You are on page 1of 7

KARANGAN : KEPENTINGAN SUNGAI Pendahuluan: Pada masa kini, dunia mengahadapi krisis bekalan air bersih.

Hal ini demikian kerana masalah pencemaran air yang berlaku. Pencemaran yang berlaku telah mengakibatkan kawasan tadahan air musnah dan sungai serta tasik tercemar. Keadaan ini memberi kesan yang bukan sedikit kepada manusia dan hidupan yang lain. Salah satu punca air yang utama yang perlu dikekalkan dalam keadaan bersih ialah sungai. Isi karangan: 1. Sungai sebagai sumber air kepada manusia dan haiwan - manusia menggunakan air untuk pelbagai tujuan seperti untuk sumber minuman, dan kegunaan domestik- mencuci, memasak dan mencuci. 2. Sebagai sumber bekalan - sungai merupakan habitat haiwan akuatik seperti ikan, udang dan ketam yang membekalkan sumber protein. - hidupan akuatik ini merupakan sumber protein alternatif bagi manusia sekiranya sumber protein dari laut sukar diperoleh. 3. Sungai boleh dijadikan tempat untuk beriadah - tempat berkelah

- aktiviti memancing - pusat rekreasi aktiviti bersampan, berkayak dan lain-lain 4. Sungai mewujudkan peluang pekerjaan dan menambahkan pendapatan - resort didirikan - gerai-gerai dibina - rumah persinggahan Kesimpulan: Kepentingan sungai kepada manusia memang sudah dikenal pasti sejak zaman-berzaman. Pada masa dahulu sungai dijadikan jalan perhubungan antara satu tempat ke satu tempat yang lain. Pekan-pekan dan kota terbina di sepanjang sungai. Fungsi sungai itu masih kekal sehingga sekarang. Oleh itu sungai perlu dijaga dan dipelihara. Kempen Cintai Sungai dan Program Sungai angkat perlu diteruskan dan diperkasakan semula demi kepentingan manusia dan mengekalkan kawasan bekalan air bersih.

KEPENTINGAN SUNGAI Memang tidak dapat dinafikan bahawa sungai merupakan nadi kehidupan kita. Namun begitu, selaras dengan peralihan zaman, masalah pencemaran air semakin menjadi-jadi. Pencemaran yang berlaku telah mengakibatkan kawasan tadahan air dimusnahkan. Hal ini juga telah banyak memberikan implikasi yang buruk kepada manusia dan hidupan lain, terutamanya hidupan akuatik. Pembuangan sampah sarap dan sisa toksik ke dalam sungai telah membawa kepada pencemaran sungai. Sungai yang tercemar akan menjadi semakin cetak dan mudah menyebarkan penyakit kencing tikus. Lama-kelamaan, dunia juga akan menghadapi krisis bekalan air bersih. Dengan ini, kita wajiblah mengekalkan kebersihan sungai sebelum keadaan sungai menjadi teruk kerana sediakan payung sebelum hujan.

dalam badan kita. Lanjutan itu,kita akan menghidap sesuatu penyakit. Jelaslah bahawa betapa pentingnya sungai dalam kehidupan harian kita. Oleh itu,cintailah sungai kita dengan memelihara dan memulihara sungai supaya dapat memastikan bekalan air bersih yang berterusan.

Sejak zaman lampau lagi, sungai telah memainkan peranannya yang penting dalam kehidupan harian kita. Sungai merupakan sumber bekalan air yang utama kepada manusia dan haiwan. Manusia menggunakan air untuk pelbagai tujuan seperti sebagai air minuman dan kegunaan domestik. Bekalan air yang bersih sangat penting dalam kegunaan harian supaya peralatan yang kita guna akan sentiasa dicuci dengan bersih. Hal yang demikian kerana peralatan yang kotor lazimnya mempunyai bakteria pada permukaanya yang akan mempengaruhi kesihatan kita. Jika peralatan berkenaan tidak dicuci sehingga bersih, kumankuman seperti pada permukaan pinggan akan masuk ke

Tambahan pula, sungai membekalkan makanan dan pendapatan kepada manusia. Sungai merupakan habitat haiwan akuatik seperti ikan, udang dan ketam yang membekalkan sumber protein yang mencukupi kepada manusia. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sumber protein yang terdapat dalam ikan, udang dan ketam sangat tinggi. Pengambilan protein yang mencukupi membolehkan tumbesaran badan kita berkembang dengan seimbang. Sementara itu, sungai mewujudkan peluang pekerjaan dan menambahkan pendapatan. Hal ini kerana sungai memberi rezeki kepada mereka yang menetap berhampiran sungai dengan melakukan aktiviti menangkap hasil sungai seperti ikan dan udang. Tuntasnya, kita seharusnya menyayangi sungai yang membekalkan makanan dan pendapatan kepada kita.

Peranan sungai juga dapat dilihat apabila sungai dijadikan sebagai tempat rekreasi dan pelancongan. Hal ini kerana sungai mempunyai landskap yang menarik. Sebagai contohnya, Negara Endau-Rompin yang terletak di legeh sungai Endau dan sungai Rompin telah dijadikan sebagai kawasan rekreasi yang menjadikan tarikan pelancongan.

Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di kawasan tersebut seperti berkayak,menjejaki hutan, memancing dan berkelah. Selain itu, sungai digunakan untuk menjana hidroelektrik dengan membina empangan untuk membekalkan sumber tenaga kepada rakyat. Empangan yang dibina juga berpotensi menjadi suatu kawasan pelancongan yang menarik. Secara langsung dan tidak langsung, sektor pelancongan negara akan berkembang pesat. Oleh itu, kita sewajarnya mengekalkan kebersihan air sungai supaya kawasan sungai dapat dijadikan sebagai tempat pelancongan.

Pada masa dahulu sungai telah dijadikan sebagai jalan perhubungan antara satu tempat ke satu tempat yang lain. Bagi memelihara sungai, pelbagai prakarsa telah dijalankan oleh pihak berkuasa seperti Kempen Cintai Sungai. Sungai yang tercemar akan memudaratkan kehidupan. Oleh itu, wajarlah sungai dipelihara untuk tatapan generasi akan datang bagi menjamin kesinambungan kehidupan di muka bumi ini. [608 patah kata]

Sungai juga memainkan peranannya sebagai medium pengangkutan dan perhubungan. Hal ini disebabkan oleh sungai telah menjadi jalan perhubungan utama untuk menghubungkan kawasan pedalaman dengan kawasan bandar. Kawasan yang tidak dapat dihubungkan dengan jalan raya juga dapat dihubungkan dengan menggunakan jalan air. Keadaan ini akan memajukan sistem pengangkutan di negara kita dengan mempunyai pengangkutan darat, udara dan air. Sebagai contoh, sungai dapat mengangkut kayu balak dari hutan ke kawasan bandar. Hal ini bukan sahaja menjimatkan tenaga pekerja, malah juga dapat menjimatkan kos pengangkutan. Dengan ini, kita mestilah menyayangi sungai supaya fungsinya sebagai medium pengangkutan dan perhubungan dapat dilestarikan.

Kesimpulannya, kepentingan sungai kepada manusia memang sudah dikawal pasti sejak zaman-berzaman. Sungai memainkan peranan yang besar dalam membekalkan makanan dan minuman kepada manusia.

mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air yang menggugat kehidupan akuatik. Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia. Pertanian juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Pengilangan hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungaisungai. Hampas-hampas organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan dibuang ke dalam sungai. Selain itu, penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak mencemarkan sumber air. Ini menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan dan haiwanhaiwan akuatik. Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan pencemaran air. Can gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, is akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti tumbuhtumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya menjejaskan sumber protein manusia. Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang kepada pencemaran

Punca berlakunya pencemaran air Posted on 25 Mei, 2009 by admin Air merupakan salah satu keperluan asas manusia. Namun, air semakin hari semakin tercemar. Pencemaran ini dikaitkan dengan larutan pelbagai bahan kimia toksik dan bahan buangan. Pelarut-pelarut ini senang mencemarkan air dan sumber air kita. Kini, banyak punca air kita tercemar sehingga didapati bahawa jika tiada sebarang langkah diambil ia mungkin memudaratkan kehidupan manusia. Punca utama pencemaran air ialah bahan buangan domestik. Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenangwenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara termudah menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air. Ini

air. Banyak bahan buangan radioaktif yang terhasil dani makmal-makmal dan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air serta mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Ujian-ujian bom di laut juga menyumbang kepada pencemaran air laut. Kesimpulannya, pencemaran air merupakan satu masalah sosial yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk menanganinya. Kita harus memastikan bahawa persekitaran kita bersih dan selamat untuk hidup. Langkah-langkah perundangan penting dalam menangani masalah ini. Kesedaran melalui pendidikan alam sekitar juga dapat membendung fenomena ini.

kemasukan bahan asing ke dalam air yang menyebabkan perubahan fizikal dan kimia seterusnya mengancam kehidupan benda hidup. 2.Sebab berlaku a)pembuangan sampah yang tidak bersistematik. Sikap yang tidak bertanggungjawab pihak industri dan penternak terutamanya yang terletak berdekatan sungai. Air kotor yang tercemar dibenarkan mengalir ke sungaisungai yang berhampiran menyebabkan sungai turut tercemar. Sampah sarap,sisa buangan domestik daripada kawasan perumahan.

b)kumbahan premis perumahan dan perniagaan yang masih menggunakan teknologi lapuk. Sistem usang ini tidak lagi berkesan merawat kumbahan yang menjadi punca utama pencemaran sungai di negara ini. Pelepasan sisa-sisa dari kilang tidak serius berbanding kumbahan dari premis kediaman dan perniagaan. Membangkitkan rasa resah kepada seluruh rakyat Malaysia.

PENCEMARAN SUNGAI NOORAZLINA BTE BOLHASSAN 6A1 SMK AGAMA SIBU, SARAWAK 1.Pengenalan. Air meliputi 70% daripada bumi dan memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan kita.Semua benda hidup bergantung kepada air untuk pelbagai kegunaan seperti minuman,memasak,bertani dan sebagainya.Pencemaran air didefinisikan sebagai sebarang

c)Berpunca dari kelodak,pembangunan dan pelepasan sisa kumbahan.

Penggunaan air mentah tidak berkualiti lebih membawa mudarat kepada manusia. Pembuangan najis binatang yang tidak bersistematik. Menunjukkan masyarakat kita masih kekurangan kesedaran sivik dalam memahami pemuliharaan dan pemulihan alam sekitar.

b)Membazirkan wang untuk pemulihan Kos perawatan yang tinggi dan secara tidak langsung kos tersebut dibayar oleh pengguna melalui caj penggunaan air. Ditanggung oleh masyarakat itu sendiri kerana kecuiaan mereka terhadap alam sekitar. menjayakan pemulihan kualiti sungai memerlukan program kesedaran alam yang tinggi kosnya.

d)Pembangunan pesat negara dan proses urbanisasi Membawa perubahan penggunaan tanah bagi sesuatu kawasan bagi menampung keperluan kegaitan ekonomi. Mendedahkan sungai kepada pelbagai tanah yang kadangkala tidak dapat ditanggung oleh sungai. Mempelbagaikan bahan asing ke dalam sungai. c)Menjejaskan semua hidupan air pencemaran sungai yang merbahaya sehingga boleh menyebabkan berlakunya kematian,serangan penyakit,kecacatan genetik dan masalah pembiakan. Mengganggu kestabilan rantaian makanan bagi hidupan sungai. Berlakunya kepupusan haiwan akuatik yang semakin berleluasa.

2.Kesan-kesan. a)membawa kesan negatif kepada kesihatan manusia. Pengumpulan bahan-bahan asing dalam badan manusia secara perlahan-lahan sehingga mencapai tahap bahaya dan hanya disedari apabila terlalu kronik. Pengumpulan bahan logam berat toksik dalam badan kerana kerap memakan ikan yang ditangkap dalam sungai yang telah dicemari. Menurunkan tahap ketahanan antibodi manusia.

d)Menjejaskan kualiti air. Bahan kimia tidak organik seperti sebatian plumbum yang bertoksik terus mencemarkan kebersihan sungai. Bahan pejal menyebabkan keindahan sungai tercemar. Proses memulihkan kualiti air memerlukan kos belanja yang tinggi.

3.Langkah mengatasi. a)Penubuhan sebuah yayasan atau kelab pencinta sungai perlu dimulakan. Mengambilkira ramai pakar dan perunding dalam alam sekitar berminat memberi sumbangan secara sukarela. Tidak banyak usaha dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mengembleng tenaga dan sumber yang ada untuk tujuan berkenaan. Memberi pengetahuan yang mendalam kepada masyarakat tentang pemuliharaan dan pemulihan sungai.

Melalui sistem tersebut,air akan dirawat mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh jabatan alam sekitar sebelum disalurkan ke dalam sungai. Mengenakan hukuman penjara dan menanggung kos pembersihan dan pemuliharaan sungai tersebut. Mengadakan langkah bersepadu untuk membanteras aktiviti yang mencemarkan sungai.

d)Melalui program pendidikan ,latihan dan maklumat alam sekitar. Bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat sama ada golongan pengilang ataupun pengguna supaya mereka sentiasa sedar akan tanggungjawab masing-masing dalam masyarakat. Setiap aktiviti yang dilakukan oleh individu akan memberi kesan yang menyeluruh terhadap diri sendiri dan masyarakat. Menerapkan ilmu yang telah dipelajari semasa program untuk dilaksanakan dalam kehidupan seharian.

b)Menggubal undang-undang yang melarang sesiapa daripada melakukan kegiatan yang boleh mencemarkan sungai. Terlalu banyak pencemaran yang berlaku di kawasan bandar,kawasan perumahan dan kawasan perindustrian. Aktiviti pengilangan mesti meningkatkan pemantauan untuk mencegah pencemaran sungai. Undang-undang yang berkaitan dengan pemuliharaan sungai harus diperketatkan untuk mengurangkan bendabenda asing yang mencemari sungai kita.

c)Mewajibkan sistem pembentungan air buangan dan loji pelepasan bahan sisa-sisa bersepadu.

You might also like