Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
5A-Grup Pengkaji

5A-Grup Pengkaji

Ratings: (0)|Views: 7|Likes:
Published by Ahli Sarjana

More info:

Published by: Ahli Sarjana on Nov 05, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/05/2011

pdf

text

original

 
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008
1
Grup Pengkaji Tamadun Dunia : Satu Pengenalan
Oleh:Jufitri bin Joha
 
Abstrak
GPTD adalah singkatan bagi Grup Pengkaji Tamadun Dunia. Diilhamkan oleh Presiden ABIM ke-5, TuanHaji Ahmad Azam Abdul Rahman sebagai projek khas sukarelawan muda antarabangsa. Para aktivisGPTD dilatih sebagai sukarelawan sosial, dan juga sebagai pengkaji sejarah dan tamadun. Sebelummelaksanakan gerak kerja di tempat-tempat yang ditugaskan, para aktivis GPTD terlebih dahulu perlumengikuti siri latihan termasuklah kursus asas sukarelawan, mengikuti kelas bahasa (bahasa tempat yangditugaskan), menghadiri siri perbincangan dan wacana ilmiah untuk mencambahkan pemikiran sertamenambah ilmu. Latihan ini bertujuan melahirkan aktivis GPTD yang cergas fizikal, cerdas mental sertakukuh spiritual. GPTD bukan sahaja menetapkan kajian ketamadunan sebagai objektif, malah turutmenggariskan penguasaan bahasa sebagai objektifnya. Selain dari itu, ia juga bertujuan melahirkan anak muda yang lasak, kaya dengan ilmu dan pengalaman
 
serta terdedah kepada kerja-kerja sosial dankemanusiaan di peringkat antarabangsa. Dalam konteks pembangunan modal insan, khususnya paramahasiswa, GPTD merupakan mekanisme yang terbukti mampu melahirkan generasi yang kukuh jatidiriserta mempunyai daya saing di peringkat antarabangsa. Kelebihan berbahasa serta pengalaman yangditimba sewaktu di perantauan, membentuk kualiti unggul yang terdapat pada diri sukarelawan. Selain itu,latihan dan pendedahan yang diperolehi dapat membantu melahirkan generasi yang lebih berkeyakinanserta sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam setiap gerak kerja yang dilaksanakan. GPTDmenawarkan ruang dan peluang penglibatan kepada pelajar universiti yang juga merupakan sebahagiandaripada juzuk entiti belia sebagai salah satu aktiviti luar bersama Pertubuhan Masyarakat Madani atauPertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang diyakini mampu melahirkan pelajar yang bersifat ‘glokal’ sepertiyang digagaskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib bin Tun Razak. Kini, GPTD masih dalamperingkat penajaan dan bernaung di bawah ABIM.
1. Pendahuluan
Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD)diilhamkan penubuhannya oleh Pengerusi GlobalPeace Mission (GPM) Saudara Ahmad AzamAbdul Rahman. Ia bermula dari sebuah ’Projek Eksplorasi Sepanyol - Amerika Latin’ yangdiwujudkan sekitar pertengahan tahun 2001sekembalinya saudara Ahmad Azam dari bumiAndalusia, Selatan Sepanyol yang kaya dengankhazanah ketamadunan Islam.Kemudiannya diikuti dengan penubuhan 4 lagiprojek utama iaitu China, Perancis - AfrikaUtara, Turki - Asia Tengah dan Pulau Krismas,Australia. Kelima-lima projek ini mewakilikawasan kajian ketamadunan yang tersendiridaripada tamadun Islam, Barat, China, Turki danMelayu. Kelima-lima projek ini juga membentuk GPTD secara lebih terancang dan teratur.GPTD dianggotai oleh anak-anak muda yangberlatarbelakang pendidikan kolej dan universitidan juga terlibat aktif dalam aktiviti belia dankhidmat sosial dalam negara. Sehingga kini(2008) GPTD telah menjelajah ke 20 buahnegara melalui lebih 30 buah projek khas yangberkesinambungan dengan orientasi bermisi.GPTD masih dalam fasa-1 (peringkat penajaan)dan setakat ini masih bernaung di bawah badaninduk Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)._______________________
1
Exco Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pengerusi Grup Pengkaji TamadunDunia(GPTD).
 
 
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008
2
 
2. Pendekatan Unik dan Kreatif 
Sering kali kita menyalahkan pelbagai pihak berkenaan dengan lambakan hiburan danprogram realiti semasa yang melalaikansebahagian besar belia di negara ini. Segelintirdaripada kita mengatakan itu haram, ini haram,itu tidak boleh dan ini pun tidak boleh tanpamemberikan satu alternatif program mahupunaktiviti yang berfaedah dan menarik terhadapbelia. Semua pihak wajar berasa risau, jika kitatidak mampu menawarkan alternatif kepada parabelia, maka mereka akan terus hanyut danlahirlah generasi seperti yang disifatkan olehseorang sejarawan Islam, Sheikh Abu Samahsebagai orang yang hanya sibuk dengan ‘perut’dan ‘kemaluan’, iaitu dalam erti kata lain,mementingkan hawa nafsu semata-mata. Olehitu, generasi mendatang yang ditinggalkanadalah generasi lemah dan tidak berdaya untuk mengerakkan kemajuan agama, bangsa dannegara.Persoalannya apakah bentuk aktiviti dan programyang berfaedah lagi menarik yang mampuditawarkan bagi memenuhi kehendak semasa?Sudah tentu pendekatan yang diperlukan adalahtidak lari daripada agenda memperkasapembangunan insan seperti yang digagaskan olehkepimpinan negara dalam pembentangan bajet2008 di Dewan Rakyat.Pendekatan tersebut juga harus bersifat holistik dan juga menepati apa yang telah disarankanoleh Prof. Dr. Samsudin A. Rahim, KetuaPegawai Eksekutif, Institut PenyelidikanPembangunan Belia Malaysia iaitu penawaranprogram pembangunan belia mestilah pelbagai.Tambah beliau lagi, pembangunan belia haruslahmemberi perhatian kepada tiga kategori programiaitu yang berorientasikan aktiviti fizikal,berorientasikan kemahiran dan berorientasikanpengetahuan.Atas kemelut dan kehendak semasa, maka GPTDtampil untuk menawarkan sesuatu yangbermanfaat, unik, kreatif dan memenuhi ciri-ciriyang telah disebutkan di atas. Kebiasaannyasetiap projek GPTD disyaratkan memenuhikeenam-enam objektif di bawah atau sekurang-kurangnya beberapa objektif yang akan dikupassebentar lagi.
3.0 Objektif Penubuhan : MelahirkanPengembara Muda Berjiwa ‘
 Adventerous
Sesuatu organisasi dapat difahami dengan baik apabila objektifnya jelas dan tepat. GPTDmempunyai objektif yang jelas dan tepat yangdigarap daripada cetusan idea pengasasnya.Antara lain, objektif GPTD adalah melahirkanpengembara muda berjiwa ‘
adventurous
’ kayadengan ilmu dan pengalaman seperti pengembaratersohor Ibn Battutah, Ibn Jubair, LaksamanaCheng Ho, al-Idrisi, Marco Polo dan LeoAfricanus.Mengambil contoh Ibn Batuttah atau namapenuhnya Abu Abdullah Muhammad IbnAbdullah Al Lawati Al Tanji Ibn Battutahsebagai teladan utama, beliau telah diriwayatkantelah keluar mengembara seawal umur 21 tahun.Beliau yang merupakan kelahiran Tangiers,Morocco, telah membuktikan kehebatan beliaudengan mengembara lebih ke 44 buah negarabermula dengan niat awalnya untuk menunaikanhaji di Mekah. Semangat pengembaraan IbnBatuttah di awal usia belia inilah harus diteladanioleh para belia sekarang. Segala pengalamansuka duka, ilmu, kenangan dan aktiviti sosialyang telah dilalui oleh Ibn Batuttah telahdirekodkan oleh seorang tokoh ilmuwan iaitu IbnJuzayy dalam bentuk catatan yang menarik dandikenali sebagai
Tuhfatun Nazar fi Gharaibil Amsar wa Ajaibul Asfar 
atau dalam bahasaInggerisnya
A Gift to Those Who Contemplatethe Wonders of Cities and the Marvels of Travelling.
 Semangat untuk mengembara ini turutdigalakkan di dalam Al-Quran seperti firmanAllah dalam Surah an-Nahl : 36 yangmafhumnya :“...Maka berjalanlah kamu di muka bumi danperhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orangyang mendustakan (rasul-rasul).”Sudah tentu tujuan pengembaraan ditekankandalam GPTD adalah untuk melihat kebesaranIlahi, mengenal diri sendiri serta mendapatkansecangkir ilmu Allah yang tiada penghujungnya.Lebih banyak pengembaraan lebih banyak prosespembukaan minda berlaku kerana bumi ini ibarathelaian buku seperti yang disifatkan olehSt. Augustine,
“The World is a book, and thosewho do not travel read only a page”.
Belia yangmindanya terbuka memudahkan mereka untuk menyesuaikan diri di tengah-tengah hatimasyarakat dan akhirnya melakukan
 
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008
3
transformasi sosial demi kebaikan masyarakattersebut.Pujangga terkenal Iqbal dari Pakistan jugapernah mencita-citakan agar pelajar-pelajar disekolah dan universiti keluar untuk mengembaramelihat negara lain agar dapat mengambilpengajaran dan ilmu.Melalui pengembaraan ini, para aktivis GPTDdiwajibkan untuk membuat catatan daripadasetiap pemerhatian dan pengalaman yang dilalui.Budaya mencatat amat ditekankan kerana itulahkaedah terbaik untuk mengikat ilmu seperti katapara ahli bijak pandai, “Ikatlah ilmu kamutersebut dengan menulis”. Hasil catatan yangsarat dengan fakta-fakta berharga, pengalamanmenarik dan pengajaran yang tersirat akandikongsi dalam bentuk penulisan yang disiarkandalam dada-dada akhbar khususnya ruanganAgama, Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar danmajalah-majalah tempatan lain. Perkongsianpengalaman tersebut juga dilakukan dalambentuk 
roadshow
ke kampus-kampus IPT. GPTD juga telah berjaya mengumpulkan pengalaman-pengalaman mereka ini dan diterbitkan dalambentuk Travelog di bawah bimbingan PenasihatGPTD iaitu Prof. Dr. Md Sidin Ishak, PensyarahJabatan Media, Universiti Malaya.
4.0 Mengkaji Keagungan, Kehebatan, Jatuhdan Bangun Sesebuah Tamadun Besar Duniaserta Sosio Budaya Masyarakat.
Sesuatu perkara yang amat mendasar dalamGPTD dalah aspek kajian. Aktivis GPTD bukansekadar hanya mengembara semata-mata tetapimereka ditugaskan untuk membuat kajian.Kajian tersebut merangkumi faktor-faktor jatuhbangun sesebuah tamadun serta keadaan sosiobudaya sesebuah masyarakat.Sebelum berangkat ke negara yang telahditentukan, para aktivis GPTD ditugaskan untuk melakukan pembacaan yang mendalammengenai maklumat negara berkenaan, sejarah,kebudayaan dan ketamadunan serta maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kajian.Melalui kajian tersebut mereka dapat mengambilpengajaran daripada faktor-faktor kebangkitanyang dijadikan azimat untuk balik membangunkan ummah dan faktor-faktorkejatuhan yang dijadikan sempadan agar ianyatidak sekali-kali berulang di tanahair yangtercinta ini.Mengambil contoh kajian ketamadunanmengenai kajian ketamadunan Islam di Sepanyolatau lebih terkenal dengan Andalus. Melaluikajian tersebut, antara faktor kejatuhankedaulatan Islam di sana adalah keranaperpecahan umat, perebutan kuasa dankelemahan jati diri dan semangat jihad generasimuda. Faktor-faktor ini tidak harus dibiarkanberulang dan berlaku di Malaysia. Malaysiapernah disifatkan oleh tokoh ulamak kontemporari Mesir, Sheikh Muhammad al-Ghazali sebagai Andalus kedua. Hasil dari kajiandan pemerhatian tersebut memberikan semangatkepada para aktivis GPTD untuk pulangmenformulakan satu rumusan berbentuk aktivitibelia bagi menguatkan jati diri dan semangat jihad di kalanngan generasi muda.Contoh kedua, kajian sosio budaya masyarakatadalah kajian mengenai Tahap Kerohanian danKomitmen Terhadap Amalan-Amalan Islam DiKalangan Remaja Melayu Australia (RMA).Kajian ini dijalankan ke atas sampel yangberjumlah 25 orang yang terdiri daripada RMAdi kawasan pinggir bandar Melbourne, Australia.Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahapkerohanian dan komitmen para respondenterhadap amalan-amalan Islam dan pandanganmereka tentang tahap kerohanian dan komitmenibubapa mereka terhadap amalan-amalan yangsama.Hasil daripada kajian tersebut, telah dicadangkanbeberapa solusi bagi meningkatkan kesedaranberagama di kalangan RMA. Solusi tersebutamat bermanfaat untuk masyarakat tersebut dan juga sebagai panduan kepada para aktivis GPTDseterusnya yang datang menabur bakti untuk proses
 follow up
di Melbourne. Ini adalah keranamereka bukan sekadar membuat kajian tetapi juga menabur khidmat bakti sebagai imam,menyampaikan kuliah agama dan membantumenggerakkan aktiviti keagamaan dankemasyarakatan.
5.0 Menguasai Bahasa-Bahasa Utama danStrategik Dunia.
Salah satu pra syarat untuk terlibat dalam misi keluar negara. Para aktivis disyaratkan untuk menguasai bahasa negara yang ditugaskan untuk pergi atau pun sekurang-kurangnya mengetahuiasas komunikasi bahasa negara tersebut. GPTD juga amat menitikberatkan penguasaan bahasa-bahasa utama dunia yang digunakan khususnya

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->