Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
4D-Persepsi Pelajar

4D-Persepsi Pelajar

Ratings: (0)|Views: 20 |Likes:
Published by Ahli Sarjana

More info:

Published by: Ahli Sarjana on Nov 05, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/05/2011

pdf

text

original

 
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008
1
 Persepsi Pelajar Terhadap Penerapan Kemahiran Insaniah Dalam Program BaktiSiswa Perdana UniMAP
Hanum Hassan
a
,
Razli Ahmad
 
b
,
Lt. Kol. (B) Azuddin Bahari
 
c
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)P.O. Box 77, d/a Pejabat Pos Besar,01007 Kangar, PerlisEmail:hanum@unimap.edu.my
a
,razli@unimap.edu.my
b,
azuddin@unimap.edu.my
c
Tel: 049798450Fax : 04-9798039Abstrak
Terdapat rungutan dan kebimbangan yang disuarakan oleh para majikan sejak akhir-akhir ini bahawa IPTA tidak menyediakan pelajarnya dengan ilmu dan kemahiran yang secukupnya untuk mereka keluar ke alam pekerjaan.Walaupun siswazah terbukti hebat dalam memenuhi keperluan akademik, tetapi masih kurang dari segikemahiran insaniah seperti kepimpinan, kerja berpasukan, pemikiran kritis, keusahawanan dan berkomunikasi.Melalui program Bakti Siswa Perdana yang telah dilaksanakan oleh UniMAP, satu kajian telah dilakukanbertujuan untuk mengkaji samada pelajar memperolehi kemahiran insaniah melalui Program Bakti SiswaPerdana. Selain itu kajian ini juga diadakan untuk mengkaji apakah elemen kemahiran insaniah paling tinggidiperoleh oleh pelajar dalam program Bakti Siswa Perdana serta objektif ketiga adalah untuk mengkaji persepsipelajar berdasarkan kaum yang berbeza terhadap dimensi penerapan kemahiran insaniah dalam program BaktiSiswa Perdana. Responden kajian ini terdiri daripada 270 orang pelajar UniMAP. Mereka telah mengikutiprogram Bakti Siswa Perdana yang tuk elah diadakan pada penghujung Julai 2008 selama 4 hari. Borang soalselidik telah diedarkan kepada responden kajian dengan menggunakan kaedah skala Likert. Data-data telahdianalisis menggunakan SPSS Versi 13.0. Dapatan kajian menunjukkan pelajar memberikan tanggapan yangbaik terhadap program Bakti Siswa Perdana serta dapat meningkatkan kemahiran insaniah mereka. Hasil kajian juga mendapati bahawa elemen berkomunikasi dilihat sebagai elemen utama tertinggi diperoleh pelajarberbanding elemen-elemen lain yang dikemukakan. Agak menarik ialah hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat sebarang perbezaan tanggapan daripada pelajar pelbagai kaum terhadap kemahiran insaniah yangmereka peroleh sepanjang mengikuti program Bakti Siswa Perdana yang diadakan. Kajian ini akanmencadangkan beberapa pendekatan yang akan memantapkan lagi aspek kemahiran insaniah di kalangan pelajarUniMAP melalui program Bakti Siswa Perdana di masa akan datang.
Keywords:
Kemahiran insaniah
1. Pengenalan
Pandangan umum sering merujuk kegagalansiswazah mendapat pekerjaan disebabkan merekatidak memiliki kemahiran insaniah yang diperlukanmajikan. Malah terdapat rungutan dankebimbangan yang disuarakan oleh para majikansejak akhir-akhir ini bahawa Institut PengajianTinggi Awam (IPTA) tidak menyediakanpelajarnya dengan ilmu dan kemahiran yangsecukupnya untuk mereka melangkah ke alampekerjaan. Hal ini kerana kebolehpasaran setiapgraduan dinilai dalam pelbagai aspek dan pihak majikan pula lebih cenderung mencari bakalpekerja yang memiliki pelbagai kemahiran tanpaperlu memberi latihan dalam perkhidmatanHaslinda, Muhammad Nubli dan Zarina (2005).Selain pencapaian akademik cemerlang,siswazah perlu mempunyai kemahiran insaniahyang tinggi termasuk komunikasi secara berkesandan beberapa kemahiran lain seperti kemahirankepimpinan, kerja berpasukan, pemikiran kritis,keusahawanan, pembelajaran berterusan danpengurusan maklumat serta etika dan moralprofesional.Bertepatan dengan senario ini, UniversitiMalaysia Perlis (UniMAP) telah menganjurkanProgram Bakti Siswa Perdana yang juga merupakansalah satu program dalam
‘7 pillars’
yang
 
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008
2diperkenalkan di UniMAP iaitu Program BersamaKomuniti. Program
‘7 pillars’
inimerangkumi kursus patriotik, berjalan kaki 50 km,bersama komuniti, wacana sosial, kursus kemahiranberkomunikasi dan kursus etiket sosial.Pada tahun 2008, seramai 1400 orang pelajaryang terdiri daripada pelajar tahun satu dan 700buah keluarga yang melibatkan 30 buah kampungdi negeri Perlis telah menyertai program ini.Program ini dijalankan selama 3 hari 2 malam, dimana setiap keluarga akan menerima 2 orangpeserta untuk menjadi anak angkat mereka.
 
Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan mahasiswa dan masyarakat yangberfikiran dinamik, berbudaya dan mempunyaisemangat patriotisme yang tinggi terhadap negaradi samping memupuk kemahiran insaniah sepertikemahiran komunikasi, kemahiran kerjaberpasukan, kemahiran kepimpinan dan pemikirankritis dan kemahiran menyelesaikan masalah.Selain itu program ini dilaksanakan adalah untuk meningkatlkan perpaduan dikalangan pelajarpelbagai kaum yang menyertainya.
2. Pernyataan Masalah
Menurut bekas Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed, kegagalan siswazah mendapatkerja adalah disebabkan mereka tidak memilikikemahiran insaniah yang diperlukan majikan.Beliau berkata selain daripada lemah penguasaanbahasa Inggeris, siswazah didapati berfikiransempit, tiada ciri kepimpinan, semangat kekitaandan tiada kemahiran berkomunikasi. Dalam dialogdi antara Kementerian Pengajian Tinggi denganmajikan di negara ini, ramai mengatakan graduanuniversiti tidak diambil kerja kerana tidak memilikikemahiran insaniah (Bernama, 2007).Senario hari ini menunjukkan bahawa IPTAatau IPTS yang berperanan sebagai pembekalsumber manusia untuk mengisi tempat pekerjaansemata-mata tidak lagi dianggap memadai. Hari iniuniversiti terpaksa "mengejar" kepesatan perubahansupaya proses pembelajaran dan pengajaran pelajarlebih relevan dengan perkembangan terkini. Dalamkeadaan yang sedemikian, aspek lain sepertikematangan berfikir, perkembangan sahsiah, dayakepimpinan, budaya intelektual, kemahiraninsaniah di kalangan pelajar yang seharusnyaterangkum dalam pendidikan yang bersepadu itukadangkala tidak menonjol sepanjang pengajian diuniversiti (Melati, 2007).Menurut Hussey (dalam Haslinda, MuhammadNubli dan Zarina, 2005)
soft skills
dianggapkemahiran yang sangat diperlukan dalam bidangindustri, maka program-program latihan amatdititikberatkan oleh pihak majikan. Oleh itu industriamat mengharapkan agar peranan dantanggungjawab memberi pendedahan asas inidiambil alih oleh institusi pendidikan.Kemunculan isu mengenai penguasaan kemahiranoleh graduan telah mendorong KementerianPengajian Tinggi (KPT) menghasilkan ModulPembangunan Kemahiran Insaniah untuk IPTMalaysia sebagai rujukan kepada IPT di Malaysia(Universiti Malaysia Perlis, 2007). Modul yangdiperkenalkan ini adalah hasil usaha dan komitmenbanyak pihak di kementerian bagi melahirkanmodal insan berkualiti, berketerampilan danmampu bersaing bukan sahaja di pasaran kerjatempatan, malah peringkat antarabangsa(Yulpisman, 2006).
 
Negara akan rugi jika aset negara yang bakalmenjadi pewaris masa depan terumbang ambingmencari pekerjaan tanpa kemahiran di dada. Negaraamat memerlukan modal insan yang berkualiti,berketerampilan dan mampu bersaing bukan sahajadi pasaran kerja tempatan malah di peringkatantarabangsa. Seharusnya siswazah wajarmelengkapkan diri dengan memiliki pelbagaikemahiran yang tinggi, berketerampilan, disamping bersahsiah terpuji demi meneruskankecemerlangan dan kegemilangan bangsa dannegara.
3. Objektif Kajian
Secara umumnya kajian adalah bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap penerapankemahiran insaniah dalam program Bakti SiswaPerdana UniMAP. Secara khususnya kajian inidilakukan adalah untuk:i.
 
Mengkaji persepsi pelajar terhadappenerapan kemahiran insaniah.ii.
 
Mengkaji apakah elemen kemahiran insaniahpaling tinggi diperoleh oleh pelajar dalamprogram Bakti Siswa Perdana.iii.
 
Mengkaji persepsi pelajar berdasarkan kaumyang berbeza terhadap penerapan kemahiraninsaniah dalam program Bakti SiswaPerdana.
4. Kepentingan Kajian
Kajian ini diharapkan akan dapat membantupihak UniMAP mempertingkatkan penerapankemahiran Insaniah dalam kalangan pelajarnya.Dapatan daripada kajian ini sudah pasti akandigunakan untuk penambahbaikkan dalamperlaksanaan program Bakti Ssiswa Perdana dimasa akan datang.
 
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008
3
5. Batasan Kajian
Kajian hanya dilakukan di kalangan pelajar-pelajarbaru yang mendaftar diri sebagai pelajar UniMAPpada sesi pengambilan pelajar Jun 2008/2009.Kajian ini tidak melibatkan pelajar-pelajar lamaUniMAP. Tumpuan kajian dilakukan adalah untuk meninjau aspek Kemahiran Insaniah sahaja.
6. Metodologi Kajian
Populasi kajian adalah seramai 1400 orang.Sehubungan dengan itu pengkaji hanyamenggunakan seramai 270 orang sahaja daripada jumlah tersebut sebagai responden kajian (Sekaran,1992). Mereka dipilih secara rawak di lokasi dimana mereka menjalani program Bakti SiswaPerdana.Soalan yang dikemukakan terdiri daripada enambahagian. Bahagian A yang berkaitan dengandemografi responden dan berskala nominal,manakala empat bahagian lagi iaitu terdiri daripadabahagian elemen kemahiran insaniah iaituberkomunikasi, kerja berpasukan, kepimpinan danpemikiran kreatif dibina berasaskan sklala Likert 1– 5. Pengkaji meletakkan satu lagi bahagian iaituKemahiran Insaniah sebagai pembelehubahbersandar dalam kajian ini. Setiap bahagianmengandungi lapan soalan yang berskala likert.Soalan-soalan telah dianalisis mengunakan SPSSVersi 13.0 .
7. Kajian Literatur
Menurut Haslinda, Muhammad Nubli danZarina (2005) dalam satu kajian ke atas Program
Soft Skills
diperkenalkan di Kolej UniversitiKejuruteraan & Teknologi Malaysia (KUKTEM)terhadap 373 orang pelajar dan 49 orang kakitanganakademik mendapati program
Soft Skills
merupakansatu program bersepadu yang mampu menghasilkanbakal jurutera untuk memenuhi kehendak industridan aspirasi negara yang memerlukan tenaga kerjayang trampil dalam kedua-dua aspek kemahiranteknikal mahupun kemahiran insaniah.
 
Manakala menurut Abd Rahim, Ariza, MohdNoor dan Azizah (2007) menerusi kajian yangdibuat ke atas Program Keterampilan Graduan yangdilaksanakan terhadap 293 orang pelajar tahunakhir program diploma dan ijazah sarjana mudamendapati mereka amat berpuas hati denganprogram yang dijalankan dan program ini telahbanyak memberi manfaat, pengetahuan danmenambahkan keyakinan diri dalam komunikasi,etika dan moral profesional, kerja berpasukan dankepimpinan, kemahiran berfikir secara kritis danpenyelesaian masalah, keusahawanan dan BahasaInggeris.Noreen, Mohd Nihra, Mohamad Said dan MohdFadzli (2007) pula dalam kajian mereka terhadapTahap Kesediaan Kemahiran Generik PelajarTahun Akhir Yang Mengambil Mata PelajaranFizik Di Fakulti Pendidikan UTM, Skudaiberdasarkan kepada tujuh kemahiran generik yangtelah digariskan dalam Atribut Graduan UTMmendapati majoriti responden berada pada tahapkesediaan yang tinggi berdasarkan kepada tujuhkemahiran generik yang dinilai. Hasil kajian jugamendapati bahawa pelajar sangat bersetuju untuk memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris dalamproses pengajaran dan pembelajaran.Menurut Rohanida Abd. Manaf dan MohdSofian Omar Fauzee (2002) dan Mohd. Hamidi BinAbdul Hamid (2002) melihat peranan ko-kurikulumdalam membangunkan kemahiran kepimpinanindividu. Menurut mereka, aktiviti kokurikulumlebih banyak menanam, memupuk dan memberilatihan awal dari segi aspek kepimpinan, sahsiahdan kemasyarakatan di kalangan pelajar.Esa, Abd. Hadi dan Mohd Salleh (2007) telahmenjalankan satu kajian
 
untuk mengenal pasti samaada ko-kurikulum yang dilaksanakan di politeknik Malaysia, menerapkan kemahiran generik bagimenyediakan pelajar sebagai bakal pekerja yangberpotensi memenuhi keperluan pihak industri diMalaysia. Hasil kajian mendapati graduanpoliteknik yang menguasai kemahiran generik setelah mempelajarinya menerusi kokurikulumdapat memenuhi keperluan pihak industri diMalaysia.
8. Penemuan dan PerbincanganJadual 1:Demografi RespondenJantina BangsaM C I S/S
Lelaki 114 44 8 0Perempuan 71 30 1 2
KelayakanMasuk SPM Dip Mat STPM
13 70 111 76
Pengajian Diikuti Diploma Ijazah
21 249Berdasarkan Jadual 1 di atas, didapati bilanganresponden lelaki melebihi responden perempuan.Sebahagian besar responden kajian terdiri daripada

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->