SULIT 1103/1
[Lihat sebelah1103/1
© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak
Halaman 2KARANGAN CONTOH : BAHAGIAN BKARANGAN CONTOH 1Peranan Wanita Dalam Melahirkan Generasi Yang Berkualiti
Oleh: Hassan bin MohamedKita sering mendengar slogan yang berbunyi
‘
Pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara
’
. Kita juga sering mendengar kata
-kata bahawa seseorang lelaki yangberjaya, sesungguhnya di belakangnya berdiri seorang wanita yang memberikansokongan dan inspirasi. Malah pepatah juga ada menyatakan
‘
Tangan yang menghayun
buaian itu, boleh menggoncang dunia
’
. Demikianlah, kaum wanita itu dilihat seba
gaigolongan yang bukan sahaja menggambarkan kelembutan tetapi juga memperlihatkanwibawa dan karisma yang tersendiri. Jelasnya, wanita berperanan dalam memupukdan melahirkan generasi yang berkualiti dan berketerampilan.Terlebih dahulu saya ingin menghuraikan tajuk rencana ini bagi memudahkanperbicangan selanjutnya. Rangkai kata
‘
peranan wanita
’
dapat didefinisikan sebagai
suatu tugas atau amanah yang dipegang oleh kaum perempuan sama ada kitamelihatnya dari segi individu mahupun secara keseluruhannya. Perkataan
‘
melahirkan
’
pula bermaksud suatu usaha yang berterusan dalam memperoleh hasilan daripadasesuatu tindakan atau pengaruh. Sementara, rangkai kata
‘
generasi yang berkualiti
’
merujuk individu atau kumpulan yang berketerampilan dan berkarisma dalam pelbagaiaspek seperti aspek fizikal, rohani dan emosi, intelek dan jati diri. Secarakeseluruhannya, dapatlah dinyatakan bahawa tajuk ini mengutarakan tugas, perananatau tanggungjawab kaum wanita dalam mewujudkan individu atau warganegara yangberwibawa dalam semua hal yang menyentuh bidang kehidupan.Dalam konteks wanita sebagai ibu, kita dapat melihat bahawa generasi yangterbentuk menerima pengaruh yang berkesan daripada didikan dan sentuhan kasihsayang daripada ibunya. Kita dapat melihat di negara kita ini bagaimana kaum ibumemperlihatkan kewibawaan dalam memupuk individu yang berkualiti. Dalam bidangakademik misalnya, rata-rata pelajar yang ditemu ramah menyatakan peranan dantunjuk ajar ibu menjadi alat yang ampuh dan berkesan dalam mencapai kejayaan. NurAmalina Cik Bakri yang mendapat 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Tahun2004 membuktkian kenyataan ini. Malahan, kita dapat membuktikan kemampuanwanita dalam memupuk generasi berkualiti ini melalui anugerah
‘
Ibu Mithali
’
yan
gdisediakan oleh kerajaan. Kita dapat melihat tokoh-tokoh wanita ini dengan tabah dansabar mendidik anak-anak sehingga semua anak mereka mencapai kejayaan yangmembanggakan. Masyarakat umum juga mengakui bahawa kesan ketiadaan ibuberbanding dengan ketiadaan bapa, bagi kanak-kanak begitu ketara. Anak yangketiadaan ibu sering terjerat dengan pelbagai masalah kerana sentuhan kasih ibu tidakada tandingannya. Oleh sebab itulah, kita sering mendengar kata-kata
‘
kasih ibu
membawa ke syurga
’
dan
‘
syurga itu
di bawah tapak kaki ibu
’
.
Kita juga dapat melihat lahirnya generasi yang berwibawa dan cemerlangmenerusi peranan wanita yang berkerjaya. Dalam bidang pendidikan misalnya, terbuktikaum wanita telah memainkan peranan seiiring dengan kaum lelaki dalam membentukwarganegara dan generasi yang sihat dan berkebolehan dalam pelbagai aspeksebagaimana yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kaum wanitamampu mendidik anak-anak ini sejak di peringkat Kelas Tadika hinggalah ke peringkat