Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
9Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Chapter 2

Chapter 2

Ratings:

4.0

(2)
|Views: 928 |Likes:
Published by api-3830504

More info:

Published by: api-3830504 on Oct 18, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/18/2014

pdf

text

original

24
OUM
ASAS SISTEM MAKLUMAT UNIT 1
KONSEP SISTEM BAB 2
BAB 2 KONSEP SISTEM
PENGENALAN

Anda telah diperkenalkan dengan model sistem di dalam bab satu. Di dalam bab ini, anda akan diperkenalkan pula dengan beberapa jenis model lain yang membantu pengurus dalam menyelesaikan masalah. Di antaranya ialah model fizikal, naratif, grafik dan matematik.

Model sistem yang telah anda pelajari merupakan model sistem umum yang boleh digunakan di dalam pelbagai keadaan. Anda akan melihat dengan lebih terperinci lagi tentang unsur-unsur model sistem umum yang terdiri daripada sistem fizikal dan sistem konseptual. Dalam bab ini juga, anda akan diperkenalkan dengan unsur sistem lain, iaitu piawaian (standard). Secara umumnya, piawai adalah tahap prestasi yang perlu dicapai oleh output sistem.

Pengurus akan memastikan piawai sistem dipenuhi dengan membandingkan output sistem dengan piawai. Tindakan boleh diambil jika output kurang atau melebihi piawai yang ditetapkan. Strategi pengurusan yang hanya memberikan tumpuan kepada sesuatu yang berlaku di luar piawai atau norma dikenali sebagai pengurusan melalui pengecualian. Strategi kedua yang hampir sama dengan strategi pertama pula dinamakan sebagai faktor kejayaan kritikal, iaitu pengurus menentukan beberapa faktor yang kritikal kepada kejayaan firma dan memberi fokus kepada pencapaian faktor-faktor tersebut.

OBJEKTIF
Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat:

1. menakrif empat jenis model dan kegunaan setiap satunya di dalam bisnes;
2. mengenalpasti empat dimensi maklumat;
3. menggunakan konsep pengurusan melalui pengecualian;
4. menggunakan model sistem umum untuk memahami mana-mana organisasi; dan
5. menggunakan pendekatan sistem untuk menyelesaikan masalah.

2.1 MODEL
Sekiranya anda seorang pengurus, apakah kegunaan model kepada
anda?

Model merupakan perwakilan kepada sesuatu seperti objek, konsep atau aktiviti dunia nyata yang dikenali sebagai entiti. Model digunakan untuk mewakilkan masalah yang perlu diselesaikan di dalam bentuk yang mudah difahami. Di sini akan dihuraikan tentang jenis-jenis model dan kegunaannya.

OUM
25
UNIT 1 ASAS SISTEM MAKLUMAT
BAB 2 KONSEP SISTEM
\ue000
Jenis-jenis Model
Model boleh dikelaskan kepada empat jenis yang utama, iaitu model fizikal, model naratif,
model grafik dan model matematik.
(a)Model Fizikal

Model fizikal ialah perwakilan entiti secara tiga dimensi yang boleh dilihat dengan mata kasar. Biasanya entiti ini dimodelkan di dalam saiz yang lebih kecil daripada saiz sebenar. Contoh model fizikal yang sering digunakan di dalam perniagaan ialah model rumah dan model kereta.

(b)Model Naratif

Model naratif digunakan oleh pengurus melalui penerangan entiti yang dibuat di dalam komunikasi lisan atau bertulis. Butiran entiti dapat difahami oleh pendengar melalui penerangan yang disampaikan. Model naratif merupakan jenis model yang paling popular kerana ia merangkumi setiap komunikasi perniagaan.

(c)Model Grafik

Pernahkah anda mendengar pepatah Inggeris yang berbunyi \u201csebuah gambar menceritakan seribu perkataan\u201d? Model grafik digunakan untuk menggambarkan tentang sesuatu entiti melalui graf, carta, bentuk, simbol dan garisan. Selain daripada bisnes, model grafik juga digunakan di dalam reka bentuk sistem maklumat. Tentu anda masih ingat tentang beberapa model grafik yang anda gunakan ketika menganalisis dan mereka bentuk sistem dahulu. Di antaranya ialah Rajah Aliran Data (Data Flow Diagram - DFD), Rajah Hubungan Entiti (Entity Relationship

Diagram - ERD), Carta Alir dan Carta Struktur.
(d)Model Matematik

Model matematik pula merupakan rumus atau persamaan matematik yang terdiri daripada beberapa pemboleh ubah dan pemalar. Bagaimana cara anda mengira keuntungan jualan? Anda boleh mengira keuntungan jualan dengan memasukkan nilai-nilai di dalam persamaan mudah ini:

Untung = Jualan \u2013 Kos

Pengurus perlu terus memantau situasi selepas penyelesaian dilaksanakan untuk memastikan penyelesaian dapat menyelesaikan masalah sebagaimana yang diharapkan. Jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku, sesuatu perlu dilakukan untuk membetulkan keadaan.

Anda boleh melawat ke laman web http://home.ust.hk/~eteval/ostei/ system.htm untuk melihat dengan lebih terperinci bagaimana Rajah Aliran Data (DFD) dan Rajah Hubungan Entiti (ERD) dibangunkan dalam sesebuah organisasi.

Berdasarkan penerangan umum jenis-jenis model tersebut, cuba bina satu
gambarajah yang dapat mengaitkan kesemua model-model tersebut.
26
OUM
ASAS SISTEM MAKLUMAT UNIT 1
KONSEP SISTEM BAB 2
\u2022
Kegunaan Model

Keempat-empat model di atas dapat memudahkan kefahaman dan komunikasi. Ini ialah kerana entiti telah diwakilkan di dalam bentuk yang lebih ringkas. Model-model ini boleh digunakan secara berasingan atau digabungkan mengikut kesesuaian keadaan. Sebagai contoh, model matematik mempunyai kelebihan lain, iaitu kebolehan meramal masa hadapan.

2.2 MODEL SISTEM UMUM

Model sistem umum diperkenalkan untuk memudahkan anda menggunakan mana- mana konsep sistem maklumat di dalam pelbagai jenis organisasi. Unsur bagi model sistem umum merupakan asas keseluruhan sistem maklumat di setiap organisasi. Jika anda dapat memahami konsep model sistem umum, anda dapat memahami jenis-jenis sistem maklumat dan sebarang struktur organisasi dengan mudah. Anda hanya perlu menambah atau mengubahsuai model sistem umum dengan jenis sistem maklumat dan struktur organisasi tertentu semasa anda membuat analisis atau reka bentuk sistem maklumat.

2.2.1 Sistem Fizikal

Sistem fizikal firma mentransformasi sumber-sumber input kepada sumber-sumber output sebagaimana yang dapat dilihat dalam Rajah 2.1. Sumber-sumber input diperolehi dari persekitaran, diproses untuk menjadi sumber-sumber output dan dipulangkan kembali ke persekitaran yang sama. Oleh kerana wujudnya interaksi di antara firma dan persekitarannya melalui sumber-sumber fizikal, sistem fizikal firma dapat diklasifikasikan sebagai sistem terbuka. Jika kita ambil proses pembuatan minyak masak di sebuah firma, kita boleh membayangkan bagaimana sumber-sumber input yang terdiri dari bahan mentah seperti kelapa sawit diproses menjadi minyak masak. Kelapa sawit diperolehi dari persekitaran firma dan minyak masak dipasarkan kepada pelanggan yang juga berada di persekitaran firma.

Selain daripada aliran material ini, ada beberapa aliran lain seperti aliran personel,
mesin dan wang.
(a)Aliran Material

Material input seperti bahan mentah dan komponen diperolehi dari pembekal. Bahan- bahan ini disimpan di dalam gudang atau stor sebelum diproses. Selepas melalui proses transformasi, bahan-bahan ini bertukar menjadi produk yang akan disimpan di dalam gudang sebelum dihantar atau dipasarkan kepada pelanggan.

Rajah 2.1: Sistem fizikal firma
Sumber Input
Sumber Output
Proses Transformasi

Activity (9)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Ty Viala liked this
Indra Maniam liked this
zamnet liked this
joeraize liked this
Mislan Lan liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->