Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
4D-Prospek Perniagaan

4D-Prospek Perniagaan

Ratings: (0)|Views: 150 |Likes:
Published by Ahli Sarjana

More info:

Published by: Ahli Sarjana on Nov 05, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/05/2011

pdf

text

original

 
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008
1
 
Prospek Perniagaan Kendalian Mahasiswa di Dalam Kampus: Analisa BerdasarkanKes Universiti Kebangsaan Malaysia
 Ahmad Raflis Che OmarKhaidzir Hj IsmailHj Jumali Hj SelamatAbstrak
Penerapan ilmu dan kemahiran keusahawanan menerusi program latihan bersifat
“hands-on”
atau pembelajaranmenerusi perlaksanaan aktiviti perniagaan sebenar telah banyak disaran oleh pakar-pakar keusahawanan. Fokusutama diberikan terhadap usaha melahirkan lebih ramai graduan yang berupaya menjadi usahawan tulen yangberjaya. Latihan keusahawanan yang dijalankan dalam bilik darjah atau menerusi siri seminar dan bengkel akanlebih berkesan sekiranya para peserta diberikan peluang yang lebih luas mempraktikkan ilmu yang dipelajarimenerusi penubuhan perniagaan kendalian mereka sendiri. Di Malaysia, program latihan keusahawanan siswa telahdijalankan di Malaysia sejak sedekad yang lalu secara serius oleh Kementerian Pembangunan Usahawan danKoperasi serta Kementerian Pengajian Tinggi menerusi beberapa program seperti Kursus Asas Keusahawanan Siswa,Latihan Keusahawanan Siswa dan Program Pembudayaan Keusahawanan. Namun, ia akan lebih berkesan sekiranyapara pelajar di Universiti diberi ruang menjalankan perniagaan sendiri di dalam kampus. Sehubungan itu, kertas kerjaini akan mengupas potensi prospek pembangunan perniagaan kendalian usahawan siswa di kampus Universitiberdasarkan analisa kes di Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasil kajian mendapati, terdapat beberapa bentuk perniagaan runcitan tertentu sahaja yang mendapat permintaan daripada warga kampus. Kertas ini jugamencadangkan beberapa langkah penting yang perlu dilaksanakan oleh pihak pentadbiran Universiti bagimenjayakan perniagaan milik usahawan siswa.
1. Pengenalan
Pihak kerajaan telah memberikan tumpuankhusus terhadap melahirkan lebih ramai usahawansiswazah. Ia dilaksanakan menerusi pelbagai bentuk program latihan dan bimbingan terutamanya menerusiKementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasiserta agensi-agensi dibawahnya serta KementerianPengajian Tinggi. Matlamatnya adalah untuk menerapkan ilmu keusahawanan secara teoritikal danpraktikal kepada semua mahasiswa tanpa mengirabidang pengkhususan bagi membolehkan merekabersedia menceburi dunia perniagaan sebagai seorangusahawan siswazah.Untuk itu, program pembangunan usahawansiswa telah dilaksanakan di semua Universiti awam diMalaysia dengan kerjasama antara KementerianPembangunan Usahawan dan Koperasi sertaKementerian Pengajian Tinggi. Perlaksanaannyadibuat menerusi skim Latihan Keusahawanan Siswa,Latihan Asas Keusahawanan Siswa, ProgramPembangunan Usahawan Siswazah dan AsasPembudayaan Keusahawanan (Ahmad Raflis, et.al.2007). Program berkenaan, dilaksanakan sebagaisuatu program luar bilik darjah di mana para pesertapelbagai disiplin didedahkan dengan ilmu perniagaansecara teori dan praktikal menerusi kursuskeusahawanan di dalam dan luar Universiti. Beberapabuah Universiti awam dan swasta yang turutmenawarkan kursus-kursus keusahawanan sertapengurusan perniagaan kecil dalam bentuk matapelajaran pilihan, matapelajaran wajib ataupengkhususan. Antara Universiti yang terlibat ialahUniversiti Utara Malaysia, Universiti TeknologiMARA, Universiti Kebangsaan Malaysia, UniversitiMalaysia Sabah, Universiti Malaysia Kelantan,Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti TunAbdul Razak (Mohd Fauzi, et.al. 2007). Matlamatnyaialah untuk melahirkan graduan yang mahir dalambidang keusahawanan yang berupaya menjalankanperniagaan sendiri atau berkhidmat dengan firma-firma perniagaan lain.Sungguhpun demikian, program latihankeusahawanan sedemikian akan lebih berjayasekiranya para peserta atau mahasiswa tidak diberiruang menjalankan perniagaan sebenar dalam kampusUniversiti mereka. Kirby (2006) menjelaskan,pendidikan keusahawanan di kalangan pelajar harusdiberikan secara praktikal menerusi pengendalianperniagaan sebenar yang dijalankan oleh pelajarsendiri. Dengan demikian, mereka akan dapatmenggarap kemahiran berniaga yang lebih kompetan.Rae dan Carswell (2000) dan Gibb (2002) jugamenegaskan tingkahlaku keusahawanan boleh
 
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008
2
 
dipelajari dengan baik menerusi pengalamanmeneroka dunia perniagaan yang sebenar menerusiinteraksi dengan pelanggan, pembekal dan pesaing.Selaras dengan itu, Kementerian PembangunanUsahawan dan Koperasi telah memperuntukkansebanyak RM300,000 bagi semua Universiti Awamdi Malaysia mulai tahun 2007 bagi mewujudkankompleks niaga pelajar yang dinamakan StudentMall. Objektifnya adalah untuk membolehkankumpulan pelajar yang berminat menjalankanperniagaan di bawah konsep keusahawanan siswamemulakan perniagaan sebenar dalam kampus. Jugasebagai inkubator bagi membolehkan merekamenimba kemahiran keusahawanan sebenar sebelumbergraduan.Berdasarkan senario di atas, permasalahankajian ini menjurus kepada persoalan adakahperniagaan kendalian mahasiswa mempunyai prospek untuk dijalankan di Universiti? Selain itu, apakahtahap penerimaan warga kampus terhadap perniagaanyang dikendalikan oleh pelajar. Bagi meneliti kedua-dua aspek berkenaan kertas kerja ini akanmembincangkan prospek perniagaan kendalianmahasiswa di kampus Universiti KebangsaanMalaysia.
2. Sorotan Literatur
Kajian empirikal oleh pengkaji terdahulumendapati kecenderungan dan minat seseorangindividu menceburi bidang keusahawanan dapatdigambarkan menerusi sikap dan motivasi individuterhadap keusahawanan, menentukan tahappenglibatan sebenar mereka dalam keusahawananpada masa depan (Delmar & Davidson, 2000;Krueger et.al, 2000). Li, Zhang dan Matlay (2003) juga menjelaskan seseorang individu yang melaluiproses latihan keusahawanan terancang mempunyaikecenderungan yang lebih tinggi untuk menceburibidang perniagaan. Garavan dan O’Cinneide (1994)dan Hynes (1996) mengatakan latihan keusahawananperlu diberikan dalam bentuk inkubatorkeusahawanan dan pembangunan ekonomi. Parapeserta akan mendapat lebih banyak manafaat danpengalaman berguna sekiranya skim latihan yangdijalankan dilengkapi dengan latihan berniaga secarapraktikal. Kaedah itu juga banyak diadaptasi dinegara-negara maju seperti United Kingdom(Galloway dan Brown, 2002), Sweden (Klofsten,2002; Johanisson,
et.al.,
1998) dan Amerika Syarikat(Jones dan English, 2004). Dengan perkembangandunia perniagaan masa kini, pembangunan usahawansiswazah memerlukan pendekatan yang bersifatpraktikal (Jones dan English, 2004; Middleton danLong, 1990).Dalam membangunkan usahawan siswazah, beberapabuah universiti tempatan seperti Universiti UtaraMalaysia, Universiti Malaysia Sabah, UniversitiMalaysia Kelantan, Universiti Pendidikan Sultan Idrisdan Universiti Teknologi Mara telah menawarkanprogram keusahawanan (Mohd Fauzi
et.al
., 2006).Dari aspek latihan, program pembangunan usahawansiswa giat dilaksanakan oleh KementerianPembangunan Usahawan dan Koperasi sertaKementerian Pengajian Tinggi menerusi programLatihan Keusahawanan Siswa, Kursus AsasKeusahawanan Siswa dan Asas PembudayaanKeusahawanan di semua Institusi Pengajian TinggiAwam (Ahmad Raflis, 2007). Matlamatnya adalahuntuk menerapkan budaya keusahawanan danmenjadikan bidang keusahawanan sebagai suatukerjaya pilihan para graduan.Sebagai langkah proaktif, KementerianPembangunan Usahawan dan Koperasi telahmemulakan projek pembinaan Student Mall di semuaIPTA dengan kerjasama Kementerian PengajianTinggi. Student Mall dibangunkan sebagai inkubatorperniagaan yang membolehkan para pelajar yangberminat menjalankan perniagaan dalam kampusUniversiti masing-masing (Ahmad Raflis et, al.2008). Ia membantu meningkatkan bilangan ruangniaga yang boleh dijalankan oleh mahasiswa dikampus-kampus universiti seluruh Malaysia.Matlamat utamanya ialah untuk melahirkan graduanyang mahir dalam bidang keusahawanan yangberupaya menjalankan perniagaan sendiri sebagaiusahawan siswazah dan dapat meneruskan perniagaantersebut di luar kampus setelah menamatkanpengajian mereka.
3. Metodologi Kajian
Kajian ini dilaksanakan denganmenggunakan dua kaedah pengumpulan data. Padaperingkat pertama, satu pemerhatian
(observation)
 bagi meneliti status bentuk perniagaan yang sedangberoperasi di Universiti Kebangsaan Malaysia.Peringkat kedua pula melibatkan kaji selidik yangtelah dijalankan di kalangan warga kampus UKMbagi meneliti keperluan dan persepsi mereka terhadapperniagaan kendalian mahasiswa. Ia juga bertujuanuntuk mengenalpasti bentuk perniagaan yangberpotensi untuk dijalankan oleh para pelajar.Sejumlah 202 responden dalam kajian ini.Kutipan data dilaksanakan menerusi satu set kertassoalselidik berstruktur. Teknik persampelan
 purposif 
 digunakan. Ia bertujuan untuk mencakupi populasisasaran dalam kampus yang pelbagai iaitu pelajar,kakitangan pentadbiran dan kakitangan akademik.Kumpulan berkenaan merupakan sasaran pelangganutama untuk perniagaan dalam kampus.
 
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008
3
 
4. Dapatan Kajian
Hasil dari pemerhatian yang dijalankanmendapati, terdapat 69 buah lot-lot ruang niaga yangdisediakan oleh pihak universiti dalam kampus UKM.Perniagaan yang dijalankan di sana terdiri daripadakafetaria, kedai barangan runcit, kedai photostat,kedai buku, kedai telefon bimbit dan kiosk mini cafe.Walau bagaimanapun hampir semua perniagaantersebut dijalankan oleh pihak penyewa luar (bukanpelajar). Ringkasan maklumat ruang niaga di UKMdijelaskan menerusi Jadual 1.Jadual 1: Taburan Ruang Niaga di UKMLokasi Jumlah Ruang NiagaKolej Keris MasKolej Rahim KajaiKolej Dato’ OnnKolej Ungku OmarKolej Burhanudin HelmiKolej Ibrahim YaakobKolej Tun Hussien OnnKolej Ibu ZainKolej Idris Al-MarbawiKolej Pendeta ZaabaKolej Aminuddin Baki61143342-82Wisma UNIKEB 12Pusanika (Pusat Kemudahan Pelajar) 15Kampus Cawangan Kuala Lumpur 4Kampus HUKM 4JUMLAH 69Daripada aspek pengendali lot-lot niaga yang sediaada, didapati hanya 5 buah perniagaan runcitan sahajayang dijalankan sepenuhnya oleh pelajar menerusiKelab Keusahawanan di Kolej-Kolej Kediaman.Bilangan mahasiswa yang terlibat adalah seramai 124orang. Maklumat lengkap dijelaskan dalam Jadual 2.
 Jadual 2: Taburan Perniagaan Runcitan Dalam Kampus UKM 
Lokasi Tempat Bil Nama Perniagaan
 Jenis Perniagaan
UKM Bangi Pusanika
1 Kedai Komputer Kustif Cybercafe2 & Zar Cafe Kedai kek & roti3 Fotostostat Q&Q Kedai photostat4 Kedai Buku Kop Unikeb Kedai buku5 Umart Kedai runcit6 Anuar Optometris Kedai optometri7 Hijau.net World Cybercafe8 Seleksi Biru Butik pakaian9 Labisa Fashion Butik pakaian10 Dunia Hiaz R&Z Butik pakaian11 Adam Mohamad Ent Penjilid buku12 Abg Man Komputer Kedai komputer13 Putera Photo Studio Kedai gambar14 Galeri CenderamataUKMKedai cenderamata15 Multimedia Zone Kedai komputer16 Salon Hazi Salon17 Kedai Photostat Double A Kedai photostat18 PC Digitek Kedai alat tulis19 Pusat Komputer AlumniShop UKMKedai komputer

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->