumengenai identiti mereka. Mereka ini adalah lelakilembut yang lebih dikenali di kalangan kehidupanmasyarakat umum dengan istilah ‘mak nyah’,‘pondan’, ‘bapok’ dan ‘adik”. Mereka dilahirkansebagai lelaki tetapi mempunyai kelakuan, perasaandan naluri sebagai wanita (Wan Halim Othman:1987).Kewujudan pelbagai istilah keranakepelbagaian persepsi yang negatif yang diberikanoleh masyarakat khususnya dalam membuatpenilaian kepada golongan lelaki lembut ini.Sebahagian masyarakat melihat golongan lelakilembut lazimnya terjebak dalam gejala negatif seperti homoseksual. Fenomena ini dapat diimbassemula dalam sejarah kenabian, khususnya didalam al-Quran yang menunjukkan masalah dankeadaan ini telah berlaku sejak zaman Nabi Lut a.s.ketika masyarakatnya telah menjalani kehidupanyang menyimpang dan melanggar batasan-batasanfitrah kehidupan yang sebenar. Mereka telahmelakukan hubungan sejenis dan akhirnya merekatelah dimurkai oleh Allah SWT dengan azab yangdahsyat. Keadaan ini dinukilkan dalam firmanAllah SWT:
 Maksudnya:"Sesungguhnya kamu mendatangilelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamudengan meninggalkan perempuan, bahkan kamuini adalah kaum yang melampaui batas".
(Surah al-A’raf: 81)
 
Akan tetapi, golongan lelaki lembut tidak semuanya melakukan seks diluar tabii danmelakukan gejala sosial yang lain.Fenomena lelaki lembut ini sudah lamaberlaku khususnya di negara Barat dan merekabebas untuk menjalankan kegiatan mereka.Sekiranya kegiatan mereka ini dihalang dandisekat, golongan ini akan menentang kononnyaini adalah hak asasi mereka yang tidak bolehdicabuli. Kegiatan ini juga diterima masuk keMalaysia dengan dapat disekat prosesperkembangannya. Walau bagaimanapun,fenomena golongan lelaki lembut ini menularsedikit demi sedikit dan kemudiannya semakinbertambah dan menular di tengah masyarakatbiarpun kehadiran mereka kurang disenangi olehkebanyakan individu (Maesarah Ab. Rahim: 2004
2. Latar belakang
Peningkatan masalah sosial dalam masyarakatyang membabitkan golongan remaja kini semakinkompleks dengan adanya pengaruh luar yangberunsur negatif. Pengaruh luar sering dikaitkandengan tingkah laku yang negatif, yangbertentangan dengan undang-undang atau terkeluardaripada batas susila masyarakat. Contohnyamenagih dadah, seks bebas,
black metal
, hamilanak luar nikah, buang bayi dan lain-lain. Selaindaripada gejala-gejala sosial ini, masalah sosiallelaki lembut juga turut melahirkan ciri-ciri danmasalah dekadensi moral. Masalah berkenaanbukanlah suatu isu yang baru tetapi sejak kebelakangan ini ia jelas ketara melibatkangolongan lembut dan perlu dirawat segera sebelummenjadi parah (Ismail Mustari: 2007).Allah SWT menciptakan sesuatu itu dengancukup sempurna dan tidak boleh dipertikaikan lagi.Allah SWT menjadikan manusia berpasangan lelakidan perempuan di muka bumi. Namun, adamakhluk manusia dilahirkan selain lelaki danperempuan iaitu dikenali sebagai
khunsa
.
Khunsa
 ini bermaksud manusia yang mempunyai dua alatkelamin iaitu lelaki dan perempuan pada seseorangatau yang langsung tidak didapati kedua-dua alatsulit (Asmungi M. Sidek: 2001).Namun begitu, masih ada lagi golongan yangtidak mensyukuri pemberian Allah SWT. Terdapatsebahagian manusia ini ingin mengubah apa yangada pada diri mereka. Lelaki yang berperwatakanseperti wanita dan wanita yang ingin menjadiseperti lelaki. Dalam Islam ia suatu yang ditegahdan diharamkan. Sebagaimana dalam hadis yangdiriwayatkan oleh Ibn Abbas:
 Maksudnya: “Dari Ibnu ‘Abbas r.a katanya: Rasullullah saw mengutuk laki-laki yangberpakaian seperti wanita dan wanita berpakaianseperti lelaki”.
(Riwayat Bukhari)Berdasarkan hadis di atas, secara komprehensif apabila Allah SWT menyebut `melaknat'. Iamenunjukkan penegasan tentang betapa perbuatantersebut adalah haram di sisi agama.Kewujudan golongan lelaki lembut bukan lagiperkara menghairankan dalam masyarakat. Malahdalam sesetengah bidang ia menjadi satu budayaatau ikutan yang diterima. Kebanyakan merekamemiliki naluri kewanitaan yang mendorongmereka menggayakan pakaian dan bersolek sepertiperempuan. Apa yang lebih mendukacitakan,golongan pelajar Institut Pengajian Tinggi jugaramai yang terpengaruh dan mengamalkan budayaini dalam kehidupan seharian sama ada di kampusatau di luar kampus.Syarahan Tan Sri Prof. Ir. Dr. Mohd Zulkiflibin Mohd Ghazali, Naib Canselor UTM sempenaAmanat Tahun baru pada 5 Januari 2007 yang
 
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008Universiti Teknologi Malaysia,22-23 Oktober 2008
4
bertempat di Dewan Sultan Iskandar mengatakanhasrat universiti adalah untuk melahirkan graduanyang mempunyai modal insan negara. Sekiranyafenomena lelaki lembut tidak dibendung, makastatus UTM akan hilang tercemar.Pada tahun 2003 isu berkaitan golongan lelakilembut ini telah dibangkitkan oleh MenteriPerpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat,Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman. Beliaumenyatakan kebimbangannya mengenai gejalalelaki lembut yang semakin meningkat khususnyadi kalangan pelajar universiti sehinggakan isu inimendapat liputan yang luas daripada media massatetapi kupasan yang mendalam mengenai golonganlelaki lembut masih terlalu sedikit (Massa: 2004).Isu lelaki lembut yang dicetuskan oleh Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman ini juga mendapat reaksipro dan kontra pelbagai pihak untuk menilaikembali fenomena ini. Bagi kategori lembut yangterhad kepada pertuturan dan tingkah laku sahaja,golongan lembut ini turut menyumbang kepadapertumbuhan ekonomi negara. Dalam masa yangsama, jika tidak diawasi pergaulan sesama merekamungkin boleh mengundang gejala tidak sihatterutamanya menjurus kepada kegiatan seks sesama jenis (Utusan Melayu: 20 Julai 2003).Dalam memperkatakan fenomena lelakilembut, Ketua Jabatan Kaunseling Universiti IslamAntarabangsa Malaysia (UIAM), Noraini Ahmadpula meminta masyarakat membezakan antaralelaki yang dilahirkan lemah lembut danmengekalkan gaya hidup seorang lelaki sejatidengan golongan lelaki lembut yang melanggarnorma-norma masyarakat atau perlakuan merekayang menyinggung masyarakat. Beliau berkata, isulelaki lembut ini sesuatu yang sensitif danmemerlukan kefahaman masyarakat kenapa adalelaki lembut dan yang bukan homoseksual ini.Beliau menegaskan:
``Jangan kita menyinggung perasaan lelaki yanglemah lembut tutur kata ini tetapi tetap menjalanikehidupan normal sebagai seorang lelakitermasuk berumah tangga dan beranak pinak.Golongan ini tidak menimbulkan masalah kepadaummah iaitu tidak menimbulkan gangguan atauketidakselesaan masyarakat.
``
Yang menjadi isu sekarang ini adalah lelakilembut yang menyerupai perempuan dan ketaratidak macho. Mereka mula mempamerkan penampilan yang lari daripada norma seoranglelaki dengan mengukuhkan kelembutannya denganmemakai pakaian menyerupai perempuan,memakai gincu dan mencabut bulu kening sertadikuatkan lagi dengan lenggang-lenggoknya yanglemah-gemalai dan bersuara seperti seorang perempuan'' 
(Utusan Melayu: 20 Julai 2003).Sehubungan dengan itu, fenomena inimemerlukan penelitian yang mendalam untuk mengenal pasti etiologi kecelaruan jantina ini,adakah lelaki lembut merupakan satu gejala yangtidak sihat atau golongan ini memang berwatakanlembut yang tidak mengganggu masyarakat.
 3. Definisi Lelaki Lembut
 Menurut Pengarah Pusat PenyelidikanDasar,iaitu Prof. Madya Dr. Haji Wan HalimOthman (1987) dalam kajiannya yang bertajuk 
 Dilema Mak Nyah di dalam Masyarakat  Malaysia
” di Universiti Sains Malaysia (USM),menjelaskan bahawa lelaki lembut ialah seoranglelaki yang bergerak geri seperti perempuan,memakai pakaian perempuan, suka melakukansesuatu yang biasanya dilakukan oleh seorangperempuan, menunjukkan minat seks terhadapkaum sejenisnya dan tiada nafsu terhadap kaumperempuan, mempunyai alat jantina lelaki danperempuan ataupun berjiwa perempuan
.
Menurut Bootzin, lelaki lembut dalamgolongan
transvestic
adalah individu yangmendapat kepuasan seksual melalui tingkahlakumemakai pakaian yang berlawanan jantina denganmereka. Golongan ini gembira dengan penampilanmereka berpakaian wanita di khalayak ramai danmampu mendapat perhatian dari orang-orang dipersekitaran mereka terutamanya kaum lelaki.
4. Nama Lain Bagi Lelaki LembutDan Perbezaannya
Lelaki lembut yang dimaksudkan di dalamkajian pengkaji ini adalah kaum lelaki yangmempunyai perwatakan atau ciri-ciri sepertiseorang wanita tidak kira sama ada perwatakanlembut itu adalah suatu yang semulajadi bagimereka atau sesuatu keadaan yang sengaja dibuat-buat untuk kelihatan cantik dan menawan sepertiseorang wanita.Namun, masyarakat mungkin inginmengkategorikan keadaan lelaki lembut dalampelbagai konsep seperti transeksual, tranvestisme,homoseksual dan hermafroditisme sebagaipenyimpangan seks. Walau bagaimanapun, terdapatperbezaan tingkahlaku dan sikap yang nyata antarapelbagai kumpulan ini antaranya:
4.1 Transeksual
Dari segi klinikal, transeksual diistilahkansebagai sindrom yang tidak memuaskan atau lebihdikenali sebagai gangguan psikologi identitiseseorang dalam bentuk gangguan identiti jantina.Transeksual gagal mengenali dirinya sama adalelaki atau perempuan. Kegagalan inimempengaruhi tindakannya dan kekeliruan untuk mencari identiti jantina dalam kehidupan Golongan

Activity (5)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Ming0618 liked this
farisyah_mika liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->