Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
37Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Chapter 1

Chapter 1

Ratings:

4.57

(7)
|Views: 11,254|Likes:
Published by api-3830504

More info:

Published by: api-3830504 on Oct 18, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/18/2014

pdf

text

original

2
OUM
ASAS SISTEM MAKLUMAT UNIT 1
PENGENALAN KEPADA SISTEM MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER
BAB 1
BAB 1 PENGENALAN KEPADA SISTEM
MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER
PENGENALAN

Organisasi mempunyai banyak sumber yang perlu diurus dengan bijak. Salah satu sumber yang memainkan peranan penting bagi memastikan organisasi dapat bertahan dengan perubahan persekitaran serta kemajuan teknologi ialah maklumat. Komputer telah banyak membantu pengurus dengan memberikan maklumat yang boleh dipercayai dalam masa yang singkat.

Maklumat yang dihasilkan oleh komputer digunakan oleh mereka yang berada di persekitaran organisasi termasuk pengurus dan bukan pengurus. Pengurus berada di setiap peringkat pengurusan dan di semua unit organisasi bagi memainkan peranan serta melaksanakan tugasnya dengan menggunakan kemahiran dalam komunikasi dan penyelesaian masalah. Oleh itu, untuk memanfaatkan kemajuan teknologi, pengurus perlu tahu menggunakan komputer dan maklumat.

Bab ini dimulakan dengan penerangan kepentingan pengurusan maklumat kepada organisasi. Sebagai panduan pembaca, penggunaan perkataan firma di dalam bab ini dan bab seterusnya merujuk kepada organisasi. Bab ini akan merangkumi huraian berkenaan jenis pengguna, perbezaan di antara data dan maklumat, jenis-jenis sistem maklumat pengurusan serta pengurusannya.

OBJEKTIF
Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat:

1. menyenaraikan lima sumber-sumber utama dalam sesebuah firma;
2. mengenalpasti tugas dan peranan tiga jenis pengguna sistem;
3. menerangkan tiga jenis peringkat pengurusan dan tugas masing-masing; dan

4. menyenaraikan kepentingan pengurusan maklumat bagi kelima-lima jenis sistem
pengurusan maklumat.
1.1 PENGURUSAN MAKLUMAT
Pada pendapat anda, apakah kaitan di antara pengurusan maklumat dengan
kehidupan harian anda?

Pengurus gerai akhbar dan majalah mengurus gerainya dengan memerhatikan objek fizikal di gerainya seperti akhbar, majalah, wang, gerai dan pelanggan. Namun begitu, apabila perniagaannya meningkat, beliau telah mengambil langkah untuk membuka beberapa kedai buku dengan ratusan pekerja dan ribuan pelanggan yang perlu diuruskan setiap hari. Pada tahap ini, pengurus tersebut lebih memerlukan maklumat berbanding dengan pemerhatian. Untuk menguruskan keadaan fizikal firmanya,

OUM
3
UNIT 1 ASAS SISTEM MAKLUMAT
BAB 1 PENGENALAN KEPADA SISTEM MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER

pengurus tersebut menggunakan banyak laporan atau paparan maklumat. Dengan cara yang sama, tentu anda boleh bayangkan bagaimana pentingnya maklumat kepada pengurus besar yang lain, misalnya, Presiden Boh, Proton dan Adabi. Para pengurus ini menganggap maklumat sebagai sumber firma yang paling bernilai.

Selain daripada maklumat, firma juga mempunyai beberapa sumber lain yang perlu diuruskan oleh pengurus. Hopeman (1969), telah menyenaraikan 5 jenis sumber yang terlibat iaitu personnel, material, mesin (termasuk kemudahan dan tenaga), wang dan maklumat (termasuk data).

Pengurus perlu menguruskan sumber-sumber yang disenaraikan supaya ia dapat digunakan dengan cara yang paling berkesan. Perhatikan bahawa sumber firma sebenarnya terbahagi kepada sumber fizikal (boleh dilihat dengan mata kasar) dan sumber konseptual (tidak boleh dilihat dengan mata kasar). Semua sumber yang telah disenaraikan tadi merupakan sumber fizikal kecuali maklumat yang merupakan sumber konseptual. Sumber konseptual sama penting dengan sumber fizikal. Sumber konseptual akan digunakan oleh pengurus untuk menguruskan sumber fizikal.

Cuba bayangkan anda salah seorang pekerja di sebuah firma di persekitaran anda. Bagaimanakah anda dapat mengaitkan sumber fizikal dan konseptual firma tersebut?

Sumber diperolehi dan disediakan supaya boleh digunakan apabila perlu. Biasanya proses penyediaannya melibatkan penukaran bahan mentah kepada bahan yang lebih berguna seperti memasang komputer dan melatih pekerja. Selepas proses ini, pengurus berusaha untuk mengoptimumkan penggunaan sumber tersebut. Pengurus dapat mengurangkan masa rehat sumber ini di tahap yang minimum dan memastikan sumber digunakan pada tahap yang paling cekap. Kemudian, pengurus akan menggantikan sumber pada masa yang sesuai, sebelum menjadi lapuk atau kurang cekap.

Konsep pengurusan maklumat adalah sama dengan pengurusan sumber fizikal yang telah diterangkan sebelum ini. Namun kedua-duanya mempunyai perbezaan dari segi konteksnya. Pengurus akan memastikan data yang diperlukan dapat diperolehi dan diproses kepada maklumat yang berguna. Seterusnya, pengurus perlu memastikan pula maklumat tersebut sampai kepada individu yang sepatutnya dalam bentuk dan masa yang sesuai supaya ia boleh digunakan. Kemudian, maklumat yang tidak diperlukan akan dihapuskan dan digantikan dengan maklumat yang lebih tepat dan terkini. Oleh itu, pengurusan maklumat dapat ditakrifkan sebagai sekumpulan aktiviti yang melibatkan proses perolehan maklumat, penggunaannya dengan cara yang paling efektif dan penghapusannya pada masa yang sesuai.

Latihan 1.1
Mengapakah maklumat merupakan sumber yang penting kepada firma?
4
OUM
ASAS SISTEM MAKLUMAT UNIT 1
PENGENALAN KEPADA SISTEM MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER
BAB 1
1.2 TARIKAN KEPADA PENGURUSAN MAKLUMAT

Sebelum masyarakat menyedari akan kepentingan pengurusan maklumat, maklumat tidak dianggap sebagai aset penting sesebuah firma. Namun, pada hari ini, penggunaan dan pengetahuan tentang sistem maklumat merupakan perkara penting bagi pengurus kerana kebanyakan organisasi bergantung kepada sistem maklumat untuk berjaya dan bertahan. Perhatian yang diberikan oleh pengurus terhadap sistem maklumat adalah disebabkan oleh dua faktor utama, iaitu perubahan persekitaran bisnes yang semakin kompleks dan peningkatan kemahiran komputer.

(a)Perubahan Persekitaran Bisnes
Perubahan persekitaran bisnes dapat dihuraikan dalam dua keadaan iaitu:
\ue000
Kewujudan Ekonomi Global

Peningkatan ekonomi industri negara-negara maju di Amerika, Eropah dan Asia banyak disumbangkan oleh perniagaan import dan eksport. Hari ini, kebolehan untuk beroperasi secara global menentukan kejayaan dan masa depan sesebuah firma. Globalisasi dalam ekonomi industri dunia telah membuka peluang-peluang baru kepada bisnes dan meningkatkan kepentingan maklumat kepada firma. Perdagangan dan pengurusan bisnes global hari ini telah direalisasikan oleh sistem maklumat melalui rangkaian dan komunikasi. Sistem maklumat yang canggih dapat menyediakan kemudahan bagi menjalankan aktiviti bisnes secara global seperti beroperasi 24 jam sehari dalam persekitaran antarabangsa, komunikasi dan sebaran maklumat kepada pelanggan dan pembekal di seluruh dunia dan menyediakan servis dan maklumat secara atas talian. Oleh itu, sesebuah firma memerlukan sistem maklumat dan komunikasi yang benar-benar mantap bagi membolehkan persaingan dalam pasaran dunia.

\ue000
Perubahan Ekonomi Industri

Kuasa industri utama seperti Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun sedang mengalami perubahan dari ekonomi industri kepada ekonomi servis berasaskan pengetahuan dan maklumat manakala ekonomi pembuatan telah beralih kepada negara berpendapatan rendah. Ini kerana pengetahuan dan maklumat memainkan peranan yang sangat penting bagi mendapatkan keuntungan dalam bentuk ekonomi baru yang berasaskan pengetahuan dan maklumat.

Bilangan pekerja di sektor perkhidmatan seperti jualan, pendidikan, kesihatan, bank dan firma guaman adalah jauh lebih tinggi berbanding mereka yang bekerja di sektor pertanian dan pembuatan. Servis yang diberikan oleh pekerja di sektor perkhidmatan ini melibatkan penggunaan teknologi dan sistem maklumat dalam menghasilkan dan menyebarkan maklumat dan pengetahuan. Servis berasaskan maklumat seperti web portal (Yahoo, America Online) pangkalan data (IEEE, Lexis) dan e-dagang (Amazon.com) sedang berkembang pesat dan firma ini mempunyai jutaan pekerja.

Penggunaan pengetahuan dalam pengeluaran produk tradisional juga semakin meningkat. Begitu juga dengan industri pembuatan di kilang yang telah menggunakan teknologi maklumat dalam meningkatkan pengeluaran mereka. Contohnya, industri automobil menggunakan reka bentuk yang dihasilkan oleh grafik komputer, kilang menggunakan robot dan realiti maya.

Activity (37)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Indra Maniam liked this
Indra Maniam liked this
Syuhaida Salleh liked this
Hazimah Nhy liked this
Khairunnisa Nis liked this
jatgee liked this
Ezri Anuar liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->