You are on page 1of 2

Refleksi Program Pembelajaran Berkhidmat Sivik Dan Kewarganegaraan. Tempat : SK Seribong.

Kerjasama : Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Kota Bharu. Tarikh : 27 September 2011 Alhamdulillah, bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya dapat kami menjayakan Program Pembelajaran Berkhidmat Sivik Dan Kewarganegaraan dengan kerjasama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Daerah Kota Bharu bertempat di SK Seribong. Melalui program ini telah banyak mendedahkan saya mengenai pentadbiran dan pengurusan sesuatu program. Pentadbiran dan pengurusan penting penting bagi memastikan kelancaran sesuatu organisasi, pengelolaan dan penganjuran program berjalan dengan efisiennya. Sebelum program ini dilaksanakan, kami telah membentuk satu organisasi jawatankuasa program melalui mesyuarat yang telah disepakati bersama-sama. Melalui jawatankuasa yang dibentuk ini, pengagihan tugasan dapat dijalankan dengan berkesan. Melalui kerja buat ini, saya telah mempelajari bahawa satu organisasi pengurusan perlu dibentuk bagi memastikan kelancaran perancangan dan pengagihan tugasan dapat dilaksanakan dengan cekap dan lancar. Perbincangan telah dibuat sebelum melaksanakan program ini, perbincangan dengan pihak sekolah dan Jabatan Bomba berkenaan tentatif progam bertujuan agar program dapat dijalankan dengan sempurna dan teratur. Perbincangan yang telah dibuat ini memberikan pendedahan kepada saya bahawa sebelum menguruskan sesuatu, kesepakatan hendaklah dibuat agar segala urusan dapat dilaksanakan dengan teratur dan lancar. Mendengar arahan ketua juga penting bagi memastikan segala maklumat dapat disampaikan dengan berkesan serta kerja-kerja dapat dikendalikan dengan sistematik.

Kumpulan kami telah menjalankan pertandingan mewarna bagi murid tahap satu dan ceramah Bahaya Api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat kepada semua murid. Kerja buat ini telah dilaksanakan secara berganding bahu oleh setiap ahli dalam kumpulan kami. Melalui kerja buat ini, sikap kebertanggungjawaban dititikberatkan kepada kami agar sentiasa mengamalkan nilai integriti dalam setiap kerja buat kita. Nilai integriti perlu ada pada setiap bakal guru bagi menjamin kualiti profesion keguruan dan perguruan serta menjadi tonggak kepada pendidikan anak bangsa negara kita. Diharap melalui penganjuran Program Pembelajaran Berkhidmat Sivik Dan Kewarganegaraan dengan kerjasama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Daerah Kota Bharu di SK Seribong ini dapat menyediakan diri saya dan rakan-rakan lain sebagai bakal guru Sivik dan Kewarganegaraan yang kompeten seterusnya dapat mendidik anak bangsa untuk menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara, Insyaallah. Terima kasih kepada pensyarah pembimbing yang sudi memberi bimbingan berguna kepada kami dalam menjayakan program berkhidmat sivik ini.

RAHMAT B.RAMLI IPGM: JAN 09-02795 PISMP BM/PJ/SIVIK Sem 6

You might also like