Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sumber Bahan Pengajaran

Sumber Bahan Pengajaran

Ratings: (0)|Views: 35 |Likes:
Sumber Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran
PENDAHULUAN Menyedari akan hakikat bahawa Islam itu merangkumi keseluruhan cara hidup dan amalan setiap detik bagi seorang muslim, maka Pendidikan Islam menekankan aspek ilmu, amalan dan penghayatan. Murid diberi pengetahuan dan kefahaman yang mendalam serta mencukupi tentang pelbagai persoalan dan isu kehidupan yang luas bagi mencorak dan mempengaruhi budaya serta cara hidup masyarakat dan umat Islam. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam KBSM ini
Sumber Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran
PENDAHULUAN Menyedari akan hakikat bahawa Islam itu merangkumi keseluruhan cara hidup dan amalan setiap detik bagi seorang muslim, maka Pendidikan Islam menekankan aspek ilmu, amalan dan penghayatan. Murid diberi pengetahuan dan kefahaman yang mendalam serta mencukupi tentang pelbagai persoalan dan isu kehidupan yang luas bagi mencorak dan mempengaruhi budaya serta cara hidup masyarakat dan umat Islam. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam KBSM ini

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Katiri Sahirin Haimin on Nov 12, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/01/2013

pdf

text

original

 
Sumber Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran
PENDAHULUAN
Menyedari akan hakikat bahawa Islam itu merangkumi keseluruhan carahidup dan amalan setiap detik bagi seorang muslim, maka Pendidikan Islammenekankan aspek ilmu, amalan dan penghayatan. Murid diberi pengetahuandan kefahaman yang mendalam serta mencukupi tentang pelbagai persoalandan isu kehidupan yang luas bagi mencorak dan mempengaruhi budaya sertacara hidup masyarakat dan umat Islam. Pengajaran dan pembelajaranPendidikan Islam KBSM ini, hendaklah diajar dengan tulisan Jawi. Bidang-bidangpembelajaran hendaklah diolah dan disampaikan dengan berkesan melalui carayang lebih menarik dan sentiasa dikaitkan dengan pelbagai aspek ilmu danamalan yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan secara meluas, mampumengubah dan membangunkan diri sendiri serta masyarakat yang mempunyaidaya fikir yang cemerlang, berakhlak mulia, bersefahaman, bersyukur danbersatu padu. Pengolahan yang demikian rupa hendaknya mampu menghasilkantamadun ummah yang tinggi serta dapat memberi sumbangan terhadappembangunan dan kesejahteraan negara. Nilai-nilai daripada mata pelajaran lainseperti Sains, Geografi, Sejarah dan Matematik juga perlulah direntas supayawujud kesepaduan daripada pelbagai ilmu yang diperolehi di sekolah menengah.Melalui pendekatan ini, cita-cita untuk melahirkan insan harmonis, seimbang danbertaqwa akan tercapai.Matlamat Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yangberilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh, beradab dan berakhlak muliaberdasarkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai hamba dan khalifah Allah yangbertaqwa dan menyumbang kepada tamadun bangsa dan negara.
 
1
 
Islam tidak pernah meminggirkan teknologi dan perkembangan terkiniuntuk menghasilkan kaedah pendidikan yang terbaik. Walau bagaimanapun,kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diamalkan oleh Rasulullahs.a.w. perlu dijadikan asas dan rujukan. Ini kerana Baginda s.a.w. merupakanmodel terbaik yang mengajak umat Islam mengamalkan ajaran Islam dan akhlakIslamiyyah.Tidak dinafikan kejayaan P&P Pendidikan Islam berkait rapat dengankemahiran dan peranan guru yang berkesan. Kemahiran asas P&P yang perludikuasai meliputi penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM), mengendalikan setinduksi, penerapan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK),kemahiran menyoal dan pengendalian kelas untuk pengayaan dan pemulihan.Kepentingan Pendidikan Islam merangkumi aspek pembacaan,pemahaman, dan hafazan ayat al–Quran, akidah, ibadat, akhlak Islamiyyah,sirah, tokoh dan tamadun Islam. Penguasaan dan penghayatan keseluruhanaspek ini mampu membentuk pelajar menjadi insan soleh.(a)
DEFINISI
Sumber bahan pengajaran dan pembelajaran ialah apa-apa sahaja alatatau bahan yang berperanan dan bertugas untuk membantu guru-guru supayadapat menyampaikan isi pelajaran supaya pelajar dapat memperolehipengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai berdasarkan objektif kurikulum. Alat-alat atau bahan-bahan ini dapat membantu guru dengan menyokongpenyampaian pelajaran. Terdapat beberapa jenis sumber atau alat yang bolehmembantu dalam pengajaran guru. Jenis-jenis alat tersebut ialah bahanbercetak, bahan teknologi maklumat dan bahan maujud.
 
2
 
Semua sumber P&P yang digunakan ini mempunyai beberapa tujuanselain daripada menyampaikan isi pelajaran sahaja. Antara tujuan tersebut ialahuntuk merangsang deria rangsangan murid-murid, kefahaman dan interpretasimaklumat kepada murid-murid, pengekalan minat dan tumpuan melalui pelbagaimedia, peningkatan daya ingatan, kemahiran berfikir, peningkatan motivasi,peningkatan kreativiti, keseronokan dalam pembelajaran, kemahiraninterpersonal dan intrapersonal dan akhir sekali kemahiran psikomotor.Guru-guru perlu tahu menggunakan sumber ini mengikut kesesuianmurid-murid dari segi tajuk, objektif, dan isi pelajaran. Selain itu aspek tahapkebolehan dan perkembangan kognitif pelajar juga harus diambil perhatian olehguru. Sumber pengajaran yang digunakan juga harus menepati keperluan muridiaitu dari segi mutunya iaitu sesuai dengan mesej, tahan lasak serta tidak mudahrosak. Penghasilan sumber ini harus dapat menarik minat dan perhatian pelajar.Ini adalah bertujuan supaya dapat merangsang dan memotivasikan pelajar untukmemberi lebih perhatian kepada proses pengajaran tersebut sekaligusmenjadikan proses pembelajaran menjadi lebih efektif serta berkesan.Sumber-Sumber Pendidikan Islam merupakan asas dan prinsip utama didalam menentukan dasar dan hala tuju Pendidikan Islam. Sumber utamaPendidikan Islam adalah satu sahaja iaitu wahyu Ilahi. Sementara wahyu Ilahipula terbahagi kepada dua iaitu Al-Quranul Karim dan Hadis Sahih. Sementaraitu di sana ada satu lagi sumber Pendidikan Islam yang menjadi rujukan umatIslam iaitu Ijmak Ulamak dan Qias yang berlandaskan wahyu Ilahi iaitu Al-Qurandan al-Sunnah.
PEMILIHAN DAN PENILAIAN SUMBER
 
3

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->