You are on page 1of 4

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MEDIA PRIMA BHD, PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SMK.

PENGKALAN PERMATANG, KUALA SELANGOR 25 MAC 2008 Pendahuluan Murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Pengkalan Permatang Kuala Selangor ialah murid yang memerlukan keperluan khas dalam semua aspek, sama ada sahsiah, moral, mental, fizikal, pengurusan diri, mahupun akademik. Oleh yang demikian, mereka juga memerlukan pelbagai kaedah dan pendekatan khusus untuk mengharungi kehidupan di samping layanan sama rata sebagaimana insan yang lain. Lawatan yang diadakan diharapkan akan menjadi titik tolak bagi murid-murid tersebut mengaplikasi dan meningkatkan daya tumpuan dengan bimbingan serta pelbagai alternatif untuk hidup berdikari sebagai persediaan diwaktu yang akan datang. Tajuk Lawatan Sambil Belajar ke Media Prima Bhd. Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Pengkalan Permatang, Kuala Selangor. Objektif 1. Memberi pendedahan awal kepada murid tentang realiti kehidupan. 2. Meningkatkan tahap kesabaran, kemampuan berfikir secara positif serta memperkukuhkan kemahiran menyelesaikan masalah. 3. Mengetahui serba sedikit proses disebalik tabir pembikinan sesebuah rancangan yang disiarkan di media eletronik. 4. Mewujudkan perasaan ingin tahu dan menarik minat murid berkaitan teknologi masa kini agar mereka tidak ketinggalan dalam arus permodenan. 5. Memberi ruang kepada murid untuk berjumpa dan bermesra dengan selebriti di Media Prima. 6. Mendedahkan murid dengan peluang-peluang pekerjaan yang berkaitan bidang penyiaran.

Rasional Aktiviti tersebut adalah perlu bagi memberi pendedahan dan bimbingan awal kepada murid Program Pendidikan Khas Integrasi SMKPP supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus permodenan. Di samping itu, diharapkan program ini juga dapat merapatkan jurang di antara golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan masyarakat sekeliling. Sasaran Program yang dirancangkan akan melibatkan semua guru dan murid Program Pendidikan Khas Integrasi SMK. Pengkalan Permatang, Kuala Selangor. Tarikh 25 Mac 2008 ( Selasa ) Tempat Stesen Televisyen : TV 3 Stesen Radio : Hot FM One Utama, Damansara

Masa dan Tentatif Program 08.00 10.00 pagi 10.00 12.45 tgh : Bertolak ke Bukit Malawati, Kuala Selangor : - Taklimat ringkas. - Lawatan ke TV 3 - Hot FM 12.45 02.00 ptg 02.00 03.30 ptg 03.30 - 05.00 ptg : Makan dan Solat Zohor : Aktiviti Sosial Berkumpulan : - One Utama, Damansara. : Perjalanan Pulang

Ahli Jawatankuasa Aktiviti Penasihat : Tuan Hj. Mohd Rahman Bin Dollah Pengetua SMK. Pengkalan Permatang Kuala Selangor. Pengerusi : Pn Rosliza Bt Roslay Tim. Pengerusi : En. Mohd. Nadzif Bin Jayus Setiausaha 1 Program : Pn Nor Hanifah Bt Sahid Setiausaha 2 Program : Pn Siti Zaimidah Bt Mamat Bendahari : Cik Nor Hayati Bt Siran AJK : Pengangkutan 1. En. Mokhlis B. Jemani 2. En. Mohd Nadzif B. Jayus Makanan dan Minuman 1. Pn. Indang Sulbi Bt Abu Bakar 2. Pn. Maria Norwina Bt Mohd Baha 3. Pn. Siti Zaimidah Bt Mamat Keselamatan dan Kawalan Disiplin 1. En. Mohd Zulkefli B. Mohd Halim @ Selamat 2. Pn. Nor Hanifah Bt Sahid 3. Cik Nor Hayati Bt Siran Dokumentasi 1. Pn. Rosliza Bt Roslay 2. En. Hamsan B. Jamion Aktiviti / Program 1. Pn. Nor Hanifah Bt. Sahid 2. Pn. Siti Zaimidah Bt. Mamat

Penganjur Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Pengkalan Permatang, Kuala Selangor. Perbelanjaan Aktiviti Pengangkutan Makan dan minum - Roti - Air mineral Jumlah Anggaran Perbelanjaan : RM 0.50 x 75 : RM 7.00 x 4 kotak : RM = RM 37.50 = RM 28.00 : Bas Besar 40 Orang Bas Kecil 25 Orang = RM = RM

Harapan dan Penutup Melalui aktiviti yang dijalankan, diharap semua murid Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Pengkalan Permatang mendapat faedah dan manfaat dalam membentuk jati diri, sahsiah, dan keyakinan diri murid bagi mengharungi hidup di masa yang akan datang. Di samping itu, diharapkan agar aktiviti ini menjadi titik tolak kepada permulaan kehidupan yang lebih bermakna buat anak-anak istimewa ini. Segala yang baik itu datangnya dari Allah jua. Bersama bergandinga bahu Menerajui impian yang satu yang jitu.. Tunjuk ajar ku Sifu.. Semoga berjaya.

You might also like