44
OUM
TOPIK 4STORAN SEKUNDER
Walau bagaimanapun, ada juga data yang disimpan secara selari. Bagi menyimpandata secara selari, data akan ditulis blok demi blok ataupun rekod demi rekod. Setiapblok data akan dipisahkan oleh satu ruang yang disebut sebagai ruang antara blok. Jikauntuk rekod, ruang ini disebut ruang antara rekod. Ruang ini perlu kerana pita tidakboleh berhenti serta-merta selepas diputarkan. Kebiasaannya penggunaan pita hanya35-70% , bergantung kepada faktor pemblokan.Pemacu pita magnetik disukat dengan beberapa banyak data yang boleh disimpan padapita magentik dan juga kelajuan pita melalui kepala baca/tulis. Kedua gabungan inimenentukan kadar permindahan atau bilangan aksara per saat yang boleh dihantar ke storanutama. Ketumpatan pita disukat dengan aksara per inci atau bit per inci. Ketumpatan databerubah dari 800-7000 bpi. Panjang pita biasanya 600, 1200 atau 2400 kaki.Oleh itu, pita 2400 kaki dengan 6250 bpi boleh menyimpan sehingga 180MB data.Biasanya saiz data yang boleh disimpan antara 40MB hingga 5GB. Pemacu yang bolehmeningkatkan muatan tertinggi ialah DAT (
digital audio tape
). Pemacu DAT terdiri daridua kepala baca dan dua kepala tulis yang hanya membaca/menulis satu jenis kutubmagnet sahaja. Data pada pita akan dicapai dan ditulis secara jujukan.Terdapat dua jenis pita magnetik: unit pita magnetik untuk komputer besar dan unit pitakatrij untuk komputer peribadi. Pada masa ini, kebanyakan pita digunakan untuk storansimpanan dan storan salinan kerana ia mudah alih dan murah. Saiz storan untuk pitamagnetik biasanya adalah antara 20GB - 40GB.Kelemahan pita magnetik adalah capaian data yang perlahan secara bersiri.Kebaikannya ialah murah, mudahalih dan tahan lama.
Latihan 4.1
1.Berikan dua kebaikan storan sekunder.2.Berbagai jenis storan terdapat di pasaran. Nyatakan 3 jenis storanmagnetik yang selalu menjadi pilihan.
4.2.2Cakera Liut
Cakera liut atau disket adalah kepingan bulat plastik
Mylar
yang bulat serta rata danboleh berputar dalam jaket. Data disimpan dalam bentuk caj elektromagnet di ataslapisan
metal oxide
yang menyaluti plastik
Mylar
. Data dan aturcara diwakilkan denganada atau tiada caj dan menggunakan kod perwakilan data ASCII atau EBCDIC. Cakeraliut turut dipanggil cakera fleksibel kerana cakera plastik yan berada dalam sarung disketyang fleksibel.
Standard Hari Ini
Cakera liut yang paling banyak digunakan hari ini ialah cakera 1.44 MB bersaiz 3 ½ inci.Cakera ini biasanya dilabelkan 2HD yang bermaksud “dua permukaan, ketumpatan tinggi”.Cakera ini boleh menyimpan 1.44 MB yang bersamaan dengan 400 muka surat bertaip.Bila cakera dimasukkan ke dalam pemacu cakera, penutup gelungsur dibuka untukmendedahkan cakera fleksibel 3 ½ inci. Kepala baca/tulis dari pemacu cakera bergerakmelintasi bahagian cakera yang terbuka untuk menyimpan dan membaca cakera.