You are on page 1of 2

5 Cara Menarik Hati 1urulatih Sofbol Anda

Bila bertemu jurulatih buat pertama kali dalam latihan atau percubaan, menjadi
keinginan pemain untuk menarik perhatian dan menunjukkan gambaran yang baik
terhadapnya. Di sini, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan tanpa melakukan
balingan bola atau hayunan pukulan. Lima cara yang bukan merupakan kemahiran
soIbol untuk mendapatkan pandangan yang baik dan markah yang tinggi di mata
jurulatih.

1. Berada Tepat Pada Masa dan Bersedia

Salah satu cara untuk memulakan sesi latihan yang hebat dengan tiba di padang tepat
pada masanya dan bersedia untuk berlatih! Siapkan peralatan anda di tempatnya, sedia
dengan sarung tangan, stokin dan kasut sebelum sesi latihan bermula. Seorang pemain yang tidak bersedia
dengan peralatan seperti beg, kasut dan stokin bila jurulatih telah bersedia memulakan sesi latihan tidak akan
menunjukkan gambaran yang baik sebagai pemain. Anda hanya mempunyai satu peluang untuk menunjukkan
pandangan pertama yang baik untuk memastikan anda bukan pemain yang tergesa-gesa pada permulaan sesi
latihan. Berada di tempat latihan pada masanya dan bersedia dengan permulaan yang baik di mata jurulatih.

2. Mempunyai Sikap yang Positif

Satu cara lagi, jurulatih menyukai pemain yang mempunyai sikap yang positiI dan keghairahan terhadap apa
yang anda lakukan. Pemain yang sanggup menyahut cabaran dan benar-benar suka berada di atas padang akan
sentiasa menonjol. Pada masa yang sama, pemain yang membongkokkan bahunya, sentiasa kelihatan marah
dan sedih, berketrampilan buruk dan menarik kaki di atas padang akan menimbulkan rasa kurang senang
jurulatih. Walau bagaimanapun, pemain yang merasakan padang adalah tempat yang menggembirakan dan
benar-benar melihat ke hadapan terhadap apa yang diminta oleh jurulatih adalah seseorang yang akan diingati
sebagai seorang yang bersikap positiI.

3. Berikan Usaha Terbaik Anda

Cara lain untuk menarik perhatian jurulatih dan membina padangan yang positiI ialah bermain bersungguh-
sungguh di sepanjang masa latihan. Pemain yang cuba melakukan terbaik tidak kira senang atau susah sesi
latihan itu, tidak kira siapa yang melihat atau tanpa dilihat adalah sukar untuk diketepikan. Hal ini merupakan
tunjang ke arah menyukai permainan soIbol dan apa yang anda lakukan di atas padang. Bila anda benar-benar
seronok bermain soIbol, anda akan lebih cenderung untuk memberikan yang terbaik di sepanjang masa latihan.
Hal ini adalah sesuatu yang diharapkan dan ingin dilihat oleh seseorang jurulatih. Jikalau anda boleh
lakukannya, anda akan menjadi seorang pemain yang jurulatih mahukan dalam pasukan. Bermain bersungguh-
sungguh, lakukan sehabis baik dan berikan usaha yang terbaik, tanpa mengira apa keadaan pun sesungguhnya
akan memberikan pandangan yang baik kepada jurulatih.

4. Mendorong dan Menggalak

Seorang pemain yang boleh berinteraksi secara positiI dengan rakan sepasukan secara berkesan dengan
mendorong dan menggalak mereka, menjadi aset bernilai kepada pasukan. Jikalau anda boleh mendorong dan
menggalak pemain lain, membantu mereka melakukan lebih baik, dan meningkatkan permainan mereka, sudah
tentu akan menarik perhatian jurulatih anda. Hal ini bukanlah sesuatu yang semua pemain boleh lakukan atau
cuba lakukan. Kebanyakan pemain hanya bimbang untuk meningkatkan mutu permainan mereka dan
memastikan mereka kelihatan dan bermain dengan baik. Tidak semua pemain sedar perlunya menjadi pengaruh
positiI ke atas rakan sepasukan mereka dan membantu mereka meningkat ke tahap yang lebih tinggi.
Kenyataannya, beberapa pemain lakukan sebaliknya, mereka boleh menyebabkan pasukan kalah dengan sikap
negatiI mereka. Jikalau anda pemain yang sebaliknya dan membantu meningkatkan pencapaian rakan
sepasukan anda, ia akan memberi anda kelebihan berbanding pemain lain yang tidak boleh, jangan dan tidak
mahu. Jurulatih lebih perlukan pemain yang boleh mendorong dan menggalakkan pemain lain dalam pasukan
mereka berbanding mereka yang menjadi penyebab kepada kekalahan.

5. Menghormati Orang Lain

Pemain yang menghormati rakan sepasukan, jurulatih dan kedua ibu bapa, keluarga dan juga peralatan mereka
adalah biasanya jenis pemain yang dicari oleh jurulatih. Bagaimana anda berinteraksi dengan ibu bapa dan
keluarga, banyak memberitahu jurulatih tentang bagaimana anda akan berhubung dengan rakan sepasukan dan
jurulatih (juga umpire dan pihak lawan). Bagaimana anda menjaga peralatan soIbol dan uniIorm memberitahu
jurulatih bagaimana anda menghormati diri anda, permainan dan orang lain. Pemain yang boleh menghormati
diri sendiri dan orang lain biasanya dapat menyesuaikan diri dalam pasukan dengan baik. Jurulatih tidak
menyukai mempunyai pemain yang bermasalah dalam pasukan mereka. Jikalau ia datang dengan bersama
pasukan dan siapa yang melakukan terbaik dalam pasukan, jadilah pemain yang paling sesuai, bukan seorang
pemain yang jurulatih lihat sebagai bermasalah atau pengganggu. Seorang pemain yang menghormati akan
menimbulkan pandangan positiI berbanding pemain yang tidak.

Ingatlah, bakat dan kebolehan Iizikal hanyalah satu bahagian dalam permainan soIbol. Terdapat banyak lagi
aspek yang perlu ada untuk menjadi pemain yang hebat berbanding hanya menguasai kemahiran soIbol.
Usahakanlah untuk menguasai lima cara ini sebagaimana anda cuba menguasai kemahiran soIbol anda dan anda
akan mendapat peluang lebih baik untuk mendapatkan pandangan yang baik jurulatih anda. Melupakan lima
cara ini dalam permainan soIbol dan anda meletakkan diri anda dalam keadaan serba kekurangan.

*Artikel adalah diambil dan diterjemahkan daripada hasil tulisan Stacie Mahoe, pemilik
AllAboutFastpitch.com

You might also like