Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword or section
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Dosa Semalam

Dosa Semalam

Ratings: (0)|Views: 47 |Likes:
Published by kelabk

More info:

Published by: kelabk on Nov 08, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/08/2011

pdf

text

original

 
Adilla Tasha
1
 R
 INGGG
 ringgg
….Bunyi jam loceng dihujung kepala membuatkan akuterjaga.“Kenapalah jam ni berbunyi masa aku sedang enakdibuai mimpi...” bisikku sendiri sambil mata masih terpejam.“Satu… dua… tiga.” Aku membilang masa dankedengaran satu suara.“Hanim... bangun nak, dah subuh ni!”Lantang suara itu dan disusuli dengan bunyiketukan di pintu.“Hanim dah bangun, mak. Sekejap lagi Hanimkeluar!” Aku menolak malas selimut yang menutupi tubuhku.Kucapai tuala mandi di ampaian dan keluar menuju ke bilikmandi yang terletak bersebelahan dengan bilikku.
Oiii 
!!! Sejuknya!!!” luahku lemah tetapi kesejukan yang menggigit tubuh ini harus kulontar jauh-jauh demimembolehkan aku menunaikan kewajipan pada Yang Esa.
Bab
1
 
Dosa Semalam
2
MAK
masak apa ni, harumnya bau!” pujiku sekali gusmengusik mak pagi-pagi begini.“Bau aje, bukan nak menolong...” keluh mak,sengaja. Aku hanya tersenyum dan memeluk mesra bahumak.“Dah kejut adik-adik?” tanya mak sambil menumiscili di dalam kuali.“Dah... cuma alang tu liat sikit nak bangun, mak.Itu pun Hanim jerit kat telinga dia, baru bergerak sikit,”aduku pada mak.Memang di kalangan adik-beradik, alang agak degildan suka memberontak berbanding angah, Harun danHamdan.“Jangan buat begitu, tak baik. Kalau kita tunjukkantauladan tak elok dengan adik-adik, nanti mereka akanterikut-ikut dengan perangai kita.”Nasihat mak lembut masuk ke telingaku. Begitulahmak yang penuh kelembutan dalam mendidik dan menjagarumah tangganya.“Hanim mintak maa mak, lain kali Hanim tak buatlagi,” akurku bersama sebuah janji. Kukucup pipi mak penuhkasih sayang.Mak tersenyum.“Hanim kerja hari ni?” Mak yang sedang mengacaubihun di dalam kuali bertanya.“Kerjalah, mak. Lagipun hari ni Dato’ Hassan ada
 meeting
. Kalau Hanim tak ada, tentu dia kelam-kabut,”luahku sambil mencapai tuala kecil yang digunakan untukmengelap meja.
 
Adilla Tasha
3
Mak yang sibuk sedari tadi hanya memandangkusekilas.“Capaikan mak botol kicap tu, Nim,” arah mak. Aku segera mengambil botol kicap yang terletak diatas para dan menyerahkan kepada mak. Kuteliti kerja makdengan penuh minat. Kalau mak memasak memang tiadasiapa yang boleh menandinginya. Hasil tangannya bagaikanada jampi serapah kerana walaupun aku sudah kenyangsepulang dari kerja, tetapi bila melihat sahaja masakan maksecara tiba-tiba perutku menjadi lapar semula.“Baguslah Hanim... kerja elok-elok. Nasib baiklahDato’ Hassan nak ambil Hanim bekerja sebagai pembantunya.Kalau diikut dari sijil Hanim, mak rasa Hanim tak layak kerjadengan Dato’ Hassan tu.” Aku tahu mak dan abah banyak berkorban untukku. Walaupun aku layak untuk menyambung pelajaran, tetapinasib tidak menyebelahiku. Abah tidak mampu membiayaipengajianku di menara gading. Sijil SPM berpangkat satumasih kemas berada di dalam simpananku.Memang aku akui dengan sijil tersebut aku bolehmemohon biasiswa, tetapi dalam masa menanti pengeluaranbiasiswa tersebut, di mana aku nak
cekau
(ambil) duit untukmenampung perbelanjaanku di sana? Pekerjaan abah sebagaipengawal keselamatan dan menanggung lima orang anaksudah cukup membebankannya. Aku kagum dengansemangat abah yang tidak pernah mengeluh dalam membinasebuah kehidupan yang agak teratur untuk keluarganya.Hanya aku sahaja yang meminta agar abah aham denganniat suciku untuk membantunya. Walaupun ditentang padamulanya, namun akhirnya mak dan abah terpaksa akurdengan kedegilanku.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->