You are on page 1of 3

PENDAHULUAN

Acuan Parlimen Malaysia adalah model demokrasi Westminster yang terdapat di United
Kingdom. Penggunaan istilah Parlimen diceduk daripada perkataan Perancis iaitu parler
yang bermaksud untuk bercakap atau berbicara . Parlimen merupalan simbol kuasa rakyat.
Apa juga nama yang yang diberikan oleh negara-negara lain seperti Kongres di Amerika
Syarikat, Diet di Jepun atau Knesset di Israel keanggotaannya ditentukan oleh rakyat secara
langsung. Mereka menentukan wakil-wakil yang hendak mereka tempatkan atau naIikan
dalam badan perundangan sesebuah negara itu. Penentuan itu dibuat dalam pilihan raya yang
diadakan secara bebas, adil ,saksama dan terbuka. Pewujudan Parlimen selari dengan doktrin
pengasingan atau pembahagian kuasa. Parlimen mewakili kuasa perundangan atau legistlatiI
manakala dua lagi kuasa untuk mengimbanginya adalah eksekutiI dan judisiari atau
kehakiman. Doktrin pembahagian kuasa ini adalah ciptaan demokrasi di Barat sebagai
alternatiI kepada pemerintahan yang bercorak kuku besi atau monarki mutlak yang
berleluasa ketika itu. Tetapi doktrin itu kemudian diterima pakai di negara-negara lain dengan
penyuntikan elemen-elemen tradisional tempatan. Maka lahirlah pelbagai bentuk demokrasi
dan liberal serta sebaliknya mengikut kesuaian sesebuah negara tidak kira ia sebuah republik
atau sebuah negara beraja. Di Barat teori pengasingan kuasa ini mula diamalkan berdasarkan
idea yang dicetuskan oleh pemikir dan ahli IalsaIah Yunani, Aristotle, kemudian
diperkukuhkan oleh pemikir zaman moden seperti Harrington, Locke dan Montesquieu.
Mereka memberi wajah baru terhadap teori pengasingan kuasa yang dari segi teorinya adalah
untuk memastikan kuasa tidak dimonopoli oleh satu kelompok dalam masyarakat sehingga
berlaku penyalahgunan dan ketidakadilan. Justeru, ketiga-tiga kuasa itu boleh berIungsi
sebagai perimbang dan penyemak antara satu sama lain. Setiap satu kuasa negara itu
mempunyai Iungsi yang khususnya.

Pada jam 10.00 pagi, 11 September 1959, selama dua tahun sepuluh hari selepas
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan barulah pengisytharan penubuhan Parlimen yang
mempunyai dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang disempurnakan oleh
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Parlimen Malaysia
ditubuhkan untuk menggantikan Dewan Perundangan Persekutuan (DPP) yang diwujudkan
apabila Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan pada 1 Februari 1948. Keputusan
mewujudkan Parlimen dwidewan ini dibuat untuk memastikan kepentingan-kepentingan
negeri tidak diabaikan dalam sebuah negara yang bercorak Persekutuan itu. Setiap negeri,
tanpa mengira saiz dan jumlah penduduk , diperuntukkan dua kerusi di Dewan Negara , di
samping ahli-ahli lain yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mewakili
kepentingan golongan-golongan tertentu. Mengambil kira senario baru politik Tanah Melayu
dan Malaysia kemudiaannya maka Dewan Negara yang diwujudkan itu tidak ditirukan
sepenuhnya seperti House of Lords yang terdapat di United Kingdom. Di negara itu, Dewan
Tertinggi Westminister itu dibentuk untuk tempat bernaungnya golongan bangsawan yang
kehilangan kuasa selepas adanya pilihan raya yang memberi rakyat biasa memilih wakil
mereka ke House of Commons.

Tetapi tentulah proses memperkenalkan sebuah badan perundangan di negara ini tidak
bermula dengan wujudnya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Malah idea
mengasingkan kuasa perundangan yang diamalkan di Malaysia juga dibawa ke negara ini
oleh pihak Inggeris, setelah kuasa Eropah itu campur tangan dalam pemerintahan negeri-
negeri Melayu secara berperingkat-peringkat mulai 1874, bermula di Perak. Sebelum ini
negeri-negeri Melayu diperintah oleh sistem monarki mutlak. Tiga kuasa negeri iaitu
legislatiI, eksekutiI dan kehakiman berada dalam tangan Sultan dan Raja. Senario itu berubah
apabila Inggeris menempatkan Penasihat atau Residennya di negeri-negeri Melayu.
Pengasingan kuasa mula diperkenalkan walaupun ia tidak ditunjangi oleh demokrasi atau
pemilihan popular rakyat. Apa yang berlaku ialah kuasa itu hanya berpindah ke tangan
residen Inggeris dan dilaksanakan menerusi institusi rasmi baik di Negeri-negeri Selat, Negri-
negeri Melayu bersekutu dan Negeri-negeri Melayu tidak bersekutu. Apabila sembilan buah
negeri Melayu dan dua buah negeri Selat diletakkan di bawah sebuah pemerintahan bercorak
kesatuan iaitu Malayan Union. Ia merupakan sebuah badan perundangan untuk kesatuan
sahaja juga diwujudkan. Apabila ia ditentang oleh bangsa Melayu dan diganti dengan
Persekutuan Tanah Melayu maka sebuah Dewan Perundangan Persekutuan (DPP)
diwujudkan. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan pada 11 September 1959,
Dewan Perundangan Persekutuan pun ditukarkan dengan panggilan Parlimen dan ahli-ahli
dewan pun bertambah.






































KESIMPULAN

Badan Perundangan iaitu Parlimen ialah lambang dan tempat bermulanya amalan demokrasi
sesebuah negara. Bermula dari tahun 1909 sebagai Federal Council atau Majlis Persekutuan
yang berIungsi sebagai penasihat kepada Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu,
Parlimen kita telah bertukar menjadi Parlimen yang mempunyai dua Majlis Iaitu Dewan
Rakyat dan Dewan Negara pada tahun 1959 hinggalah sekarang

Selain itu, kita juga dapat mengetahui organisasi-organisasi yang terbabit di Parlimen
Malaysia seperti Speaker Dewan, Ahli-ahli Dewan dan sebagainya. Dengan organisasi
tersebut kita dapat tahu apakah peranan atau Iungsi yang dimainkan oleh setiap ahli-ahli
organisasi seperti Speaker Dewan yang berperanan sebagai pengerusi majlis setiap kali
dewan bersidang bagi membahaskan isu-isu semasa atau undang-undang yang membabitkan
negara kita yang tercinta.

Kita juga dapat tahu bagaimana proses penggubalan undang-undang dikuatkuasakan. Ia
memakan 3 peringkat iaitu undang undang itu akan dikirimkan kepada Dewan Negara
setiap keputusan yang diperolehi daripada dewan Rakyat dan akhirnya rang undang-undang
tersebut akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menandatangani bagi memberi
kuasa kepada pihak berwajib untuk menguatkuasa rang undang-undang tersebut. Sekiranya
Agong tidak menandatanganinya, maka rang undang-undang tersebut akan turut diluluskan
selepas 30 hari.

Perkongsian kuasa melalui konsep pengasingan kuasa yang terdiri daripada tiga badan utama
dalam juga telah berjaya melicinkan pentadbiran di Malaysia. Perlembagaan Persekutuan
Malaysia memperuntukkan bahawa kuasa dijalankan oleh ketiga-tiga badan iaitu Badan
Perundangan, Badan EksekutiI dan Badan Kehakiman.

Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia sangat bertuah dapat hidup dengan aman dan sentosa
selagi parlimen kita tetap mengekalkan identiti dan kuasanya daripada dicemari anasir-anasir
negatiI daripada luar.

You might also like