Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
4Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kajian Perlaksanaan Program-Program Kerohanian untuk Mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia

Kajian Perlaksanaan Program-Program Kerohanian untuk Mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia

Ratings: (0)|Views: 126 |Likes:
Published by Ahli Sarjana

More info:

Published by: Ahli Sarjana on Nov 05, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/14/2013

pdf

text

original

 
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008
1 
Kajian Perlaksanaan Program-Program Kerohanian UntukMahasiswa Di Universiti Teknologi Malaysia
Baharin Mesir
1
, Dr. Aminatuzuhariah M. Abdullah
2
, Mohd Farhan Ngatman
3
 dan Norsamsiah Muhamad@Wahab
4
 
1
Fakulti Kejuruteraan Awam
2
Fakulti Alam Bina
3
Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat
4
Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber AsliUniversiti Teknologi Malaysia81310 UTM Skudai, Johorbaharin@fka.utm.my 
Abstrak
Penghayatan agama merupakan satu unsur yang sangat penting dalam mempengaruhi kualiti peribadi seseorangpelajar muslim dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang sahsiah dan seimbang dari segi mental, jasmani,emosi dan rohani. Penerapan nilai-nilai agama ini secara khususnya boleh dilaksanakan melalui perlaksanaanprogram-program kerohanian yang boleh dilakukan samada secara formal atau tidak formal. Oleh itu, satu kajiantelah dijalankan ke atas pelajar-pelajar Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk mengetahuisejauhmana kesediaan dan penerimaan mereka dalam perlaksanaan program-program kerohanian. Ia jugabertujuan mendedahkan kepada pelajar tentang pentingnya program kerohanian dalam proses pembangunaninsan. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. Daripada analisa yangdilakukan, didapati kebanyakan pelajar bersedia untuk mengikuti program kerohanian yang diadakan.Kebanyakan mereka juga menyedari akan pentingnya program kerohanian dalam proses pembangunan insandalam usaha melahirkan graduan muslim yang cemerlang sahsiahnya. Walaubagaimanapun tidak dapat dinafikanbahawa wujud pelbagai halangan dan cabaran dalam perlaksanaan program-program tersebut yang bolehmenjejaskan matlamat yang ingin dicapai.
Katakunci:
Keperluan perlaksanaan, program kerohanian, mahasiswa muslim
1.0 Pengenalan
Penghayatan agama merupakan satu unsuryang sangat penting dalam mempengaruhi kualitiperibadi seseorang pelajar muslim dalam usahamelahirkan pelajar yang cemerlang sahsiah danseimbang dari segi mental, jasmani, emosi danrohani. Penghayatan kepada agama ini hanya akanterlaksana sekiranya proses penerapan nilai-nilaiagama dapat dilakukan dengan berkesan danberterusan. Penerapan nilai-nilai agama ini secarakhususnya boleh dilaksanakan melaluiperlaksanaan program-program kerohanian yangboleh dilakukan samada secara formal atau tidak formal. Secara formal ianya boleh dilaksanakanmelalui kelas-kelas agama di sekolah dan kursus-kursus bersijil, manakala secara tidak formal adalahseperti kuliah-kuliah di masjid dan surau.Walaupun pelajar-pelajar Islam hari inikebanyakannya telah didedahkan dengan pengajianagama Islam di sekolah-sekolah, namunpenghayatannya masih kurang diberi penekanan.Disebabkan itu, saban hari, banyak gejala-gelajasosial dibentangkan di media-media yangmelibatkan remaja-remaja Islam. Keadaan yangsama juga didapati berlaku dikalangan mahasiswa,di mana sebahagian mereka kini sudah mulameminggirkan nilai-nilai agama dalam kehidupandi kampus. Ini kerana ramai di kalangan mahasiswaturut terlibat dengan gejala yang tidak seharusnyaberlaku ke atas mereka yang sedang berada dalamdunia akademik. Antaranya ialah berdua-duaandalam keadaan yang mencurigakan, menjadikanperpustakaan sebagai tempat pertemuan bagipasangan yang bercinta, penyalahgunaan dadah,menceroboh dan mencuri, menipu atau menirudalam peperiksaan, berpakaian yang kurang sopandan lain-lain lagi [1].Menurut Hasdiana Husin, di UniversitiTeknologi Malaysia, secara purata setiap tahunlebih kurang 800 orang pelajar (lihat Rajah 1 dibawah) mendapatkan khidmat sesi kaunseling diPusat Kaunseling dan Kerjaya (PKK) [2]. Antaramasalah pelajar yang banyak dikemukakan adalahdari segi
masalah peribadi
, iaitu perkembangan danpemantapan diri, terutama dari segi penampilan dankeyakinan diri bagi tujuan pembentangan kertaskerja dan pengucapan awam;
masalah sosial
 
 
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008
2dengan pasangan masing-masing dan rakan-rakansekuliah dan/atau sebilik serta minat terhadapsesama jantina (homoseksual dan lesbian) dan
masalah keluarga
yang pelbagai terutama dari segipaksaan dan desakan yang dirasakan keterlaluandari ibu bapa.
Pelajar Yang MendapatkanPerkhidmatan Sesi Kaunseling Di PusatKaunseling dan Kerjaya
81884690993748602004006008001000
  2  0  0 4  2  0  0  5  2  0  0  6  2  0  0   7  J  a  n -  J  u  n   2  0  0  8
Tahun
   B   i   l   P  e   l  a   j  a  r
BilPelajar
 Rajah 1: Pelajar Yang Mendapatkan PerkhidmatanKaunseling (sumber: Hasdiana Husin, 2008).PKK juga turut mengenalpasti berlakunyapeningkatan tekanan (
stress
) dan kes-keskemurungan (
depression
) terutama sekali ketikamenjelang peperiksaan akhir tahun. Lain-lainmasalah yang diterima termasuklah aspek disiplin(contohnya seperti meniru, mencuri, dan melihatfilem-filem lucah) yang kebiasaannya dirujuk,masalah latihan kepimpinan dan kesihatan(psikosomatik) yang mempunyai hubungan denganpermasalahan yang lain.Dalam usaha menangani segala masalah sosialini, perkara pertama yang mesti dilakukan adalahkembali kepada kehidupan beragama. Dalamkehidupan beragama, melalui penerapan danpenghayatan nilai-nilai agama di dalam kehidupan,ianya mampu untuk menyelesaikan permasalahanyang timbul. Agama Islam yang ajarannyamencakupi seluruh aspek kehidupan manusiamerupakan satu cara hidup yang syumul yang manadidalamnya terkandung aspek-aspek akidah,ibadah, akhlak dan sebagainya. Dengan adanyapenghayatan dan pengamalan nilai-nilai agama,ianya mampu untuk menjamin kehidupan manusiayang lebih selamat dan sejahtera.
2.0 Islam Satu Cara Hidup
Gejala-gejala sosial dan permasalahan sepertiyang disebut di atas cuma boleh diatasi sekiranyaumat Islam kembali menghayati ajaran dari al-Quran dan sunnah-sunnah Rasulullah saw sebagaisatu cara hidup mereka seharian. Menurut AbuUrwah [3] dan Fathi Yakan [4], Islam diertikansebagai penyerahan diri kepada Allah denganpenuh keikhlasan hati dari sudut ’aqidah, ’ibadah,akhlak dan dalam bidang perundangan atau syari’at.Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’:125 yangbermaksud:
”Dan siapakah yang lebih baik agamanya dariorang yang menyerahkan wajahnya (dirinya)kepada Allah, sedangkan dia berbuat ihsandan mengikuti deen Ibrahim dengan hanyacenderung kepada Allah”.
2.1 Penyerahan diri Dari Sudut Aqidah
Akidah yang benar dan sah adalah menjadisyarat pertama kepada pengakuan seseorang yangtelah menerima Islam sebagai agama yang mengaturhidupnya. Akidah tersebut mestilah sejajar denganapa yang telah termaktub dalam kitab al-Quran dansunnah Rasulullah saw. Kita juga perlu beriman danmempercayai perkara yang telah diimani dandipercayai oleh para salafussaleh dan para imamyang telah terbukti kebajikan, kebaikan, ketakwaandan kefahaman mereka yang tepat dan benarterhadap Islam [4]. Menurut Abu Urwah [3], Islamtelah menggariskan beberapa dasar asas yang mestidiyakini seperti:1)
 
Allah adalah Pencipta, Penguasa dan Pemilik alam semesta. Allah telah mencipta manusiadan menyediakannya tempat tinggalsementara di muka bumi.2)
 
Manusia telah ditugaskan untuk menjadikhalifah Allah di muka bumi. Manusiadituntut untuk beriman dan patuh kepadasegala perintah dan peraturan yangditetapkan olehNya.3)
 
Untuk membolehkan manusia melaksanakantugasnya, para rasul dan nabi telah diutusdengan membawa kitab-kitab sebagaipanduan dan bimbingan hidup manusia.4)
 
Manusia diperintahkan untuk menyebarkanrisalah Islam. Manusia yang berimanditugaskan untuk menyeru manusia supayakembali kepada jalan yang benar.
5)
 
Manusia akan dibangkitkan semula pada harikiamat untuk dihisab. Syurga adalah balasanuntuk orang mukmin dan neraka balasanbagi orang yang kufur.
 
2.2 Penyerahan diri Dari Sudut Ibadah
Ibadah dalam Islam merupakan kemuncak dariperasaan tunduk dan patuh kepada Allah danklimaks dari perasaan yang merasakan kebesaranAllah sebagai tempat pengabdian diri [4]. Tujuanhidup dalam Islam ini telah digariskan oleh Allah didalam al-Quran dalam surah Az-Dzariyat:56 yangbermaksud:
”Dan Aku tidak ciptakan jin dan manusiakecuali untuk beribadah kepada Ku”.
Dalam ayat ini ditegaskan bahawa tujuan hidupmanusia adalah untuk mengabdikan diri kepadaAllah. Beribadat kepada Allah bererti memusatkan
 
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008
3penyembahan kepada Allah semata-mata. Ini berertiseluruh aspek kehidupan di dunia ini, lahir dan batin, jasmani dan rohani, baik dalam kehidupan individuataupun dalam kehidupan bermasyarakat hendaklahdiatur menurut peraturan dan undang-undang yangditetapkan oleh Allah SWT. Sebagai seorang hambaAllah, sewajarnyalah kita beribadah kepadaNyauntuk membalas segala nikmat dan rahmat Allahyang telah dikurniakan kepada kita.Selain itu, Allah juga menciptakan manusiasebagai khalifah untuk memakmurkan bumi. Dalamhal ini, Allah membekalkan kepada manusia denganpelbagai jenis nikmat seperti makanan dan minuman.Allah juga telah memberi kita pelbagai sumber asliseperti emas, perak, bijih, besi, minyak dansebagainya. Dengan akal yang telah dianugerahkanoleh Allah, kita telah menggunakannya untuk memudahkan hidup manusia seperti menciptakenderaan yang diperbuat dari besi dan keluli yangmembolehkan kita bergerak dengan selesa. Segalanikmat dan kurniaan itu tidak lain untuk memudahkan kita beribadah kepada Allah danmenunjukkan kesyukuran kita terhadapNya.
2.3 Penyerahan Diri Dari Sudut Akhlak
Akhlak yang mulia adalah menjadi matlamatasasi bagi risalah Islam. Pelajar yang mempunyaidisiplin yang baik adalah berlandaskan akhlak yangmulia dan terpuji menurut ukuran akal mahupunsyara’[4]. Sebagai seorang Islam sejati, pelajarperlu mempelajari akhlak yang telah digariskanoleh Islam dan dipaparkan oleh Rasulullah junjungan kita. Ini telah dinyatakan oleh Rasulullahsaw dalam hadisnya:
“Takutlah kepada Allah di mana saja engkauberada, ikutilah segala keburukan dengankebaikan, niscaya kebaikan itu akanmenghapuskannyua. Dan pergaulilah sekalianmanusia dengan budi pekerti yang baik”.(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Seterusnya Fathi Yakan juga menghuraikanakhlak yang mulia adalah merupakan tanda danhasil dari iman yang sebenar. Pelajar perlumemahami bahawa akhlak merupakan amal palingberat yang diletakkan dalam neraca hamba padahari kiamat [4]. Akhlak juga selalunya dihubungkandengan solat, kerana solat yang khusyuk mampumencegah perkara jahat dan mungkar. Allah telahberfirman:
“Sesungguhnya solat itu mencegah dari perkara jahat dan mungkar.” (Al-Ankabut:45)
 Dengan ibadah yang sempurna, ianya mampumelahirkan muslim yang bersifat warak darimelakukan perkara-perkara syubhat, menundukkanpandangan, memelihara lidah, mempunyai perasaanmalu, lemah lembut dan sabar, bersifat benar dan jujur, tawaduk, menjauhi perbuatan sangka buruk,mengumpat, pemurah dan sebagainya.
2.4 Perlaksanaan Program Kerohanian
Islam mewajibkan keimanan (keyakinan danamalan) terhadap akidah, ibadah dan akhlak Islamyang bersifat holistik seperti di atas untuk panduanhidup manusia di alam ini. Al-Quran dan sunnahRasulullah saw menghuraikan ketiga-tiga perkaraini dengan terperinci dan wajarlah kita semuamempelajari dan memperdalami ilmu ini secaraberterusan, menghayatinya dan mengamalkannyasepanjang masa. Keyakinan dan amalan kepadaagama ini hanya akan terlaksana sekiranya prosespenerapan nilai-nilai agama dapat dilakukan denganberkesan dan berterusan. Penerapan nilai-nilaiagama ini secara khususnya boleh dilaksanakanmelalui perlaksanaan program-program kerohanianyang boleh dilakukan secara formal atau tidak formal.Oleh kerana itu, program-program kerohaniandi kolej-kolej kediaman dan fakulti dirasakan amatperlu dilaksanakan secara berterusan dengan lebihberkesan untuk meningkatkan lagi kesedaran parapelajar mengenai Islam secara terperinci dan bagimengelakkan mereka terjerumus dengan pelbagaimasalah yang dibincangkan sebelum ini. Denganadanya penghayatan dan pengamalan sepenuhnyailmu-ilmu ini, ianya dapat menjamin kehidupanyang bahagia di dunia dan di akhirat. Namunbegitu, timbul juga masalah pelajar-pelajar yangenggan menghadiri program-program kerohanianyang diadakan di kolej-kolej, masjid mahupunsurau-surau. Faktor-faktor penghalang ini perludikenalpasti agar perlaksanaan program kerohaniandapat dijalankan dengan berkesan.
 3.0 Objektif Kajian
Kajian ini dilakukan untuk mengenalpastisejauhmana kesedaran mahasiswa Islam tentangpentingnya program kerohanian dalam prosespembangunan insan. Ia juga bertujuan mengkajisejauhmana kesediaan dan penerimaan merekadalam perlaksanaan program-program kerohaniandi dalam kampus. Disamping itu, ia dapatmengenalpasti bentuk-bentuk program kerohanianyang boleh dilaksanakan dalam menerapkan nilai-nilai agama dikalangan pelajar. Kajian inidilakukan ke atas pelajar-pelajar Islam, UniversitiTeknologi Malaysia (UTM) yang tinggal di kolej-kolej kediaman pelajar.
4.0 Metodologi
Kajian yang dijalankan ini menggunakanborang soal selidik sebagai instrumen kajian bagimencapai objektif kajian dalam bentuk kuantitatif.Kajian dilakukan ke atas pelajar-pelajar Islam yangtinggal di kolej-kolej kediaman pelajar UTM,Skudai. Dalam kajian ini, seramai 268 orang pelajartelah menjawab soal selidik tersebut.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->