Welcome to Scribd. Sign in or start your free trial to enjoy unlimited e-books, audiobooks & documents.Find out more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PENGANTARABANGSAAN PEMBANGUNAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL DAN LATIHAN (TVET)

PENGANTARABANGSAAN PEMBANGUNAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL DAN LATIHAN (TVET)

Ratings: (0)|Views: 200|Likes:
Published by Ahli Sarjana

More info:

Published by: Ahli Sarjana on Nov 05, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/21/2015

pdf

text

original

 
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008
PENGANTARABANGSAAN PEMBANGUNAN PELAJAR DALAM PENDIDIKANTEKNIKAL & VOKASIONAL DAN LATIHAN (TVET)
 
Murugan Krishnan & Syariffah binti OthmanPoliteknik Port Dickson,KM 14 Jalan Pantai, 71050 Sri Rusa, Port Dickson.Tel : 06-6622089, Fax : 06- 6622026.email : murugan@polipd.edu.mysyariffah_othman@yahoo.co.uk 
 Kata kunci : pengantarabangsaan, modal insan, berdaya saing
,
 pendidikan latihan teknikal  dan vokasional, konvensional 
 
Pengenalan
Kecemerlangan Malaysia di peringkat antarabangsamemerlukan sistem pengajian tinggi yang relevan,berdaya saing dan mampu menyumbang kepadapembangunan sejagat. Pendidikan teknikal &vokasional dan latihan (TVET) merupakan satucabang penting dalam pembangunan modal insan. Iadilihat sebagai satu agenda penting bagi menyokongpersediaan negara ke arah mewujudkan persekitaranyang kondusif kepada pelabur tempatan dan luar.Politeknik dan Kolej Komuniti merupakan penerajudalam pendidikan latihan teknikal dan vokasionalterutama dikalangan institusi pengajian dan latihanawam negara yang menjalankan pengajian peringkatsijil dan diploma. Pelbagai langkah telah diambiluntuk memantapkan lagi sistem pendidikan dipoliteknik dan kolej komuniti untuk mencapai kualitiyang dihasratkan supaya lulusan mampu bertandingdi pentas dunia. Institusi pengajian tinggi kinimenyedari tentang kepentingan pengantarabangsaan,rangkaian antarabangsa dan usahasama antarabangsa(JPPKK 2008) ini yang memberi manfaat kepadaMalaysia dalam banyak cara. Adalah amat pentinguntuk membina rantaian hubungan yang baik denganorganisasi-organisasi antarabangsa dan institusi-institusi yang telah diiktiraf kecemerlangannyadiperingkat global bagi menghasilkan lulusan yanglebih berketrampilan, kompetitif, berfikiran globaldan cemerlang dalam semua bidang. Perkembanganteknologi dan penemuan-penemuan baru dalampelbagai bidang membuatkan graduan daripadaprogram kejuruteraan konvensional sukar bersaing,terutama diperingkat antarabangsa. Pergantunganindustri kepada ICT, robotik, automasi, dan lain-lainteknologi terkini membuatkan sukar bagi graduanmendapatkan kerja kecuali yang mempunyaipengalaman tertentu. Telah tiba masanya untuk kitamemikirkan program akademik yang bukankonvensional terutama dalam bidang kejuruteraandan teknologi. Kertas kerja ini akan membincangkanbagaimana pengantarabangsaan ini dapat menjadikanbakal graduan politeknik dan kolej komuniti lebihberdaya saing, mempunyai modal insan,berpersonaliti unggul serta dapat menyesuaikan diridengan kehendak pasaran kerja ( Berita Harian 2006).
OBJEKTIF
Selaras dengan tajuk kertas kerja ini, beberapaobjektif akan dibincangkan untuk mengupas isu-isupembangunan pelajar sebagai modal insan dalamusaha pengantarabangsaan. Objektif kertas kerja iniadalah seperti berikut :a.
 
Peranan ICT dalam pengantarabangsaanb.
 
Kepentingan Penyelidikan DanPembangunan (R&D) dalampengantarabangsaanc.
 
Kolaborasi Industri Dalam Pertukaran AhliAkademik untuk tujuan :-
 
Penyelidikan- Penganjuran persidangan/seminar- Kongsi kepakaran (penyelidikan)d.
 
Mempromosikan TVET ke arah peringkatyang lebih tinggi terutama dalam rantauAsean dan Asia.
 
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008
Definasi Pengantarabangsaan
DUNIA mengalami era globalisasi di mana semuanegara dan masyarakat semakin saling bergantungandi antara satu sama lain. Dalam hubungan inipengantarabangsaan (internationalization) adalahberhubung kait dengan aktiviti-aktiviti yangmelibatkan penyertaan dalam persekitaranantarabangsa dan keterlibatan dengan pelbagai pihak termasuk dalam aktiviti-aktiviti pendidikan yangberkualiti (Senada 2007). Proses ini menyediakanperspektif baru kepada masyarakat dalam pendidikanberkualiti selain menghendaki pemikiran baru, disamping memerlukan pendekatan-pendakatan danstrategi-strategi bersesuaian melalui perkongsianpembentukan modal insan dan intelek secaraberterusan. Peniingkatkan penglibatannya dalampengantarabangsaan melalui hubungan pelbagai haladengan negara luar ini adalah bertujuan untuk meningkatkan imej Malaysia di peringkatantarabangsa.
Peranan ICT dalam pengantarabangsaan
Institusi pengajian tinggi kini menyedari tentangkepentingan pengantarabangsaan, rangkaianantarabangsa dan usahasama antarabangsa
1
ini yangmemberi manfaat kepada Malaysia dalam banyak cara. Seperti mana yang kita sedia maklum, ICTmerupakan pemudahcara utama dalam menubuhkan jalinan atau rangkaian bagi semua peringkat secarafizikal mahupun maya. Perkembangan ICT telahmembawa perubahan besar terhadap senarioperkembangan pendidikan. Pada masa kini semuaPoliteknik dan Kolej Komuniti KementerianPengajian Tinggi mempunyai infrastruktur ICT yangcanggih. Justru itu, kemudahan ICT ini dapatdigunakan secara optimum oleh semua lapisanmasyarakat supaya dapat mencapai kecemerlangan diperingkat antarabangsa.
Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D)
Program pengantarabangsaan ini dapat ditingkatkanlagi dengan cara mewujudkan unit Penyelidikan &Pembangunan (R&D) di semua peringkat politeknik dan kolej komuniti. Aktiviti penyelidikan dapatditingkatkan dengan mewujudkan jaringan denganbadan penyelidikan lain bagi mendapat aksesmaklumat penyelidikan peringkat tempatan danantarabangsa. Budaya penyelidikan dan inovasidikalangan pelajar dan pensyarah ini dapat menciptailmu baru dan menghasilkan penemuan baru yangberharga bagi membolehkan Malaysia menjadi habpengajian tinggi unggul. Kejayaan penyelidikan danpembangunan ini mampu untuk membangunkanmodal yang dihasratkan bagi mempergiat inovasidalam semua sektor ekonomi negara secaraberterusan (Forum 2007).
 Kolaborasi Industri Dalam Pertukaran Ahli Akademik
Ahli Akademik merupakan golongan yang pentingdalam usaha meningkatkan kecemerlangan sesebuahIPT serta membentuk pelajar yang berketerampilan.Hubungan rapat dengan industri merupakan faktoryang penting dalam melahirkan graduan yangcemerlang. Hubungan rapat dengan industri dankolaborasi antarabangsa melalui program pertukaranahli akademik perlu ditingkatkan melalui kaedahlatihan untuk membentuk budaya profesionalismedalam kalangan ahli akademik. Pembangunanpenyelidikan seperti persidangan dan seminar antarainstitusi pendidikan dan industri perlu diperbanyakanlagi untuk mendapatkan keperluan tenaga kerjapasaran terkini.Kepakaran dan kemahiran dapat dikongsi bersamadengan adanya hubungan kerja dan penyelidikandengan pihak industri. Ianya dapat menghasilkantenaga pengajar yang berketerampilan, graduan yangberkemahiran dan berfikiran kritikal, mempunyaikemahiran berkomunikasi dan dapat bersaingdiperingkat antarabangsa. Dari segi pengkomersialanatau mengaplikasi hasil penyelidikan, industrimerupakan rakan kongsi yang terdekat dan palingsesuai memandangkan pengalaman yang ada padanyaseperti industri pembuatan mahupun perkhidmatan(Lukman 2005).Pengantarabangsaan pembangunanpelajar dalam pendidikan teknikal dan vokasional danlatihan ini boleh dipertingkatkan melalui beberapaprogram lain seperti :
 
Majlis Dialog Industri Tahunan.
 
Penyertaan dalam dialog anjuran organisasiperdagangan dan industri.
 
Kerjasama dengan pihak industri dalammerekabentuk kurikulum baru, penyelidikandan juga penganjuran seminar antarabangsa.
 
Pelaksanaan
Work-Based Learning
.
Mempromosi Pendidikan Teknik dan Vokasionaldan Latihan

Activity (2)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->