Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
2Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Ciri Perundangan Islam Yang Fleksibel

Ciri Perundangan Islam Yang Fleksibel

Ratings: (0)|Views: 525|Likes:

More info:

categoriesTypes, Research
Published by: Katiri Sahirin Haimin on Nov 12, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

11/13/2011

pdf

text

original

 
“Bagaimanakah ciri perundangan Islam yang tetap dan fleksibel dapat menjadikan syariat Islam itu suatu yang istimewa?” 
PENDAHULUAN
Sesungguhnya Syariah Islam adalah Syariah terakhir yang diutuskan oleh AllahSWT kepada umat manusia. Perutusan tersebut adalah melalui RasulNya yang terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW. Syariah ini adalah perundangan yang kekal untuk semuamasa dan tempat.Kebelakangan ini, seruan yang mengajak ke arah mengenepikan Syariah makinmendapat sambutan. Ini kerana, mereka menganggap bahawa Syariah Islam yangdisyariatkan sejak seribu empat ratus tahun yang lampau sudah tidak relevan lagi padazaman sains dan teknologi ini. Dakwaan ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan bahawa zaman sudah berubah dan sentiasa berubah, dan Syariah pula statik dan tidak  berubah, kerana itu mengamalkan Syariah bererti kembali ke arah kemunduran dan ke belakang. Dan seruan untuk kembali mengamalkan Syariah bererti seruan mengajak manusia ke arah kemunduran. Syariah juga dikatakan sesuai untuk memajukanmasyarakat Arab jahiliyyah pada satu abad yang lampau dan bukannya umat modensejagat. Adakah dakwaan ini benar?Sebagai muslim sudah tentu kita menolak dakwaan ini. Kita menolak dakwaan ini bukanlah kerana taksubkan dengan Syariah Islam yang kita anuti ini, tetapi kerana realitifakta yang sebenar adalah bercanggah dengan kenyataan dan dakwaan tersebut. Untuk menolak dakwaan ini, kita mestilah dahulu memperkenalkan Syariah dan ciri-cirinyayang membolehkan ia sentiasa relevan pada setiap masa, tempat dan keadaan.
 
1
 
Syariah adalah undang-undang yang disyariatkan Allah kepada makhluknyamelalui al-Qur’an dan juga as-Sunnah. Ciri-ciri utama Syariah adalah berbeza denganmana-mana undang ciptaan manusia, kerana itulah Syariah kekal istimewa dan relevan.Kita sering mendengar masyarakat Islam mendakwa merekalah umat terbaik danagama Islam sentiasa relevan dengan setiap masa dan budaya. Namun, jarang pula kitamendengar perbincangan tentang bagaimanakah proses yang menjadikan syariah Islamitu sesuai untuk semua umat manusia yang pelbagai bangsa, budaya dan tahap perkembangan teknologi. Dakwaan bersifat simplistik sebegini walaupun tepat, jika tidak disusuli oleh langkah-langkah perbahasan yang realistik, boleh memusnahkankepercayaan masyarakat terhadap Islam. Kita sedia maklum bahawa syariah Islam yangdibawa oleh Nabi Muhammad SAW (wafat 632 Masihi) tidak pernah berubah sejak termaktub di dalam al-Quran hingga hari kiamat.Dengan sifat statik tersebut, bolehkah syariah Islam diamalkan oleh manusia yangsentiasa berubah budayanya? Bahkan, bolehkah syariah Islam yang bersumberkan al-Quran dan sunah Rasulullah yang satu itu, mengatasi permasalahan umat yang pelbagai budaya, bangsa, bahasa dan adat resamnya?Menurut Ibnu Khaldun (meninggal 1405 Masihi) dalam buku Muqaddimah,manusia itu dijadikan berbeza dari segi bahasanya, adatnya dan budayanya. Setiap kaummempunyai sifat-sifat tersendiri, adat setempat dan sudut pandangan semesta yangtersendiri. Bertepatan dengan firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran: ``Dan sebahagiandaripada tanda-tanda kebesaran-Nya ialah penciptaan langit dan bumi, dan berbezanya bahasa-bahasa kamu dan warna kulit kamu, sesungguhnya yang demikian itu mempunyaitanda-tanda bagi mereka yang mempunyai pengetahuan.'' (Ar-Rum: 12)
 
2
 
Perbezaan ini cukup jelas hari ini dengan tersebarnya banyak bentuk ideologi danaliran pemikiran. Bahkan di dalam Islam sendiri, terdapat pelbagai jenis mazhab. Dalammazhab perundangan sahaja, kita boleh melihat bagaimana perbezaan antara MazhabSyafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki. Wujudnya perbezaan ini bukan alasan untuk kita berpecah belah tetapi itulah lambang kebesaran Allah yang menghendaki kita bersatumelalui perbezaan tersebut.Ini kerana adalah mustahil Allah mencipta manusia yang berbeza budayanyatetapi memberikan satu cara hidup yang hanya sesuai untuk satu-satu budaya sahaja.Bagaimana Islam boleh sesuai dengan keadaan budaya yang pelbagai? Inilah rahsiaIslam, akarnya ia tetap statik dan kukuh pada tunjangnya, tapi rantingnya yang lembut begitu fleksibel untuk menyelinap ke setiap ruang dan keadaan. Dengan kata lain, perundangan Islam bersifat dengan tetap (thabit) pada prinsipnya dan bersifat fleksibel(al-murunah) pada peringkat cabang pelaksanaannya.
DEFINISIPengertian Islam
dari segi bahasa Islam bermakna taat, menyerah, damai, amandan tidak ada kecacatan baik dari segi zahir mahupun batin. Dengan sebab inilah agamaini diberi nama Islam. Pengertian Islam dijelaskan oleh Allah dalam firmanNya:
"Dan siapakah yang lebih baik Deennya dari orang yang menyerahkan wajahnya(dirinya) kepada Allah, sedangkan dia berbuat ihsan dan mengikut Deen Ibrahim denganhanaya cenderung kepada Allah." (Surah An-Nisa':125)
Berpandukan kepada ayat ini, Islam diertikan sebagai
 penyerahan diri kepada Allah dengan keikhlasan hati.
Bahkan inilah intipati seluruh makna Islam. Islam denganmakna induk ini tidak hanya dikhususkan kepada manusia tetapi merangkumi segalakejadian di alam semesta seperti firman Allah:
 
3

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->