You are on page 1of 1

Etika Kerja Sosial Etika bagi pekerja sosial digubal oleh badan-badan profesional seperti National Association of Social

Worker(NASW), Persatuan Pekerja Sosial Profesional Malaysia(MASW), British Association of Social Workers(BASW) dan International Fedaration of Social Worker (IFSW)untuk memantau, memaklumkan tingkah laku yang sepatutnya bagi ahli (pengamal)profesional terhadap klien, diri sendiri, rakan sekerja agensi dan masyarakat.National Association of Social Wokers(NASW) di Amerika Syarikat telah mengenalpasti nilai-nilai dan etika yang dikenali sebagai Kod Etika(Code of Ethics) sesuai bagi kerja sosial.Kod ini memberi skop mengenai tanggungjawab dan tingkah laku yang wajib dipatuhi apabila mengamalkan kerja sosial. Menurut Kod Etika NSAW(Zastrow,2004,Appendix(page 604-617) terdapat enam Nilai Teras dan enam Standard Etika sesuai bagi pekerja sosial adalah seperti berikut: Enam Nilai Teras: 1. Perkhimatan(service)-tujuan utama kerja sosial ialah membantu individu yang memerlukan dan menangani masalah sosial. 2. Keadilan sosial (social justice)-mengubah ketidakadilan di dalam masyarakat.Misalnya,di dalam masalah kemiskinan,pengganguguran,dan diskriminasi. 3. Maruah dan harga diri individu(digniti and worth of the person)-menghormati dan menghargai budaya dan ektnik klien. 4. Kepentingan perhubungan kemanusiaan(importance of human relationships)-pekerja sosial mengenalpasti dan memahami tentang kepentingan hubungan antara manusia. 5. Integriti(luhur akhlak) (intergrity)-Pekerja sosial harus jujur dan penuh bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas .Ia mestilah seiring dengan matlamat, nilai-nilai, prinsip-prinsip etika dan praktik kerja sosial. Kecekapan(competence)-Pekerja sosial perlu cekap di dalam bidang yang diamalkan dan sentiasa cuba memperbaiki dan memperkayakanya. Enam Standard Etika: 1. Tanggungjawab pekerja sosial terhadap klien.-Memberi komitmen kepada klien seperti tugas utama memastikan kesejahteraan klien,menghormati penentuan kendiri klien,mendapat persetujuan klien berdasarkan maklumat dan kefahaman yang jelas,kecekapan,memahami budaya klien,elakan konflik kepentingan,hak privasi dan maklumat sulit klien dihormati,akses kepada maklumat dan rekod,tidak mempunyai hubungan seksual dan fizikal dengan klien,tiada ganguan seksual,tidak menggunakan bahasa yang kesat dan menghina klien,bertanggungungjawab menjaga kepentingan klien yang tidak mampu membuat keputusan,memastikan tiada gangguan semasa memberi perkhidmatan dan menamatkan perkhidmatan. 2. Tanggungjawab pekerja sosial terhadap rakan setugas.-Menghormati,kerahsiaan,perbalahan di antara rakan setugas,perundingan,merujuk kepada perkhidmatan-perkhidmatan yang sesuai,elakan hubungan seksual,membatu ketidakcekapan rakan setugas dan sebagainya. 3. Tanggungjawab pekerja sosial di tempat kerja.-penyeliaan dan perundingan,pendidikan dan latihan,penilaian prestasi kerja,rekod klien,petukaran klien,pendidikan lanjutan bagi staf dan pembangunan staf,komitmen kepada majikan dan pengurusan masalah pertelingkahan pekerja dan majikan. 4. Tanggungjawab pekerja sosial sebagai ahli profesional.-Cekap tiada diskriminasi,menjaga tingkahlaku,jujur dan telus,menangani ketidakupayaan,jelas dan telus tentang status diri dan mengiktiraf sumbangan. 5. Tanggungjawab pekerja sosial terhadap profesion kerja sosial.-Integriti profesion,penilaian dan penyelidikan.

You might also like