You are on page 1of 4

Perbezaan Individu

by kulanz on 27/01/2010 28 comments


Definisi Perbezaan Individu:
Menurut Borich dan Tombari (1997), perbezaan individu ialah:
'Individual diIIerences are the variations we observe among members oI any group in a
particular characteristic, such as temperament, energy level, Iriendship patterns and parent-child
attachment
Henson dan Eller (1999), dalam bukunya Educational Psychology Ior EIIective Teaching, pula
menerangkan perbezaan individu merujuk kepada ciri-ciri atau siIat-siIat manusia yang
mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang (contohnya seperti optimistik,
sentiasa berani mencuba) atau membataskan keupayaan seseorang untuk belajar dalam
persekitaran sekolah (contohnya seperti takut melakukan kesilapan, takut bertanya).
Daripada deIinisi di atas, dapat dirumuskan bahawa perbezaan individu adalah variasi yang
boleh diperhatikan di kalangan ahli-ahli satu kumpulan. Perbezaan individu itu dapat dilihat
berdasarkan ciri-ciri tertentu, iaitu temperamen, tahap tenaga, pola persahabatan dan hubungan
ibu bapa dengan anak-anak, dan siIat-siIat manusia yang mempunyai potensi untuk memajukan
keupayaan atau membataskan keupayaan seseorang dalam melakukan sesuatu.
Aspek-Aspek Perbezaan individu:
Menurut Papalia (2001), manusia berbeza dari segi jantina, ketinggian, berat, dan bentuk tubuh
badan; dalam hal-hal lain seperti kesihatan dan tahap tenaga; dan ciri-ciri personaliti serta reaksi
emosi.
Slavin (1997) pula lebih menumpukan perhatian kepada perbezaan individu dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap
prestasi, kadar belajar, gaya kognitiI atau gaya pembelajaran, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa
di rumah, jantina, bakat dan minat.
Berdasarkan pendapat-pendapat di atas, dapat dirumuskan bahawa aspek-aspek perbezaan
individu adalah seperti berikut:
1. Jantina
2. Fizikal
3. Kognisi
4. Personaliti
5. Gaya KognitiI dan Gaya Belajar
6. Kesihatan
7. Sosial
8. Bangsa/Bahasa

aktor-aktor Mempengaruhi Perbezaan Individu:
Faktor-Iaktor yang menyebabkan perbezaan individu terbahagi kepada dua Iaktor yang besar,
iaitu Iaktor baka dan persekitaran. Faktor-Iaktor ini dijelaskan dalam bahagian berikut.
1. Faktor Baka
Setiap orang mewarisi siIat-siIat tertentu melalui pewarisan gen atau baka daripada kedua-dua
ibu bapanya seperti paras rupa, tahap kecerdasan, temperamen, tahap aktiviti, tret personaliti,
gaya bahasa, gaya hidup, sikap dan minat. Antara contoh pewarisan baka ialah warna mata.
2. Faktor Persekitaran
Persekitaran bermaksud individu dan objek yang ditemui serta peristiwa yang berlaku dalam
kehidupan seseorang yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan dirinya. Persekitaran
yang mempengaruhi seseorang individu termasuklah perapatan (attachment) individu dengan
kedua orang ibu bapanya melalui asuhan dan interaksi, pengaruh adik-beradik, ahli keluarga lain,
guru, kawan-kawan, bahan-bahan media cetak dan media elektronik serta bahan daripada
komputer. Persekitaran juga meliputi lokasi tempat tinggal seseorang, masyarakat di
sekelilingnya dan rumah ibadat.
Menangani Masalah Perbezaan Individu dalam Konteks Sekolah:
Guru boleh menangani masalah perbezaan individu dengan menitikberatkan atau memberi
pertimbangan kepada aspek-aspek tertentu semasa merancang atau melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Aspek-aspek tersebut termasuklah:
1. Memahami perbezaan murid
Penting untuk guru memahami perbezaan murid dari segi Iizikal, mental dan emosi. Pemahaman
seperti ini adalah amat penting kepada guru agar dapat memberi layanan yang sewajarnya
kepada murid-murid. Ini dapat mengelakkan guru bersikap pilih kasih.
2. Memahami tingkah laku murid
Guru perlu memahami tingkah laku muridnya agar perseIahaman dan perhubungan yang baik di
antara murid dan guru dapat dicapai. Guru akan bersiIat lebih bertimbang rasa dan bersimpati
dengan murid setelah memahami tingkah laku, kebolehan serta minat murid yang berbeza.
Dengan itu guru dapat merancang aktiviti yang dapat membentuk tingkah laku yang diingini
dengan memberi bimbingan yang sewajarnya.
3. Meramal tingkah laku murid
Meramal atau menelah gerak balas dan tingkah laku yang mungkin timbul dalam sesuatu situasi
adalah penting. Sebagai contoh, jika terdapat seseorang murid hiperaktiI di dalam kelas yang
hendak diajar, apa agaknya perilaku yang mungkin timbul semasa guru mengajar? Bagaimana
cara guru mengatasi masalah tersebut? Apa reaksi murid-murid lain yang mungkin tergolong
dalam kumpulan introvert? Persoalan-persoalan ini mungkin dapat diandaikan dan dijawab oleh
guru sebelum merancang pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
4. Perbezaan Gaya KognitiI dan Gaya Belajar
Setelah beberapa bulan seseorang guru itu mengajar di sesebuah kelas, dia akan dapat mengesan
gaya kognitiI dan gaya belajar pelajar-pelajarnya yang berbezabeza. Ada yang suka belajar
menggunakan audio, ada yang visual, ada yang memproses maklumat secara global dan ada yang
secara analitikal. Ini perlu diIahami supaya guru dapat menyediakan bahan-bahan pembelajaran
yang bersesuaian.
5. Penetapan objektiI pengajaran dan pembelajaran
Oleh kerana tahap kecerdasan berbeza di kalangan pelajar, dalam merangka objektiI pengajaran
dan pembelajaran, guru harus mengambil objektiI yang sesuai dengan pelajar. Guru juga perlu
menyediakan latihan atau aktiviti yang berbeza untuk kumpulan yang berbeza keupayaan, supaya
pelajar yang lambat tidak terus tertinggal dan yang pandai tidak berasa bosan.
6. Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
Guru perlu menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, untuk
melayan pelajar yang berbeza. Aktiviti berkumpulan sangat sesuai dilaksanakan kerana pelajar di
dalam sesebuah kelas berbeza dari segi keupayaan. Dengan melakukan aktiviti secara kumpulan,
pelajar yang cerdas boleh membantu pelajar yang lemah.
7. Mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar
Guru perlu menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar. Bahan-bahan itu pula mestilah
bersesuaian dan boleh digunakan oleh semua murid. Guru perlu mengelakkan pengunaan bahan
yang sesetengah pelajar tidak dapat menggunakannya.
8. Menyediakan program pemulihan dan pengayaan
Guru perlu merancang dan mengadakan program pemulihan untuk membantu mereka mengatasi
masalah pembelajaran yang dihadapi supaya masalah pembelajaran tidak berhimpun sehingga ke
peringkat yang tidak boleh dipulihkan lagi. Manakala bagi murid yang cerdas pula, program
pengayaan yang pelbagai perlu diberikan supaya mereka tidak bosan pembelajaran.
9. Merancang Aktiviti alternatiI
Adakalanya guru beranggapan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang itu amat
sesuai dan bertepatan dengan objektiI yang hendak dicapai. Namun semasa melaksanakannya,
guru mendapati kaedah atau teknik, strategi, serta pendekatan yang digunakan kurang sesuai
dengan sesetengah murid-muridnya. Keadaan ini akan menyebabkan guru menjadi serba salah
dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Tetapi jika guru telah merancang aktiviti alternatiI
selain daripada apa yang terdapat dalam rancangan pengajaran, dia boleh melakukan
pengubahsuaian serta merta mana-mana yang perlu.
10. Sentiasa bertolak ansur
Guru harus memahami bahawa setiap pelajar itu unik dan berbeza-beza. Oleh itu guru juga
haruslah sentiasa bertolak ansur dengan para pelajarnya dalam apa jua keadaan. Misalnya, guru
telah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang diIikirkan paling bersesuaian setelah
mempertimbangkan perkara-perkara yang dinyatakan di atas, namun masih ada muridnya yang
tidak dapat mencapai objektiI pelajaran atau yang lebih teruk lagi ada di kalangan pelajar
ekstrovert yang menimbulkan gangguan semasa guru melaksanakan pengajaran itu. Jika
berhadapan dengan perkara ini, guru haruslah bersabar melayani karenah anak muridnya.

You might also like