You are on page 1of 6

-~,-~~~~ :~

SofboI atau boIa Iisut ialah sejenis sukan berbola dan berpemukul yang berkembang dari sukan
sejenis besbol. Permainan ini telah diperkenalkan oleh seorang pemberita yang bernama George W.
Hancock pada tahun 1887 di Chicago, Amerika Syarikat.
Dalam sofbal, bola akan dilempar oleh seorang pelempar bola (pitcher dan menjadi sasaran pemain
lawan yang memukul (batter dengan menggunakan kayu pemukul yang dikenali sebagai bet. Terdapat
satu kumpulan yang berjaga di padang iaitu pertahanan dan satu kumpulan yang bertindak sebagai
pemukul (penyerang. Tiap pasukan berlumba mengumpulkan markah (run dengan cara mengelilingi
petak berbentuk potongan wajik (base. Mereka akan berlari hingga menyentuh base yang terakhir
dikenali sebagai home plate.

-,~~ :~

Sejarah permainan sofbal bermula di Amerika Syarikat, yang diciptakan di kompleks olahraga Farragut
Boat Club Chicago, llinois 16 September 1887 secara tidak sengaja oleh George Hancock.
Pada mulanya terdapat beberapa alumni Universiti Yale dan Harvard sedang mendengarkan
pertandingan akhir sepak bola Amerika antara Yale dan Harvard di club Farragut Boat. Setelah skor akhir
diumumkan iaitu kemenangan kepada Yale, seorang alumni Yale dengan gembiranya melempar sebuah
sarung tinju ke penyokong Harvard. Seorang penyokong dengan reflek mengambil sebatang kayu dan
memukul ke arah sarung tinju itu. Melihat hal itu memberikan sebuah idea seorang reporter Chicago
Board of Trade, George Hancock. Dia menyarankan untuk membuat sebuah permainan di dalam
ruangan dengan bola yang dibuat dari sarung tinju yang dilempar tadi. Dia mengambil sarung tinju itu dan
mengikatnya dengan ketat menggunakan seutas tali, supaya menyerupai bola. Kemudian dengan
beberapa batang kapur, Hancock menandakan pada lantai Farragut Boat menyerupai padang baseball.
Pada mulanya pemukul adalah sebatang penyapu. Pasukan di bahagi kepada dua dan Hancock menjerit
kata-kata "Play ball, maka permainan bermula iaitu dengan skor akhir 44-40. Semenjak itu permainan
baseball versi dalaman diperkenalkan yang dinamakan sebagai indoor baseball. disebabkan bentuk bola
yang berubah-ubah, nama sofbal sebelumnya menyesuaikan bahan yang digunakan untuk membuat
bolanya, maka nama-nama yang digunakan waktu itu iaitu kitten ball, army ball, mush ball, dan juga
indoor-outdoor, recreation ball, dan playground ball.
Di awal abad ke-20 sofbal mula dimainkan di luar. Tahun 1908 organisasi amatur untuk permainan baru
ini (National Amateur Playground Ball Association of the United States merancang agar olahraga ini
dimainkan di luar menggunakan bola yang lebih besar. Tahun 1923 Kongres Rekreasi Nasional (the
National Recreation Congress meminta kebenaran untuk menstandardisasi olahraga ini. Pada tahun
1926 nama "softball" digunakan walaupun belum dirasmikan.
Pada tahun 1933, kejuaraan dunia pertama dilaksanakan di bawah persatuan Sofbal Amatur Amerika
(Amateur Softball Association of America di mana telah digunakan sebagai peraturan asas di Amerika.
Juara untuk sofbal kelas lelaki pada saat itu adalah J. L. Gills dari Chicago, dan juara kelas wanita iaitu
Great Northerns dari kota yang sama. Walaupun kejuaraan yang di pertandingkan adalah amatur,
mereka biasa ditaja oleh organisasi industri di wilayahnya.
Sejak tahun 1933 "softball telah menjadi sebuah nama rasmi. Pada tahun 1934, pembentukan peraturan
bersama untuk lebih jauh memberikan standarisasi peraturan sofbal. Sudah banyak perubahan peraturan
sejak saat itu, khususnya pada tahun 1946, di mana terdapat perubahan jumlah pemain dalam pertama
pasukan dari 10 ke 9 orang. Pemain ke sepuluh dinamakan "shortfielder pada saat itu bertugas sebagai
penjaga daerah dangkal bahagian outfield yang menjelalajah di belakang infield. Tahun 1950 jarak antara
pitcher's plate dan home plate ditambah untuk putera dari 43 kaki ke 46 kaki (13.114 meter.
Dilihat dari segi penyertaan, sofbal telah berkembang menjadi olahraga pasukan yang besar dan
digemari. padang yang lebih kecil tersedia. Baik wanita mahupun lelaki dapat memainkan. Pada tahun
1960-an, sebahagian dari 125,000 pasukan telah terdaftar di Persatuan Sofbal Amatur Amerika. Dan
mengadakan enam kejuaraan nasional setiap tahun. ni tidak termasuk anggota lelaki mahupun wanita
yang bertanding dalam pertandingan tidak rasmi. Di negara lain sofbal juga menjadi sukan yang digemari
baik lelaki wanita tua mahupun muda.
Pada tahun 1949, pasukan Kanada, Toronto's Tip Top Tailors, memenangi kejuaraan antarabangsa yang
dilakukan secara berkala oleh Persatuan Sofbal Amatur dan merupakan pertandingan pertama yang
benar-benar merupakan kejuaraan tingkat dunia untuk lelaki. Di adakan pada tahun 1966 dibawah
penajaan dari nternational Softball Federation. Australia memenangi kejuaraan pertama untuk wanita
pada tahun 1965.


















-~,-~~~~ ~,:


Pasukan ragbi mempunyai seramai 15 orang pemain. Pemain akan mencuba mendapatkan bola bentuk
bujur dan cuba melepasi garisan gol lawan yang dipanggil "the try-line". Jika anda berjaya membawa bola
melepasi garisan gol lawan dan menyentuh bola ditanah, anda berjaya mencuba dan memungut 5 mata.
Selepas pasukan berjaya mencuba, anda diberi pula "conversion". Seorang pemain yang diberi gelaran
"fly half" adalah mahir menendang dalam pasukan itu dan akan menendang bola dan melepasi palang
gol.

-,~~ ~,:

Ketika perlawanan bola sepak peringkat sekolah di England tahun 1823, William Webb Ellis mengambil
bola dengan tangannya dan membawanya lari. Sejak itu, bermulanya perlawanan ragbi.
Kemudian Universiti Cambrigde telah mengubahsuai permainan ini, mempopularkan dan membuat
peraturan rasmi ragbi. Ragbi mula popular tahun 1871 di sekolah-sekolah di England. Kemudian Kelab
Ragbi mengumumkan peraturan rasmi permainan ragbi di London sepuluh tahun kemudian.
Tahun 1895 Liga Ragbi (The Rugby League telah ditubuhkan dengan 13 permainan bersama dengan
peraturan yang lebih profesional. Ragbi mula berkembang ke seluruh dunia dan perlawanan antara
negara diadakan.Pelbagai perubahan telah diadakan. Tahun 1880 scrum telah diubahsuai.
Pada tahun 1905 perlawanan antara Sarthmore dengan Pennsylvania telah mencetuskan pergaduhan.
Presiden Amerika Syarikat Theodore Roosevelt telah mengubah peraturan bagi mengurangkan
keganasan dalam permainan ragbi.
1906 akibat daripada perubahan pada permainan ragbi, muncullah American Foolball di Amerika
Syarikat.
Permainan ragbi semakin melakar nama terutama di Great Britain, New Zealand, Australia dan Afrika
Selatan. Bilangan kelab bertambah dari 80 kepada 1000 kelab antara tahun 1964 hingga 1980. 1975
dibentuk Kelab Bola Sepak Ragbi di Amerika Syarikat(The United States of America Rugby Football
Union (USARFU. Kini permainan ragbi berkembang sehingga ke 80 buah negara di seluruh dunia.
Ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia di lihat melalui mata kasar. Sebaliknya, ragbi
adalah salah satu sukan yang membentuk keperibadian seseorang. Ragbi juga dianggap sebagai sukan
atau permainan yang dianggap lelaki sejati bagi sesetengah pihak. Semasa perlawanan, seseorang yang
menjadi pemain ragbi akan menganggap pasukan lawan mereka sebagai musuh ketat yang perlu di
kasari tetapi setelah perlawanan berakhir, kedua-dua pasukan ini adalah sahabat yang baik.

You might also like