You are on page 1of 3

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

PENGANTARABANGSAAN PEMBANGUNAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL DAN LATIHAN (TVET)
Murugan Krishnan & Syariffah binti Othman Politeknik Port Dickson, KM 14 Jalan Pantai, 71050 Sri Rusa, Port Dickson. Tel : 06-6622089, Fax : 06- 6622026. email : murugan@polipd.edu.my syariffah_othman@yahoo.co.uk

Kata kunci : pengantarabangsaan, modal insan, berdaya saing, pendidikan latihan teknikal dan vokasional, konvensional

Pengenalan Kecemerlangan Malaysia di peringkat antarabangsa memerlukan sistem pengajian tinggi yang relevan, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan sejagat. Pendidikan teknikal & vokasional dan latihan (TVET) merupakan satu cabang penting dalam pembangunan modal insan. Ia dilihat sebagai satu agenda penting bagi menyokong persediaan negara ke arah mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada pelabur tempatan dan luar. Politeknik dan Kolej Komuniti merupakan peneraju dalam pendidikan latihan teknikal dan vokasional terutama dikalangan institusi pengajian dan latihan awam negara yang menjalankan pengajian peringkat sijil dan diploma. Pelbagai langkah telah diambil untuk memantapkan lagi sistem pendidikan di politeknik dan kolej komuniti untuk mencapai kualiti yang dihasratkan supaya lulusan mampu bertanding di pentas dunia. Institusi pengajian tinggi kini menyedari tentang kepentingan pengantarabangsaan, rangkaian antarabangsa dan usahasama antarabangsa (JPPKK 2008) ini yang memberi manfaat kepada Malaysia dalam banyak cara. Adalah amat penting untuk membina rantaian hubungan yang baik dengan organisasi-organisasi antarabangsa dan institusiinstitusi yang telah diiktiraf kecemerlangannya diperingkat global bagi menghasilkan lulusan yang lebih berketrampilan, kompetitif, berfikiran global dan cemerlang dalam semua bidang. Perkembangan teknologi dan penemuan-penemuan baru dalam pelbagai bidang membuatkan graduan daripada program kejuruteraan konvensional sukar bersaing, terutama diperingkat antarabangsa. Pergantungan industri kepada ICT, robotik, automasi, dan lain-lain teknologi terkini membuatkan sukar bagi graduan mendapatkan kerja kecuali yang mempunyai

pengalaman tertentu. Telah tiba masanya untuk kita memikirkan program akademik yang bukan konvensional terutama dalam bidang kejuruteraan dan teknologi. Kertas kerja ini akan membincangkan bagaimana pengantarabangsaan ini dapat menjadikan bakal graduan politeknik dan kolej komuniti lebih berdaya saing, mempunyai modal insan, berpersonaliti unggul serta dapat menyesuaikan diri dengan kehendak pasaran kerja ( Berita Harian 2006).

OBJEKTIF Selaras dengan tajuk kertas kerja ini, beberapa objektif akan dibincangkan untuk mengupas isu-isu pembangunan pelajar sebagai modal insan dalam usaha pengantarabangsaan. Objektif kertas kerja ini adalah seperti berikut : a. b. Peranan ICT dalam pengantarabangsaan Kepentingan Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) dalam pengantarabangsaan Kolaborasi Industri Dalam Pertukaran Ahli Akademik untuk tujuan : - Penyelidikan - Penganjuran persidangan/seminar - Kongsi kepakaran (penyelidikan) Mempromosikan TVET ke arah peringkat yang lebih tinggi terutama dalam rantau Asean dan Asia.

c.

d.

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

Definasi Pengantarabangsaan

DUNIA mengalami era globalisasi di mana semua negara dan masyarakat semakin saling bergantungan di antara satu sama lain. Dalam hubungan ini pengantarabangsaan (internationalization) adalah berhubung kait dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan penyertaan dalam persekitaran antarabangsa dan keterlibatan dengan pelbagai pihak termasuk dalam aktiviti-aktiviti pendidikan yang berkualiti (Senada 2007). Proses ini menyediakan perspektif baru kepada masyarakat dalam pendidikan berkualiti selain menghendaki pemikiran baru, di samping memerlukan pendekatan-pendakatan dan strategi-strategi bersesuaian melalui perkongsian pembentukan modal insan dan intelek secara berterusan. Peniingkatkan penglibatannya dalam pengantarabangsaan melalui hubungan pelbagai hala dengan negara luar ini adalah bertujuan untuk meningkatkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

ditingkatkan dengan mewujudkan jaringan dengan badan penyelidikan lain bagi mendapat akses maklumat penyelidikan peringkat tempatan dan antarabangsa. Budaya penyelidikan dan inovasi dikalangan pelajar dan pensyarah ini dapat mencipta ilmu baru dan menghasilkan penemuan baru yang berharga bagi membolehkan Malaysia menjadi hab pengajian tinggi unggul. Kejayaan penyelidikan dan pembangunan ini mampu untuk membangunkan modal yang dihasratkan bagi mempergiat inovasi dalam semua sektor ekonomi negara secara berterusan (Forum 2007). Kolaborasi Industri Dalam Pertukaran Ahli Akademik Ahli Akademik merupakan golongan yang penting dalam usaha meningkatkan kecemerlangan sesebuah IPT serta membentuk pelajar yang berketerampilan. Hubungan rapat dengan industri merupakan faktor yang penting dalam melahirkan graduan yang cemerlang. Hubungan rapat dengan industri dan kolaborasi antarabangsa melalui program pertukaran ahli akademik perlu ditingkatkan melalui kaedah latihan untuk membentuk budaya profesionalisme dalam kalangan ahli akademik. Pembangunan penyelidikan seperti persidangan dan seminar antara institusi pendidikan dan industri perlu diperbanyakan lagi untuk mendapatkan keperluan tenaga kerja pasaran terkini. Kepakaran dan kemahiran dapat dikongsi bersama dengan adanya hubungan kerja dan penyelidikan dengan pihak industri. Ianya dapat menghasilkan tenaga pengajar yang berketerampilan, graduan yang berkemahiran dan berfikiran kritikal, mempunyai kemahiran berkomunikasi dan dapat bersaing diperingkat antarabangsa. Dari segi pengkomersialan atau mengaplikasi hasil penyelidikan, industri merupakan rakan kongsi yang terdekat dan paling sesuai memandangkan pengalaman yang ada padanya seperti industri pembuatan mahupun perkhidmatan (Lukman 2005).Pengantarabangsaan pembangunan pelajar dalam pendidikan teknikal dan vokasional dan latihan ini boleh dipertingkatkan melalui beberapa program lain seperti : Majlis Dialog Industri Tahunan. Penyertaan dalam dialog anjuran organisasi perdagangan dan industri. Kerjasama dengan pihak industri dalam merekabentuk kurikulum baru, penyelidikan dan juga penganjuran seminar antarabangsa. Pelaksanaan Work-Based Learning.

Peranan ICT dalam pengantarabangsaan Institusi pengajian tinggi kini menyedari tentang kepentingan pengantarabangsaan, rangkaian antarabangsa dan usahasama antarabangsa1 ini yang memberi manfaat kepada Malaysia dalam banyak cara. Seperti mana yang kita sedia maklum, ICT merupakan pemudahcara utama dalam menubuhkan jalinan atau rangkaian bagi semua peringkat secara fizikal mahupun maya. Perkembangan ICT telah membawa perubahan besar terhadap senario perkembangan pendidikan. Pada masa kini semua Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi mempunyai infrastruktur ICT yang canggih. Justru itu, kemudahan ICT ini dapat digunakan secara optimum oleh semua lapisan masyarakat supaya dapat mencapai kecemerlangan di peringkat antarabangsa.

Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D)

Program pengantarabangsaan ini dapat ditingkatkan lagi dengan cara mewujudkan unit Penyelidikan & Pembangunan (R&D) di semua peringkat politeknik dan kolej komuniti. Aktiviti penyelidikan dapat

Mempromosi Pendidikan Teknik dan Vokasional dan Latihan

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

Penjalinan rangkaian antarabangsa politeknik dan kolej komuniti perlu dilengkapkan dengan pengisian yang boleh membawa nilai tambah kepada pelajar dan juga organisasi itu sendiri dengan menawarkan produk dan kepakaran dalam bidang teknikal dan vokasional dalam bidang kurikulum dan latihan kepada dunia luar. Sehubungan itu, penyebaran luas maklumat mengenai produk dan kepakaran lulusan politeknik dan kolej komuniti dalam bidang teknikal dan vokasional perlu digiatkan lagi. Antaranya melalui program pertukaran pelajar ke luar negara di mana melalui program ini ia dianggap sebagai platform penyebaran promosi pendidikan teknik dan vokasional kepada masyarakat antarabangsa dan secara tidak langsung dapat menarik kehadiran pelajar antarabangsa ke Malaysia ( Mohe 2008). Dari sudut keilmuan pula, persidangan antarabangsa dalam bidang pengajian teknikal dan vokasional yang dianjurkan dengan jayanya telah membuka mata banyak pihak tentang kemampuan politeknik kolej komuniti dalam mempromosikan sektor pendidikan teknikal dan vokasional negara. Penganjuran persidangan antarabangsa ini akan sentiasa diteruskan agar penglibatan tersebut dapat mengangkat politeknik dan kolej komuniti ke rantaian nilai yang lebih tinggi bagi pelajar dan pensyarah.

untuk menimba ilmu pengetahuan. Misi transformasi yang dianjurkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara bertujuan untuk membangunkan modal insan yang mempunyai keupayaan pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang unggul untuk menyediakan graduan yang berkualiti tinggi, berfikiran kreatif, berdaya intelek serta mempunyai kematangan dari aspek sahsiah dan juga akademik. Sehubungan itu kerjasama pengantarabangsaan ini dianggap sebagai satu strategi pembangunan potensi sumber manusia yang amat bijak kerana ia melibatkan pemindahan nilai dan perkongsian kualiti antara satu sama lain. Semoga usaha sama pengantarabangsaan ini dapat melahirkan graduan politeknik dan kolej komuniti yang lebih berdaya saing, berpersonaliti unggul, berketrampilan dan dapat menyesuaikan diri dengan kehendak pasaran kerja.

Rujukan :

1.

2.

Kesimpulan Institusi pengajian tinggi seluruh dunia, kini menyedari tentang kepentingan pengantarabangsaan, rangkaian antarabangsa dan usahasama antarabangsa. Ini adalah kerana suasana dunia hari ini telah menjadi kecil, saling bergantung sesama lain dan saling bersaing. Di JPPKK, usaha pengantarabangsaan telah dimulakan dengan mengambil kira perkembangan penting yang telah dikenal pasti. Antaranya Memorandum of Understanding (MOU) antara politeknik dengan institusi luar, kunjungan delegasi negara asing yang terpegun dengan kemampuan politeknik dan kolej komuniti menghasilkan lulusan yang boleh mengendalikan jentera pembangunan negara, malahan ada yang bekerja di negara mereka (JPM 2006). Kedudukan Malaysia kini melonjak sebagai hab kecemerlangan pendidikan di peringkat serantau yang memberi semakin banyak peluang kepada pelajar

3. 4.

5. 6. 7.

Teks Ucapan Ketua Pengarah JPPKK (2008). Memacu Politeknik & Kolej Komuniti Melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. KPTM. Noor Azlan Ghazali, Modal Insan Berkualiti Aset Berharga Negara, Berita Harian, 6 November 2006. SENADA . Bil 308. September 2007. UKM Laporan Forum dan Resolusi, 2007, Strategies to Enhance Higher Education Delivery System http://www.hbp.usm.my/strategi/bada_planst rat.htm Lukman Ismail, Menara Ilmu Utusan Malaysia, Jumaat 22 Julai 2005 . www.mohe.gov.my/webkpt_v2/images/semi nar.pdf Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Membina Tamadun Menjulang Martabat Negara : Ucapan Perdana Menteri YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi Semasa Membentangkan Usul Mengenai Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 Di Dewan Rakyat 31 Mac 2006, Website JPM, 7 November 2006.

You might also like