You are on page 1of 2

Rawatan penyakit gastrik: 1.

Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit. 2. Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!! 3. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera. 4. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau 5. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll 6. Elakkan makan terlalu kenyang 7. Elakkan cuka, makanan yang pedas 8. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam. 9. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa. 10. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik. 11. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh. 12. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam. Mengenang semula penyakit gastrik ini, saya terkenang sejarah permulaan saya berjumpa dengan arwah guru saya kira-kira pada tahun 1985. Pada waktu ini ayah saya yang sudah berusia lewat 50an sedang sakit teruk iaitu ulser perut. Ulser lebih teruk berbanding gastrik. Ayah saya tinggal di Labis, Johor sedangkan saya pula tinggal di Kuala Lumpur. Hendak menjenguk selalu jauh. Alhamdulillah seorang kakak ipar bekerja sebagai staf nurse di Kluang. Beliaulah yang banyak menguruskan ayah saya ini masuk keluar hospital di Segamat (kira-kira 20 batu dari Labis). Masalah Ulser perut ayah saya tidak selesai walaupun sudah banyak kali berjumpa doktor dan banyak kali keluar masuk wad di hospital, macam orang muda kata, pi mai pi mai dok tang tu juga. Kakak ipar saya pula selalu memberikan nasihat yang berkaitan. Dengan izin Allah SWT, pada tahun 1985, saya membawa ayah saya untuk berubat dengan arwah guru saya di Cheras Kuala Lumpur. Itulah pertemuan pertama secara resmi antara saya dengan arwah guru saya. Selepas banyak bersoal jawab antara arwah guru dan ayah saya, akhirnya arwah menjelaskan nama penyakit tersebut (ulser), punca penyakit dan bagaimana merawatnya. Saya terpaksa

mengulang ke rumah arwah tersebut untuk mengambil (membayar) ubatnya beberapa hari kemudian. Selepas mengamalkan pantang larang dan memakan ubat selama dua bulan sahaja, alhamdulillah penyakit ulser perut ayah saya pulih sehinggalah sekarang. Selepas hampir sepuluh tahun kemudian, saya pula mengalami penyakit gastrik kerana tidak menjaga waktu makan disebabkan kesibukan kerja yang terlalu teruk, pukul 8.00 pagi hingga lewat malam 5 hari seminggu. Ilmu ini jugalah yang digunakan untuk saya merawat penyakit gastrik yang saya alami. Alhamdulillah sudah sembuh mudah-mudah tidak lagi berulang.

You might also like