You are on page 1of 58

PUISI TRADISIONAL PANTUN ENAM KERAT Putik kelapa menjadi muda, Kelapa muda jadi kemirau, Sudah kemirau

menjadi kotai; Hati luka pula tiada, Rasa pedih buat tak hirau, Ibarat kaca jatuh ke lantai. Kelukaan di hati disembunyikan daripada pengetahuan orang lain walaupun pedihnya amat mendalam.

Ambil galah jolok kedondong, Galah pendek buluh sumpitan, Buluh bersisip tali jerami; Bukan salah ibu mengandung, Sudah takdir sudah suratan, Sudah nasib jadi begini. Sesuatu yang berlaku kepada kita harus diterima dengan perasaan yang reda kerana itu semua sudah suratan takdir bukannya salah ibu yang melahirkan kita.

Sarat bermuat ikan cencaru, Gelama tidak berumpan lagi, Kail tersangkut di tepi batang; Sudah dapat orang Yang baru, Yang lama tidak berkenan lagi, Ibarat melukut di tepi gantang. Sudah menjadi kelaziman manusia sering melebihkan orang yang baharu sehingga orang lama terasa disisihkan dan tidak diperlukan lagi.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

Persoalan Nilai Keredaan iaitu reda dengan suratan takdir Ketabahan iaitu sentiasa tabah dengan kesedihan yang menimpa diri. Menyembunyikan hati yang terluka (rangkap 1) Menerima suratan takdir (rangkap 2) Mengutamakan yang baharu berbanding yang lama (rangkap 3)

Pengajaran Kita janganlah terlalu menunjukkan rasa kecewa. Kita janganlah sesekali menyalahkan takdir. Kita janganlah melupakan orang yang pernah berjasa kepada kita.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

PUISI TRADISIONAL PANTUN LAPAN KERAT Buat bangsal di tengah hutan, Tebaslah hutan buat halaman, Di tepi halaman menanam kubis, Diselang dengan pokok papaya; Biarlah sabar dengan perlahan, Itulah tanda tuan beriman, Tidak patah digoncang iblis, Akhirnya tuan menang berjaya. Bersifat sabar itu tanda orang yang beriman. Orang yang beriman tidak akan terpedaya dengan bisikan iblis dan itu sebagai tanda kejayaan.

Ikan teluk parang-parang, Anak ketam disangka lelabi, Berburu musim tengkujuh, Dapat buruan di belah-belah; Bukan makhluk sebarang-barang, Cucu Adam sepaian nabi, Turun dari langit ketujuh, Jadi khalifah kepada Allah. Keturunan manusia berasal daripada Nabi Adam. Dipilih menjadi khalifah/pemimpin di muka bumi Allah.

Lengkang-lengkung apa dipaku, Paku jatuh patah dua, Menjadi riuh orang di darat, Anak Cik Itam jatuh jalar; Bumi kandungan nenek moyangku, Kerana lalai rosak binasa, Kebudayaan Timur dinodai Barat, Bahasa ibunda hina terbiar. Kelalaian manusia menyebabkan bumi rosak binasa. Kebudayaan Timur telah dicemari oleh budaya Barat malah bahasa ibunda juga turut diabaikan.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

Persoalan Nilai Kesabaran iaitu kesabaran amat penting untuk menepis segala hasutan iblis. Kesyukuran iaitu bersyukur dengan segala anugerah Allah kepada kita. Keimanan iaitu keimanan penting dalam mengharungi kehidupan. Kunci kejayaan ialah bersabar (rangkap 1) Keistimewaan sebagai seorang manusia (rangkap 2) Pencemaran budaya dan bahasa (rangkap 3)

Pengajaran Kita hendaklah sabar dalam menjalani kehidupan agar kita beroleh kejayaan. Kita hendaklah bersyukur apabila dipilih sebagai pemimpin. Kita janganlah merosakkan budaya dan bahasa Melayu.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

PUISI TRADISIONAL SYAIR MAKNA RIAK Kemudian dinyatakan makna riak, Amal ibadat kerana manusia, Inilah kebencian Tuhan yang sedaya, Sebab kerana syirikkan Dia. Riak merupakan satu perbuatan atau sifat baik untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai. Perbuatan ini dibenci Allah kerana mendatangkan syirik.

Terkadang riak pula dilakukan, Mengiringkan beberapa puasa tak makan, Bertutur itu suara diperlahankan, Tubuh dan badan tidak dihiraukan. Kadang-kadang perbuatan riak ini ditunjukkan dengan cara berpuasa, bercakap dengan lemah lembut dan melakukan perkara tanpa menghiraukan kepentingan diri.

Supaya disangka ianya wali, Akan dunia tidak peduli, Hemahnya itu sangatlah ali, Tetapi hatinya ke dunia bertali. Dia melakukan perkara itu agar orang menganggap dirinya wali yang tidak peduli hal dunia. Perbuatannya nampak baik tetapi sebenarnya dia sekadar berpura-pura.

Terkadang riakkan ia berilmu, Bersurah ketika orang berjamu, Berkata-kata tidaklah jemu, Nahu dan sarap habis diramu. Kadang-kadang riaknya dilakukan dengan meninggi-ninggikan kelebihan ilmunya. Dia sentiasa membaca al-Quran dan memberi ceramah. Namun perkara yang betul dan salah semua dicampur aduk.

Terkadang bercakap ilmunya mantik, Bicara alhayat konon diselidik, Supaya disangka ianya cerdik, Sukalah orang memberinya gundik. Kadang-kadang dia bercakap seolah-olah idea/fikirannya logik. Seolah-olah telah membuat penyelidikan supaya disangka cerdik. Oleh itu banyak orang ingin menjadikannya sebagai menantu.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

Terkadang riak dengan pakaian, Berserban lilit ekor berhambayan, Sejadah di bahu bersampaian, Tasbih di tangan beruitan. Kadang-kadang orang riak dengan cara berpakaian. Mereka berserban dan sejadah sentiasa terletak di bahunya serta di tangannya memegang tasbih.

Pejamkan mata duduk bersila, Lidah berzikir Allah Taala, Terkadang jazbah seperti gila, Kasadnya hendak jadi kepala. Duduk bersila dan mata terpejam sambil berzikir menyebut nama Allah. Gayanya keterlaluan seolah-olah dialah ketua.

Riak demikian menjadi balak, Amal itu tentu ditolak, Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak, Allah Taala sualak. Riak boleh mendatangkan bala. Amalan kita akan ditolak dan Allah tidak suka dengan sifat riak.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

Tema Syair ini mengemukan tema tentang sifat-sifat manusia yang riak.

Persoalan Nilai Nilai kesyukuran iaitu bersyukur dengan ilmu yang dimiliki. Nilai kesederhanaan iaitu bersederhana dalam segala perbuatan tanpa menunjuk-nunjuk. Sifat riak merupakan sifat yang dibenci oleh Tuhan. Terdapat golongan manusia yang suka menunjuk-nunjuk tentang kelebihan diri. Ilmu yang dimiliki digunakan untuk kepentingan diri. Kehidupan orang yang riak pasti tidak mendapat keberkatan. Amalan orang yang riak tidak diterima oleh Allah.

Pengajaran Kita janganlah bersifat riak. Kita janganlah suka menunjuk-nunjuk kelebihan yang ada pada diri kita. Kita haruslah menggunakan ilmu yang dimiliki ke arah jalan yang benar. Kita hendaklah melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas. Kita janganlah melakukan perkara yang membawa kepada syirik.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

PUISI TRADISIONAL SYAIR PEMBERONTAKAN PATANI Laksamana dititahkan Betara, Ke negeri Patani berjalan segera, Mendapat cogan Raja Senggora, Akan menerima hukum dan dera. Laksamana telah dititahkan oleh Betara ke negeri Patani dengan segera untuk pergi mendapatkan panji-panji atau perintah daripada Raja Senggora tentang peraturan dan hukuman.

Barang yang hendak dihukumkan, Sekalian tidak boleh disalahkan, Kesalahan pinta dimaafkan, Pegawai yang dipegang itu dipohonkan. Mereka yang dikenakan hukuman harus menerimanya. Mereka boleh memohon agar diberikan pengampunan daripada pegawai yang berkenaan.

Setelah demikian titah Betara, Laksamana tiada berani dura, Kerana negeri hendak dipelihara, Kelak menjadi huru-hara. Setelah mendengar titah Betara, Laksamana tidak lagi risau kerana negeri yang ditinggalkannya akan tetap terpelihara daripada huru-hara.

Bonda Duli Mahkota Indera, Pada Laksamana emak saudara, Sakit terlantar hampir bermara, Meninggalkan dia tiada terkira. Pada masa yang sama bonda Duli Mahkota Indera iaitu emak saudara Laksamana sudah lama gering dan Laksamana tidak sanggup meninggalkan baginda.

Daripada kerja terlalu berat, Ke atas negeri hendak mudarat, Jadilah dititahkan duli hadirat, Bimbang dan masyghul disuruh kerat. Walaupun dengan berat hati Laksamana tetap menjunjung perintah Betara.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

Tiadalah lagi terkata-kata, Sudah dengan titah Sang Nata, Diputuslah hati yang bercinta, Kepada Allah diserah semata. Laksamana tidak dapat berkata apa-apa kerana dia terpaksa menurut perintah dan Laksamana menyerahkan segala-galanya kepada Allah.

Niat Laksamana yang pegari, Daulat baginda barang berdiri, Jika selamat sentosa negeri, Biarlah susah di atas diri. Harapan Laksamana agar dapat mendaulatkan nama baginda demi keamanan negara walaupun Laksamana terpaksa berkorban.

Berjalan ia berhati hampa, Bonda yang sakit tiada dilupa, Kerana sakit berat menimpa, Yakin hatinya tiada berjumpa. Dalam menjalankan tugas, Laksamana tetap tidak melupakan bonda yang gering meskipun dalam hati kecilnya kemungkinan tidak dapat bertemu dengan bondanya.

Daripada sudah demikian peri, Keberatan tertanggung di atas negeri, Yang sakit itu seorang diri, Bala yang datang meliput negeri. Sudah tersurat bahawa masalah yang dihadapi dalam negeri lebih berat berbanding dengan masalah bondanya yang sakit seorang diri kerana melibatkan rakyat jelata.

Jadilah dititahkan Seri Betara, Tiadalah lagi terkira-kira, Berjalanlah pergi bersegera-segera, Mendapat cogan Raja Senggora. Maka Laksamana melaksanakan titah Seri Betara dengan segera bagi mendapat panjipanji atau perintah Raja Senggora.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

Tema Syair ini mengemukan tema tentang tanggungjawab seorang Laksamana melaksanakan perintah Raja.

Persoalan Nilai Nilai kesetiaan iaitu setia kepada pemerintah dan negara. Nilai amanah iaitu Laksamana melaksanakan amanah Betara. Nilai cinta akan negara iaitu Laksamana sanggup tinggalkan bonda yang sakit demi negara. Kesetiaan terhadap pemimpin. Mematuhi arahan pemerintah. Kepentingan negara menjadi keutamaan bagi setiap rakyat. Keamanan negara tanggungjawab kita.

Pengajaran Kita hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan. Kita haruslah akur dengan arahan pemimpin demi kepentingan negara. Kita perlulah mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan diri. Kita hendaklah setia kepada raja dan negara. Kita janganlah bersedih dengan keputusan yang diambil sekiranya mendatangkan kebaikan kepada orang lain.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

10

PUISI TRADISIONAL GURINDAM TONGGAK DUA BELAS Hendak pandai menghargai masa, Jangan dinanti esok lusa. Masa yang ada hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya dan jangan membazirkan masa.

Ketekunan akan membawa kejayaan, Kegigihan bekerja dengan keupayaan. Kejayaan akan dikecapi jika kita berusaha dengan tekun dan gigih.

Wajah ceria keseronokan bekerja, Usah berduka bermuram durja. Apabila kita seronok bekerja, hidup kita akan lebih gembira.

Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan, Bertindak dengan penuh kebijaksanaan. Kesederhanaan dituntut dalam kehidupan dan semua tindakan perlu dilakukan dengan bijaksana.

Ketinggian peribadi jadi amalan, Ketelusan hati jadi bekalan. Peribadi unggul dan kejujuran hati perlu diterapkan dalam kehidupan.

Kekuatan sifat baik hati, Bertimbang rasa dan bersimpati. Sifat baik hati, bertimbang rasa dan bersimpati jadikan amalan.

Pengaruh kepimpinan melalui teladan, Baik buruk jadikan sempadan. Pemimpin yang baik menjadi ikutan.

Menjadi kewajipan menjalan tugas, Walaupun sederhana tetapi tegas. Tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilaksanakan dengan sempurna.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

11

Kebijaksanaan berhemat perlu diutama, Tidak membazir teliti saksama. Pembaziran perlu dielakkan dalam melaksanakan sesuatu kerja.

Keutamaan kesabaran fikiran tenang, Perkara susah menjadi senang. Kesabaran dan ketenangan fikiran perlu dalam menghadapi sebarang situasi.

Peningkatan bakat diberi sokongan, Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan. Kebolehan diri yang ada perlu ditonjolkan sebagai motivasi.

Nikmat mencipta budaya kreatif, Kembangkan bakat semoga aktif. Pemikiran kreatif dapat menjana idea yang lebih inovatif.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

12

Tema Gurindam ini menekankan penghayatan nilai-bilai murni yang perlu ada dalam diri seseorang.

Persoalan Nilai Kegigihan apabila bekerja. Kebijaksanaan dalam melaksanakan tanggungjawab. Kesederhanaan dalam kehidupan. Kesabaran menghadapi cabaran. Menghargai masa penting dalam kehidupan (rangkap 1) Tekun berusaha membawa kejayaan (rangkap 2) Kepemimpinan melalui teladan (rangkap 7) Berfikiran tenang dalam membuat keputusan (rangkap 10) Berfikiran kreatif dan inovatif (rangkap 12)

Pengajaran: Kita hendaklah bertindak secara bijaksana. Kita hendaklah menghargai masa. Kita haruslah menunjukkan teladan yang baik. Kita janganlah suka membazir. Kita hendaklah tekun berusaha untuk mencapai kejayaan.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

13

PUISI TRADISIONAL SELOKA SI LUNCAI Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan ... Ada rumah tidak dijaga, Ada anak tidak dilatih, Ada ternakan tidak dibela, Ada kebun tidak ditanam, Ada cerdik tidak diselidik, Ada belajar kepalang ajar, Ada mengaji tidak mengkaji, Ada mata tiada kuasa, Ada kuat tiada buat, Biarkan, biarkan ...! Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya. Sikap Si Luncai yang tidak bertanggungjawab dan pemalas menyebabkan kehilangan harta benda. Sebagai contoh ada rumah tetapi tidak dijaga dengan baik. Ada anak tetapi tidak diasuh, ada ternakan tetapi tidak dibela, tidak bercucuk tanam walaupun ada kebun. Kesimpulannya Si Luncai kerugian kerana tidak memanfaatkan segala yang dimiliki.

Tema Sikap negatif akan menyebabkan kerugian

Persoalan Nilai Nilai bertanggungjawab iaitu bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat. Nilai kebijaksanaan iaitu kebijaksanaan dalam menjalankan apa jua kerja. Sikap tidak bertanggungjawab membawa kerugian. Tidak mengamalkan ilmu yang diperoleh. Tidak menggunakan kudrat yang ada.

Pengajaran Kita hendaklah menjaga harta benda dengan sebaik-baiknya. Kita hendaklah bijak menggunakan akal. Kita janganlah membiarkan perkara yang salah tanpa menegur kesalahan itu.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

14

PUISI MODEN DIRGAHAYU BAHASAKU Ahmad Sarju Tempatmu di singgahsana Hati nurani bangsaku Warga yang berbudi Setia dan amanah Bahasa Melayu tetap bersemadi di sanubari orang-orang Melayu. Bangsa Melayu sememangnya terkenal sebagai bangsa yang berbudi bahasa, setia dan amanah.

Bahasa itu maruah bangsa Yang mesti dipelihara martabatnya Agar tetap kukuh dan ampuh Melayari lautan bijaksana Salam ikatan mesra dan teguh Bahasa dilihat sebagai simbol maruah bangsa yang perlu dipertahankan agar terus kukuh dan menjadi keutamaan dalam banyak hal. Bahasa hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin terutama dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim.

Cekal dan waja semangat pejuangku Hak bangsaku memilikimu Hak bangsaku mendaulatkanmu Di bumi bertuah ini Merentas dunia tak bertepi Para cendekiawan dan penggiat bahasa terus berjuang demi mendaulatkan bahasa. Sebenarnya setiap orang perlu memainkan peranan ini tidak kira di mana-mana sahaja mereka berada.

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan Ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan Gagah pelautku membelah lautan Ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam Dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam Suatu ketika dahulu, bangsa Melayu pernah mencatat sejarah sebagai pelayar hebat. Mereka begitu berani menjelajah dari sebuah pulau ke sebuah pulau dan dari sebuah benua ke benua yang lain. Dari situ bahasa Melayu mula tersebar.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

15

Dirgahayu bahasaku Di arena antarabangsa suaramu tumbuh Menusuk kalbu lagu bahasamu Bahasamu bahasa minda Mudah akrab dan bertatasusila Daripada bangsa yang bernama Melayu Menempa kejayaan di alaf baru. Bahasa Melayu tetap di hati. Dalam masa yang sama, bahasa Melayu mula diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Bahasa Melayu turut dikenali. Kini bangsa Melayu menempa kejayaan demi kejayaan.

Tema Semangat cinta akan bahasa Melayu. Contoh: Bahasa melayu perlu dimartabatkan supaya mampu bersaing dengan bahasa-bahasa yang lain. Peranan ini perlu dimainkan oleh semua pihak.

Persoalan Nilai Nilai bersopan santun dalam komunikasi dengan menggunakan bahasa yang betul. Nilai setia pada bangsa dengan memartabatkan bahasa. Nilai amanah dalam meneruskan warisan bangsa. Nilai mencintai bahasa bangsa sendiri. Nilai bersatu padu semasa menggunakan bahasa yang sama. Nilai kegigihan dalam memastikan bahasa Melayu terus digunakan. Bahasa Melayu perlu dimartabatkan di negara ini. Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu dipertanggungjawabkan kepada semua orang Melayu. Bahasa Melayu mempunyai sejarah kegemilangannya yang tersendiri. Bahasa Melayu berperanan sebagai alat komunikasi yang penting.

Pengajaran Kita hendaklah mencintai bahasa Melayu sepenuh jiwa. Kita hendaklah bertanggungjawab mempertahankan dan memartabatkan bahasa Melayu. Kita perlu berusaha gigih untuk mendaulatkan bahasa Melayu. Kita mestilah memartabatkan bahasa Melayu supaya berkembang dan mendapat perhatian masyarakat dunia.
@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

16

PUISI MODEN KECEK (V) Awang Abdullah 1 seorang pengarah membuka akaun semasanya di sebuah bank ternama tetapi dalam diam dia mencantumkan kemiskinan orang lain ke dalam amanahnya yang telah lama pecah Seorang yang berjawatan pengarah membuka akaun di sebuah bank yang ternama namun secara licik dia pecah amanah dan menggelapkan wang orang lain. Perbuatan ini telah dilakukan sekian lama.

2 di kampung seorang petani membuka akaun kemiskinannya di ruang kedaifan dan mengunci sedozen anak-anaknya di dalam pagar sengsara tetapi tidak pernah mencantum kekayaan orang lain ke dalam getirnya yang sudah lama berumbi Di kampung pula, seorang petani hidup dalam serba daif dan kekurangan. Dia tabah dalam membesarkan anak-anak dan menyara keluarga. Namun dia tidak pernah mengambil hak orang lain dalam usaha untuk keluar daripada belenggu kemiskinan.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

17

3 di pantai seorang nelayan membuka akaun sengsaranya di rahang laut ternganga dan mengurung sederet anak-anaknya di bawah pusaran nasib tapi dia tidak pernah mengumpul kesenangan orang lain ke dalam kegusarannya yang telah sekian musim berlumut di papan hidupnya. Di kawasan pantai, seorang nelayan juga terus dibelenggu kemiskinan. Anak-anaknya turut dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Namun dia juga tidak pernah menggunakan hasil titik peluh orang lain sepanjang meniti kehidupan yang semakin lama semakin menghimpit.

4 Tuhan tidak pernah mungkir mencatatkan setiap angka dan nilai hitungan paling kecil ke dalam akaun-Nya di rumah keadilan. Setiap dosa dan pahala, kebaikan dan kejahatan setiap individu itu akan dicatatkan. Mereka akan mendapat pembalasan daripada Tuhan seperti yang telah dijanjikan seadiladilnya.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

18

Tema Sikap amanah. Dalam mencari rezeki kita perlu amanah kerana wang yang diperoleh digunakan untuk menyara keluarga. Golongan yang berjawatan tinggi didapati seringkali pecah amanah untuk hidup mewah berbanding golongan yang berpendapatan rendah.

Persoalan Nilai Nilai amanah dalam menjalankan tugas. Nilai bertanggungjawab dalam mencari rezeki yang halal. Nilai kegigihan berusaha walaupun mengalami kesusahan. Nilai simpati terhadap nasib golongan kurang berada. Nilai rasional dalam menetukan sebarang bentuk tindakan yang diambil. Sikap pecah amanah oleh golongan berjawatan tinggi Golongan miskin terus dibelenggu kemiskinan dan hidup susah. Setiap perbuatan pasti mendapat balasan seperti yang telah dijanjikan oleh Tuhan.

Pengajaran Kita mestilah amanah semasa menjalankan tugas. Kita bertanggungjawab untuk mencari rezeki yang halal Kita tidak boleh mencari kekayaan dengan menindas orang lain.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

19

PUISI MODEN BANGKITLAH Rejab F.I Anak-anak yang sedang lena bangkitlah matahari sudah tinggi di puncak gunung. Penyajak menyeru anak bangsanya agar sedar daripada terlena dibuai kelalaian. Negara sudah lama merdeka dan semakin maju.

Lihat jernihnya pagi ini burung-burung berterbangan di udara dan pepohon hijau merendang daunnya apa kau masih belum bangkit? Negara kita semakin makmur dan bangsa-bangsa asing sibuk merebut kekayaan tanah air. Penyajak tertanya-tanya mengapa anak bangsanya masih leka.

Bangkitlah jangan sesal nanti madu bumi yang kekeringan isi laut kekosongan dan perut belantara menjadi ladang. Penyajak menyeru anak bangsanya supaya bangkit daripada lena agar mereka tidak menyesal. Kekayaan hasil bumi negara semakin berkurangan dek pembangunan.

Anak-anak esok apa yang akan kaumakan? tanah atau batu atau debu? kau mahu terus nangis tanpa air mata? Penyajak berasa risau akan masa depan bangsanya yang mungkin terus ketinggalan dan hidup dalam kesusahan. Beliau tidak mahu bangsanya berputih mata.

Kalau tidak bangkitlah matahari belum lagi rembang dan burung-burung belum lagi menjamah awan! Jikalau bangsanya tidak mahu perkara ini berlaku, mereka perlu bangkit dan berusaha. Masih ada waktu dan kesempatan mereka untuk maju dan mengejar arus pembangunan. 20

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

Tema Kesedaran anak bangsa perlu untuk bangkit daripada leka dalam mengejar arus pembangunan selepas kemerdekaan. Mereka harus berusaha memakmurkan negara.

Persoalan Nilai Nilai kegigihan yang diperlukan untuk mengejar kekayaan. Nilai kerjasama untuk merebut peluang yang ada. Nilai kerajinan untuk memajukan diri. Kepentingan mengejar arus pembangunan agar tidak ketinggalan. Kemajuan dan pembangunan negara tidak akan menunggu sesiapa yang leka. Sumber bumi dan khazanah negara semakin berkurangan. Masa depan anak bangsa yang masih leka.

Pengajaran Kita tidak boleh leka walaupun telah merdeka. Kita perlulah merebut peluang yang ada. Kita perlulah bersaing dengan bangsa lain untuk maju. Kita janganlah leka kerana kelekaan menyebabkan kita menderita danterus dihimpit kemiskinan.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

21

PUISI MODEN PASAR PERASAAN T. Alias Talib ini pasar perasaan pada gerainya duduk penjual sentimental yang sering dikunjungi pembeli emosional. Penulis mendapati warung dan kedai kopi menjadi gelanggang untuk pengunjung melontarkan pendapat dan berdebat. Perdebatan yang berlaku pula dikuasai oleh emosi.

ini pasar perasaan mereka memperdagangkan kata-kata yang terbit daripada kalbu bukan terbit daripada akal. Semasa berdebat, kata-kata yang dilontarkan lebih luahan perasaan dan bukannya hasil daripada pertimbangan akal fikiran.

mereka memperdagangkan hujah yang rapuh dan lapuk bagai kayu buruk; yang mudah dipatahkan bagai ranting kering. Mereka juga melontarkan pelbagai hujah sesuka hati tanpa sebarang makna dan fakta kukuh. Hujah-hujah yang sebegitu rapuh dan mudah disangkal.

ini pasar perasaan di dalamnya mengalir sungai manusia yang menghilirkan suara kosong. Di warung jugalah para pengunjung silih berganti dan kerap menjadi tumpuan. Di sinilah mereka kerap berbual-bual dan berdebat kosong tanpa kesudahan.

ini pasar perasaan yang memperdagangkan akal cetek dan tawar-menawar yang dangkal. Di warung jugalah para pengunjung nya memperlihatkan kelemahan mereka yang kurang ilmu pengetahuan. Perdebatan kosong terus menjadi agenda walaupun tidak membawa kebaikan.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

22

kumasuki pasar ini kususuri sungai sibuk ini ditengah-tengah penjual dan pembeli yang kaya dengan perasaan tetapi miskin dengan kebijaksanaan. Penyajak cuba terlibat dan menyelami intipati perdebatan tersebut. Beliau mendapati para pendebat itu lebih dikuasai emosi ketika berbicara berbanding fakta dan ilmu.

ini pasar tidak berakal yang diriuhkan kekosongan. Bagi penyajak, perdebatan di warung atau kedai kopi hanya sesuai untuk mereka yang bercakap tanpa berfikir dahulu. Perdebatan nampak menarik tetapi tidak membawa makna.

Tema Perbincangan kosong di kedai kopi. Seringkali dikatakan kedai kopi sebagai tempat perdebatan pengunjungnya. Hujah mereka kosong tanpa fakta dan ilmu. Hanya sekadar meluahkan perasaan. Seringkali juga berlaku perdebatan yang sia-sia kerana dikuasai emosi.

Persoalan Nilai Nilai rasional yang diperlukan dalam menyampaikan maklumat. Nilai kerajinan yang diperlukan untuk mencari ilmu bagi menguasai kemahiran. Nilai kebijaksanaan diperlukan untuk mengemukakan pendapat. Nilai kesabaran diperlukan dalam menghadapi cabaran hidup. Nilai keprihatinan terhadap persekitaran amat diperlukan. Perbincangan kosong dan tidak ilmiah hanya sekadar menghamburkan kata-kata dan meluahkan perasaan. Luahan pendapat akan menjadi sia-sia kerana kurangnya kebijaksanaan. Pendapat tanpa ilmu dan fakta mudah dipatahkan dan ditepis. Kepentingan ilmu pengetahuan dalam menyampaikan hujahan.

Pengajaran Kita hendaklah mendengar dengan teliti sebelum memberi pendapat. Kita mestilah mengemukakan pendapat yang bernas dan berfakta. Kita janganlah beremosi ketika berdebat kerana ini akan mendedahkan kelemahan diri sendiri. 23

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

PUISI MODEN DI BAWAH LANGIT YANG SAMA Lim Swee Tin Di bawah langit yang sama Kita hirupi udara Tanpa mengira Beirutmu Ataupun Kuala Lumpurku Kita menghirup udara Di bawah langit yang sama. Penyajak menggambarkan walau di manapun kita berada, kita menghirup udara yang sama dan berada di bumi ciptaan Tuhan. Taraf manusia pun sama.

Aku suka gerimis di Kota London Pernah terpesona angin dingin-tajam di Washington Pohon-pohon hijau atau aneka warna tiada bezanya. Siapa pun menghuni Australia penghuni Afrika Kerana di bawah langit ini Kita sama Penyajak kagum akan gerimis di kota London dan terpesona dengan tiupan bayu dingin di Washington. Namun aneka warna tumbuh-tumbuhan tetap serupa. Tempat-tempat lain yang mempunyai keistimewaan tersendiri juga didiami oleh manusia.

Aku ingin menyeberangi Laut China Selatan Layari Lautan Teduh rentasi Laluan Sutera Berkongsi siang miliki malam Anyam cinta pelangikan zaman Tiupkan harapan senada Sesama kita warga dunia Di bawah langitnya Yang sama. Penyajak ingin menjelajah ke seluruh pelosok dunia untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan berkongsi impian yang sama iaitu melihat keamanan dan keharmonian dunia. Beliau ingin melihat dunia bersama-sama bagi memperjuangkan keamanan.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

24

Peta-peta itu yang memisahkan Jangan tutup pos sempadan Visa hanya keperluan rasmi seketika Pasport dokumen pengenalan titik mula Kita dakapi mimpi tak berbeza gapai hasrat Lebur kebencian kuburkan sejarah hitam Di bawah langit ini yang Sama. Penyajak mendapati manusia sering dipisahkan oleh sempadan negara dan untuk memasuki negara tersebut perlu ada dokumen rasmi seperti pasport dan visa. Penyajak merayu rakyat di dunia agar sama-sama berjuang mencapai keamanan dunia serta mengikis rasa benci dan dendam.

Tema Kesamatarafan manusia walau di mana-mana mereka berada. Walaupun manusia itu berada dan dipisahkan oleh sempadan, mereka setaraf dan mengimpikan kehidupan yang aman dan harmoni.

Persoalan Nilai Nilai menghargai keindahan alam sekitar. Nilai hormat-menghormati sesama manusia. Nilai bertoleransi antara masyarakat. Nilai bekerjasama dalam menjayakan sesuatu. Setiap tempat mempunyai keindahan alam semulajadi yang tersendiri. Setiap orang mempunyai impian dan harapan untuk kehidupan yang aman dan harmoni. Garis sempadan seringkali memisahkan dan membezakan manusia. Kepentingan nilai hormat-menghormati sesama manusia.

Pengajaran: Kita mestilah menganggap manusia sebenarnya sama taraf walau di manapun mereka berada. Kita mestilah menganggap setiap tempat mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Kita hendaklah sedar bahawa manusia seringkali dipisahkan dan dibezakan oleh sempadan waktu dan tempat. Kita mestilah mewujudkan hubungan harmoni sesama negara dan rakyatnya. Kita hendaklah mengimpikan kehidupan yang lebih baik dan harmoni. 25

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

PUISI MODEN ARKITEK KOTA SN Muhammad Haji Salleh Hanya seniman peka yang faham akan jiwa laut, kenal lambung gelombangnya, alur sungai serta diam batu, perasaan semusim, fiil langit dan sabar bumi berhak membina kota. Kawasan kota sepatutnya dibangunkan oleh golongan yang benar-benar bertanggungjawab. Mereka merupakan golongan yang arif dan banyak pengetahuan tentang selok belok dan keadaan serta keperluan semasa kota yang hendak dibangunkan.

kerana arkitek matang itu anak di taman, perenung di perpustakaan, orang muda pulang bertandang di lorong malam, pemunggah barang pasar di subuh hari, pengadil di bangku bijaksana, dan datuk bandar yang bangga. Hal ini demikian kerana mereka merupakan penghuni yang mendiaminya. Banyak kajian dibuat dan mengambil kira pandangan dan kepentingan pelbagai pihak yang menghuni kota tersebut.

Dia harus sayangkan lagu burung, pemancing di teduh pohon, pemerhati tasik, pengawas bintang, dan bunga menjalar di beranda. Perancang kota juga seharusnya seorang yang mencintai alam sekitar. Kehidupan flora dan fauna perlu dipelihara. Keindahan alam semula jadi perlu dipertahankan malah perlu diperindah dengan landskap yang mempesona.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

26

Pencipta kota ialah pendekar muda dengan langkah berbagai-bagai, kelakar tua yang mengampungkan cerita orang bercinta yang perlukan bulan. dia pengukir ruang hidup, penghias suasana sempurna, membenarkan penemuan, memungkinkan kemungkinan. Orang yang membina kota merupakan generasi muda yang bukan sahaja luas ilmu pengetahuannya malah sarat dengan idea yang bernas.

Tema Keperluan pengetahuan dan pengalaman dalam melaksanakan pembangunan di kota.

Persoalan Nilai Nilai cinta akan alam sekitar. Nilai bertoleransi dalam menjalani kehidupan seharian. Nilai bertanggungjawab menjaga keindahan alam sekitar. Nilai kebijaksanaan dalam membuat keputusan. Nilai rasional dalam semua aspek. Keprihatinan penting dalam memahami sesuatu keadaan. Pembangunan kota perlu dilihat daripada pelbagai aspek. Kepentingan menjaga alam sekitar. Generasi muda memiliki pelbagai idea bernas.

Pengajaran Kita hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas semasa merancang pembangunan. Kita hendaklah mengambil kira kepentingan rakyat ketika membangunkan negara. Kita perlulah membuat pertimbangan yang bijaksana sebelum membuat keputusan. Kita hendaklah memikirkan bencana alam yang mungkin timbul akibat pembangunan kota. Kita hendaklah menjadi perancang yang baik yang mempunyai pelbagai idea bernas dan alternatif.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

27

PROSA TRADISIONAL HIKAYAT LANGLANG BUANA Sinopsis Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bersama-sama dayang inang pengasuhnya pergi ke taman untuk bersiram. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak mengetahui bahawa semasa dia bersiram, dia telah diperhatikan oleh Raja Indera Bumaya yang bersembunyi di balik pokok kemunting. Raja Indera Bumaya telah bertukar menjadi seekor burung bayan yang cantik lalu hinggap di dahan pokok kemunting dan mengeluarkan bunyi yang sangat merdu. Bunyian tersebut telah menarik perhatian Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi telah mengarahkan dayang untuk menangkap burung bayan tersebut tetapi tidak berjaya. Apabila kesemua dayang gagal menangkap burung bayan itu, dayang mencadangkan Tuan puteri menangkap burung bayan itu sendiri. Tiba-tiba burung bayan terbang dan hinggap pada lengan Tuan Puteri. Tuan Puteri bertanya tentang asal-usul Bayan. Bayan menceritakan dia berasal dari Negeri Lila Gambar dan mempunyai tuan yang bernama Raja Indera Bumaya. Bayan bercerita tentang kehebatan tuannya yang menyebabkan Tuan Puteri ingin sekali bertemu dengan tuannya itu. Bayan akhirnya menukarkan dirinya menjadi Raja Indera Bumaya dan akhirnya mereka saling berkasihan. Berita tentang adanya suara lelaki di istana Tuan Puteri telah menyebabkan ayahanda Tuan Puteri iaitu Raja Bahrum Dewa menjadi murka. Baginda telah menitahkan 40 orang hulubalang dan rakyat untuk menangkap Raja Indera Bumaya. Perintah tersebut telah menyebabkan Tuan Puteri berasa sedih dan bimbang akan keselamatan Raja Indera Bumaya. Namun Raja Indera Bumaya berjaya menewaskan angkatan serangan Raja Bahrum Dewa dengan bantuan 4 orang hulubalang yang dijelmakan daripada batu geliga. Raja Bahrum Dewa sangat murka dengan kekalahan tersebut lalumengarahkan pula seluruh rakyat menangkap Raja Indera Bumaya sekali lagi. Kali ini Raja Indera Bumaya dibantu oleh empat ribu jin. Pertempuran tersebut menyebabkan berlakunya pertumphan darah yang dahsyat.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

28

Tema Percintaan anak raja. Raja Indera Bumaya sanggup menukarkan dirinya menjadi bayan semata-mata untuk menarik perhatian Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak sanggup kehilangan Raja Indera Bumaya.

Persoalan Nilai Nilai keberanian. Contohnya Raja Indera Bumaya berani menghadapi serangan daripada Raja Bahrum Dewa. Nilai kasih sayang. Contohnya Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi amat menyayangi Raja Indera Bumaya sehingga sanggup mati bersama-samanya. Nilai kerjasama. Contohnya, rakyat bekerjasama dengan hulubalang menyerang Raja Indera Bumaya. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, Raja Indera Bumaya menukarkan dirinya menjadi bayan untuk memikat hati Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Nilai ketaatan. Contohnya, jin-jin mematuhi arahan Raja Indera Bumaya berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa. Keberanian menghadapi cabaran. Contohnya, Raja Indera Bumaya tidak gentar untuk menentang hulubalang Raja Bahrum Dewa. Kebijaksanaan mencari peluang. Contohnya Raja Indera Bumaya menjelmakan diri menjadi seekor burung bayan agar dapat menghampiri Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.

Pengajaran Kita hendaklah berani menghadapi apa-apa rintangan. Contohnya Raja Indera Bumaya sanggup melakukan apa sahaja demi mendekati Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua. Contohnya empat ribu jin telah berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa setelah diarahkan oleh Raja Indera Bumaya. Kita hendaklah menggunakan akal dengan bijaksana. Contohnya Raja Indera Bumaya menjelma sebagai burung agar dapat memerhatikan gerak geri Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

29

PROSA TRADISIONAL HIKAYAT INDERAPUTERA Mengisahkan seorang anak raja bernama Inderaputera yang mengembara sehingga berjumpa dengan Tasik Semendera Jin yang amat besar. Pasir di sekeliling tasik daripadaemas urai dan batunya daripada permata yang sangat indah. Inderaoutera berasa amat takjub. Semasa Inderaputera berjalan di tepi tasik, Inderaputera mendengar suara memberi nasihat agar dia berhati-hati sedangkan tiada manusia yang kelihatan. Inderaputera menuju ke sepohon pokok dan dilihatnya banyak mayat bergelimpangan. Suara itu datang daripada mayat-mayat. Mayat tersebut memberitahu Inderaputera bahawa ada raksasa di tasik itu namun Inderaputera tidak berasa gentar. Kemudian keluarlah raksasa dari tasik. Inderaputera pura-pura tidur. Apabila raksasa ingin menindih Inderaputera, Inderaputera bingkas bangun dan mencengkam rambut raksasa. Raksasa merayu agar Inderaputera melepaskannya dan sanggup memenuhi permintaan Inderaputera. Raksasa telah memberikan batu geliga Mayan Bedi kepada Inderaputera. Batu geliga itu boleh digunakan untuk menghasilkan angin, ombak, kilat atau petir dengan cara menyeru nama raksasa itu. Inderaputera telah melepaskan rambut raksasa. Inderaputera menyatakan bahawa dia ingin pergi ke Berma Sakti. Raksasa memberitahu di situ tempat seorang puteri yang cantik iaitu Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran dan dayang-dayangnya datang bersiram. Raksasa berpesan agar Inderaputera menyorokkan baju tuan puteri semasa tuan puteri mandi. Inderaputera melakukan perkara yang disuruh oleh raksasa. Tuan Puteri merayu agar Inderaputera memulangkan bajunya. Inderaputera meminta tuan puteri bersumpah sebelum dia memulangkan baju tersebut. Inderaputera meminta tuan puteri memberikan gemala hikmat yang ada di mahligai tuan puteri. Tuan Puteri berjanji akan menyerahkannya dan meminta Inderaputera datang ke mahligainya. Istana Tuan Puteri dikawal rapi oleh seekor harimau, seekor badak, seekor naga, seekor geroda dan seekor raksasa yang terlalu hebat. Inderaputera berjaya mengatasi semua halangan itu dan berjaya sampai ke mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Seperti yang dijanjikan, tuan puteri telah memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

30

Tema Cerita ini bertemakan pengembaraan seorang anak raja. Inderaputera sanggup menghadapi segala rintangan untuk sampai ke Berma Sakti bagi mendapatkan batu gemala hikmat.

Persoalan Nilai Nilai keberanian. Contohnya Inderaputera berani menghadapi raksasa walaupun telah diberi amaran oleh mayat. Nilai kebijaksanaan. Contohnya Inderaputera berpura-pura tidur semasa raksasa keluar dari tasik dan mengambil peluang mencengkam rambut raksasa semasa raksasa ingin menindihnya. Nilai menepati janji. Contohnya Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran menepati janji dengan memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera. Kebijaksanaan dalam mencapai sesuatu hasrat. Contohnya Inderaputera telah mengambil baju Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran agar dia dapat bertemu dengan Tuan Puteri. Keberanan menghadapi musuh. Contohnya Inderaputera bukan sahaja tidak takut dengan peri yang berada di dalam tasik malah dengan tangkas dapat menangkap rambut peri tersebut. Berpegang kepada janji. Contohnya Peri telah menunaikan janjinya kepada Inderaputera untuk memberikan geliga kepada Inderaputera.

Pengajaran Kita hendaklah berani dalam menghadapi situasi yang mencabar. Inderaputera tidak gentar menghadapi peri sehingga dapat menangkap peri tersebut. Kita hendaklah menggunakan akal dalam apa-apa situasi. Inderaputera mencuri baju Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran agar dapat bertemu tuan puteri. Kita hendaklah berpegang pada janji. Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran telah memberikan gemala hikmat kepada Inderaputera seperti yang dijanjikannya.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

31

PROSA TRADISIONAL HIKAYAT UPU DAENG MENAMBUN Bab III Kisah bermula dengan pelayaran Upu Daeng dengan lima bersaudara. Pelayaran Upu Daeng disertai juga Sultan Muhammad Zainuddin. Baginda berkenan menjodohkan anakanda puteri baginda dengan Upu Daeng dan lima saudaranya. Daeng Perani menolak kerana telah berkahwin. Daeng Perani mencadang Upu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri Kesumba anakanda Sultan Muhammad Zainuddin. Upu Daeng Menambun bersetuju.

Bab IV Upu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri Kesumba. Sultan Muhammad Zainuddin bertitah kepada Upu Daeng dan lima bersaudaranya menyerang Panembahan Agung. Upu Daeng dan lima bersaudara sampai ke pengkalan negeri Matan. Berita kedatangan Upu Daeng sampai ke pengetahuan Panembahan Agung. Menantu Panembahan Agung, Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz berjumpa Upu Daeng berlima. Mereka bersalaman dan bertanya khabar. Selepas itu mereka menghunus keris untuk bertikaman. Upu Daeng Menambun berkata kepada Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz bahawa mereka semua orang Bugis. Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz berasa serba salah kerana arahan Panembahan Agung agar menghalang Upu Daeng berlima daripada masuk ke dalam kota sama ada secara lembut ataupun kekerasan. Tuan Hj Hafiz mencadangkan agar tidak ada pertumpahan darah. Upu Daeng berlima telah masuk ke kota dan menawan Panembahan Agung. Panembahan Agung telah dibawa menghadap Sultan Muhammad Zainuddin oleh Upu Daeng berlima.

Bab V Upu Daeng berlima telah berlayar ke Riau berjumpa dengan Sultan Raja Sulaiman. Baginda meminta pertolongan Upu Daeng berlima pergi menyerang Siak kerana Yang Amtuan Raja Kecil telah menculik saudara perempuannya dan dijadikan isteri. Upu Daeng berlima bersetuju dengan syarat apabila Sultan Raja Sulaiman menjadi Yang Amtuan Besar, baginda harus melantik antara mereka berlima menjadi Yamtuan Muda. Maka berperanglah orang Siak dengan orang Bugis. Yang Amtuan Raja Kecil terpaksa berundur ke hulu negeri Siak. Sultan Raja Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Upu Daeng berlima kerana berjaya mengalahkan Yang Amtuan Raja Kecil. Seperti yang dijanjikan, Yang Amtuan Raja Sulaiman memilih Upu Daeng Merewah dilantik menjadi Yang Amtuan Muda di Riau. Upu Daeng Chelak dijodohkan dengan adinda Yang Amtuan Raja Sulaiman bernama Tengku Puan. 32

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

Bab VI Raja Kedah telah berbalah dengan saudaranya berkaitan takhta lalu meminta pertolongan daripada Upu Daeng lima bersaudara. Upu Daeng lima bersaudara sanggup menolong Yam Amtuan Raja Kedah untuk mendapatkan tahtanya dan Yam Amtuan Raja Kedah berjanji akan memberikan setiap seorang lima belas bahara sebagai balasan. Upu Daeng telah meminta agar pedagang yang ada di negeri Kedah terutamanya dari Bugis, Mangkasar dan Mandura di bawah perintahnya namun Raja Kedah berkata bahawa dia memerlukan masa untuk mengumpul orang tersebut untuk Upu Daeng. Upu Daeng berjaya mengumpulkan pedagang dari Timur untuk membantu Raja Kedah ditabalkan menjadi Yang Dipertuan Raja Kedah. Setelah tiga hari, rombongan Upu Daeng lima bersaudara bersetuju menabalkan Raja Kedah menjadi Yam Amtuan negeri Kedah. Namun begitu, ada saudara Raja Kedah yang tidak bersetuju dengan pelantikan baginda ingin menyerangnya dan peperangan berlarutan sehingga tiga hari tiga malam dan berterusan sehingga lapan hari yang akhirnya kemenangan berpihak kepada orang Bugis. Raja Kedah yang baru mengahwinkan Upu Daeng Perani dengan saudara perempuan dan membayar tiga bahara seperti yang dijanjikan kepada mereka.

Bab VII

Upu Daeng lima bersaudara telah dijemput oleh Raja Sambas dan ingin menjodohkan antara mereka dengan adik perempuannya yang bernama Urai Tengah seterusnya dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di Sambas. Upu Daeng Menambun menerima pelawaan tersebut lalu pergi ke Sambas bersama-sama Upu Daeng Kemasi. Kedatangan mereka berdua telah disambut oleh Sultan Adil dan anakandanya dan disediakan satu rumah dalam sebuah kampung. Setelah tiga hari, Sultan Adil menyuruh pangeran dan kiai bertujuh untuk berjumpa Upu Daeng Menambun dan Upu Daeng Kemasi bagi menyampaikan hajat untuk mengahwinkan salah seorang daripada mereka dengan adiknya Raden Tengah. Upu Daeng Menambun mencadangkan agar Upu Daeng Kemasi dikahwinkan dengan Raden Tengah dan Sultan Adil bersetuju lalu mereka berkahwin. Upu Daeng Kemasi telah dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di dalam daerah negeri Sambas.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

33

Bab VIII Setelah sekian lama di negeri Sambas, Upu Daeng Menambun teringin untuk balik ke negeri Matan. Hal ini menggembirakan Sultan Muhammad Zainuddin lalu mengadakan sambutan yang hebat untuk menyambut ketibaannya. Setelah setahun, Sultan Muhammad Zainuddin mengumpulkan anak-anaknya serta saudaranya dan pangeran dan kiai untuk membincangkan hal berkaitan penggantinya. Pangeran dan Menteri Penggawa meminta tangguh untuk memilih orang yang layak menjadi pengganti Sultan Muhammad Zainuddin. Seluruh penduduk Matan tidak bersepakat untuk memilih pengganti Sultan Muhammad Zainuddin. Sultan Muhammad Zainuddin akhirnya berkahwin dengan anak Raja Mempawah.

Bab IX Khabar berita telah sampai kepada Sultan Muhammad Zainuddin bahawa Duli Panembahan Sangkawak telah mangkat. Lalu anakanda Puteri Kesumba dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun dan diraikan dengan besar-besaran di negeri Matan. Setelah acara keraian selama tujuh hari tujuh malam, rombongan diraja berangkat balik ke Kuala Mempawah bersama-sama hamba perempuan dan pengiring raja perempuan. Mereka kemudiannya sampai ke Sebukit lalu membuka negeri di situ. Setelah selesai segala urusan membuka negeri, mereka berangkat ke makam Marhum Panembahan Sangkawak.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

34

Tema Kepahlawanan Upu Daeng lima bersaudara dalam menakluki dan menawan negeri-negeri Melayu dan akhirnya menjadi raja di negeri-negeri Melayu.

Persoalan Nilai Nilai keberanian. Contohnya Upu Daeng berlima berani menentang musuh. Nilai tolong-menolong. Contohnya Upu Daeng berlima menolong Raja Sulaiman menentang orang Siak. Nilai menepati janji. Contohnya, Raja Kedah memberikan wang sebanyak tiga bahara seperti yang dijanjikan kepada Upu Daeng berlima kerana membantunya mendapatkan tahta. Nilai bekerjasama. Contohnya upu Daeng lima bersaudara bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Persoalan keberanian dalam menegakkan keadilan. Persoalan menunaikan janji yang telah dibuat. Persoalan perebutan tahta kerajaan membawa kepada pertelingkahan.

Pengajaran Kita hendaklah berani menghadapi musuh. Contohnya Upu Daeng berlima berani menentang musuh-musuh mereka. Kita hendaklah bermusyawarah dalam membuat keputusan. Contohnya, Raja Sulaiman bermesyuarat dengan menantunya orang Bugis yang bernama Upu Daeng Menambun. Kita hendaklah membantu orang lain yang memerlukan. Contohnya Upu Daeng berlima menolong Raja Sulaiman menentang orang Siak. Kita hendaklah menepati janji. Contohnya Raja Kedah memberikan wang sebanyak tiga bahara seperti yang dijanjikan kepada Upu Daeng berlima kerana membantunya mendapatkan tahta.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

35

PROSA TRADISIONAL HIKAYAT SIAK Kisah bermula dengan pelayaran Tuan Bujang setelah mendapat perkenan daripada Sultan Palembang. Tuan Bujang telah dibekalkan oleh Sultan Palembang dengan pakaian keemasan dan keris kebesaran. Tuan Bujang sampai ke Rawas dan berkahwin dengan anak Dipati Batu Kuching. Tuan Bujang mendapat seorang anak lelaki dan dinamakan Raja Alang. Di Pagar Ruyung, Tuan Bujang telah ditabalkan sebagai Yamtuan Sakti. Tuan Bujang juga telah diuji bagi membuktikan bahawa baginda ialah daripada keturunan Kesultanan Johor. Tuan Bujang telah diberi gelaran Yang Dipertuan Raja Kecik. Yang Dipertuan Raja Kecik telah pergi ke Siak namun tiada sesiapa yang mengenali baginda malah baginda terpaksa bekerja Nakhoda Penangguk. Kemudian baginda pergi ke Mengkalis dan di sana telah digelar oleh orang Minangkabau sebagai Yang Dipertuan. Baginda berhajat hendak menyerang negeri Johor. Pada masa yang sama, Raja Bugis iaitu Daheng Parani, Daheng Calak dan Raja Tuha telah datang ke Mengkalis. Mereka ingin membantu menyerang Johor. Daheng Parani telah membuat perjanjian sekiranya baginda berjaya menawan Johor, maka baginda akan menjadi Yang dipertuan Besar dan Daheng Parani dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda. Sepucuk surat telah dihantar kepada Yang Dipertuan Johor memaklumkan bahawa paduka anakanda Marhum Mangkat Di Julang ingin menuntut bela atas kematian ayahandanya. Berita kedatangan Yang Dipertuan Raja Kecik anakanda Marhum Mangkat Di Julang di negeri Johor menjadi perbualan rakyat. Bagi membuktikan bahawa baginda ialah anakanda Marhum Mangkat Di Julang, rakyat Johor telah meminta supaya baginda menawarkan air masin menjadi air tawar. Dengan izin-Nya, maka air masin telah bertukar menjadi air tawar. Rakyat Johor terus bersorak dan menyebut Yang Dipertuan Raja Kecik sebagai Tuanku Yang Maha Mulia. Baginda juga bertitah kepada rakyat Johor agar menyembah dengan ucapan daulat. Baginda kemudian menyerang Johor. Yang dipertuan Johor bersama anakanda baginda telah pulang ke kampung lama Bendahara. Sesampai Yang Dipertuan Raja Kecik ke dalam Kota Johor, baginda telah masuk ke istana. Baginda hairan kerana tidak ada Bendahara di dalam istana. Baginda dimaklumkan bahawa Bendahara sudah melarikan diri. Yang Dipertuan Raja Kecik dimaklumkan bahawa bondanya Encik Apung telah meninggal dunia. Baginda sugul dengan berita tersebut. Baginda telah bertunang dengan anak Bendahara yang bernama Tengku Tengah tetapi telah memutuskan pertunangan tersebut kerana terpikat dengan anak bongsu Bendahara iaitu Tengku Kamariah. Akhirnya baginda berkahwin dengan Tengku Kamariah dan ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

36

Tema Bertemakan pengembaraan anak raja. Huraian: Yang Dipertuan Raja Kecik telah mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi membuktikan bahawa baginda merupakan keturunan raja iaitu anakanda Marhum Mangkat Di Julang sehinggalah baginda ditabalkan menjadi Sultan Johor.

Persoalan Nilai Nilai kegigihan. Contohnya Yang Dipertuan Raja Kecik gigih mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi membuktikan baginda merupakan keturunan raja iaitu anakanda Marhum Mangkat Di Julang. Nilai keberanian. Contohnya Yang Dipertuan Raja Kecik berani memutuskan pertunangannya dengan Tengku Tengah. Nilai ketaatan. Contohnya rakyat negeri Johor menunjukkan taat setia kepada Yang Dipertuan Raja Kecik setelah mengetahui baginda ialah keturunan raja. Kesabaran akan membuahkan hasil. Kebenaran tetap terbukti apabila tiba masanya.

Pengajaran Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan. Kita janganlah cepat berputus asa sekiranya gagal dalam sesuatu hal. Kita hendaklah patuh akan perintah ketua.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

37

PROSA MODEN CERPEN PAHLAWAN BUNTUNG (S Othman Kelantan) Sinopsis Tema Kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap penduduk mengakibatkan kecacatan anggota tubuh badan dan juga kematian. kampung serta Pertemuan semula Khalid (aku) anak Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas berpisah selama 30 tahun mengimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman Jepun sehingga menyebabkan kesengsaraan hidup orang Kampung Pulau Pak Amat. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang tentera Jepun. Sekembali semula dia di kampung halaman selepas tamat perang, orang kampung kembali memulakan kehidupan sebagai nelayan. Selepas itu, Pak Hussain terkena serpihan bom tentera Jepun yang mengakibatkan kakinya dipotong. Walau bagaimanapun Pak Hussain dianggap sebagai wira atau pahlawan kerana telah menggadai nyawa demi keselamatan penduduk Kampung Pulau Pak Amat.

Persoalan Nilai Nilai keberanian. Contohnya Pak Hussain berani menghadapi tentera Jepun. Nilai kebijaksanaan. Contohnya Pak Hussain bijak menggunakan tipu daya untuk menyelamatkan diri daripada askar Jepun. Nilai kasih sayang. Contohnya Mak Da yang menangisi kehilangan Pak Hussain ketika mereka berpindah. Nilai patriotisme. Contohnya Pak Hussain yang sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan tanah air. Kasih sayang yang terjalin antara ahli keluarga terutama semasa kesusahan hidup. Keberanian dan kecekalan dalam mempertahankan hak dan menentang musuh. Kerjasama anggota masyarakat dalam menghadapi kesulitan. Mengenang jasa tokoh yang telah berjasa. Berusaha membina semula kehidupan selepas kesengsaraan hidup. Hormat kepada warga tua atau warga emas.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

38

Pengajaran Kita hendaklah berani mempertahankan hak di tanah air sendiri. Kita hendaklah bijak membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dan jiran tetangga. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua semasa menjalankan sesuatu tugas.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

39

PROSA MODEN CERPEN PENANGGUHAN (Wijaya Mala) Sinopsis Tema Tanggungjawab kepada amanat kehidupan yang terpaksa dilalui atas ketentuan Ilahi. Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kematian Baharum. Suami Masnah. Baharum yang menjadi kelasi kapal yang diketuai oleh Kapten Mamat telah meninggal dunia kerana terjatuh dari atas tiang agung ke atas geladak. Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kehidupan Masnah dan dua anaknya setelah kematian Baharum. Masnah terpaksa bertanggungjawab terhadap kehidupan diri dan dua orang anaknya setelah kehilangan suaminya. Kapten Mamat menanggung penyesalan atas tragedi maut yang meragut nyawa Baharum seorang kelasi kapal. Ekoran itu, Masnah janda Baharum terpaksa menanggung penderitaan hidup kehilangan suami serta dua orang anaknya. Kapten Mamat cuba menenangkan perasaan Masnah dengan mengandaikan segala yang berlaku perlu ditanggung kerana sudah ketentuan Allah.

Persoalan Kesengsaraan hidup janda setelah kematian suami. Masnah terpaksa mengharungi kehidupan tanpa seorang suami. Rasa bersalah yang menghantui jiwa. Kapten Mamat rasa bersalah kerana Baharum, suami Masnah telah menemui ajal di atas kapal yang diterajuinya. Simpati atas penderitaan hidup orang lain. Isteri Kapten Mamat simpati terhadap penderitaan yang ditanggung oleh Masnah setelah kehilangan suami. Keredaan menghadapi ketentuan Allah. Masnah akhirnya reda dengan ketentuan Allah, iaitu setiap yang hidup pasti akan mati.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

40

Nilai Nilai simpati. Contohnya Kapten Mamat yang simpati atas nasib yang menimpa Masnah dan anak-anaknya. Nilai kasih sayang. Contohnya Masnah yang amat mengasihi suaminya dan amat sukar menerima kematian suaminya. Nilai berani. Contohnya Kapten Mamat yang berani menghadapi cabaran bekerja di laut.

Pengajaran Kita hendaklah bersimpati atas nasib malang yang menimpa ahli keluarga dan juga sahabat handai. Contohnya Kapten Mamat yang bersimpati dengan nasib Masnah dan anak-anaknya setelah kematian Baharum. Kita hendaklah saling menyayangi antara suami isteri. Contohnya Masnah tetap mengasihi suaminya walaupun suaminya telah pergi buat selama-lamanya. Kita mestilah menjadi pemimpin yang memiliki keberanian terutama dalam keadaan genting. Contohnya Kapten Mamat yang bijak mengemudi kapal di lautan terutama ketika laut bergelora.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

41

PROSA MODEN CERPEN PUNGUT @ ZAHARA @ YAP SIEW HONG (Mohammed Latif Mohammed) Sinopsis Perjalanan kehidupan Mak Timah yang membesarkan anak angkatnya yang cacat selama 24 tahun. Mak Timah mengambil anak angkat yang digelar Pungut (diberi nama Zahara, nama asal Yap Siew Hong) yang diambil daripada keluarga Bibik yang berketurunan Cina. Pada peringkat awal Mak Timah berharap saiz Pungut akan berubah apabila dia besar dan boleh membantunya apabila dewasa tetapi sebaliknya pula berlaku malah Pungut jadi bisu dan pekak serta tidak boleh menguruskan dirinya sendiri. Pungut mengalami kecacatan kekal hingga dewasa dan Mak Timah terpaksa menguruskan segalanya. Mak Timah berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum dia meninggal dunia.

Tema Bertemakan kesabaran seorang ibu menjaga anak angkat yang cacat anggota.

Persoalan Kepincangan masyarakat terhadap penerimaan anak yang cacat. Siew Lan tidak menyukai anaknya kerana anak tersebut cacat dan dikatakan membawa sial. Ketabahan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat. Mak Timah tetap menguruskan Pungut yang cacat walaupun ketika Mak Timah sedang sakit. Keikhlasan dalam menerima amanah dan takdir Tuhan. Mak Timah tidak membenarkan anak lelakinya menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat. Kejujuran dalam memberi kebajikan tanpa mengharapkan balasan. Mak Timah berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum dia meninggal dunia kerana dia tahu tidak ada sesiapa pun akan memelihara Pungut.

Nilai Nilai kasih sayang. Contohnya, Mak Timah mengasihi anak angkatnya Pungut. Nilai keikhlasan. Contohnya, Mak Timah menguruskan dan menjaga Pungut dengan ikhlas. Nilai simpati terhadap golongan yang kurang upaya. Contohnya Mak Timah simpati dengan nasib Pungut. Nilai setiakawan. Contohnya semangat setiakawan antara Mak Timah dengan Bibik. Nilai hormat-menghormati. Contohnya anak-anak Mak Timah menghormati pendirian emak mereka.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

42

Pengajaran Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga sungguh pun statusnya hanya anak angkat. Contohnya Mak Timah yang menyayangi Pungut dan memeliharanya sehingga sudah berusia 24 tahun. Kita mestilah akhlas memberikan pertolongan. Contohnya Mak Timah begitu ikhlas memelihara Pungut sehingga mencapai umur dewasa. Kita haruslah bersimpati terhadap golongan kurang upaya. Contohnya Mak Timah yang bersimpati dengan nasib Pungut. Kita hendaklah mengamalkan setiakawan. Contohnya Mak Timah yang bertegur sapa dengan Bibik. Kita wajarlah menghormati keputusan ibu bapa. Contohnya anak-anak Mak Timah yang menghormati keputusannya menjadikan Pungut anak angkat.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

43

PROSA MODEN CERPEN TANGGAR AMANAT (Amaruszati Noor Rahim) Sinopsis Tema Semangat patriotik yang disuntik bagi meneruskan warisan keluarga. Huraian: Halunisasi janin dan Hawa menyebabkan Hawa mengambil keputusan kembali ke Malaysia mengikut suaminya Adam walaupun dia mahukan meneruskan perusahaan warisan Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah. Di Yellowstone, Hawa dan Adam iaitu sepasang suami isteri tinggal di situ. Hawa yang sedang hamil menghadapi konflik apabila Adam suaminya mengajaknya pulang ke Malaysia sedangkan dia igin terus mempertahankan perusahaan warisan Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah yang pertama di situ. Tambahan lagi kawasan Yellowstone merupakan kawasan lingkaran gunung berapi. Dalam keadaan kebingungan ditinggalkan Adam, Hawa berhalunisasi dengan janin dalam kandungannya yang berdialog dengannya tentang kemusnahan yang akan dihadapi jika terus tinggal di situ. Atas nasihat dan pandangan yang diberikan oleh janin dalam kandungannya, Hawa mengambil keputusan untuk mengikut Adam pulang ke Malaysia.

Persoalan Kegigihan mencari rezeki di tempat orang. Adam gigih mencari rezeki di Yellowstone, Amerika Syarikat. Perkahwinan campur di luar negara. Adam berasal dari Malaysia berkahwin dengan Hawa gadis kelahiran Yellowstone, Amerika Syarikat. Kepincangan hidup di tempat orang. Kepercayaan atas kuasa Yang Maha Besar. Hawa mengaku segala yang berlaku adalah ketentuan Allah.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

44

Nilai Nilai kasih sayang. Contoh: Hawa menyayangi perusahaan keluarganya yang telah diwarisi turun-temurun. Nilai kesabaran. Contoh: Adam masih bersabar dengan Hawa semasa menghadapi pertentangan pendapat. Nilai ketabahan. Contoh: Ahmad Abdullah yang tabah menghadapi cabaran hidup di rantau orang.

Pengajaran Kita hendaklah menyayangi sebarang usaha yang menjadi warisan keluarga. Contohnya, Hawa sanggup mempertahankan perusahaan keluarganya di Yellowstone. Kita hendaklah sabar menghadapi tekanan. Contohnya Adam yang bersabar dengan kedegilan Hawa. Kita mestilah tabah. Contohnya Ahmad Abdullah yang tabah menempuh dugaan hidup di perantauan.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

45

PROSA MODEN CERPEN HUTAN RIMBA (Sasjira) Sinopsis Tema Kemusnahan alam semulajadi untuk pembangunan. Kawasan bekas aktiviti pembalakan akhirnya telah menjadi kawasan perladangan. Estet-estet kelapa sawit luas saujana mata memandang. Pak Tua sebagai pemandu traktor menyesali pekerjaannya yang mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. Harapannya agar kawasan hutan kembali merimbun. Hasil pekerjaannya dia berjaya membesarkan anak-anaknya dengan kerjaya masingmasing. Atas nasihat anak-anaknya, Pak Tua dapat dipujuk agar reda dengan pekerjaannya yang banyak membantu menyara keluarga dan pendidikan anak-anaknya. Akhirnya Pak Tua dan anak-anaknya berjaya menceburi bidang pelancongan dengan membuat resort keluarga di hutan simpan miliknya.

Persoalan Nilai Nilai Tanggungjawab. Contohnya Pak Tua yang bertanggungjawab membesarkan keempat-empat orang anaknya sehingga mereka berjaya dalam kerjaya masing-masing. Nilai kasih sayang sesama ahli keluarga. Contohnya anak-anak Pak Tua yang saling menyayangi antara satu sama lain dan berbincang dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Nilai kegigihan. Contohnya Pak Tua yang gigih mencari rezeki untuk menyara kehidupan keluarganya. Nilai kerajianan. Contohnya Pak Tua rajin berusaha untuk meningkatkan diri dengan berhijrah meninggalkan kampung halamannya. 46 Kemusnahan flora dan fauna. Aktiviti pembalakan yang dilakukan telah memusnahkan kehidupan flora dan fauna. Kekesalan atas kemusnahan khazanah alam. Pak Tua menyesal kerana pekerjaannya sebagai pemandu jentolak dengan syarikat pembalakan menyebabkan khazanah hutan musnah. Kepentingan pendidikan anak-anak. Empat orang anak Pak Tua telah berjaya dalam bidang pendidikan dan kerjaya masing-masing. Kepentingan pembangunan dalam memajukan negara. Pembangunan dalam bidang pertanian dapat memberi sumber pendapatan kepada negara.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

Pengajaran Kita hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab. Pak Tua bertanggungjawab untuk membesarkan dan memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anaknya. Kita hendaklah saling berkasih sayang antara adik-beradik. Anak-anak Pak Tua berbincang sebelum mengambil keputusan untuk menjadikan dusun buah-buahan bapa mereka sebagai kawasan pelancongan. Kita mestilah menjadi ketua keluarga yang memiliki sifat gigih bekerja. Pak Tua begitu gigih bekerja untuk menyara anak-anak dan isterinya. Kita hendaklah rajin berusaha untuk membaiki taraf hidup. Pak Tua rajin bekerja sejak zaman mudanya lagi.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

47

PROSA MODEN CERPEN IDOLA (Zaen Kasturi) Sinopsis Tema Bertemakan kekeliruan hidup antara fantasi dan realiti iaitu antara pementasan sandiwara dengan kehidupan sebenar. Kehidupan si penjaga panggung yang menjadikan Hero sebagai idola hidupnya. Pendiriannya bercanggah dengan pendapat isterinya yang meminta dia mengubah cara hidup agar kehidupan mereka yang miskin dapat diubah. Pada suatu petang dia berjumpa dengan si Hero yang mengisahkan realiti kehidupannya sebenar dan menasihatinya agar sedar dengan realiti hidup. Hal ini menyedarkan si penjaga panggung bahawa idola yang ideal hanya wujud dalam pementasan sandiwara dan dia perlu melakukan perubahan diri.

Persoalan Kesempitan hidup dan kemiskinan kerana pendapatan yang rendah. Si penjaga panggung dan keluarganya hanya mampu tinggal di sebuah rumah kecil. Suka berkhayal untuk menjadi seperti idola. Si penjaga panggung sentiasa beranganangan menjadi hero. Kejujuran memberi pengertian kehidupan yang sebenar. Hero meminta si penjaga panggung kembali pada diri sendiri kerana kehidupan sebenar lebih menuntut perjuangan yang sesungguhnya. Kesedaran diri untuk mengubah nasib diri. Isteri si penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya bahawa pentas sandiwara tidak sama dengan pentas kehidupan sebenarnya.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

48

Nilai Nilai kejujuran. Contohnya Hero menyampaikan realiti kehidupan yang dilaluinya adalah berbeza dengan lakonannya. Nilai kesabaran. Contohnya isteri si penjaga panggung yang sabar menghadapi kemiskinan hidup dan masih lagi tinggal di rumah kecil. Nilai ketabahan. Contohnya isteri si penjaga panggung yang tabah menghadapi cabaran hidup dan membesarkan sepuluh orang anak dalam keadaan miskin dan tinggal di kawasan setinggan.

Pengajaran Kita hendaklah jujur dalam pekerjaan. Contoh: Hero dengan jujur memberitahu kenyataan hidupnya berbeza dengan dunia lakonan. Seorang isteri mestilah bersabar menjalankan tanggungjawab dalam rumah tangga. Contoh: isteri si penjaga panggung sabar dengan karenah suaminya yang terlalu mengagungagungkan Hero. Seorang isteri hendaklah tabah melalui cabaran membesarkan dan memdidik anak-anak. Contoh: isteri si penjaga panggung menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu walaupun dalam keadaan hidup mereka yang susah.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

49

DRAMA TIANG CENGAL DINDING SAYUNG (Suriani Mohd Yusof) Sinopsis Mak Jimah isteri Pak Jumaat menghadapi kesedihan apabila Pak Jumaat didapati hilang semasa kejadian ombak tsunami di Kedah. Anak-anak Jimah iaitu Sabri, Shahrul, Sabriah dan Salmah serta Sani anak angkatnya cuba menenangkan perasaan Jimah agar sabar dengan takdir Tuhan. Shahrul meminta pertolongan Sani agar menyatakan hasratnya pulang ke Kuala Lumpur kepada emaknya kerana telah tamat cuti, sebaliknya Sani meminta Shahrul sendiri memberitahunya. Sabriah yang panas baran baru balik dari London menyalahkan bapanya (Jumaat) yang terus turun ke laut untuk menangkap ikan. Sebenarnya, dia telah mengirim wang kepada ibu bapanya supaya mereka tidak perlu bekerja. Sikapnya ditegur oleh Pak Man jiran mereka yang tidak memahami Jimah. Salmah merupakan anak Jimah yang baru balik dengan pakaian seksi dimarahi Sabriah supaya menukar pakaian sebelum berjumpa emaknya. Berlaku pertengkaran antara Sabri dan Sabriah untuk menyerahkan tugas menjaga emak mereka. Siap mereka ditegur Pak Man. Sikap anak-anaknya menyebabkan Jimah menyerahkan kembali buku bank hasil pemberian mereka. Sabriah memarahi Jimah yang masih berharap bapa mereka akan selamat. Dalam keadaan kecoh itu, Wahid dan Senin mengambil kesempatan untuk menipu serta mencuri barangan mangsa tsunami. Akhirnya Jumaat dijumpai dan dkhabarkan oleh Man Bengap serta menyatakan Sani sahaja diminta menemani Jimah menjemput Jumaat di balai polis. Walau bagaimanapun, atas sikap bertolak ansur Sani maka mereka sama-sama menjemput Jumaat. Sabriah, Salmah dan Shahrul memohon maaf kepada Jimah. Pak Man dan Mak Jah terharu dengan peristiwa itu. Atas pengajaran peristiwa yang menimpa Jimah, maka Pak Man berfikir bahawa dia harus bersyukur mempunyai Man Bengap walaupun hanya sebagai cucu angkat tetapi dapat menghiburkannya terutama dalam masa dia dan isterinya sunyi.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

50

Pemikiran Kesetiaan isteri dan kasih sayang isteri dan anak-anak terhadap ketua keluarga (suami/bapa) serta kepincangan sikap anak-anak dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai anak-anak.

Persoalan Nilai Nilai kasih sayang kepada suami. Contohnya Jimah menangisi kehilangan suaminya berterusan. Nilai kesetiaan seorang isteri kepada suami. Contohnya Jimah tetap setia menanti suaminya yang hilang. Nilai menghormati orang yang lebih tua. Contohnya, Sani tetap menghormati Sabriah walaupun kerap dimarahinya. Nilai nasihat-menasihati. Contohnya, Pak Man menasihati Sabriah supaya tidak menghina Sani anak angkat emaknya. Nilai tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapa. Contohnya Sani dan Wan Malini terus menjaga Jimah dan Jumaat setiap hari. Kasih sayang isteri kepada suami yang tidak berbelah bahagi. Sikap hormat menghormati antara ahli keluarga. Simpati atas nasib malang yang menimpa seseorang. Jujur dan amanah dalam menyampaikan maklumat. Sikap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Kepincangan masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

51

Pengajaran Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab memberi pendidikan kepada anak-anak. Contoh: Pak Jumaat dan Mak Jimah memberi pendidikan kepada anak-anaknya sehingga ke universiti. Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita. Kita perlu menyesal dan insaf terhadap kelemahan kita. Contoh: Sabriah insaf atas kesilapannya. Kita perlu bersyukur dengan apa-apa yang kita miliki. Contoh: Man Bengap bersyukur dengan kehidupannya yang serba kekurangan. Kita perlu menjaga hubungan yang baik dalam keluarga. Kita perlu berjimat cermat dalam berbelanja. Contoh: Pak Jumaat menyimpan duit yang dikirim oleh anak-anaknya.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

52

DRAMA 1400 (Noordin Hassan) Sinopsis Dollah yang capik menyuarakan rasa tidak puas hati atas sikap masyarakat yang menolaknya disebabkan harta dan kecacatannya. Dia berazam untuk menjadi kaya dan mengubah pendirian orang kampung. Dollah bertemu dukun dengan menggunakan azimat daripada mayat ibunya. Hasil pertolongan dukun, Dollah mendapat harta karun dengan pertolongan Jin. Dollah bertukar corak dengan memakai kaki palsu dan pakaian mahal serta mempunyai pembantu bernama Doli. Pada peringkat awal peminangannya ditolak. Walaupun begitu dengan kekayaannya Dollah telah membina empayar yang luas dengan membeli tanah orang kampung. Dollah juga telah berkahwin dengan Intan Siti Rahimah yang beriman dan baik perangainya. Sikap Intan Siti Rahimah itu menyebabkan dia disayangi oleh orang surau dan orang kampung. Sebaliknya Dollah dibenci orang kampung kerana Dollah menindas orang kampung dan memelihara kuda yang banyak serta mengotorkan sungai dengan najis kuda yang menjadi sumber air penduduk kampung. Akibat pencemaran tersebut, penyakit merebak dan ramai penduduk kampung yang menggunakan air sungai yang tercemar itu mendapat zuriat yang cacat. Dollah suka berburu, dia gembira dengan kehamilan isterinya dan meminta Intan Siti Rahimah makan makanan yang baik sahaja dan tidak mengambil makanan daripada kampung tersebut. Apabila anaknya lahir, anak itu cacat. Anak tersebut dibuang dan isterinya dihalau. Dollah telah bertemu dengan mayat ibunya yang minta dia bertaubat. Akhirnya semua harta kekayaannya hilang dan balik kepada keadaan asal. Dollah bertemu semula dengan isterinya di kampung lain yang memperjuangkan Islam. Akhirnya Dollah hilang di laut dan Siti Rahimah mendoakan keselamatannya.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

53

Pemikiran Kekayaan mengubah sikap manusia ke arah kemungkaran dan menindas golongan yang lemah. Dollah seorang pemuda yang asalnya miskin dan capik. Dia dipandang hina oleh masyarakat, justeru dia berazam untuk menjadi kaya. Malangnya setelah hajatnya tercapai, sikap Dollah terus berubah. Dia sering menindas orang kampung. Dollah langsung tidak mempedulikan akibat pencemaran sumber air penduduk kampung yang berpunca daripada najis kuda yang dipeliharanya. Dia juga tidak membenarkan isterinya bergaul dengan golongan susah. Dollah lupa daratan.

Persoalan Nilai Nilai kesabaran. Contoh: Soud meminta Dollah agar bersabar dengan hinaan orang kampung. Nilai tolong-menolong. Contoh: Intan Siti Rahimah menolong anak orang kampung mengajar mengaji. Nilai menghargai barangan tempatan. Contoh: Dollah tidak menggunakan batu marmar dari Langkawi untuk membuat rumah sebaliknya memilih batu marmar dari Itali. Nilai kasih sayang antara suami isteri. Contoh: Dollah menjaga isterinya yang sedang mengandung dengan baik. Nilai ketaatan. Contoh: Intan Siti Rahimah mendengar arahan suaminya iaitu Dollah semasa mengandung. Kepincangan masyarakat memilih kepada orang yang berharta. Keimanan yang kukuh menjadi panduan pada kebaikan. Pencemaran sungai memberi kesan yang buruk kepada pengguna dan membawa penyakit. Penindasan kepada golongan lemah. Penipuan kepada orang yang kurang berilmu.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

54

Pengajaran Kita hendaklah mencari rezeki yang halal. Contoh: Abu Lahab mengumpul harta dengan menipu orang kampung dan akhirnya mereka telah dimasukkan dalam tahanan. Kita janganlah menindas golongan yang lemah atau miskin. Contoh: Dollah dihina oleh masyarakat kampung sehingga tidak ada orang yang mahu menerima pinangannya kerana dia capik dan miskin. Kita perlu menjaga keindahan alam sekitar. Contoh: Dollah mencemarkan sungai dengan najis kuda yang dipeliharanya. Kita hendaklah taat dan menunaikan perintah Allah. Contoh: Maulana mengingatkan Dollah supaya mentaati Allah dan bukannya menurut nafsu. Kita hendaklah insaf dan bertaubat atas segala kesalahan yang telah kita lakukan. Contoh: Abu Lahab dan isterinya insaf atas perbuatan mereka menipu orang kampung.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

55

DRAMA DATO ONN (Othman Hj. Zainudin) Sinopsis Drama ini mengisahkan sejarah hidup Dato Onn yang berjuang menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan sehinggalah ke akhir hayatnya. Selepas kematian isteri, Dato Onn berkahwin dengan anak panggung iaitu Cik Kah tetapi jodoh mereka tidak panjang. Dato Onn mengahwini Halimah, balu adiknya. Dato Onn dipecat daripada jawatan pemungut cukai kerana menentang keras dasar penjajah Inggeris yang ingin memungut cukai. Rumah dan tanah keluarganya dirampas. Mereka sekeluarga berhijrah ke Singapura. Di Singapura, Dato Onn dan Syed Hussien Alsagoff menerbit Akhbar Warta Malaya untuk menyatakan pendapat, membentuk fikiran rakyat dan menentang Inggeris secara halus. Rakyat Tanah Melayu mula sedar dan bangun menentang Inggeris bersama-sama Dato Onn. Penentangan bertambah kuat apabila ada gagasan untuk mewujudkan Malayan Union. Kemudian Jepun menyerang Tanah Melayu dan Inggeris melarikan diri. Selepas Jepun menyerah kalah, berlaku huru-hara apabila MPAJA cuba mengambil alih pemerintahan secara kekerasan. Banyak nyawa yang terkorban dan kerugian harta benda yang banyak. Kemudian Dato Onn dilantik menjadi Pegawai Daerah Muar. Satu pertemuan diatur bersama pemimpin MPAJA dan KMM, ketua kampung, Kiai Salleh dan lain-lain. Masingmasing tidak mahu mengalah. Dato Onn menegah mereka berpecah belah dan menyeru mereka bersatu dan menuntut kemerdekaan tanpa pertumpahan darah. Pada tahun 1946 dalam Kongres Melayu, UMNO telah lahir untuk memperjuangkan hak orang Melayu. Dato Onn keluar parti lantaran cadangan untuk membuka keahlian kepada semua kaum ditolak. Masih ramai yang menyokong kepimpinannya sehingga namanya tersohor. Tanah Melayu diisytiharkan merdeka oleh Tunku Abdul Rahman. Dato Onn menghembuskan nafasnya pada usia 67 tahun di Larkin, Johor Bahru.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

56

Pemikiran Drama ini mengetengahkan pemikiran betapa pentingnya anak watan bangkit menentang sebarang bentuk penjajahan. Drama ini menyorot kisah perjuangan Dato Onn menentang penjajah yang menguasai negeri Johor. Walaupun menghadapi pelbagai dugaan berat dan hidup melarat, tidak melunturkan semangat juangnya menentang Inggeris. Penentangan dibuat dengan pelbagai kaedah seperti melalui akhbar, penubuhan parti dan mengadakan permuafakatan dengan matlamat mencapai kemerdekaan tanpa menggunakan kekerasan. Dalam keadaan genting, Dato Onn tetap bersama-sama anak-anak buahnya. Perjuangan diteruskan melalui penentangan Malayan Union. Walaupun menjadi pengasas UMNO, Dato Onn terpaksa keluar parti kerana berlainan pendapat.

Persoalan Golongan bangsawan yang berjiwa rakyat. Dato Onn sanggup hidup susah dan tidak akan meninggalkan anak-anak buahnya dalam keadaan genting sekalipun. Kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat. Orang Melayu bersatu padu menentang Malayan Union. Pengorbanan seorang pemimpin. Lantaran tidak bersetuju dengan dasar penjajah, rumah Dato Onn dilelong oleh Inggeris dan beliau terpaksa berpindah ke Singapura dan menjalani kehidupan getir sebagai seorang nelayan. Keganasan pihak komunis di Tanah Melayu. Komunis sanggup melakukan pelbagai keganasan jika ada pihak yang enggan memberikan kerjasama. Menjaga kepentingan dan maruah keluarga. Dato Onn mengahwini Halimah kerana tidak sanggup melihat Halimah dan anak-anaknya yang juga anak saudaranya hidup terbiar dan merempat. Kesenian bangsa yang pupus ditelan dek kemunculan teknologi terkini. Banyak kumpulan bangsawan yang terkubur dengan kemunculan wayang-wayang gambar. Kezaliman penjajah menindas rakyat jelata. Pihak Inggeris melalui tipu daya berjaya mendapatkan perintah Sultan Johor untuk memungut cukai. Sesiapa yang ingkar akan ditindas. Akhbar dalam membentuk minda rakyat. Melalui akhbar Warta Malaya, rakyat mula sedar akan kepentingan menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

57

Nilai Nilai taat kepada ibu bapa. Contoh: Lantaran tidak mendapat restu keluarga, perkahwinan Dato Onn dan Cik Kah tidak bertahan lama. Nilai bertanggungjawab. Contoh: Dato Onn bertanggungjawab memimpin rakyat jelata untuk menuntut kemerdekaan. Nilai bersatu padu. Contoh: Dato Onn nenegah sama sekali perbalahan dalam kalangan rakyat. Nilai kesetiaan. Contoh: Rakyat jelata setia kepada tanah air tanpa berbelah bahagi dalam apa keadaan sekalipun. Nilai menghargai jasa. Contoh: Sultan Johor menganugerahkan Darjah Kerabat Kelas Dua kepada Dato Onn yang berjasa kepada tanah air. Nilai muafakat. Contoh: Dato Onn mengaturkan pertemuan dengan pelbagai pihak untuk menyatupadukan mereka demi menuntut kemerdekaan.

Pengajaran Pemimpin hendaklah sanggup berkorban demi kepentingan rakyat dan negaranya. Kita hendaklah sanggup mempertahankan tanah air daripada sebarang bentuk penjajahan. Kita hendaklah bersatu padu supaya lebih kuat dalam menentang penjajah. Kita perlu pandai memilih maklumat daripada media massa agar tidak terpengaruh dengan unsur negatif. Kita perlu pandai memilih jalan penyelesaian yang terbaik dan jangan menggunakan kekerasan yang banyak merugikan. Kita perlu berbincang secara rasional untuk mendapatkan keputusan yang terbaik berbanding perbincangan yang disertai emosi.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku

58

You might also like