You are on page 1of 3

LAPORAN PANITIA SAINS TAHUN 2010

SEKOLAH KEBANGSAAN CHEPOR


31200 CHEMOR, PERAK

Penasihat : Pn. Hjh Aini Bt Mansur (Guru Besar)
Pengerusi : Pn. Hashimah Bt Ramli (Ketua Panitia Sains)
Setiausaha : Pn. Rozana Bt Tajul Harus
AJK : Semua guru matapelajaran Sains Tahun 1 6

1. PENGENALAN
Panitia Sains SK Chepor telah ditubuhkan sejak tahun 1996. Panitia ini
ditubuhkan bagi meningkatkan pengetahuan dan minat murid dalam bidang sains.
Bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi di negara kita, panitia sains
berperanan dalam mendidik dan melahirkan modal insan berpengetahuan tinggi dalam
bidang sains. Panitia ini juga bertanggungjawab untuk memastikan murid-murid akan
diajar berdasarkan kurikulum yang telah ditetapkan.
2. AKTIVITI-AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
Aktiviti-aktiviti tahunan telah dijalankan mengikut perancangan di dalam takwim
sekolah
2.1 Minggu Sains
Minggu Sains telah dijalankan pada 8 hingga 12 Mac 2010. anya disertai
oleh semua murid-murid Tahun 1 hingga 6. Antara aktiviti yang dijalankan
pada minggu ini adalah Pertandingan Bercerita Sains, Pertandingan
Rekacipta dan Pameran Sains dan Teknologi oleh Panitia Sains. Aktiviti
yang dijalankan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari
semua murid di mana ianya secara tidak langsung telah meningkatkan
pemahaman dan minat mereka dalam bidang Sains. Pemenang bagi
setiap pertandingan diberi hadiah berupa saguhati dari Panitia Sains dan
juga sijil penyertaan.
2.2 Pertandingan Kuiz Sains
Pertandingan Kuiz Sains telah diadakan pada 6 Mei 2010 di bilik gerakan
SK Chepor. Terdapat 10 kumpulan yang terdiri dari 3 orang murid bagi
setiap kumpulan telah menyertai pertandingan ini. Hanya 2 kumpulan
sahaja yang telah melayakkan di diri ke pusingan akhir. Pertandingan Kuiz
Sains ini telah dimenangi oleh Kumpulan Fantastik yang terdiri daripada
Mohd Fitri Bin Salam, Khairullah Bin Mahadi dan Nor Zulaikha Bt Abdul
Rahim.
2.3 Kelas ntensif Klinikal UPSR
Kelas ntensif Klinikal UPSR bagi matapelajaran Sains telah diadakan
pada setiap hari Selasa selepas waktu sekolah untuk membaikpulih dan
membimbing murid-murid yang galus supaya mencapai tahap lulus.
Manakala murid-murid yang 'near miss A' akan diperkukuhkan dengan
lebih mantap agar berjaya mencapai tahap cemerlang.
2.4 Kem Motivasi Sains
Kem Motivasi Sains telah diadakan pada 21 Ogos 2010. Kem ini telah
dijayakan oleh semua guru Sains SK Chepor. Pihak sekolah juga telah
menjemput Guru Cemerlang bagi matapelajaran Sains dari SK Jelapang
Jaya, En. Mazlan Bin Asrul untuk memberi bimbingan dan pendedahan
tentang kaedah menjawab soalan dengan baik. Panitia telah menyediakan
nota-nota penting serta soalan pengukuhan untuk manfaat murid-murid.

3. PENUTUP
Panitia Sains telah mengadakan pelbagai program dan aktiviti bagi
mengembangkan potensi murid-murid berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran Sains. Diharapkan murid-murid dapat menunjukkan minat yang
tinggi bagi setiap aktiviti yang dianjurkan oleh panitia pada masa akan datang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............. .............
(MOHD FARUZ BN AZZ) (PN. HASHMAH BT RAML)
Setiausaha Panitia Sains Ketua Panitia Sains
SK Chepor SK Chepor

You might also like