Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
5Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
SP-1-Literasi maklumat

SP-1-Literasi maklumat

Ratings:

1.0

(1)
|Views: 832|Likes:
Published by Amin Simon
Literasi Maklumat
Literasi Maklumat

More info:

Published by: Amin Simon on Nov 09, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF or read online from Scribd
See More
See less

10/23/2013

pdf

 
Modul 1 Sains Perpustakaan KPLI-Mod LPBS 
TAJUK 1LITERASI MAKLUMATDefinisi
Kemahiran maklumat dikenali sebagai literasi maklumat ( information literacy ). Literasimaklumat boleh didefinisi secara amnya sebagai kemahiran perpustakaan (library skill),kemahiran berkomunikasi (communication skill), kemahiran belajar (study skill), kemahiranmembaca (reading skill), kemahiran penyelidikan (research skill) dan kemahiran penyampaian (presentation skill).Literasi maklumat juga merupakan kemahiran mendapatkan maklumat data yang telahdisusun mengikut tertib yang berguna sama ada menggunakaan komputer atau secara manual.Maklumat ialah data yang telah diproses atau data yang memberi makna dan difahami.Contoh bilangan murid yang telah lulus dalam peperiksaan yang dijalankan mengikut gredyang telah ditetapkan . Berdasarkan data itu dapat dibuat kesimpulan mengenai kelemahanmurid-murid tersebut dan tindakan susulan dapat dibuat bagi meningkatkan prestasi.Data yang telah diproses menjadi maklumat yang dapat membantu dalam proses membuatkeputusan atau menyelesaikan masalah. Maklumat ialah hasil dari sumber yang akhir (siap)dan sedia untuk digunakan. Maklumat mempunyai nilai kerana ia membantu dalam prosesmembuat keputusan dan mengurangkan ketidakyakinan dengan meningkatkan tahap pengetahuan seseorang.
Tujuan
Dalam zaman ledakan maklumat, kemahiran mendapat dan menggunakan maklumatmerupakan ciri utama yang membezakan seseorang itu berpelajaran dan berpendidikan.Seseorang yang bergelar profesional seharusnya mahir dalam mencari maklumat yang berkaitan dengan bidang kepakaran masing-masing. Tanpa kemahiran maklumat ia tidak mampu untuk membuat keputusan yang tepat dan betul, juga tidak mampu untumenyelesaikan masalah dengan bijak.Secara ringkasnya literasi maklumat bertujuan untuk:
Membolehkan seseorang individu berperanan dengan baik dan berkesan terutamadalam era teknologi.
Membolehkan individu memahami keupayaan dan kelemahan diri.
Membolehkan komputer digunakan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran.
Maklumat boleh didapati dari pelbagai sumber seperti buku, jurnal, agensi kerajaan,konferens, media, laporan penyelidikan dan pangkalan data elektronik.Sumber maklumat ialah bahan atau terbitan yang digunakan bagi mendapatkan maklumattertentu. Ada sumber maklumat yang memberi maklumat yang berbentuk menunjuk arah iaitumemberi panduan kepada pengguna supaya menggunakan sumber lain jika mereka mahukanmaklumat yang lebih lengkap atau terperinci. Contohnya bibliografi, senarai perolehan,katalog pusat sumber, indeks dan abstraks. Ada juga sumber maklumat yang berbentuk punca
26
 
Modul 1 Sains Perpustakaan KPLI-Mod LPBS 
iaitu sumber ini mempunyai maklumat sebenar yang diingini pengguna seperti buku, kamus,ensklipodia dan kertas kerja persidangan.LatihanDengan ringkas nyatakan tujuan kemahiran literasi maklumat dipelajari di sekolahJawapan : 
Perbezaan antara data, maklumat , ilmu pengetahuan dan hikmahData
“Data adalah nombor, abjad dan teks, grafik, bunyi dan video. Ia adalah sumber mentah yangtidak membawa makna dan tidak membantu dalam membuat keputusan.”P. Sellapan“Data ialah fakta dan nombor yang lazimnya tidak membawa sebarang makna. Contohnyadata mungkin terdiri dari berapakah bilangan jam seorang pekerja bekerja dalam sebulan. “Raymond McLeod JR Berdasarkan definisi data yang diberi dapatlah disimpulkan bahawa data merupakan bahanmentah yang tidak membawa sebarang makna yang telah dikumpulkan untuk tujuanmembuat analisis atau kesimpulan. Contohnya data mengenai markah peperiksaan muridmengikut gred yang telah ditetapkan.
Maklumat
“Maklumat ialah data yang diproses atau data yang memberi makna yang difahami. Contoh bilangan murid yang telah lulus peperiksaan yang dijalankan mengikut gred yang telahditetapkan. Berdasarkan data itu dapat dibuat kesimpulan mengenai kelemahan murid-muridtersebut dan tindakan susulan dapat dibuat bagi meningkatkan prestasi.”Raymond McLeod JR 
27
 
Modul 1 Sains Perpustakaan KPLI-Mod LPBS 
“Data yang telah diproses menjadi maklumat yang dapat membantu dalam proses membuatkeputusan atau menyelesaikan masalah. Maklumat ialah hasil dari sumber yang akhir (siap)dan sedia digunakan. Maklumat mempunyai nilai kerana ia membantu dalam proses membuatkeputusan dan mengurangkan ketidakyakinan dengan meningkatkan tahap pengetahuanseseorang.”Raymond McLeod JR 
Pengetahuan
Ilmu mempunyai fakta serta teori yang dapat memahami keadaan dan boleh menyelesaikanmasalah, yang mana dapat membantu kita memahami, menerang, mengenal, menjangka danmenangani sesuatu masalah atau siatuasi. Ilmu merupakan satu tanggapan yang mudah atau paling kompleks tentang sesuatu perkara dan akan disokong jika mempunyai bukti yangkukuh hasil penyelidikan yang telah dijalankan. Ilmu sentiasa berkembang hasil daripada penemuan fakta, imiginasi dan pengalaman baru.Pengetahuan merupakan maklumat, kemahiran dan sikap diperolehi melalui pengalaman, pembacaan, pendengan, pengajaran dan pembelajaran dan sebaginya dan digunakan secara berterusan.
Hikmah
Segala maklumat atau ilmu pengetahuan yang boleh membawa pengetahuan dan faedah.LatihanBerikan perbezaan antara data, maklumat, ilmu pengetahuan dan hikmah.Jawapan :
28

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->