You are on page 1of 9

Rancangan Pengajaran Harian

(Modul 2)

Mata pelajaran : Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Sasaran : Pelajar Tingkatan 1
Masa : (40 minit)
Bilangan Murid : 30 orang
Bidang : Akademik
Tajuk : Kemahiran Mendengar I (Proses Mendengar)
Bahan : Alat Multimedia ( Komputer, slaid Power point)
petikan, kertas A4 dan alat tulis.


emahiran :

i) Kemahiran mendengar yang berkesan dapat membantu pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.
ii) Komunikasi 2 hala lebih berkesan berbanding komunikasi sehala.
iii) Pelajar harus mengemukakan soalan jika kurang jelas tentang sesuatu maklumat.

emahiran Berfikir :

Mencirikan, menjana idea, mereka cipta, membanding dan membezakan, sumbangsaran, membuat ramalan,
merumus, menilai, membanding dan membezakan dan menerangkan sebab.

Objektif Pelajaran: Pada akhir pelajaran ini pelajar dapat:

i) Mengetahui tentang peringkat-peringkat dalam proses mendengar.
ii) Menggunakan kaedah mendengar dengan betul dalam aktiviti.
iii) Dapat menguasai teknik komunikasi yang berkesan.
iv) Menggunakan teknik mendengar yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran.


Penyerapan urikulum:

Ilmu : Kemahiran mendengar yang berkesan dapat membantu pelajar
Dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

Nilai : Hormat menghormati, mengikut arahan, menghargai, bertanggung
Jawab, bertolak ansur, berani mengeluarkan pendapat dan menghayati.


Catatan :

Guru dan pelajar-pelajar menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik yang disediakan dengan
kemudahan komputer.

Langkah /
Masa
Isi andungan Aktiviti
Pengajaran & Pembelajaran
Bahan Sumber emahiran /
Strategi

Set Induksi

(5 minit)

Mendengar dan
menyenarai-kan
perkataan yang
bermula dengan
huruf "t

Contoh petikan:
"Kebanyakan
manusia tidak suka
pada perubahan
ketara. Mereka tahu
dan mahu berubah
tetapi merasakan ia
adalah susah dan
menakutkan

i) Guru kaunseling membaca petikan
pendek dengan nada yang perlahan.

ii) Pelajar diminta mendengar dengan
sepenuh perhatian.

iii) Selepas mendengar, pelajar diminta
menyenaraikan perkataan yang bermula
dengan huruf "t .

Soalan:
Sila senaraikan perkataan yang bermula
dengan huruf "t.



Petikan pendek

Contoh jawapan:
"tidak, tahu, tetapi

(Rujuk lampiran 2 i)

soal- jawab,
mendengar,
mengingat,
menyenaraikan
, menjana idea.










iv) Guru menjelaskan tujuan aktiviti dan
tajuk pengajaran pada hari itu.


Langkah

1

(10 minit)














Tajuk:

Kemahiran
mendengar
: penerangan oleh
guru kaunseling

( Rujuk power
point )

i) Guru kaunseling menerangkan kemahiran
mendengar dengan alat bantuan Power
point.

ii) Pelajar diminta memberi perhatian
tentang isi kandungan, mendengar,
memahami, membuat catatan dan
mengingat.

iii) Guru kaunseling menanyakan soalan
yang berkaitan dengan tajuk dan
pengetahuan sedia ada dengan tujuan
memastikan pelajar faham dan tahu
kemahiran yang sedang diajar.

Soalan:
1. Apakah teknik mendengar yang
berkesan?
2. Bagaimana meningkatkan kemahiran
mendengar?
3. Senaraikan halangan mendengar.

iv) Pelajar menjawab soalan guru.

v) Pelajar diminta menanya soalan dengan
tujuan membuat refleksi diri.




Power point :

Kemahiran
mendengar yang
bekesan











*Contoh jawapan sila
rujuk lampiran 2

mendengar,
memahami,
membuat
catatan,
mengingat,
soal-jawab,
dan meta
kognitif.


Langkah

2

(15 minit)

















Aktiviti kelas:

menyampai-kan
maklumat sehala
dan 2 hala
(Rujuk lampiran 2ii)
















i) Pelajar dibekalkan dua helai kertas A4.

ii) Pelajar diminta menjalankan aktiviti
mendengar:

a) Menyampaikan maklumat sehala
b) Menyampaikan maklumat 2 hala.


iii) Guru kaunseling membaca arahan dan
pelajar diminta menjalankan tugasan
mengikut arahan.
( Rujuk Lampiran 2ii )

v) Secara sumbang saran, pelajar
membincangkan dan membandingkan
jawapan mereka dengan kawan.

vi) Guru kaunseling membimbing pelajar
semasa aktiviti dijalankan.

Lampiran 2ii, alat tulis
dan kertas A4.




















menjana idea,
sumbang
saran,
membuat
ramalan,
membanding
dan
membezakan,
memproses
maklumat.







Langkah

3

(5 minit)

Memberi respon i) Secara suka rela 3 orang pelajar diminta
memberi respon berkenaan perbezaan
perasaan mereka sewaktu melukis kali
pertama dan kali kedua.

iii) Guru kaunseling merumus dan menilai
pencapaian pelajar




Lukisan pelajar menilai,
merumus,
membanding
dan
membezakan.

Penutup

(5 minit)


Rumusan:
Komunikasi 2 hala
lebih berkesan dan
pelajar perlu
bertanya jika
kurang jelas.
i) Guru kaunseling meminta pelajar
membuat rumusan mengenai pengajaran
yang telah diajar.


ii) Pelajar diminta menggunakan teknik
mendengar dalam pembelajaran mereka.


Merumus

Refleksi:








Contoh soalan dan jawapan:

i) CONTOH PETIKAN:
"Kebanyakan manusia tidak suka pada perubahan ketara. Mereka tahu dan
mahu berubah tetapi merasakan ia adalah susah dan menakutkan

a) Apakah perkataan yang bermula dengan huruf "t?
"tidak, tahu, tetapi
b) Apakah teknik mendengar yang berkesan?
O Bersedia untuk mendengar
O Tetapkan niat
O Duduk di bahagian hadapan, banyak faedahnya
O Kenalpasti idea-idea penting yang didengar
O Buat bacaan awal
O Catat nota semasa mendengar
O Dengar dengan teliti dan
O Tanamkan minat terhadap apa yang didengar.

c) Bagaimana meningkatkan kemahiran mendengar?
O Niat yang betul
O Berprasangka baik
O Pandang kepada pengucap
O Latih banyak mendengar dari bercakap
O okus apa yang ditunjuk
O Perhatian apa yang ditulis
O Tumpuan yang tidak berbelah bahagi

d) Senaraikan halangan mendengar.
O Gangguan dalaman
O Gangguan persekitaran
O Tiada persediaan
O Emosi
O Persepsi negatif
O Tidak serius
O Tidak bersemuka
O Bising
O Mendengar sambil lewa
O Khayalan


Lampiran 2
ii) AKTIVITI MENYAMPIAKAN MAKLUMAT SEHALA DAN 2 HALA
Langkah-langkah:
1. Setiap pelajar diberikan 2 helai kertas kosong.
2. Guru kaunseling memberi arahan berikut untuk dilukis oleh peserta.
Perserta tidak dibenarkan bertanya. Arahan diulangi 2 kali sahaja.
Arahannya:
a) Lukis satu bulatan
b) Dalam bulatan, lukis 3 bulatan kecil
c) Di atas bulatan, lukis sebuah bentuk segiempat tepat.
d) Di kiri dan kanan bulatan, buat 2 garis panjang yang selari dan 1
bulatan di hujung.
e) Di bawah bulatan tadi, lukis 1 segi empat tepat.
f) Di bawah segi empat tepat tersebut, lukis 2 pasang garis panjang ke
bawah selari dan 2 bulatan di hujung 2 pasang garis panjang tadi.
3. Selepas siap lukis, pelajar diminta mempamerkan lukisan mereka dan
berbincang bersama dengan kawan.
Langkah ke 2:
1. Di atas kertas lain, pelajar diminta melukis kali ke 2 dengan arahan yang
sama tetapi kali ini mereka dibenarkan bertanya soalan untuk mendapat
jawapan tepat.
2. Pelajar diminta mempamerkan kedua-dua lukisan mereka tadi dan
diminta membandingkan kedua-dua lukisan mereka dengan lukisan
contoh jawapan.
3. Pelajar diminta memberi respon berkenaan perbezaan mereka sewaktu
melukis kali pertama dan kali kedua.












CONTOH JAWAPAN:















































Lampiran 2

You might also like