Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
10Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Khurafat Antara Dua Dimensi Konservatif Dan Kontemporari

Khurafat Antara Dua Dimensi Konservatif Dan Kontemporari

Ratings:

5.0

(4)
|Views: 1,469 |Likes:
Published by api-26385328

More info:

Published by: api-26385328 on Oct 18, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/18/2014

pdf

text

original

KHURAFAT ANTARA DUA DIMENSI: KONSERVATIF DAN KONTEMPORARI
Oleh
PROFESOR
ZAKARIA
STAPA
Profesor
Tasawuf
dan
Pemikiran
Islam
Dekan
Fakulti
Pengajian
Islam,
UKM
Mukadimah
Subjek yang menjadi mauduk tulisan ini, 'khurafat' adalah satu persoalan yang
tidak asing dan agak lumrah dibicarakan di tengah masyarakat di negara kita.

Majalah Al-Islam, sebuah majalah agama bulanan terbitan Utusan Melayu (M) Berhad, keluaran bulan Februari 2002 misalnya memberi fokus khusus kepada persoalan khurafat ini. Di samping itu, dalam ceramah-ceramah tertentu dan dalam seminar-seminar ilmiah, yang sering dianjurkan di seluruh negara, ahli masyarakat kita dari pelbagai lapisan juga kerap didedahkan dengan subjek ini.

Walaupun demikian keadaannya, yakni sekalipun persoalan khurafat ini selalu diketengahkan kepada masyarakat, namun ia kelihatan masih terus juga bertapak di tengah masyarakat dan masih terus menjadi semacam satu masalah yang mengganggu kejernihan dan kestabilan beragama sebahagian ahli

masyarakat
di
negara
kita.

Oleh kerana itulah, penulis berasa terpanggil untuk membincangkan subjek ini secara lebih mendalam bagi membina kefahaman masyarakat terhadap persoalan berat ini, di samping merangka strategi dan mencari pendekatan yang berkesan ke arah pembendungan, kalau pun tidak pembasmian secara total, unsur negatif yang menggugat keharmonian dan kestabilan beragama kalangan

ahli
masyarakat
ini.

Sesungguhnya khurafat, dalam keadaan-keadaan tertentu, dikenalpasti sebagai satu faktor yang terutamanya boleh menyumbang ke arah penggugatan keteguhan

pegangan
aqidah
ummah.

Dengan itu, hal ini tentunya merupakan satu aspek yang cukup bahaya kepada penerusan kemurnian kehidupan beragama kalangan ummah. Ini kerana aqidah merupakan perkara yang amat asas dalam penghayatan agama seseorang

Muslim. Dalam pandangan Islam semua perkara yang berkaitan dengan aqidah dalam kehidupan seseorang Muslim mestilah sentiasa berada dalam keadaan yang jelas, pasti dan selesai; ia tidak boleh sekali-kali dibiarkan berada dalam keadaan

ragu
dan
tidak
menentu.

Ketidaktentuan, keraguan dan kecelaruan pegangan aqidah boleh mencacatkan nilai segala amal perbuatan yang dilakukan oleh seseorang Muslim, dan seterusnya boleh pula membahayakan nasib masa depannya dalam kehidupan akhirat. Hal ini terungkap jelas dalam firman-firman Allah yang bermaksud:

"... Dan sesiapa yang ingkar [akan syariat Islam] sesudah dia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya [yang baik] dan adalah dia pada hari akhirat kelak

dari
orang-orang
yang
rugi"
(Al-Ma\u2019idah,
5:5)

"... dan sesiapa di antara kamu yang murtad [berpaling tadah] dari agamanya [agama Islam], lain dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya [yang baik] di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya [selama-lamanya]" (Al-Baqarah 2:217)

Di samping itu, adalah juga dikenal pasti bahawa unsur khurafat dikatakan boleh menyumbang ke arah pembantutan pacuan kemajuan dan kecemerlangan

ummah
dalam
kehidupan
harian
di
dunia
ini.

Hal seumpama ini dikatakan boleh terjadi menerusi halangan-halangan atau sekatan-sekatan psikologi yang dipaksakan ke atas kalangan orang yang meyakini sesuatu unsur khurafat, sehingga mereka boleh berada dalam keadaan ketakutan dan tidak bebas untuk melaksanakan tuntutan sesuatu tugas

dengan
sempurna.

Maka itu, tergambar jelas bahawa persoalan khurafat ini adalah satu perkara yang amat penting dan serius. Kelihatannya ia perlu difahami dengan baik dan tepat, untuk membolehkan ia ditangani secara bijaksana dan segera, agar ummah tidak perlu terus terjebak atau terperangkap dalam bahaya yang dibawanya, sama ada yang membabitkan persoalan hidup mereka di dunia ini, atau yang lebih utama lagi, yang membabitkan persoalan kehidupan mereka di

akhirat
kelak.

Jadi, pembicaraan dan analisis yang akan dibuat sepanjang tulisan ini, secara asasinya, adalah tertumpu kepada perihal yang berlangsung di kalangan umat Islam di negara kita sejauh yang berkaitan dengan persoalan khuraf

Khurafat:
Definisi
dan
Skop

Sebelum dilanjutkan pembicaraan, adalah amat penting di peringkat ini difahami dengan tepat konotasi makna yang terkandung dalam istilah khurafat tersebut. Maka itu, kalau dilihat dari segi etimologi, adalah ternyata bahawa perkataan khurafat ini berasal dari bahasa Arab: kharafa-yakhrifu-kharfan- khurafatan\u2014di mana padanan bahasa Inggerisnya merujuk kepada superstition atau supertitio dalam bahasa Latinnya yang membawa maksud sesuatu yang dipetik, atau cerita bohong, dongeng dan tahayul, atau sesuatu hal yang tidak masuk akal, atau sesuatu yang dusta tetapi menarik (Ensiklopedia Hukum Islam 1997; Ensiklopedia Islam 1994; dan al-Mu'jam al-Falsafi 1983).

Di samping itu, terdapat pula catatan yang menjelaskan bahawa khurafat atau khurafah itu sebenarnya merujuk kepada nama seorang lelaki Arab dari Bani 'Udhrah yang hidup pada zaman jahiliah. Lelaki berkenaan dikatakan telah dicekup oleh makhluk jin untuk hidup bersama mereka untuk satu tempoh tertentu. Apabila lelaki tersebut kembali semula kepada kaumnya, beliau bercerita tentang pelbagai peristiwa dan kejadian yang aneh dan menakjubkan yang pernah beliau saksi dan alami semasa berada bersama dalam kelompok jin tersebut. Namun, cerita-cerita berkenaan dianggap dusta dan tidak dipercayai oleh kalangan orang yang mendengarnya, lantas mereka mengungkapkan cerita-cerita tersebut sebagai "cerita khurafat". Dan bertitik tolak daripada peristiwa tersebutlah, maka ungkapan khurafat tersebut digunapakai untuk merujuk kepada setiap cerita ataupun percakapan dusta, atau juga setiap perkara yang menarik dan menakjubkan (Saliba 1981: "al- khurafah";

dan
Ensiklopedia
Hukum
Islam
1997).

Dengan itu jelas bahawa sejauh yang berkaitan dengan pengertian literal kepada perkataan khurafat tersebut, maka ia adalah merujuk sekitar sesuatu cerita

atau
perkara
yang
dusta
dan
tidak
masuk
akal.

Activity (10)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Amy Amyza liked this
Nik Najmi liked this
naqibnajmi liked this
Zairatul Akma liked this
Tik Tok Teko liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->