Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008
3
pencapaian akademik semata-mata sahaja tidak menjamin kemajuan secara total kepadasesebuah negara. Noor Shah Saad (2007) jugamenegaskan bahawa dalam sektor pekerjaan,pekerja yang cemerlang merupakan modal insanyang menjadi asset dan pemacu kepadasesebuah organisasi. Sehubungan dengan itu,pihak KPT mengesan beberapa kelemahangraduan yang sering diperkatakan seperti tidak berketerampilan dan tiada kemahiran insaniahyang dituntut oleh pihak majikan (KPT, 2006).Kementerian Pengajian Tinggi (2006)menyatakan “kemahiran insaniah (KI) (softskills) merangkumi aspek-aspek kemahirangenerik yang melibatkan elemen kognitif yangberkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti nilai positif, kepimpinan, kerjasamaberpasukan, komunikasi dan pembelajaranberterusan” (m.s 5). Tiada istilah yang lebihkhusus bagi menggambarkan kemahiran-kemahiran generik yang hendak disampaikan.Malah di peringkat antarabangsa juga pelbagaiistilah telah digunakan. Sebagai contohnya diUnited Kingdom digunakan istilah “core skills,key skills, common skills; New Zealand pulamenggunakan istilah “essential skills’; negeriPerancis pula menggunakan “transferable skills”dan Australia pula “key competencies,employability skills, generic skills” bagimenggambarkan konsep kemahiran insaniah ataukemahiran generik ini. Apa yang paling pentingadalah para pelajar (pelajar di IPT) perlumemahami aspek-aspek ini kerana tanpakemahiran-kemahiran yang telah disebutkan tadimaka adalah sukar bagi mereka untuk mendapatpekerjaan apabila telah menamatkan pengajiankelak. Ini kerana memiliki ijazah dan pencapaianakademik yang baik semata-mata buka lagisebagai kayu pengukur bagi menjamin seseoranggraduan itu mendapat pekerjaan yang dihajati.Ismail et al. (2008) menegaskan tanggapanbahawa lulus cemerlang dalam akademik merupakan matlamat akhir pelajar perludiperbetulkan.
TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini ialah untuk meninjaukefahaman para pelajar tentang konsepkemahiran insaniah/kemahiran generik/soft skillsyang dilaksanakan dalam proses pembelajaran diuniversiti. Secara khususnya kajian ini bertujuanuntuk:1.
Meninjau kefahaman pelajar tentangkonsep kemahiran insaniah/kemahirangenerik/soft skills yang dilaksanakandalam proses pembelajaran di universiti2.
Meninjau kefahaman pelajar tentangkepentingan kemahiraninsaniah/kemahiran generik/soft skillsdalam mendapatkan pekerjaan.3.
Mengetahui tahap penglibatan pelajardalam aktiviti-aktiviti kelab / persatuandi universiti.4.
Mengenal pasti aktiviti-aktivitipembelajaran yang kerap digunakan olehpensyarah yang menyumbang kepadapelaksanaan kemahiran insaniah yangdiharapkan
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian
Kajian ini adalah merupakan satu kajian awalyang berbentuk tinjauan bagi meninjau persepsipelajar IPT berkaitan kefahaman pelajar tentangkonsep kemahiran insaniah/kemahirangenerik/soft skills yang dilaksanakan dalamproses pembelajaran di university. Kajiankuantitatif berbentuk tinjauan ini menggunakansoal selidik bagi tujuan pengumpulan data.
Alat kajian
Satu set soal selidik telah dirangka olehpenyelidik berdasarkan perbincangan awalbersama-sama pelajar di Fakulti Pendidikan,UKM serta beberapa orang pensyarah di UKMmengenai kefahaman mereka berkaitan dengankemahiran generik atau kemahiran insaniah.Hasil perbincangan awal tersebut, satu soalselidik yang mengandungi lapan item telahdihasilkan. Responden kajian diminta memberirespons terhadap setiap soalan yangdikemukakan. Respons adalah seperti berikut: 1=Tidak bersetuju dengan pernyataan; 2= Bersetujudengan pernyataan; dan 3= Sangat bersetujudengan pernyataan.
Sampel kajian