You are on page 1of 28

Program Kolaborasi Persatuan Tunas Puteri GGGB6283 SK SERI KEPONG

1.0

PENGENALAN Kerjasama atau kolaborasi adalah penting untuk amalan tenaga pengajar yang

berkesan dan budaya sekolah yang berjaya. Kini, kerjasama telah menjadi sebahagian yang penting di sekolah (Barth,2006; James,2007; Murray,2004). Semua pihak di sekolah termasuklah guru pendidikan khas dan guru aliran perdana, para pentadbir, pembekal perkhidmatan berkaitan dan pakar-pakar lain, memerlukan ilmu dan kemahiran untuk bekerja bersama rakan, para profesional serta ibu bapa.

2.0 2.1

KOLABORASI Konsep-Konsep Kolaborasi Perkataan kerjasama telah menjadi satu istilah popular dalam pendidikan.

Seseorang itu dapat merasakan yang kerjasama dilihat sebagai pendekatan yang lebih digemari dalam kebanyakkan situasi di sekolah. Ia dicanangkan sebagai satu mekanisme di mana penyusunan semula sekolah akan dapat dijayakan dan alat serta keperluan pelajar yang pelbagai boleh ditemukan (Leaks & Stonehill, 2008). Pengetua juga disarankan supaya menggunakan gaya kepimpinan kolaborasi (Burello, Lashley & Beatty, 2001; Krajewski, 2005; McCullen, 2006) dan guru digalakkan menggunakan kolaborasi untuk meningkatkan pencapaian pelajar. (Contohnya Abbate Vaughn, 2005; Friend and Pope, 2005; Levine & Marcus, 2007). 2.2 Definisi Kolaborasi Kerjasama antara perseorangan (interpersonal) ialah satu gaya untuk berinteraksi secara langsung yang melibatkan diri secara sukarela dalam perkongsian membuat keputusan sekurang-kurangnya antara dua pihak yang sama untuk satu matlamat yang sama. Perhatikan, di mana kita menggelarkan kolaborasi sebagai satu gaya. Dalam cara yang sama, penulis menggunakan pelbagai gaya untuk menyampaikan informasi kepada pembaca, sama juga seperti seseorang individu yang menggunakan gaya atau pendekatan 1

Program Kolaborasi Persatuan Tunas Puteri GGGB6283 SK SERI KEPONG

interpersonal untuk berinteraksi sesama sendiri (Barth, 2006; Pugach & Johnson, 2002). Sesetengah golongan profesional memilih untuk mengarah apabila mereka berinteraksi; di mana orang lain boleh memilih menjadi akomodatif atau membantu; tetapi, juga boleh memilih untuk bekerjasama. 3.0 PENDIDIKAN INKLUSIF

Pendidikan inklusif merujuk kepada peluang pendidikan yang disediakan bagi kanakkanak berkeperluan khas belajar bersama-sama dengan kanak-kanak tipikal di dalam kelas biasa. Kejujuran, dedikasi, komitmen dan kerjasama guru khas dengan guru biasa serta sokongan pengetua adalah penting bagi menjamin keberkesanan pendidikan inklusif. Konvensyen Hak Kanak-kanak (PBB) yang diadakan tahun 1989, telah mendeklarasikan hak-hak anak, dan ditegaskan bahawa semua anak berhak memperoleh pendidikan tanpa diskriminasi dalam bentuk apa pun. Deklarasi tersebut diteruskan dengan The Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education (UNESCO, 1994) yang memberikan kewajiban bagi sekolah untuk menyesuaikan semua kanak-kanak termasuk kanak-kanak yang mempunyai kekurangan dari segi fizikal, intelektual, sosial, emosi, bahasa dan lain-lain. Sekolah seharusnya memberikan layanan pendidikan yang sama rata terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Seterusnya dalam Konvensyen Hak Orang Dengan Ketidakupayaan (PBB, 2006) menyatakan pendidikan seharusnya diberikan seawal mungkin, kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai akses dengan kanak-kanak lain untuk terlibat dalam permainan, rekreasi dan senggang serta aktiviti sukan, termasuk aktiviti sekolah. Kanakkanak berkeperluan khas mempunyai hak pendidikan tanpa diskriminasi dan diberi peluang yang sama rata terhadap pendidikan (Zalizan, 2009). Perlaksanaan pendidikan inklusif di Malaysia bersesuaian dan menepati Perlembangaan Persekutuan 1957, Perkara 12 yang berkaitan dengan hak berkenaan pendidikan yang menegaskan bahawa setiap orang tidak kira agama, ras, keturunan atau 2

Program Kolaborasi Persatuan Tunas Puteri GGGB6283 SK SERI KEPONG

tempat lahir mempunyai hak untuk pendidikan. Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 yang memberi pendidikan percuma kepada semua pelajar. Pendidikan Inklusif ini juga disokong oleh Akta OKU 2007 yang memberikan peluang sama rata dan penyertaan penuh dalam masyarakat kepada OKU berkaitan dengan pendaftaran, perlindungan, pemulihan, pembangunan dan kesejahteraan OKU. (Zalizan, 2009). Pendidikan inklusif pada hakikatnya adalah bagaimana memahami segala kesulitan pendidikan yang dihadapi oleh kanak-kanak berkeperluan khas yang mana mereka mengalami kesulitan untuk mengikuti kurikulum yang ada, atau tidak mampu membaca dan menulis, kesulitan mengakses lokasi sekolah, dan sebagainya. Sekolah yang melaksanakan pendidikan inklusif adalah sekolah yang membenarkan kanak-kanak berkeperluan khas yang memerlukan bantuan khusus untuk dapat belajar di kelas biasa. (Choate, 2000). Definisi inklusif bermaksud bahawa kanak-kanak berkeperluan khas yang memerlukan bantuan khusus untuk mendapatkan layanan yang sama rata dalam mendapat peluang pendidikan di dalam kelas aliran perdana dan guru aliran perdana yang bertanggung jawab ke atas kanak-kanak ini (Mastropieri dan Scruggs, 2000). Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa. Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya ke arah pengsealiran pelajar-pelajar berkeperluan khas di kelas-kelas biasa. Matlamatnya ialah memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar tipikal. Matlamat selanjutnya supaya pelajar-pelajar berkeperluan khas dapat menyesuaikan diri dari awalawal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang (Mohd Siraj Awang. 1996). Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Yang baru hanyalah istilahnya, dan istilah inilah yang telah mengelirukan kita semua. Pada masa dahulu 3

Program Kolaborasi Persatuan Tunas Puteri GGGB6283 SK SERI KEPONG

istilah "Program Percantuman atau Integrated telah digunakan. Negara Malaysia telahpun mengamalkannya sejak 1962 lagi (Norani, 1980). 3.1 TAJUK PROGRAM YANG DILAKSANAKAN KOLABORASI PERSATUAN TUNAS PUTERI SEKOLAH

PROGRAM

KEBANGSAAN SERI KEPONG 2010. Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Seri Kepong telah ditubuhkan pada tahun 2001 serentak beroperasinya Sekolah Kebangsaan Seri Kepong. Pada awal penubuhan, pihak Unit Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan telah menempatkan seramai 28 orang murid dan 6 orang guru termasuk seorang penyelaras. Pada tahun 2010, Program Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Seri Kepong telah mengalami banyak pembaharuan dan perubahan sejajar dengan dasar kerajaan yang mengambil berat tentang nasib kanak-kanak khas ini. Sekarang bilangan murid PPKI telah bertambah menjadi 49 orang yang mana dibimbing oleh 11 orang guru dan seorang penyelaras serta 4 orang pembantu pengurusan murid (PPM).

3.2

KUMPULAN SASARAN Kolaborasi badan beruniform iaitu Pandu Puteri Tunas merupakan sebuah

pergerakan yang berfungsi memberi bimbingan dan galakan dalam hal perkembangan ahli Pandu Puteri Tunas. Pergerakan ini yang melibatkan ahli seramai 30 orang murid tipikal dari Tahun 3 hingga Tahun 6 dengan dua orang murid PPKI yang berdaftar dan sedang belajar di PPKI SK Seri Kepong. Terdapat 7 guru penasihat iaitu tiga orang guru yang mengajar di PPKI dan empat orang lagi daripada aliran perdana di bawah naungan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Program Kolaborasi Persatuan Tunas Puteri GGGB6283 SK SERI KEPONG

3.4

LATAR BELAKANG RESPONDEN

1.

Wong Po Jing

Umur : 9 tahun Masalah : Sindrom Down Seorang murid yang pendiam, lebih suka menyendiri dan tidak suka bergaul dengan rakan-rakan PPKI yang lain. diberikan dengan betul. Mempunyai tabiat menggoyang-goyangkan objek di hadapan matanya. Namun dia merupakan murid yang dapat menerima arahan yang

2.

Lim Li Jun

Umur : 10 tahun Masalah : Terencat akal ringan Seorang murid yang ceria, periang dan suka berkawan. Menghadapi masalah bahasa di kalangan rakan-rakan dan guru kerana alat artikulasi (lidah yang pendek), menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa perantaraan di rumah dan sebelum ini bersekolah di SJK(C) Kepong 3 sebelum berpindah ke SK Seri Kepong pada 4 Januari 2010. Oleh sebab itu dia kurang terdedah kepada penggunaan bahasa Melayu. Tambahan pula murid ini juga kurang keyakinan diri.

Program Kolaborasi Persatuan Tunas Puteri GGGB6283 SK SERI KEPONG

4.0

OBJEKTIF

1. Untuk mengenal pasti pengubahsuaian kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam aktiviti gerko Badan Beruniform Pandu Puteri Tunas dapat mendedahkan kemahiran-kemahiran berbahasa, komunikasi dan sosial. 2. Memberi perbezaan antara pengajaran dan pembelajaran dan ativiti gerak kerja kokurikulum. 3. Membina kolaborasi dan menjalankan pendekatan inklusif yang berkesan dan teratur di dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum. 4. Menyediakan peluang kepada murid-murid menunjukkan bakat serta potensi dalam aktiviti kokurikulum dan koakademik. 5. Menjalin kerjasama dengan guru-guru aliran perdana mengenai kesan aktiviti ke atas murid-murid aliran perdana, yakni dari segi sahsiah dan keperihatinan mereka. Di samping memberi tunjuk ajar yang lebih mantap daripada mereka yang mahir dalam kemahiran yang dipilih sebagai aktiviti inklusif. 5.0 5.1 Tarikh 20.07.201 0 PROSES MENDAPATKAN PERSETUJUAN Proses Mendapatkan Pesetujuan Mengadakan Bengkel di Sekolah Perkara Perjumpaan pertama dengan Guru Besar untuk memohon kebenaran mengadakan bengkel dan Program Kolaborasi. 26.07.201 0 Catatan Pengetua bersetuju dan meminta berbincang dengan Guru Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum (GPK 1) untuk mengadakan satu Latihan

Dalam Perkhidmatan (LDP). Perjumpaan dengan (GPK 1) dan Cadangan awal 13 Ogos 2010. berbincang mengenai tarikh yang sesuai untuk mengadakan bengkel.

27.07.201

Perjumpaan

dengan

GPK 6

1 Tarikh 18 Ogos 2010 ditunda kerana

Program Kolaborasi Persatuan Tunas Puteri GGGB6283 SK SERI KEPONG

0 28.07.201 0 28.07.201 0

berbincang tarikh 13 Ogos 2010 Cadangan tarikh lain pada 18 Ogos

awal puasa.

2010 (Rabu 1.00 ptg 3.00 ptg). Berbincang dengan Guru Besar Guru Besar bersetuju tarikh tersebut. mengenai tarikh baru iaitu 18 Ogos -Hantar kertas kerja dan surat rasmi. 2010. Berjumpa dengan GPK 1 untuk Makluman kepada GPK 1 tarikh memaklumkan tarikh yang telah dipersetujui Guru Besar. dipersetujui oleh Guru Besar iaitu

03.08.101 0

pada 18 Ogos 2010. Menghantar surat rasmi kepada Guru Besar mengenai permohonan mengadakan Bengkel Pendedahan dan Projek Pembinaan Sistem Sokongan Pendidikan Pelajar Berkeperluan Khas dari Pn. Norshidah Mohamad Salleh, Pensyarah Fakulti Pendidikan, UKM. Berjumpa dengan GPK 1 untuk mengetahui mengadakan bengkel. perkembangan

11.08.201 0

GPK 1 memaklumkan bahawa tarikh yang dirancang 18 Ogos 2010 untuk melaksanakan dipersetujui. bengkel telah

Guru Besar membalas surat dari UKM dan menyatakan persetujuan untuk mengadakan bengkel pada 18 Ogos 2010 Mengedarkan surat kepada semua guru untuk menghadiri bengkel Perlaksanaan Bengkel Pendedahan 7

13.08.201 0 18.08.201 0

Program Kolaborasi Persatuan Tunas Puteri GGGB6283 SK SERI KEPONG

dan

Projek

Pembinaan Pendidikan

Sistem Pelajar

Sokongan

Berkeperluan Khas 5.2 Proses Mendapatkan Pesetujuan Melaksanakan Aktiviti Pendidikan

Inklusif. Tarikh Perkara 20.07.2010 Berjumpa dengan Guru Besar Catatan Guru Besar bersetuju dengan aktiviti

tersebut. 21.07.2010 Berjumpa dengan Pensyarah menghantar Pensyarah meluluskan Kertas Kerja surat rasmi dan kertas kerja Program. 23.07.2010 Pertemuan bersama Guru Besar memohon meluluskan kertas kerja. Kanan Kokurikulum (GPK Kokurikulum). berbincang dengan ibubapa Memohon kebenaran dengan Guru Besar dan pentadbir kebenaran dan ibu menyampaikan bapa penjaga surat untuk Tunas Puteri Sk. Seri Kepong. dan Perlu kebenaran ibubapa dan surat dari sekolah. memberi kebenaran dan meluluskan aktiviti

Merujuk kertas kerja bersama Guru Penolong Guru Besar dan GPK Kokurikulum

ditandatangani bagi mengikuti aktiviti ini. 26.07.2010 Menghantar surat mohon kebenaran Ibu bapa bersetuju dan menyerahkan menjalankan aktiviti dari ibu bapa kembali borang menjalankan aktiviti

28/07/2010 Mendapat

surat

kebenaran

mengadakan Aktiviti bermula 4 Ogos 2010

aktiviti 30/07/2010 Berjumpa pensyarah, menghantar surat dan Kertas Kerja diluluskan 4.08.2010 25.08.2010 03.09.2010 15.09.2010 22.09.2010 29.09.2010 06.10.2010 13.10.2010 kertas kerja Aktiviti Tunas Puteri 1 Aktiviti Tunas Puteri 2 Aktiviti Tunas Puteri 3 Aktiviti Tunas Puteri 4 Aktiviti Tunas Puteri 5 Aktiviti Tunas Puteri 6 Aktiviti Tunas Puteri 7 Aktiviti Tunas Puteri 8 8 Laporan dalam Lampiran Laporan dalam Lampiran Laporan dalam Lampiran Laporan dalam Lampiran Laporan dalam Lampiran Laporan dalam Lampiran Laporan dalam Lampiran Laporan dalam Lampiran

Program Kolaborasi Persatuan Tunas Puteri GGGB6283 SK SERI KEPONG

20.10.2010 Aktiviti Tunas Puteri 9 27.10.2010 Aktiviti Tunas Puteri 10 6.0

Laporan dalam Lampiran Laporan dalam Lampiran

PERANAN SETIAP PIHAK YANG TERLIBAT

Bengkel dan perlaksanaan projek pendidikan inklusif telah melibatkan banyak pihak dalam usaha menjayakannya. Pihak yang telibat dan peranan setiap pihak dalam proses mengadakan bengkel dan perlaksanaan projek pendidikan inklusif dapat dinyatakan seperti carta di bawah. 6.1 Peranan Setiap Pihak yang Terlibat Semasa Mengadakan Bengkel

Pelbagai pihak terlibat bersama dalam melaksanakan program dan bengkel yang dijalankan. Antaranya seperti berikut:

JAWATANKUASA

PENGERUSI EN. TAN LIN SWEE 9

Program Kolaborasi Persatuan Tunas Puteri GGGB6283 SK SERI KEPONG

Guru Besar

NAIB PENGERUSI EN. MOHD SAPREE SOBANG Guru Penolong Kanan Kokurikulum

GURU PENASIHAT
PN. ASMULIATY BINTI SUPIAN (Ketua) CIK AZLEEN BINTI MOHD BOHARI PN. ROWAIDA AFIF BINTI MOHD RODI PN. ZANARIAH BINTI SHAARI PN. ISMAZEANTY BINTI ISMAIL CIK NOOR AZLINA BINTI SAHAK PN. SUHAIZA BINTI HUSSIN PN. HELDA ANAK MAPAN

Setiap pihak memainkan peranan yang tersendiri dalam menjayakan Program Kolaborasi Tunas Puteri Sekolah Kebangsaan Seri Kepong. Antaranya guru besar, GPK Tadbir & Kurikulum, GPK Kokurikulum dan GPK Hal Ehwal Murid (HEM), Guru aliran Perdana, guru PPKI, Ibu bapa dan komuniti sekolah setiap satunya beperanan penting dalam program ini. Berikut dinyatakan peranan dan tugas masing-masing. BIL 1 2 PIHAK TERLIBAT Guru Besar (En Tan Lin Swee) GPK Tadbir & Kurikulum PERANAN Memberi kebenaran untuk mengadakan bengkel dan projek pendidikan inklusif. Menguruskan hal ehwal berkaitan dengan Latihan 10

Program Kolaborasi Persatuan Tunas Puteri GGGB6283 SK SERI KEPONG

(Pn. Lee Chong Yeen) 3 Guru Penolong Kanan

Dalam Perkhidmatan (LDP) yang akan diadakan. Menghantar surat makluman dan menampal notis LDP kepada semua guru. Memantau perjalanan persiapan bengkel dan peserta bengkel. Memastikan guru-guru penasihat Pandu Puteri Tunas memberi kerjasama dan terlibat dalam aktiviti yang dilaksanakan. Memantau persiapan mengadakan bengkel. Menjadi AJK kerja bengkel. Memaklumkan kepada semua ahli di bawah bidang masing-masing agar bersedia dalam perbincangan bengkel nanti. Mengendalikan PA system dan LCD Mempengerusikan majlis semasa bengkel Peserta bengkel Menyediakan jamuan makan tengahari untuk para

Kokurikulum 4 (En. Mohd Sapree bin Sobang) Penyelaras Badan Beruniform Pandu Puteri Tunas 5 6 7 (Pn. Asmulianty binti Supian) Guru Penolong Kanan HEM (En. Abdul Rahim bin Abu) Guru-guru Pendidikan Khas Ketua Bidang

8 11 12 14

En. Mohd Mizam bin Mat Ail Pn. Nik Norasmaliza binti Nik Mohamad Guru-guru aliran perdana Pengusaha Bilik Mesyuarat

Sekolah peserta bengkel. 7.2 Peranan Setiap Pihak yang Terlibat Semasa Perlaksanaan Projek Pendidikan Inklusif BIL 1 PIHAK TERLIBAT Penyelaras Badan Beruniform Pandu Puteri Tunas (Pn. Asmulianty binti Supian) 2 Guru-guru PERANAN Membantu merancangan dan mengubahsuaian aktiviti Pandu Puteri Tunas daripada jadual program asal Pandu Puteri Tunas agar sesuai dengan murid aliarn perdana dan murid khas. Memantau perjalanan projek program Pandu Puteri Tunas. Membantu menjalankan projek pendidikan inklusif. Penasihat guru dan murid yang terlibat. Memantau pelajar pendidikan khas yang terlibat dalam 11

Program Kolaborasi Persatuan Tunas Puteri GGGB6283 SK SERI KEPONG

Penasihat Pandu Puteri Tunas 3 4 Guru-guru PPKI dan PPM Guru Kaunseling 5 Guru Besar

program ini. Memastikan pelajar pendidikan khas dan pelajar tipikal hadir setiap kali sesi perjumpaaan daiadakan setiap minggu. Bersama membantu kawalan murid ketika program dilaksanankan Menyumbang idea dan pandangan untuk mengukuhkan lagi aktiviti dan program yang akan dilaksanakan Memantau pelajar pendidikan khas yang terlibat dalam program ini. Memantau pelajar tipikal yang terlibat dalam program ini. Memberi semangat dan penerangan kepada pelajar tipikal mengenai tujuan projek ini. Memantau aktiviti dan program pelaksanaan persatuan Pandu Puteri Tunas agar berjalan dengan lancar Membantu menjayakan program dengan memberi kebenaran mengadakan program serta sokongan dari segi kemudahan, peralatan dan urusan surat menyurat yang diuruskan. Memantau aktiviti Pandu Puteri Tunas yang dilaksanakan dari 4 Ogos hingga 27 Oktober 2010. Membantu memantau dan melancarkan urusan dengan pihak pentadbir Memberi kerjasama setiap kali memerlukan bantuan dan pertolongan dari segi pengunaan kelas dan alatan ketika aktiviti dijalankan Membantu memberi idea dan melancarkan urusan dengan pihak pentadbir Memberikan kerjasama yang sepenuhnya ketika projek dijalankan Membantu menyumbang idea dan tenaga jika diperlukan. Idea yang disumbangkan ketika bengkel dapat dijadikan sebagai panduan dan menambah lebih banyak aktiviti agar lebih mantap dan berkesan 12

Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Penyelaras PPKI

Guru Kelas Aliran Perdana

Program Kolaborasi Persatuan Tunas Puteri GGGB6283 SK SERI KEPONG

10

Pelajar Tipikal

Menjadi kakak angkat / buddy system kepada pelajar pendidikan khas. Membantu dalam menjalankan aktiviti yang dijadualkan oleh guru Berkerjasama dalam setiap program dan membentuk sikap bersosial yang tinggi di kalangan murid khas dan murid tipikal. Memberi kebenaran anak mereka menjalani projek pendidikan inklusif. Sedia menunggu anak di sekolah untuk bersama menjalankan aktiviti program tunas puteri sehingga akhir aktiviti. Banyak memberi gambaran penting tentang perubahan anak dari awal program sehingga akhir program dilaksanakan.

11

Ibu bapa

8.0

PROSES PERLAKSANAAN PROJEK PENDIDIKAN INKLUSIF

Pelaksanaan program Kolaborasi Persatuan Tunas Puteri pendidikan inklusif melalui aktiviti persatuan yang dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Sri Kepong selama 10 minggu bermula pada 4 Ogos 2010 hingga 27 Oktober . 8.1 Rasional

Melalui perlaksanaan kolaborasi gerak kerja kokurikulum ini kanak-kanak istimewa dilatih untuk mendengar arahan, berdikari, bekerjasama dan kolaborasi dengan rakan sebaya, mendedahkan diri kepada persatuan beruniform, minat dan keyakinan diri dalam aktiviti berpasukan uniform. Selain itu, guru dan murid akan dapat merasai pengalaman belajar secara tidak langsung melalui aktiviti yang dirancang seterusnya dapat memberi keyakinan yang lebih tinggi ke dalam jiwa murid apabila bergaul dengan masyarakat luar. Murid juga dapat merasai suasana yang berbeza dengan rutin harian mereka di dalam kelas. 13

Program Kolaborasi Persatuan Tunas Puteri GGGB6283 SK SERI KEPONG

8.2 Kewangan ANGGARAN PEMBELANJAAN Bil. 1. 2. 3. 4. Perkara Wang insentif (RM5 X 10 X 2 orang) Bengkel (RM2 x 36 orang) Peralatan / alat tulis Lain-lain Jumlah RM 100.00 RM 72.00 RM 50.00 RM100.00

JUMLAH

RM 322.00

Sebanyak 10 sesi perjumpaan telah diadakan dan aktiviti ini dijalankan mengikut perancangan seperti berikut: JADUAL PELAKSANAAN AKTIVITI B TARIK AKTIVITI il H . 1 4 Ogos Tajuk : 3.1 Permainan Kim 2010 Aktiviti : i. Suai kenal anggota baru dengan kumpulan Cempaka, Kesidang, Siantan, Melur dan Teratai. ii. Mulakan dengan 5 benda dan minta semua murid perhatikan selama seminit. iii. Guru tutupkan benda tersebut dan minta murid namakan / jelaskan benda tersebut setiap satu. iv. Guru tambahkan 3 benda dan minta murid perhatikan dalam tempoh masa 1 minit dan kemudian tutup. Murid diminta menamakan benda tersebut. v. Seterusnya guru menambah 1 benda, 4 benda dan 2 benda baru sehingga keseluruhan menjadi 15 benda dalam 14 KEMAHIRAN YANG TELAH DICAPAI i. ii. iii. Menguji daya pemerhatian dan daya ingatan yang baik Melatih peka kepada sesuatu benda dengan teliti iii. Memberi galakkan apabila berjumpa sesuatu benda hendaklah mengambil perhatian terutama jika ia boleh mendatangkan faedah.

Program Kolaborasi Persatuan Tunas Puteri GGGB6283 SK SERI KEPONG

tempoh 5 minit. Murid dikehendaki mendapat 12 daripada 15 benda dengan betul. vi. Lagu loceng : Oh tuhanku, Seruan Hamba Mu, Beri kami nikmat, Sepanjang Hayat, Selamat Tinggal (3X) vii. Bersurai Cara menguji : i. Lihat Ingat Tulis (murid tipikal) ii. Lihat Ingat Sebut (murid PPKI)

25 Ogos 2010

Tajuk : 5.1 Menggosok Pakaian Aktiviti : i. menyediakan peralatan yang betul ii. menyenaraikan tatacara keselamatan ketika mengosok pakaian iii. Langkah-langkah mengosok pakaian yang betul dan selamat Cara menguji : i. setiap pelajar harus diajar cara yang betul mengosok pakaian ii. Pelajar menyediakan peralatan dan cara menyeterika pakaian yang betul

Catatan : Program ini membantu murid untuk menjaga kekemasan dan kebersihan diri. Pelajar tipikal membantu pelajar khas cara menyeterika pakaian dengan betul.

3 Septemb er 2010

Tajuk : 2.3 Menyikat dan berdandan rambut 1 Aktiviti : i. Menyanyikan lagu Tunas Puteri : Tunas Puteri bertujuan, Menolong dan berkawan. ii. Menyanyikan lagu kumpulan :
Siantan

i. ii. iii. iv. v.

Siantan datang berkawan,


Berani macam pahlawan Melur Melur taat dan setia, Berusaha setiap masa

Menjaga kebersihan diri. Keyakinan diri. Terapi pertuturan. Kemahiran mengeja dan membaca Bahasa Melayu. Melatih diri menggunakan akal fikiran untuk menyelesaikan masalah.

iii. iv.

Guru bertanya kepada murid mengapa perlu menyikat rambut. Guru menerangkan peralatan yang 15

Program Kolaborasi Persatuan Tunas Puteri GGGB6283 SK SERI KEPONG

v. vi. vii.

diperlukan untuk menyikat dan mendandan rambut. Guru menunjukkan cara yang betul mendandan rambut. Murid diminta untuk bermain menyusun suku kata dan menampalkannya ke atas kertas manila. Akhir sekali, murid diminta membacakan ayat yang terhasil daripada suku kata tersebut beramairamai. Lagu loceng : Oh tuhanku, Seruan Hamba Mu, Beri kami nikmat, Sepanjang Hayat, Selamat Tinggal (3X) Bersurai

viii.

ix.

Cara menguji : i. Murid sebut mengenai dua peralatan untuk menyikat / mendandan rambut ii. Murid diminta menulis dan melukis dua barang yang digunakan untuk menyikat / mendandan rambut. 4 15 Septemb er 2010 Tajuk : 2.2 Mengenali dan mengetahui bendera Malaysia Aktiviti : i. Menyanyikan lagu Tunas Puteri : Tunas Puteri bertujuan, Menolong dan berkawan. ii. Guru bertanya kepada murid apakah peristiwa penting pada 16 September ini yang akan berlaku pada hari esok. iii. Guru menerangkan 16 September 1963 penubuhan persekutuan Malaysia. iv. Murid diminta mewarnakan poster bendera Malaysia dengan bertemakan 1 Malaysia. v. Menyanyikan lagu Negaraku untuk menanam perasaan patriotik. vi. Lagu loceng : Oh tuhanku, Seruan Hamba Mu, Beri kami nikmat, Sepanjang Hayat, 16 i. ii. iii. iv. v. Menanam semangat patrotik Mendengar arahan Yakin diri Bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan. Bekerjasama

Program Kolaborasi Persatuan Tunas Puteri GGGB6283 SK SERI KEPONG

vii.

Selamat Tinggal (3X) Bersurai

22 Septemb er 2010

Cara menguji : i. Murid diminta menyiapkan mewarna lukisan poster dan perlu persembahkan dalam perjumpaan yang akan datang. ii. Murid menjawab secara lisan soalan yang diajukan oleh guru kepada mereka berkenaan bendera / negara Malaysia Tajuk : 2.3 Menyikat dan berdandan rambut Aktiviti : i. Menyanyikan lagu Tunas Puteri : Tunas Puteri bertujuan, Menolong dan berkawan. ii. Guru mengimbas aktiviti minggu lepas. iii. Guru menerangkan cara menjaga rambut dari segi kesihatan dan kebersihan. iv. Setiap kumpulan diberikan peralatan untuk menyikat dan mendandan rambut. v. Ahli kumpulan diminta mendandan rambut salah seorang ahlinya. vi. Murid yang didandan diminta mempamerkan kepada semua ahli Pandu Puteri Tunas. vii. Lagu loceng : Oh tuhanku, Seruan Hamba Mu, Beri kami nikmat, Sepanjang Hayat, Selamat Tinggal (3X) viii. Bersurai. Cara menguji : i. Murid sebut mengenai dua peralatan untuk menyikat / mendandan rambut yaang digunakan. ii. Murid diminta menulis / membuat karangan berkaitan dua sebab mengapa perlu mendandan rambut. Tajuk : 6.1 Adab sebelum & Selepas Makan Aktiviti : 17

i. ii. iii. iv.

Mendengar arahan Kemahiran motor halus dan kasar Berkerjasama Terapi pertuturan

6 .

29 Septemb er 2010

Catatan : Program ini wajib disertai oleh setiap ahli Tunas Puteri dan daadakan setiap tahun.

Program Kolaborasi Persatuan Tunas Puteri GGGB6283 SK SERI KEPONG

i. ii.

Aktiviti makan beradap pelajar dibahagi kepada kumpulan dalam bulatan satu meja dan makan dengan penuh beradap bermula dengan bacaan doa.

Cara menguji : i. Cara tempat letak pingan, sudu dan garfu ii. Adap makan yang betul bersama rakan 7 . 6 Oktober 2010 Tajuk : Pemilihan Pertandingan Memasak Aktiviti : i. ii. iii. Pemilihan daripada guru persatuan 6 peserta dipilih akan mewakili Perastuan Pendedahan menu masakan dan cara menghias makanan Catatan : i. Program karnival Kokurikulum 2010 ii. Pantu Puteri tunas menang temapt pertama pertandingan memasak iii. Murid PPKI dapat urus diri sendiri bersama rakan-rakan krn guru Azleen tiada untuk memantau sbb terlibat sebagai juri pertandigan. Mendidik supaya menjaga kebersihan diri Mengetahui tujuan dan faedah dari segi kesihatan. Kemahiran motor halus dan kasar Keyakinan diri. Bekerjasama Terapi pertuturan Catatan : Program karnival Kokurikulum 2010

8 .

13 Oktober 2010

Tajuk : Pertandingan Memasak Aktiviti : i. 6 orang peserta mewakili Badan Beruniform Pandu Puteri ii. murid-murid lain termasuk PPKI yang tidak terlibat mendengar ceramah kesihatan, kemudian membuat pemeriksaan kuku, rambut dll oleh guru pensihat masing

9 .

27 Oktober 2010

Tajuk : 2.7 Mengetahui cara-cara menjaga kebersihan diri Aktiviti : Guru mengimbas pelajaran / aktiviti lepas berkenaan menjaga kebersihan badan, rambut, gigi, tangan, kaki dan kesemua anggota badan. Ahli dibahagikan mengikut kumpulan dan diberikan sekeping kertas manila dan lirik lagu. 18

Program Kolaborasi Persatuan Tunas Puteri GGGB6283 SK SERI KEPONG

Setiap kumpulan diminta melukis gambar berdasarkan lirik lagu yang diberikan dan mereka pergerakan kreatif yang bersesuaian iaitu :
a) Melur Burung Kakak Tua

Burung kakak tua, Hinggap di jendela, Nenek sudah tua,Giginya tinggal dua. Letchum-lethcum Lethcum hu lala (2X)
b) Siantan BANGUN PAGI Bangun pagi gosok gigi Cuci muka terus mandi Pakai baju minum susu Salam ayah dan ibu

Pergi sekolah jalan kaki Jumpa cikgu depan pintu Selamat pagi cikgu Rajin belajar cikgu ajar. viii. Bersurai Cara menguji : i. Murid diminta membuat persembahan nyanyian. ii. Murid diminta untuk menuliskan lirik lagu . 1 0 . 27 Oktober 2010 Tajuk : 2.9 Mengetahui cara-cara menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa dan adik beradik Aktiviti : i. Penerangan mengenai perkara-perkara yang digemari dan dilarang oleh ibu bapa. ii. Guru menerangkan bagaimana cara menghormati ibu bapa dan ahli keluarga, berbincang jika ada masalah, cara ketika bersama ibu bapa dan bertolak ansur kepada ahli keluarga. iii. Murid dibahagikan mengikut kumpula diminta untuk melakukan lakonan pendek dengan tema iaitu :
Siantan Membantu seisi keluarga Melur Menunjukkan perasaan belas kasihan kepada ibu yang

i. ii. iii.

iv.

v. vi. vii.

Menunjukkan kasih sayang Bantu membantu seisi keluarga Membentuk kepercayaan iaitu ahli keluarga mengukuhkan kualiti moral (nilainilai kemanusiaan, perasaan belas kasihan, kejujuran, bermurah hati dll) Pendidikan cara-cara kesopanan, adab tertb terhadap seseorang, penjaggan harta benda. Bekerjasama sepasukan. Keyakinan diri Latihan pertuturan dan

19

Program Kolaborasi Persatuan Tunas Puteri GGGB6283 SK SERI KEPONG

sakit

iv.

v.

Lagu loceng : Oh tuhanku, Seruan Hamba Mu, Beri kami nikmat, Sepanjang Hayat, Selamat Tinggal (3X) Bersurai

pergerakan kreatif sesuai dengan lakonan.

Cara menguji : i. Murid sebut mengenai dua cara untuk menunjukkan kasih sayang kepaada ibu bapa dan ahli keluarga ii. Murid menulis berkaitan dua perkara yang menunjukkan kasih yang terdapat dalam lakonan mereka 9.0 CONTOH PENGUASAAN KEMAHIRAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS DAN PELAJAR TIPIKAL Pelajar tipikal meminta pelajar pendidikan khas untuk membuat bulatan dan menjalankan bersama setiap aktiviti yang dijalankan. Pelajar pendidikan khas pada peringkat awal sukar menjalin hubungan sosial namun dalam aktiviti suai kenal pelajar tipikal lebih tertarik untuk mengetahui. Banyak bertanyakan kepada pelajar khas dan guru berkaitan murid. pelajar tipikal bermesra dan mengenali pelajar khas dengan baik. Bertegur sapa dan sentiasa ingin membantu ketika aktiviti dijalankan contohnya ketika aktiviti dandanan rambut. Sikap pelajar tipikal yang ingin tahu dan suka berkerjasama membantu pelajar khas dalam kemahiran sosial mereka. Pelajar khas sudah mulai bertegur sapa dan menunjukkan minat untuk bersama dalam kumpulannya setiap kali aktiviti. Malahan sudah pandai memperkenalkan murid yang sekelas dengannya ketika menunjukkan gambar di papan kenyataan. Kemahiran kognitif / Berkongsi peralatan dan warna ketika aktiviti dijalankan bersama. Pelajar khas dapat mengingat 2 daripada 15 baranga yang 20

KEMAHIRAN Kemahiran Sosial

Program Kolaborasi Persatuan Tunas Puteri GGGB6283 SK SERI KEPONG

akademik

ditunjukkan dalam permainan KIM manakala pelajar tipikal 12/15 barang. Pelajar dapat mengenal barang dandanan rambut dan pelajar khas dijadikan sebagai model dan digayakan rambut agar dapat melatih disiplin dan kebersihan diri. Ketika pertandingan masakan pelajar ini dapat mengingat menu masakan dan pelajar khas membantu membersihkan meja.

Kemahiran kerja

Pelajar pendidikan khas dan pelajar tipikal dapat menulis resepi didalam buku log masing-masing. Pelajar khas dapat menyeterika pakaian dengan bantuan rakan tipikal. Menggunakan keupayaan yang ada untuk membersihkan pinggan dan mangkuk selepas jamuan makan. Pelajar khas dapat menyusun barang perkataan yang berikan ketika aktiviti dandanan rambut dijalankan bersama pelajar tipikal. Cara- cara menjaga kebersihan ruang makan dan diri seperti menyeterika, mencuci pingan, menyapu dan mengelap meja. Mengetahui 7 langkah dan cara mencuci tangan dengan betul. Menyiapkan aktiviti mewarna dengan kemas dan tekun dalam menyiakpan kerja yang ditugaskan.

KEMAHIRAN Menepati masa

PELAJAR PENDIDIKAN KHAS DAN PELAJAR TIPIKAL Menunggu aktiviti program tunas puteri setiap minggu seperti masa yang ditetapkan iaitu dari pukul 2 sehingga 3 petang.

Ketekunan tugas

kepada

Memastikan kehadiran diri sendiri setiap kali aktiviti dijalankan. Terlibat bersama dalam program yang dijalankan dan berkongsi pengetahuan dan peralatan yang digunakan ketika program dan aktiviti dijalankan .

Menyapu, membersihkan bilik kemahiran hidup dan dapur serta 21

Program Kolaborasi Persatuan Tunas Puteri GGGB6283 SK SERI KEPONG

menjalankan aktiviti mewarna dengan tekun.

10.0

PENERIMAAN DAN PENGLIBATAN DI SETIAP PERINGKAT

Penerimaan dan penglibatan warga sekolah bagi menjayakan aktiviti Persatuan Pandu Puteri Tunas ini, mendapat pelbagai raeksi sebelum, semasa dan selepas projek dijalankan. Penerimaan dan penglibatan pentadbir, guru dan pelajar aliran perdana adalah seperti berikut :i) Pentadbir a) Sebelum perlaksanaan projek. Pada mulanya pihak pentadbir terutamanya semua Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum agak keberatan untuk menerima program ini. Terdapat juga guru mempersoalkan mengenai keselamatan pelajar semasa 10 sesi program Perastuan Tunas Puteri yang bakal dilaksanakan. Bagi pihak Guru Besar pula tiada masalah kerana beliau sedia maklum tentang pendidikan khas dan beliau berperanan sebagai tempat rujukan untuk memastikan kejayaan projek ini. Guru Penolong Kanan Kokurikulum pula sangat mengalu-alukan aktiviti seumpana ini dilaksanakan. Beliau memberi kerjasama, idea dan galakan kepada kami supaya aktiviti ini mencapai objektifnya. Ibu bapa bagi seorang pelajar khas juga agak keberatan untuk membenarkan anak mereka turut serta kerana pelajar ini akan cepat merasa letih. Namun atas keberkesanan cara penjelasan dan perbincangan dengan ibu bapa akhirnya mereka membenarkan anak mereka untuk datang setiap kali program perastuan Tunas Puteri dijalankan. Manakala seorang pelajar khas

22

Program Kolaborasi Persatuan Tunas Puteri GGGB6283 SK SERI KEPONG

yang lain memberi kebenaran, sangat memberi galakkan dan bekerjasama bagi membantu aktiviti ini dilaksanakan. Selain itu, pihak kami turut mengalami masalah ketika ingin menyelitkan acara Bengkel didalam Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) sekolah. Kami mengunakan cara terbaik iaitu memohon jasa baik pihak pentadbir dan semua guru-guru agar bersetuju menjalankan bengkel ketika bulan puasa. Sungguhpun terdapat sedikit bantahan namun akhirnya bengkel dapat dijalankan pada 18 Ogos 2010 dengan jayanya. b) Semasa perlaksanaan projek. Semasa projek pendidikan inklusif dilaksanakan. Ini ditambah pula dengan sesi ceramah pembinaan sistem sokongan dan bengkel yang telah diadakan di sekolah tersebut. Penglibatan Guru penolong Kanan ini sebagai memantau projek inklusif dengan bantuan Penyelaras Pendidikan Khas. c) Selepas Perlaksanaan projek Setelah projek pendidikan inklusif dilaksanakan, pentadbir iaitu Guru Besar dan GuruGuru Penolong Kanan membuka mata mengenai inklusif antara pelajar pendidikan khas dan pelajar tipikal. Guru besar amat berpuas hati dengan perlaksanaan bengkel dan berharap jika ada program sedemikian dan bengkel, kedatangan amatlah dialu-alukan. ii) Guru a) Sebelum perlaksanaan projek. Bagi guru-guru aliran perdana pula, mereka tidak bersetuju dengan projek ini kerana bimbang menggangu pelajaran pelajar tipikal. Bagi guru aliran perdana, pelajar pendidikan khas dan pelajar tipikal tidak sama dan guru pendidikan khas memainkan peranan kepada pelajar pendidikan khas mereka tanpa melibatkan orang lain. Setelah diberi penerangan semasa berbual bersama guru aliran perdana, sedikit demi sedikit mereka memahaminya. Malahan ketiuka bengkel dilaksananakan menerka turut menyumbangkan banyak idea untuk ditambah dalam aktiviti sepanjang menjalankan prpgram ini. 23

Program Kolaborasi Persatuan Tunas Puteri GGGB6283 SK SERI KEPONG

b) Semasa perlaksanaan projek. Semasa perlaksanaan projek, guru aliran perdana memberikan sokongan mereka dengan bertanya perkembangan projek setiap kali berjumpa dengan saya di sekolah. Tanda sokongan mereka juga, mereka menghadiri Seminar Pembinaan Sistem Sokongan Pelajar Berkeperluan Khas dan Pendidikan Inklusif yang diadakan. Penglibatan guru aliran perdana adalah sebagai peserta seminar tersebut. Penglibatan guru aliran perdana juga dan guru kaunseling adalah sebagai pemantau projek melihat perkembangan pelajar aliran perdana dan pelajar pendidikan khas menjalani aktiviti. c) Selepas Perlaksanaan projek Guru Aliran perdana lebih peka dengan pelajar pendidikan khas dan memahami sikap, serta keupayaan pelajar khas. Mereka juga turut merasakan pelajar ini harus diberi peluang untuk bersama-sama dengan pelajar tipikal dalam program perastuan sama ada dari segi sosial dan emosi untuk belajar lebih banyak bersama murid tipikal yang lain. iii) Pelajar Aliran Perdana a) Sebelum perlaksanaan projek. Sebelum perlaksanaan program pelajar aliran perdana tidak bersama pelajar khas ketika menjalankan aktiviti persatuan Tunas puteri. Setelah penelitian dibuat maka 2 orang pelajar telah terpilih. Mereka menyertai program yang dijalankan bersama murid-murid perastuan Tunas puteri yang lain. b) Semasa perlaksanaan projek. Sesi pertama perjumpaan, pelajar didedahkan tentang objektif program dan peranan mereka sebagai pembimbing kepada pelajar khas. Sedikit demi sedikit pelajar tipikal memahaminya dan kehadiran mereka bukan hanya untuk suka-suka. Pelajar tipikal menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik sekali. Mereka juga melaksanakan tugas yang diberi bersama-sama pelajar pendidikan khas tanpa merasa malu dan terasing. Sepanjang 10 minggu sesi perjumpaan diadakan, semua pelajar tipikal tidak sabar-sabar

24

Program Kolaborasi Persatuan Tunas Puteri GGGB6283 SK SERI KEPONG

untuk menghadirkan diri mengikuti program ini. Mereka juga sering bertanya apakah aktiviti yang akan dilaksanakan pada minggu berikutnya setiap kali perjumpaan. c) Selepas Perlaksanaan Projek Selepas perlaksanaan program ini, pelajar tipikal dan pelajar pendidikan khas yang terlibat semakin mesra dan akrab. Pergaulan pelajar aliran perdana yang mengikuti projek ini terutamanya di sekolah dengan pelajar pendidikan khas yang lain juga semakin akrab. Sebelum perlaksanaan projek inklusif ini, pelajar tipikal dan pelajar pendidikan khas tidak bertegur sapa. Namun setelah pelajar tipikal bersama pelajar pendidikan khas selama 10 sesi semasa projek inklusif, perubahan dapat dilihat di mana pelajar tipikal dan pelajar pendidikan khas bersama-sama ke dewan makan, surau dan kadang-kadang ke padang untuk bermain bersama-sama. Secara tidak langsung pelajar tipikal ini terlibat sebagai pembimbing kepada pelajar pendidikan khas di asrama hasil kemesraan dan keakraban mereka. 11.0 MODEL INKLUSI

Perlaksanaan program aktiviti Persatuan Tunas Puteri Sekolah Sri Kepong ini, adaptasi dilaksanakan bagi mengikut kesesuaian murid berkeperluan khas dan juga murid tipikal. Pendidikan inklusif adalah satu langkah yang boleh digunankan untuk mengstrukturan semula pendidikan khas untuk membolehkan murid berkeperluan khas belajar dan melakukan aktiviti di dalam kelas-kelas aliran perdana dengan mengorganisasikan dan menginovasi semula pengajaran dengan melibatkan kolaborasi dan pembelajaran koperatif. Dalam projek pendidikan inklusif ini, murid bersama-sama melakukan aktiviti di kedai alat tulis dan fotostat bersama-sama. Aktiviti yang dijalankan ini telah mendapat persetujuan dan sokongan dari pihak sekolah, guru pendidikan khas, guru aliran perdana, ibu bapa dan pengurus kedai.

25

Program Kolaborasi Persatuan Tunas Puteri GGGB6283 SK SERI KEPONG

GURU - Guru Khas - Guru Aliran Perdana - Guru Kaunseling - PPM

IBU BAPA PELAJAR YANG MENJALANI PROGRAM KOLABORASI PERSATUAN TUNAS PUTERI SK. SRI KEPONG PENGURUSAN PERSATUAN TUNAS PUTERI - Penyelarasa program Persatuan Tunas Puteri

MASYARAKAT Persekitaran sekolah

Rajah 1 : Model Inklusi Dalam model ini kolaborasi bukan bererti bekerja bersama-sama tetapi adalah untuk bekerjasama bagi mencapai tujuan bersama. Ianya juga merupakan interaksi dan sokongan di antara guru, ibubapa, masyarakat sekitar sekolah dan Pengurusan Perastuan Tunas Puteri sekolah yang melibatkan proses perundingan, memberi khidmat nasihat dan berkerjasama sebagai satu pasukan dalam mengenalpasti keperluan pembelajaran dan tingkahlaku. Ini melibatkan proses merancang, melaksana, menilai dan menyemak semula program pendidikan dalam usaha mencapai matlamat pendidikan yang diperlukan.

Menurut Mohd. Siraj (1996), matlamat utama sistem sokongan dan program pendidikan inklusif adalah untuk memberi peluang kepada pelajar berkeperluan khas menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama-sama pelajar tipikal. Ia bertujuan untuk menjadikan mereka lebih berupaya, mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang produktif. Pihak sekolah dan komuniti perlu bersedia 26

Program Kolaborasi Persatuan Tunas Puteri GGGB6283 SK SERI KEPONG

untuk mengubah dan menyesuaikan sistem persekitaran dan aktiviti hendaklah berkaitan keperluan semua pelajar (Zalizan 2009). Oleh itu melalui sistem bantuan sokongan daripada semua pihak yang terlibat dapat mempertingkatkan dan memperkembangkan proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar berkeperluan khas.

12.0

RUMUSAN

Program ini dapat merumuskan bahawa kerja berpasukan merupakan kekuatan kepada wujudnya kolaborasi yang erat di antara murid, pihak pentadbir sekolah, guru pendidikan khas, guru aliran perdana, ibu bapa dan pihak luar. kepada murid pendidikan khas. Kerja sepasukan ini mampu memberikan feadah yang besar kepada perkembangan pendidikan di sekolah terutamanya Kejayaan program ini amat bergantung kepada kolaborasi semua pihak yang terlibat. Murid pendidikan khas dapat menjalankan aktiviti bersama-sama dengan murid tipikal dan masyarakat luar. Murid pendidikan khas juga dapat didedahkan dengan rakan-rakan sebaya daripada aliran perdana yang selama ini mereka berada dalam kepompong sendiri dan begitu juga sebaliknya murid tipikal dapat mengenali, bekerjasama, bergaul dan berkawan dengan murid pendidikan khas. Di samping itu ia memberi peluang kepada pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat luar untuk bersama-sama menjayakan pendidikan inklusif. Semoga projek ini akan dapat diteruskan untuk kejayaan pendidikan bersama dan merapatkan jurang sosial antara murid pendidikan khas dengan murid tipikal.

27

Program Kolaborasi Persatuan Tunas Puteri GGGB6283 SK SERI KEPONG

28

You might also like