Welcome to Scribd. Sign in or start your free trial to enjoy unlimited e-books, audiobooks & documents.Find out more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
93Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
BM TIPS

BM TIPS

Ratings:

4.29

(1)
|Views: 10,638|Likes:
Published by api-3841296

More info:

Published by: api-3841296 on Oct 18, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/18/2014

pdf

text

original

Some help in BM.Thanks cikgu tan c l
Untuk SPM 2006, beri perhatian pada:
i) Peristiwa dalam perkembangan plot

ii) Peristiwa berkaitan dengan tema
iii) Latar masa
iv) Gaya bahasa ( kebarangkalian amat rendah)
v) Persoalan ( aspek khusus)
vi) Faedah mempelajari novel
vii) Kesedaran yang ditimbulkan melalui novel
viii) Plot \u2013 awal cerita dan impaknya
ix) Perasaan pembaca ( marah, kecewa, gembira dan lain\u00adlain)
x) Nilai yang didukung oleh watak utama

ASPEK PERBANDINGAN
SOALAN WAJIB UNTUK BAHAGIAN Solaan 4

xi) Perbandingan tema
xii) Persamaan aspek persoalan
xiii) Perbandingan persoalan
xiv) Persamaan nilai kemanusiaan
xv) Persamaan unsur pengajaran
xvi) Persamaan watak utama

xvii) Perbezaan watak utama
xviii) Persamaan peristiwa kegembiraan atau kemarahan
xix) Perbandingan latar masa
xx) Perbandingan latar masyarakat

(VIRUS ZEL UNTUK ABAH - KERUSI)
Pada pendapat anda, apakah punca-punca penceraian ibu bapa Zel? (Empat markah).

Pada pendapat saya, punca penceraian yang diagak oleh Win ada benarnya, iaitu reputasi
abah Zel sebagai guru sekolah rendah telah tercabar apabila melihat isterinya jauh lebih
berjaya, dalam bidang komputer dan perniagaan. Namun demikian, saya rasa ibu Zel
bukanlah sengaja menunjuk ego sehingga berlaku perceraian. Ia seorang yang beriman
dan ia juga menghargai abah Zel serta Aunt Pah sebagai pendidik yang baik. Satu lagi
punca perceraian yang munasabah pada pandangan saya ialah ibu Zel terlalu keras untuk
dibentuk oleh ayah Zel sebagai isterinya. Saya dapat juga menerima kemungkinan
bahawa ibu Zel berkahwin dengan abah Zel lebih kerana simpati. Aunt Pah mungkin
lebih lembut dan menunjukkan kasih sayang kepada abah Zel, di samping bertugas dalam
bidang yang sama serta tidak mengatasi pencapaian abah Zel.

(Sebutir Pasir Di Kaki - KERUSI)
Jika anda menjadi Fuad, apakah yang akan anda lakukan di akhir cerpen ini? (Tiga
markah).

Jika saya menjadi Fuad, saya akan masuk semula ke rumah Datuk Sukar untuk
memberikan pertolongan cemas dan memanggil ambulance jika perlu, atas rasa
kemanusiaan, walaupun Datuk Sukar telah menghalau saya dan melakukan perbuatan
yang tidak wajar. Tambahan pula, Datin Sipah yang sentiasa baik terhadap saya meminta
saya supaya masuk dahulu kerana Datuk Sukar pengsan. Di samping itu, saya mencintai
Junainah. Namun demikian, setelah memastikan keselamatan Datuk Sukar, saya akan
meninggalkan rumah itu dan tidak akan menjejakkan kaki lagi di situ kerana inilah
tindakan yang sesuai untuk menjaga maruah saya. Kalaupun Junainah dan Datin Sipah
menghubungi saya dan meminta saya bertemu dengan mereka tanpa pengetahuan Datuk
Sukar, saya akan menolak dengan halus kerana perbuatan demikian tidak baik serta akan
membawa penderitaan jiwa. Hanya jika Datuk Sukar benar-benar berubah sikap dan
meminta maaf serta merestui hubungan saya dengan anaknya, barulah saya akan
membuang yang keruh, mengambil yang jernih.

( Kerana Manisnya Epal - ANAK LAUT)
Pada pandangan anda, wajarkah kebun epal Buchanan dipertahankan? (Empat markah).
Pada pandangan saya, kebun epal itu wajar dipertahankan. Kebun itu merupakan maruah

keluarga Buchanan iaitu pusaka nenek moyang, yang pernah dikunjungi dan diberi
penghormatan oleh Raja Edward Ketujuh. Bagi Buchanan kebun itu \u201cnostalgia\u201d kerana
dihubungkan dengan usaha gigih nenek moyangnya dan beliau sendiri bersama-sama
mendiang isterinya malahan beliau telah berjanji dengan isteri yang setia itu akan terus
mengusahakan kebun kesayangan mereka. Buchanan juga mempunyai impian murni iaitu
tidak akan membiarkan epal-epal yang begitu lazat dan istimewa pupus dari muka bumi.
Saya berpendapat bahawa lapangan terbang tentera itu harus dibina di tempat strategik
yang lain tanpa memaksa seorang tua yang rajin dan jujur menyerahkan kebun sumber
ketenangan jiwanya untuk dimusnahkan.

(Lambaian Malar Hijau - ANAK LAUT)
Andainya anda mejadi Daneng ketika remaja, nyatakan konflik dalam jiwa anda setelah
mendengar kata-kata Cikgu anda dan mengapa anda membuat keputusan menyambung
pelajaran. (Tiga markah).

Jika saya menjadi Daneng sewaktu remaja, konflik dalam jiwa saya ekoran kata-kata
Cikgu Jo adalah antara keengganan meninggalkan hutan kesayangan saya dan keinginan
melanjutkan pelajaran sehingga berjaya dan dapat berjasa. Saya tidak mahu berpisah
dengan cara hidup turun-temurun kaum saya dan kemurnian alam semula jadi di hutan
yang telah sebati dengan diri saya.

Saya tidak menerima pandangan Cikgu Jo bahawa hidup kaum saya yang tidak
mempunyai harta benda seperti orang bandar itu adalah miskin dan patut dibela. Bagi
kami, konsep miskin tidak wujud kerana seisi hutan milik kami bersama sejak berzaman
dan kami tidak pernah kekurangan. Hujah Cikgu Jo yang meyakinkan saya ialah bahawa
hutan yang saya cintai itu memerlukan usaha saya sebagai seorang terpelajar, mungkin
sebagai pegawai perhutanan negara atau seorang saintis, supaya kepupusan akibat
penebangan melulu dapat dielakkan. Saya juga diyakinkan oleh pengalaman pahit saya
sendiri iaitu tidak dapat berbuat apa-apa apabila pohon-pohon di kawasan simpan habis
ditebang sindiket rakus.

(drama: kerusi - kerusi)
Setujukah anda jika dikatakan Masayu telah berpaling tadah daripada suaminya Putra
kerana terpengaruh dengan kedudukan dan kuasa Srisegala? (Tiga markah).

Saya tidak setuju dengan anggapan tersebut. Hanya Srisegala yang berkata bahawa \u201ccinta
kasih sayang\u201d antara suami isteri telah musnah oleh kuasa sebuah kerusi dan bunyi gong.
Gerak-geri Masayu iaitu meraba wajah Putra, merenungnya kosong dan berkata ia tidak
kenal padanya ternyata perlakuan orang yang dikenakan sihir, bukan isteri yang berpaling
tadah kerana terpengaruh dengan lelaki lain yang berkedudukan dan berkuasa. Sebelum
itu, Masayu telah merayu kepada Srisegala supaya mengembalikan suaminya. Kemudian
Srisegala bersetuju tetapi gong dibunyikan, ia bertepuk tangan sekali, segalanya gelap,
terdengar jeritan perempuan dan tempikan lelaki, lalu dalam cahaya Masayu kelihatan
separuh terbaring di hujung kaki Srisegala. Semua ini menunjukkan bahawa Masayu
tidaklah mengkhianati suaminya dengan rela dan sedar untuk kepentingan diri. Lagipun,
perbuatan demikian bercanggah dengan watak Masayu yang setia, berani, mencintai

Activity (93)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Eja Ejahh liked this
泰瑄 liked this
Damia_Mea_7266 liked this
jasdev95 liked this
Rose Jamal liked this
Mustapha Ameen liked this
Lydia Nivasini liked this
AiNa AFrina liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->