You are on page 1of 2

LAPORAN KETUA AJK KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN

Karnival sukan yang dianjurkan oleh PSMPPJ 1110 telah diadakan pada 17
Oktober 2011 hingga 21 Oktober 2011. Terdapat banyak persediaan yang perlu dibuat
bagi memastikan kebersihan kawasan bermain dan keselamatan peralatan dan
kawasan bermain adalah sentiasa dalam keadaan selamat dimain dan selamat
digunakan. Segala kecerderaan adalah atas tanggungjawab Ahli jawatankuasa
kebersihan dan keselamatan.

Saya telah dilantik menjadi ketua ajk kebersihan dan keselamatan dan
bertanggungjawab atas kebersihan gelanggang dan keselamatan pemain sepanjang
lima hari iaitu dari 17 Oktober 2011, snin sehingga 21 Oktober 2011 Jumaat. Sebelum
mulanya karnival sukan 2011 ini, perjumpaan biasa dalam membincangkan dan
membahagikan tugas dalam kebersihan dan keselamatan memang diperlukan. Kami
telah merancang dan membahagikan tugas kepada semua orang. Pada 14 Oktober
2011 iaitu pada hari Jumaat, kami telah meminjam semua peralatan permainan seperti
bola tampar, bola baling, jaring bola tampar dan sebagainya sentiasa dalam keadaan
baik dan selamat digunakan.

Karnival sukan telah bermula pada petang 17 Oktober 2011 pada pukul empat
petang. Sebelum memulakan perlawanan, kami perlu memastikan kawasan-kawasan
sekitar gelanggang adalah dalam keadaan bersih dan tidak ada apa-apa benda yang
bahaya yang boleh mengancam keselamatan pemain-pemain. Semua pemain dapat
rasa selamat bermain dibawah jagaan kami. Setiap gelanggang permainan telah di
sediaakan dengan kotak kecemasan iaitu First Aid Kit. Kotak kecemasan ini amat
penting kerana First Aid Kit ini adalah untuk merawat mereka yang mengalami cedera
ringan akibat daripada terjatuh dan apa-apa kemungkinan yang berlaku semasa
bermain. Kota kecemasan ini telah disediakan awal dengan menulis surat kebenaran
kepada pihak HEP untuk mendapatkan kebenaran. Kotak kecemasan ini telah dipinjam
sepanjang karnival sukan 2011 dijalankan.
Terdapat beberapa pemain sahaja yang telah cedera semasa bermain bola
baling disebabkan kecuaian mendarat semasa menjaringkan gol. Maka ahli-ahli
kebersihan dan keselamatan telah mengambil peranan dalam merawat pemain yang
terseliuh lengan kakinya. Pemain tersebut mendapat rawatan awal dan tidak terdedah
kepada apa-apa bahaya dan beliau telah dihantar ke klinik berdekatan untuk
mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor pakar.

Sepanjang lima hari ini memang mempunyai orang yang jatuh, cedera pada kaki
disebabkan tisu terkoyak secara ringan dan sebagainya. Namun, semua ini tidak
menjadi masalah yang besar kepada kami. Hal ini kerana keselamatan gelanggang
telah dipastikan dengan baik dan sempurna, maka kemalangan yang teruk yang akan
berlaku telah dielakkan. Selain daripada itu, ahli-ahli kebersihan dan keselamatan ini
adalah terdiri daripada ahli-ahli Bulan Sabit Merah Malaysia yang terlatih dengan baik.
Karnival sukan 2011 yang dianjurkan oleh PSMPPJ1110 telah tamat dengan lancar
dan sempurna tanpa berlakunya kemalangan yang tidak diingini. Objektif ajk kebersihan
dan keselamatan telah tercapai.


Disediakan oleh,
------------------
(TONG KM YEW)
Ketua ajk kebersihan dan keselamatan

You might also like