You are on page 1of 4

MTE 3112: AMALAN PENTAKSRAN DALAM MATEMATK

TUGASAN
1. NYATAKAN 5 TUJUAN MENGAPA UJAN PENTNG

Terdapat pelbagai jenis tujuan mengapa ujian itu penting. Antaranya adalah
sebagai penggerak atau motivasi. Seperti yang kita sedia maklum, sebahagian
besar murid hanya akan mengulangkaji pelajaran apabila ada ujian atau
peperiksaan. Oleh itu, ujian bertindak sebagai penggerak dan motivasi kepada
murid-murid untuk mengulangkaji pelajaran dan mencapai keputusan yang
cemerlang.
Selain itu, ujian juga penting kerana ujian bertindak sebagai alat
mengesan punca dan faktor kelemahan seseorang murid dalam sesuatu topik
pelajaran. Contohnya ujian diagnostic. Ujian diagnostic bertindak untuk
mengesan kelemahan seseorang murid dalam sesuatu kemahiran. Maklumat
yang diperolehi menerusi ujian ini dapat membantu guru dan murid untuk
mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut.
Kepentingan yang seterusnya adalah untuk mendapatkan maklum balas.
Hal ini bermaksud, dengan keputusan ujian yang dicapai oleh murid, guru dapat
mengetahui tahap penguasaan murid terhadap sesuatu topik yang telah
dipelajari. Oleh itu, guru dapat mengesan tahap kemajuan seseorang murid
sama ada baik atau lemah seterusnya guru dapat memilih untuk melaksanakan
program pemulihan atau program pengayaan berdasarkan tahap murid-murid
tersebut.
Disamping itu, ujian bertindak untuk menilai prestasi dan pencapaian
seseorang murid. Melalui ujian, murid-murid dapat mengetahui tahap kemahiran
masing-masing. Bagi murid yang telah menguasai kemahiran tersebut, hasil
ujian yang diperoleh menjadi satu perangsang kepada mereka untuk belajar
dengan lebih tekun manakala bagi murid yang lemah, keputusan ujian dapat
mencabar murid-murid tersebut untuk berusaha dengan lebih kuat bagi
mencapai kejayaan yang cemerlang.
Ujian juga berfungsi untuk membantu guru dan murid membuat pemilihan
jurusan atau bidang yang bersesuai dengan kemampuan. Contohnya, keputusan
penilaian seringkali digunakan sebagai asas dan panduan untuk memilih jurusan
pendidikan di sekolah, kolej atau universiti. Guru dan murid boleh membuat
pilihan yang sesuai berdasarkan tahap kemampuan seseorang murid yang
diukur dengan ujian.

2. NYATAKAN 5 LANGKAH/PERNGKAT SEMASA MENJALANKAN PROSEDUR
PENLAAN
1. Peringkat persediaan ujian
2. Peringkat pentadbiran ujian
3. Peringkat pemeriksaan dan pengukuran
4. Peringkat analisis
5. Peringkat interpretasi dan tindakan

1. Persediaan ujian
Antara aspek-aspek yang perlu dititik beratkan dalam menyediakan ujian
adalah dengan menetapkan tujuan ujian dijalankan sama ada untuk
mengetahui tahap kemahiran dan penguasaan murid ataupun untuk
tujuan pengelompokan dan pengkelasan. Seterusnya adalah dengan
menentukan isi kandungan ujian selain membina jadual spesifikasi ujian
untuk membina soalan.
2. Pentadbiran ujian
Dalam proses mentadbir ujian, seseorang guru perlu memastikan tempat
ujian itu berlangsung berada dalam keadaan kondusif untuk memudahkan
murid member tumpuan dalam proses menjawab ujian. Selain itu, guru
juga perlu membuat taklimat ringkas tentang kertas soalan yang akan
dijawab murid bagi memastikan murid mematuhi segala peraturan yang
ditetapkan selain untuk mengelakkan sebarang kekeliruan atau masalah
yang berlaku.
3. Pemeriksaan dan pengukuran
Setelah murid-murid menyelesaikan ujian, guru mengutip kertas ujian
tersebut untuk disemak. Guru perlu memeriksa jawapan yang diberikan
murid berdasarkan skema jawapan yang telah ditetapkan. Seterusnya,
guru diminta untuk memberikan markah yang sewajarnya kepada murid
dengan adil.
4. Analisis
Seterusnya, setelah selesai memperoleh keputusan murid-murid, guru
perlu menganalisis prestasi serta keputusan yang telah diperoleh. Guru
perlu menilai prestasi setiap murid dengan kritikal dari setiap aspek yang
berkaitan.
5. nterprestasi dan tindakan
Hasil penilaian yang telah dilaksanakan ke atas murid direkod dan
disimpan sebagai rujukan dalam membincangkan tindakan lanjut yang
perlu dilaksanakan untuk membaiki prestasi pencapaian murid.

3. NYATAKAN 3 TUJUAN BAG GURU MENJALANKAN AKTVT PEMULHAN
DALAM BLK DARJAH.
LANGKAH-LANGKAH MENJALANKAN AKTVT PEMULHAN.

1. Sebagai intervensi awal
2. Untuk mengatasi masalah murid-murid yang lemah dalam pelajaran
3. Menggalakkan perkembangan murid dalam penguasaan pelajaran
Terdapat pelbagai langkah dalam pelaksanaan program pemulihan. Pertama
adalah pencalonan murid. Pencalonan murid dibuat oleh guru kelas, guru mata
pelajaran atau ibu bapa. Pencalonan adalah berdasarkan kepada pencapaian murid
dalam subjek Bahasa Malaysia dan Matematik. Murid-murid yang boleh dicalonkan
adalah murid tahun 1 yang tidak melepasi ujian pelepasan KA 2M manakala untuk
tahun 2 dan tahun 3 pula selepas meninjau prestasi murid dalam mata pelajaran asas
pada tahun sebelumnya. Tetapi masa yang paling baik sekali adalah pada awal tahun
persekolahan.
Seterusnya adalah proses pengumpulan maklumat. Butir-butir individu dan
prestasi murid akan menolong guru pemulihan memahami murid yang dicalonkan. ni
akan membolehkan seorang guru pemulihan membuat keputusan sama ada murid itu
akan mengikuti program pemulihan atau tidak. Daripada rekod individu guru pemulihan
dapat tahu tentang beberapa aspek penting seperti kesihatan, taraf ekonomi keluarga
dan kebudayaan di rumah yang mungkin ada hubungan dengan kegagalan murid.
Setelah itu, ujian saringan dilaksanakan. Antara fungsi ujian saringan adalah
untuk menentukan calon yang layak untuk dimasukkan ke program pemulihan khas.
nstrumen ujian saringan terdiri daripada:
i) nstrumen Penentu Penguasaan 2M (PP2M)
- mata pelajaran Bahasa Malaysia
ii) (Arithmatics Screening Test)- Mathematics

Seterusnya adalah pelaksanaan ujian diagnostik. Fungsi ujian diagnostik wajib
dijalankan dengan tujuan untuk membantu GPK mengesan kawasan-kawasan
kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh seseorang murid secara khusus dan
seterusnya membentuk objektif pengajaran (baseline). Sebagai panduan untuk
membina dan mentadbir ujian diagnostik, Guru Pemulihan Khas boleh merujuk Buku
Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) terbitan
Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (2000).

Setelah selesai ujian diagnostic dijalankan, guru perlu menganalisis ujian diagnostic
tersebut. Penganalisaan keputusan hendaklah dikumpul dan direkodkan dan diberi
intepretasi dengan cermat untuk memastikan masalah-masalah murid.
Langkah seterusnya dalam melaksanakan program pemulihan ialah penyediaan
rancangan pengajaran. Berdasarkan analisis ujian diagnostik, guru pemulihan khas
dapat merancang pengajaran murid. Dua perkara penting yang perlu diketahui oleh
seorang guru pemulihan khas sebelum merancang pengajaran dan pembelajaran ialah:
a) apa yang diketahui oleh murid sebelum pengajaran dimulakan
b) apa yang perlu diketahui oleh murid selepas guru mengajar.

Aspek seterusnya adalah aspek instrument penilaian. Adalah penting bagi guru
membentuk instrumen penilaian yang didasarkan kepada mutu kerja dan tahap
perkembangan kemahiran murid. Proses penilaian dijalankan setelah guru
menganalisis keputusan ujian pra (ujian sebelum pengajaran) dan pos. Ujian diagnostik
merupakan contoh terbaik ujian pra malah ianya juga boleh dijadikan ujian pos untuk
melihat kemajuan murid selepas pengajaran. Di sini fungsi ujian ini bertukar dari
mencari punca-punca masalah kepada mengesan kemajuan.

Bagi memastikan proses pemulihan dilaksanakan dengan berkesannya,
penyimpanan rekod kemajuan tiap-tiap murid adalah sangat penting. Merekod
hendaklah sejajar dengan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian. Murid-murid
yang telah melepasi Ujian Pelepasan mesti dikembalikan semula ke kelas biasa. Walau
pun demikian guru pemulihan khas dan guru mata pelajaran akan sentiasa mengikuti
perkembangan murid tersebut dengan member bantuan agar tidak terus terbiar dan
boleh mengikuti pembelajaran di kelas biasa. Keberkesanan tindakan susulan dapat
dicapai melalui beberapa pendekatan, antaranya ialah :
a) Maklumat pencapaian murid diserahkan kepada guru Kelas.
b) Pemerhatian khusus dilakukan oleh guru darjah, guru mata
pelajaran dan guru pemulihan khas.
c) Kerjasama antara guru kelas dan guru pemulihan khas.

You might also like