You are on page 1of 12

Bahasa Malaysia Tahun 4 Kertas 1 ( 4) Masa: 50 Minit Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.

Arahan Am Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan iaitu A, B, C, dan D.Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan yang betul. Soalan 1 Soalan 20 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Perdana Menteri Malaysia akan ke Jepun.__________akan berada di sana selama tiga

hari. A. Beta B. Beliau C. Dia D. Baginda

2. Baju itu masih boleh dipakai_______________ telah koyak sedikit.

A. untuk B. kerana C. malahan D. walaupun Soalan 3 - 4 berdasarkan gambar di bawah.

3. Puan Lee sedang ______________ ikan yang baru dibelinya di pasar.

A. menyiang B. mencencang C. menghiris


D. menggoreng 1

4. Ikan itu akan dimasak untuk___________makan tengah hari.

A. hidangan B. terhidang C. berhidang


D. menghidangkan

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Tong sampah yang dikerumuni lalat itu berbau sangat_______________.

A. hanyir B. hapak C. busuk


D. tengik

6. Abang menerima sepucuk surat _______________ kawannya yang tinggal di Singapura.

A. dari B. daripada C. ke
D. Kepada

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7. Edwin memancing ikan dengan menggunakan________________ joran. A. sebatang B. sebuah C. selaras D. sebentuk

8.

Terdapat sebuah padang bola di_____________ rumah saya. A. bawah B. atas C. dalam D. belakang

9. ________________yang dimasak oleh ibu diperbuat daripada ikan.

A. Kekura
B. Bebola

C. Sesiku
D. Bebiri

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. Peribahasa yang sesuai dikaitkan dengan gambar ini ialah:

A. Berat tangan
B. Bekas tangan

C. Panjang tangan D. Dalam tangan


3

11. Pada pukul ______________ rombongan tersebut akan tiba?


A. bilakah B. siapakah C. berapakah

D. manakah Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12. _______________lah kau berpura-pura lagi.

A. Harap B. Usah C. Minta


D. Sila

13. _______________, kamu sudah sampai rupa-rupanya! A. Eh B. Ah


C. Nah D. Wah

14. ________________ radio itu bercakap dengan petah. A. Jurujual

B. Jurukira C. Jurusolek D. Juruhebah

15. ______________ anak Pak Cik Yul masih menuntut di universiti. 4

A. Ketiga B. Bertiga C. Ketiga-tiga D. Tiga-tiga

16. Parang itu perlu diasah kerana matanya sudah_____________ .

A. tumpul B. panjang C. tajam D. nipis

Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.

17. Boon Hua memberi ______________ makan ikan saban hari.

A. Sang Rangkak B. Pak Belang C. Si Tompok D. Si Jalak

18. Ibu menyuruh kakak____________ bawang itu nipis-nipis.

A. menghiris B. mencabut C. menebang


D. mencantas

19. Pemandangan di tepi Pantai Port Dickson indah__________. A. agak 5

B. paling C. terlalu D. nian

20. Upacara ________________ hadiah akan bermula sebentar lagi.

A. kesampaian B. penyampaian C. menyampaikan


D. disampaikan

21. Dia beria-ia benar mengajak saya datang ke rumahnya pagi esok.

Pilih perkataan seerti bagi mengajak


A. mempelawa B. meminta C. mengarah
D. memerintah

22. Hubungan mereka semakin hari semakin akrab.

Pilih perkataan berlawan bagi akrab


A. mesra B. rapat C. jurang
D. renggang

Soalan 23 24

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


23. A. Amin, jangan panjat pokok itu. 6

B. Murid-murid, tolong bising lagi. C. Hasrul, jemput angkat beg saya. D. Minta bermain di tepi longkang itu, larang Puan Nancy.

24. I

Ani membuka kasut lalu masuk ke rumah. Dia tidak lalu makan kerana demam.

II

III Sejak kecil lalu dia gemar menari. IV Din sudah lalu dengan sikap adiknya.

A.
B.

I dan II I dan III II dan III III dan IV

C. D.

25. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Murid-murid berdiri tegak kerana menyanyikan lagu Negaraku. A. Bilakah murid-murid berdiri tegak? B. Mengapakah murid-murid berdiri tegak? C. Di manakah murid-murid berdiri tegak? D. Siapakah yang berdiri tegak?

26. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Bagaimanakah Alex ke sekolah? A. Alex baru sahaja bertolak ke sekolah. B. Alex menunggang basikal ke sekolah. C. Alex tiba lewat ke sekolah.
7

D. Alex tidak ke sekolah.

Soalan 27 - 28

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


27. Emak telah membeli segugus anggur semalam. A. Segugus anggur telah membeli emak. B. Segugus anggur telah emak membeli semalam. C. Semalam,segugus anggur telah dibeli oleh emak. D. Segugus buah anggur semalam telah emak membelinya.

28. Adik membuang sampah ke dalam tong sampah.

A. Sampah dibuang oleh adik ke dalam tong sampah. B. Sampah membuang adik ke dalam tong sampah. C. Sampah dibuang ke dalam tong sampah adik. D. Tong sampah dibuang oleh adik.

Soalan 29 30

Pilih ayat-ayat yang betul.


29. A. Tiap murid mesti mematuhi peraturan sekolah. B. Banyak buku-buku di perpustakaan sudah koyak. C. Semua para pemain sedang menjalani latihan sukan. D. Banyak kanak-kanak suka bermain layang-layang. 30. A. Saya akan ke sekolah sebentar lagi. B. Ibu telah membeli sepasang kasut esok. C. Surat itu dari sahabat penanya. D. Mary berasal daripada Kedah.

Soalan 31 hingga 35 Baca dialog di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Azizah : Siti :

Siti, sekarang sudah pukul 3.00 petang. Cepatlah sedikit. Kita sudah terlewat. Cikgu Nurul sudah tentu menunggu kita di dewan sekolah. Tentu kena marah nanti. Nantilah sekejap, saya sedang memakai baju. Apakah yang hendak kamu bawa ? Saya akan membawa biskut dan sehelai baju. Jangan lupa bawa buku catatan dan pen. Ya, terima kasih kerana mengingatkan saya. Sudahkah kamu siapkan kerja sekolah kamu ? Belum, sudahkah kamu ? Sudah, sebaik sahaja tiba di rumah, saya terus membuat kerja sekolah yang diberikan oleh Cikgu Kee. Itulah sebabnya saya terlambat. Selepas latihan lakonan nanti, kita ada latihan tarian lagi. Apakah tujuan diadakan latihan tarian itu ? Untuk dipersembahkan pada Hari Kanak-kanak. Siapakah yang akan melatih kita menari ? Cikgu Lim dan Cikgu Rohaya. Marilah kita pergi sekarang. Kita naik bas supaya lebih cepat sampai ke sekolah.

Azizah : Siti :

Azizah : Siti :

Azizah : Siti :

Azizah : Siti :

Azizah : Siti :

Azizah : Siti :

Azizah :

31. Di manakah perbualan ini berlaku ? A. Di sekolah B. Di rumah Siti C. Di rumah Azizah D. Di dewan sekolah

32. Ke manakah mereka hendak pergi ? A. Rumah Azizah B. Perhentian bas


C. Dewan sekolah. D. Rumah Cikgu Nurul.

33. Mengapakah Siti terlewat untuk bersiap ? A. Dia mahu Azizah menantinya sekejap. B. Dia makan dahulu selepas tiba di rumahnya. C. Dia hendak membawa biskut dan sehelai baju. D. Dia menyiapkan kerja sekolahnya terlebih dahulu.

34. Siapakah yang akan melatih mereka dalam latihan lakonan ? A. B. C. D. Cikgu Kee Cikgu Nurul Cikgu Lim Cikgu Rohaya

35. Semua pernyataan di bawah adalah benar, kecuali A. Mereka menaiki teksi ke sekolah.

3, Lubuk Merbau, B. Mereka telah terlewat menjalani latihan lakonan. 08700 Sik, Kedah. C. Latihan lakonan akan diadakan di dewan sekolah.
D. Mereka akanEmpat N, bahagian dalam acara lakonan dan tarian. Guru Kelas mengambil

SJK(C) Taman Ria, 08700 Sik, Soalan 36 hingga Soalan 40 Kedah. 8 SEPTEMBER 2011. Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Cikgu, Tidak Hadir ke Sekolah Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya tidak dapat hadir ke sekolah selama dua hari berturut-turut bermula hari ini, Isnin 8 September 2011. 2. Hal ini kerana saya mengalami cirit-birit akibat keracunan makanan. Saya sudah mendapat rawatan di hospital dan diberi cuti selama dua hari. 3. Bersama-sama ini saya sertakan surat cuti sakit. Saya berharap agar cikgu memaklumi perkara ini dan memahami keadaan saya. Yang benar, ____________ ( MICHELLE TAN )
10

36. Penulis surat ini merupakan_______________. A. ibu B. guru C. ayah D. murid

37. Mengapakah penulis tidak hadir ke sekolah ? A. muntah B. demam


C. cirit-birit D. batuk

38. Rangkai kata keracunan makanan bermaksud :

A. Makan makanan segera B. Makan makanan berkhasiat


C. Makan makanan yang tidak bersih

D. Makan makanan yang pedas


11

39. Bilakah penulis mungkin ke sekolah ?


A. Hari Selasa

B. Hari Rabu
C. Hari Khamis D. Hari Jumaat

40. Apakah harapan penulis terhadap guru kelasnya ? A. Memahami keadaannya B. Memaafkan kesalahannya C. Menghantarnya ke hospital
D. Membantunya menyiapkan kerja sekolahnya

12

You might also like