You are on page 1of 25

Mencari Rahmat Allah Di Sebalik Perbezaan

Pendapat
Oleh Hafiz Firdaus Abdullah (www.hafizfirdaus.com)

© Hakcipta terpelihara

Kandungan

Perbezaan Pendapat Adalah Ujian Allah _________________________ 2


Kategori Pertama __________________________________________________ 5
Kepelbagaian Pendapat Yang Dibenarkan ______________________________________ 5
Sebab-Sebab Berlakunya Kepelbagaian Pendapat Kategori Pertama ________________ 6
Cara Mendapat Rahmat Allah Di Sebalik Kepelbagaian Pendapat Kategori Pertama __ 7
Kategori Kedua ___________________________________________________ 11
Kepelbagaian Pendapat Yang Dilarang________________________________________ 11
Sebab-Sebab Berlakunya Kepelbagaian Pendapat Kategori Kedua ________________ 11
Cara Mendapat Rahmat Allah Di Sebalik Kepelbagaian Pendapat Kategori Kedua___ 15
Antara Persatuan Umat Dan Kepelbagaian Pendapat __________ 21
Ini Adalah Ujian Yang Sememangnya Hebat ___________________ 24

1
Perbezaan Pendapat Adalah Ujian Allah

 #$‫ ﻡ‬%& ‫ ﻡ ی' ا‬, ‫ و "ذ ا ﻡ ور ا  وﻡ ﺱ ت ا‬,‫إن ا   و
و‬
.
"‫ ورﺱ‬. ‫' أن ﻡا‬0‫ 
و‬1‫ی‬2 ‫ ا وﺡ‬2‫ إ
ا‬2 ‫' أن‬0‫ و‬.
 ‫ هدي‬%& #,$‫وﻡ ی‬

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi
Allah, kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan-Nya dan kami memohon
keampunan-Nya, dan kami berlindung kepada Allah dari keburukan diri kami dan
dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka
tiadalah kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tiadalah
petunjuk baginya. Kami bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Allah yang Maha Esa,
tiada sekutu bagi-Nya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan
Rasul-Nya.1

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

‫ ََ َوهُ َ اَْ ِ ُ اَُْ ُر‬


ُ َْ‫ت وَاْ!ََ َة َُِْ َآُْ أَ ُْ َأ‬
َ َْْ‫ ا‬#
َ ََ$ ‫ا'&ِي‬
Dia-lah yang telah menciptakan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk
menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang
lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha
Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).2

Kehidupan ini, sama ada disedari atau tidak, adalah merupakan ujian
daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala demi menentukan siapakah yang terbaik
amalannya. Ujian tersebut wujud dalam pelbagai bentuk, sebahagiannya kita kenali
dan sebahagian lain tidak kita kenali.

1
Buku kecil ini asalnya adalah kertas kuliah yang saya susun atas permintaan para pelajar Universiti Malaya, Kuala

Lumpur. Ia telah saya bentangkan pada 1 April 2006 di surau Kolej Kediaman Kelima, Universiti Malaya, Kuala

Lumpur. Kemudian saya juga telah membentangkan kertas kuliah ini pada 7 April 2006 di Dewan Muktamar 1, Pusat

Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Hasil daripada maklumbalas

para hadirin, saya telah melakukan beberapa penambahan dan ubahsuai sehingga akhirnya menjadi buku kecil ini.

Segala puji hanya bagi Allah.

2
al-Mulk 67:02.

2
Antara ujian tersebut ialah bagaimana sikap kita apabila berhadapan dengan
perbezaan pendapat dalam agama. Ujian ini boleh dirujuk kepada firman Allah dalam
ayat berikut:

4
َ ‫ ﻡَْ َرِ َ َرﺏ‬,ِ‫(إ‬١١٨)  َ َِِ(ْ)ُ‫ن ﻡ‬
َ ُ‫ َ َا‬,َ‫ ًة و‬.َ ِ‫ وَا‬/ً '‫س ُأﻡ‬َ '1‫ ا‬2َ ََ3َ 4 َ ‫َ َء َرﺏ‬7 ََْ‫و‬
(١١٩)  َ َِْ‫س َأﺝ‬
ِ '1‫ وَا‬/ِ '1ِ3ْ‫ ا‬َ ِ‫' َ ﻡ‬1َBَ‫ن ﺝ‬
' =ْ‫ >ﻡ‬4 َ ِ‫ َر ّﺏ‬/ُ ََِ‫ُْ َوﺕَ'@ْ آ‬BَCََ$ 4
َ ِ&َ ِ‫َو‬
Dan kalaulah Tuhanmu menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat
manusia semuanya umat yang satu. (Tetapi Dia tidak berbuat demikian)
dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.

Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka tidak
berselisihan) dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menciptakan
manusia. 3

Daripada ayat di atas dapat difahami bahawa:

• Allah Subhanahu wa Ta‘ala berkuasa untuk menjadikan manusia semuanya


bersepakat di atas satu agama, satu pendapat.

• Akan tetapi Allah sengaja tidak berbuat demikian, maka kerana itulah
manusia sentiasa berbeza pendapat. Dalam ertikata yang lain, menjadi fitrah
manusia untuk saling berbeza pendapat antara satu sama lain.

• Pengecualian adalah bagi mereka yang diberi rahmat oleh Allah Subhanahu
wa Ta‘ala, dimana mereka tidak berbeza pendapat. “Tidak berbeza pendapat”
bukanlah bererti mereka semua bersepakat di atas satu pendapat, akan
tetapi mereka bersikap terbuka kepada beberapa pendapat yang ada
sehingga di sisi mereka, “perbezaan” tersebut sebenarnya adalah satu
“kepelbagaian”.

• Demikian merupakan antara sebab Allah Subhanahu wa Ta‘ala mencipta


manusia, sekali gus menjadi ujian bagi mereka. Orang yang gagal ujian
tersebut dapat dikenali dengan sikapnya yang sentiasa negatif apabila
berhadapan dengan perbezaan pendapat. Orang yang lulus pula, yakni yang
diberi rahmat oleh Allah, dapat dikenali dengan sikapnya yang sentiasa positif
apabila berhadapan dengan kepelbagaian pendapat.

• Berdasarkan ayat di atas juga dapat ditegaskan bahawa usaha sebahagian


orang yang cuba menyatukan umat Islam di atas satu pendapat adalah sia-
sia kerana ia bertentangan dengan fitrah manusia dan kehendak Allah.

• Sebaliknya usaha sebahagian lain yang cuba membuka umat Islam ke arah
bersatu di atas kepelbagaian pendapat, mereka itulah yang berada di atas

3
Hud 11:118-119.

3
jalan yang benar, yang akan mendapat rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala,
insya-Allah.

Apabila saya menyebut “terbuka kepada kepelbagaian pendapat”, ia


sebenarnya memerlukan perincian. Ini kerana kepelbagaian pendapat terbahagi
kepada dua jenis.

• Pertama adalah kepelbagaian yang dibenarkan oleh Islam.

• Kedua adalah kepelbagaian yang dilarang oleh Islam.

4
Kategori Pertama

Kepelbagaian Pendapat Yang Dibenarkan


Islam membenarkan kepelbagaian pendapat apabila berhadapan dengan isu-
isu cabang (furu’) selagi mana pokoknya (ushul) berdiri di atas sesuatu yang
disepakati. Perkara ini dapat diumpamakan kepada sebuah pokok dimana batangnya
hanya satu manakala cabangnya, yakni dahannya, pelbagai bentuk dan panjang.

Demikian jugalah dengan kepelbagaian pendapat yang dibenarkan dalam


Islam. Ia dibenarkan selagi mana kepelbagaian tersebut terhasil daripada pokok atau
ushul yang disepakati. Pokok atau ushul yang dimaksudkan adalah al-Qur’an dan al-
Sunnah yang difahami berdasarkan pemahaman para sahabat dan kaedah-kaedah
ilmu yang digariskan oleh para ilmuan Islam.

Al-Qur’an dan al-Sunnah sahaja tidak mencukupi kerana sejarah telah


membuktikan kewujudan banyak individu atau aliran menyeleweng yang tetap
merujuk kepada al-Qur’an dan al-Sunnah, akan tetapi mereka mentakwilkannya ke
arah kefahaman yang mereka kehendaki sendiri. Maka perlu ditambah dengan syarat
“berdasarkan pemahaman para sahabat” kerana merekalah, para sahabat Rasulullah
radhiallahu 'anhum yang paling memahami tujuan, konteks dan cara mempraktikkan
al-Qur’an dan al-Sunnah.

Adapun “kaedah-kaedah ilmu”, maka yang dimaksudkan ialah ilmu Ushul al-
Tafsir, ilmu Takhrij Hadith, ilmu Ushul al-Fiqh dan sebagainya. Perinciannya adalah
seperti berikut:

• Ilmu Ushul al-Tafsir antara lain merangkumi bentuk penyusunan ayat,


kategori ayat antara Makkiyyah dan Madaniyyah, antara Muhkamat dan
Mutasyabihat, Nasikh dan Mansukh dan pelbagai kaedah dalam menafsirkan
sesebuah ayat.

• Ilmu Takhrij Hadith merujuk kepada kaedah mengambil sesebuah hadis


daripada kitabnya yang asal, menelusuri sanad-sanad atau jalan-jalan
periwayatannya, menyemak kedudukan para perawinya dari sudut al-Jarh wa
al-Ta’dil dan akhirnya menilai darjat hadis tersebut sama ada sahih, hasan,
dhaif dan seterusnya.

• Ilmu Ushul al-Fiqh ialah ilmu yang menggariskan kaedah-kaedah untuk


mengeluarkan hukum daripada nas al-Qur’an dan al-Sunnah. Selain itu
hukum juga boleh dikeluarkan melalui kaedah lain seperti ijma’, qiyas,
istihsan, istihlah, qaul shahabah dan sebagainya.

5
Sebab-Sebab Berlakunya Kepelbagaian Pendapat Kategori
Pertama
Mungkin ada yang bertanya, jika pokok atau ushulnya adalah sesuatu yang disepakati,
kenapakah hasil yang muncul daripadanya adalah pelbagai? Ringkasnya, persoalan ini dapat
dijawab sebagai berikut:

1. Sebahagian nas, yakni ayat al-Qur’an atau al-Sunnah, ada yang memiliki satu
maksud (Qath’ie) manakala sebahagian lain ada yang memiliki beberapa maksud
(Dzanni). Terhadap nas yang memiliki satu maksud, memang tidak ada kepelbagaian
pendapat yang dibenarkan. Akan tetapi bagi nas yang memiliki beberapa maksud,
kepelbagaian pendapat mungkin berlaku dan ini dibenarkan.

2. Setiap hadis perlu dinilai darjat kekuatannya sebelum dapat dijadikan sumber
hukum. Akan tetapi dalam menilai kekuatan hadis, berlaku kepelbagaian pendapat
sehingga sebahagian tokoh mungkin menilai sesebuah hadis sebagai sahih manakala
sebahagian tokoh yang lain mungkin menilai hadis yang sama sebagai dhaif. Ini
adalah kepelbagaian pendapat yang dibenarkan selagi mana tokoh-tokoh tersebut
adalah mereka yang layak untuk menilai darjat hadis.

3. al-Qur’an dan al-Sunnah perlu difahami mengikut kefahaman para sahabat dan
kaedah-kaedah ilmu yang telah digariskan oleh para ilmuan Islam. Namun adakalanya
timbul kepelbagaian dalam memilih metod kefahaman atau kaedah yang paling tepat,
sehingga akhirnya menghasilkan kesimpulan hukum yang pelbagai. Ini sekali lagi
merupakan kepelbagaian yang dibenarkan selagi mana ia terhasil daripada mereka
4
yang layak untuk berijtihad.

4
Contoh-contoh bagi kepelbagaian ini telah saya kemukakan dalam buku Pedoman-Pedoman Bermazhab Dalam Islam
(Jahabersa, Johor Bahru, 2004).

6
Cara Mendapat Rahmat Allah Di Sebalik Kepelbagaian Pendapat
Kategori Pertama

Terdapat tiga cara utama untuk mendapat rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala apabila
berinteraksi dengan kepelbagaian pendapat yang duduk dalam kategori pertama ini. Sebelum
menyenaraikan cara-cara tersebut, ingin saya tegaskan bahawa seseorang itu hendaklah
terlebih dahulu memastikan bahawa sesuatu kepelbagaian pendapat tersebut benar-benar
duduk dalam kategori pertama ini. Jika ragu-ragu atau tidak pasti, cara-cara yang bakal
disenaraikan di bawah tidak boleh dipraktikkan.

Pertama: Menerima Dan Mempraktikkan Semua Pendapat.

Jika di dalam sesuatu perkara terdapat kepelbagaian pendapat, hendaklah diterima


dan dipraktikkan semua pendapat yang wujud dalam kepelbagaian tersebut. Tidak boleh
menerima satu pendapat sahaja kerana ia bererti menyempitkan sesuatu yang luas. Tidak
boleh mempraktikkan satu pendapat sahaja kerana ia akan memberi sangkaan kepada orang
awam bahawa dalam perkara tersebut hanya ada satu pendapat. Malah, sangkaan tersebut
akan beralih kepada satu keyakinan palsu bahawa hanya apa yang dipraktikkan adalah betul
manakala praktik lain adalah salah.

Oleh itu, dengan menjadikan solat berjamaah sebagai contoh, jika imam membaca
Basmalah dengan kuat bagi solat Maghrib, hendaklah dia membaca Basmalah dengan
perlahan bagi solat Isyak. Jika pada hari ini imam membaca doa qunut bagi solat Subuh,
hendaklah pada esok harinya dia tidak membaca doa qunut. Jika imam selepas solat Zohor
berzikir secara perlahan, hendaklah selepas solat Asar dia berzikir dengan kuat atas tujuan
mengajar makmum, dengan syarat zikir tersebut adalah sahih daripada Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam dan ia pula tidak mengganggu makmum yang masbuq.5

Merupakan sesuatu yang amat naïve lagi jumud apabila kita dapati sebahagian orang
masa kini yang berpendapat praktik pelbagai seperti yang saya sebut di atas akan
menyebabkan perpecahan kepada umat Islam. Sebenarnya merekalah yang menyebabkan
perpecahan. Ini kerana sikap mereka yang hanya menerima dan mempraktikan satu pendapat
di antara kepelbagaian pendapat akan memberi sangkaan kepada masyarakat bahawa yang
benar hanyalah apa yang mereka praktikkan manakala apa yang dipraktikkan oleh
masyarakat lain di tempat lain adalah salah.

5
Lebih lanjut tentang hukum membaca Basmalah, doa qunut Subuh dan zikir selepas solat, sila rujuk buku Beberapa
Persoalan Lazim Tentang Solat oleh Mohd. Yaakub Mohd Yunus (Jahabersa, Johor Bahru, 2006).

7
Dr. Abdullah bin Md Zin menjelaskan:

Pihak yang berusaha menyatukan umat Islam dalam satu pendapat yang tidak berbeza tentang
hukum-hukum ibadat, muamalah dan masalah furu’ yang lain, mereka sebenarnya menginginkan sesuatu
yang tidak boleh berlaku. Usaha-usaha mereka untuk menghapuskan perbezaan itu tidak akan
menghasilkan apa-apa selain melebarkan lagi jurang perbezaan dan perselisihan itu sendiri.6

Dari satu sudut, menerima dan mempraktikkan satu pendapat memang kelihatan
seolah-olah menyatukan umat. Akan tetapi ia hanyalah persatuan dari sudut yang amat kecil
dan jangka masa pendek. Jika diukur dari sudut umat Islam sedunia dan dalam jangka masa
panjang, ia sebenarnya adalah perpecahan yang dilarang oleh Islam. Justeru persatuan atau
perpecahan umat Islam sangat bergantung kepada bagaimana cara kita berinteraksi dengan
kepelbagaian pendapat. Hendaklah mereka yang mampu berfikir memikirkan semula hal ini.

Kedua: Memberi Prioriti Kepada Usaha Lain Yang Lebih Penting.

Tidak dinafikan bahawa di dalam sesuatu kepelbagaian pendapat, seorang itu mampu
mengkaji dan mengunggulkan satu pendapat yang paling kuat (rajih). Akan tetapi apa yang
dianggap kuat olehnya mungkin dianggap lemah (marjuh) oleh orang yang lain dan
demikianlah sebaliknya. Perkara ini, yakni timbul tenggelam antara rajih dan marjuh, tidak
pernah akan mengenal titik noktah.

Maka apabila berinteraksi dengan kepelbagaian pendapat yang duduk dalam kategori
pertama ini, seseorang itu hendaklah mempraktikkan Fiqh al-Awlawiyyat. Fiqh al-Awlawiyyat
ialah memberi prioriti kepada perkara yang sememangnya memerlukan prioriti mengikut
tempat, masa dan keadaan. Seorang muslim yang cemerlang, hebat dan mengharapkan
rahmat Allah bukanlah terdiri daripada mereka yang melakukan amalan sesuka hatinya, akan
tetapi adalah mereka yang mampu menilai antara beberapa amalan yang ada, manakah yang
patut diberi tumpuan demi manfaat untuk seluruh umat Islam.

Memerah fikiran dan mengembeling tenaga untuk membeza antara yang rajih dan
marjuh bagi sesuatu kepelbagaian pendapat yang duduk dalam kategori pertama tidak
sepatutnya menjadi prioriti seorang muslim yang hendak mencari rahmat Allah pada masa
dan zaman kini. Terdapat banyak isu lain yang sepatutnya diberi prioriti, seperti membanteras
bid‘ah, membetulkan penyelewengan agama oleh golongan Islam Liberal, Syi‘ah, Orientalis
dan media, berdakwah kepada golongan bukan Islam dan melakukan amar ma’ruf serta nahi
mungkar.

6
Adab Mengendalikan Perbezaan Pendapat Menurut Islam (JAKIM, 2005), ms. 21.

8
Ketiga: Memberi Tumpuan Kepada Pendapat Yang Lebih Memudahkan.

Seandainya di dalam sesuatu kepelbagaian terdapat pendapat atau hukum yang lebih
memudahkan umat Islam, hendaklah diberi tumpuan kepada pendapat atau hukum tersebut.
Ini disebut sebagai Fiqh al-Taysir dan ia memang selari dengan tuntutan al-Qur’an dan al-
Sunnah. Dalam al-Qur’an umpamanya, Allah Subhanahu wa Ta‘ala mengajar kita sebuah doa
yang berbunyi:

َ1َِ‫ِ&ْﻥَ ِإنْ ﻥ‬$‫َا‬Gُ‫ ﺕ‬, َ1'‫َ ﻡَ اآْ(َََ@ْ َرﺏ‬Bََْ‫َ ﻡَ آَََ@ْ َو‬Bَ َBَْ‫ ُوﺱ‬,ِ‫ ﻥًَْ إ‬Iُ '‫ ا‬J ُ َُِّ ,
َ‫َ ﻡ‬1ِّْ َ!ُ‫ ﺕ‬,َ‫َ و‬1'‫َ َرﺏ‬1َِْP ِْ‫ ﻡ‬
َ &ِ '‫ ا‬Kََ Iُ َ(ََْ ََ‫ًا آ‬LْM‫َ ِإ‬1ََْ ْ2ِْ!َ‫ ﺕ‬,َ‫َ و‬1'‫ْﻥَ َرﺏ‬NَOْ$‫َأوْ َأ‬

َ ِLِQ َْ‫َْ ِم ا‬Cْ‫ ا‬Kََ َ‫ْﻥ‬LُSْ‫َ ﻥ‬Q َ‫ﻥ‬,َْ‫@ ﻡ‬ َ ْ‫َ َأﻥ‬1َْْ‫َ وَار‬1َ ْLِْT‫' وَا‬1َ J ُ ْ‫ وَا‬Iِ ِ‫َ ﺏ‬1َ /َ َP َU ,
(٢٨٦)
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengira kami salah jika kami lupa
atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami
bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang
yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan
kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan
kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah
Penolong kami; oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap
7
kaum-kaum yang kafir.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga pernah berpesan:

.‫ُوا‬LXَ1ُ‫ ﺕ‬,َ ‫ُوا َو‬LXYَ‫ُوا َوﺏ‬LXَُ‫ ﺕ‬,َ ‫ُوا َو‬LXَ


Permudahkanlah dan jangan menyusahkan, gembirakanlah dan jangan
8
menakutkan.

Contoh pendapat yang lebih mudah dalam kepelbagaian pendapat yang dibenarkan
adalah syarat yang membolehkan seseorang itu mempraktikkan hukum-hukum musafir.
Secara umumnya pendapat tentang syarat-syarat boleh dibahagikan kepada dua:

7
al-Baqarah 2:286

8
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 69.

9
• Pendapat Pertama adalah yang meletakkan jarak minima dan tempoh maksima
sebelum seseorang itu dapat mempraktikkan hukum-hukum musafir. Pendapat ini
seterusnya terbahagi kepada beberapa pendapat yang lain. Masyhur di Malaysia, jarak
minima ditetapkan sebagai 90 kilometer manakala tempoh maksimun ialah 3 hari. Jika
seseorang itu membuat satu perjalanan yang melebihi 90 kilometer dan keseluruhan
perjalanan itu pula kurang daripada 3 hari, maka dia boleh mengqasarkan solatnya
dan berbuka jika dia sedang berpuasa.

• Pendapat Kedua adalah yang tidak meletakkan apa-apa jarak minima atau tempoh
maksima. Asalkan seseorang itu membuat satu perjalanan yang melebihi kebiasaan
dan tidak berniat untuk menetap dalam perjalanan tersebut, dia boleh mengqasarkan
solatnya dan berbuka jika dia sedang berpuasa.

Jika dianalisa, Pendapat Kedua adalah lebih memudahkan dan mendekati tujuan
syari‘at Islam yang ingin mengelakkan kesukaran bagi seorang yang sedang bermusafir. Ini
kerana individu yang berlainan akan menghadapi kadar kesukaran yang berbeza antara satu
sama lain dalam perjalanan yang saling berlainan. Menetapkan syarat yang sama bagi semua
individu dalam semua perjalanan menjauhi tujuan syari‘at di sebalik hukum musafir itu
9
sendiri.

Adakalanya sebahagian orang keberatan untuk menyampaikan sesuatu yang


memudahkan umat kerana sikap berhati-hati dan bimbang kemudahan tersebut akan
diperlecehkan oleh masyarakat. Keberatan ini tidak sepatutnya timbul kerana dua sebab:

1. Sikap berhati-hati memang baik, namun hendaklah juga berhati-hati agar sikap
tersebut tidak diletakkan pada tempat yang salah. Dalam kes ini, sikap berhati-hati
tidak boleh dijadikan alasan untuk menyembunyikan sesuatu yang mudah kerana
kemudahan itu sendiri merupakan roh atau tujuan syari‘at Islam. Menyembunyikan
sesuatu yang mudah bererti menyembunyikan Islam yang sebenar dan seseorang itu
lebih patut berhati-hati daripada melakukan kesalahan seumpama ini.

2. Orang yang memperlecehkan hukum agama bukanlah mereka yang mempraktikkan


kemudahan agama secara berlebih-lebihan, akan tetapi adalah mereka yang tidak
mempraktikkan apa-apa hukum agama. Oleh itu tidak perlu bimbang akan
kemungkinan sesuatu kemudahan agama akan diperlecehkan oleh masyarakat. Malah
sesuatu yang lebih patut dibimbangkan ialah, kenapa sebahagian masyarakat tidak
mempraktikkan apa-apa hukum agama? Mungkinkah, saya ulang: mungkinkah salah
satu daripada faktor utama adalah kerana mereka selama ini dipaksa dengan pelbagai
hukum yang berat dan azab yang menakutkan sehingga akhirnya mereka berputus
asa dan menjauhkan diri daripada agama? Saya buka soalan ini untuk renungan para
pembaca sekalian.

9
Lebih lanjut, rujuk buku Sembahyang Jamak dan Qasar Adalah Sedekah Allah oleh Mohd. Yaakub bin Mohd. Yunus
(Jahabersa, Johor Bahru, 2005).

10
Kategori Kedua

Kepelbagaian Pendapat Yang Dilarang


Kepelbagaian pendapat adalah dilarang jika ia terhasil bukan daripada pokok (ushul)
yang disepakati. Dalam susunan kata yang lain, kepelbagaian yang terhasil daripada sumber
yang lain daripada al-Qur’an dan al-Sunnah, atau berdasarkan kefahaman yang berbeza
dengan pemahaman para sahabat dan kaedah-kaedah ilmu, maka ia tidak dibenarkan dalam
Islam.

Sebab-Sebab Berlakunya Kepelbagaian Pendapat Kategori


Kedua
Kepelbagaian pendapat dalam kategori kedua ini terhasil disebabkan oleh kesalahan dalam
menentukan apakah yang menjadi pokok (ushul) dalam agama ini. Di antara kesalahan-
kesalahan pokok tersebut adalah:

1. Menjadikan para tokoh agamawan seperti syaikh, imam dan ustaz sebagai sumber
pokok agama sehingga menerima apa sahaja pendapat dan hukum yang mereka
keluarkan.

Ini adalah satu kesalahan kerana peranan para syaikh, imam dan ustaz adalah
menyampaikan al-Qur’an dan al-Sunnah berdasarkan pemahaman sahabat dan
kaedah-kaedah ilmu, bukannya menggantikan al-Qur’an dan al-Sunnah dengan teori
atau kaedah tersendiri. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

ُْ(ْ‫َ َز‬1َ‫َ ِ\نْ ﺕ‬Q ُْْ1ِ‫ ﻡ‬Lِ ْ‫ﺱُ َل َوأُوِ] ا>ﻡ‬L' ‫ُِا ا‬U‫ َوَأ‬Iَ '‫ُِا ا‬U‫ُا َأ‬1َ‫ _ﻡ‬ َ ِ&'‫َ ا‬B ‫يا َأ‬
ٌLَْ$ 4َ ِ‫ َذ‬Lِ ِ$b‫ وَاَْْ ِم ا‬Iِ ' ِ‫ن ﺏ‬
َ ُ1ِ‫ْﻡ‬Gُ‫ْ(ُْ ﺕ‬1ُ‫ﺱُ ِل ِإنْ آ‬L' ‫ وَا‬Iِ '‫ ا‬Kَ‫ ِإ‬cُ ‫دو‬Lُ َQ ‫َ]ْ ٍء‬7 ]ِQ
(٥٩)  ِ‫ْو‬Nَ‫ ﺕ‬ ُ َْ‫َوَأ‬
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah
kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang
berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah
(berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya -
jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian
10
adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

10
al-Nisa’ 4:59

11
]
َ ِgُCَ 2ِ ْSَْ‫ ا‬/ُ ََِ‫ آ‬,َْ‫ َو‬Iُ '‫ ا‬Iِ ِ‫ْ َذنْ ﺏ‬Nَ َْ َ‫ ﻡ‬
ِ ّ.ِ ‫ ا‬
َ ِ‫ُْ ﻡ‬Bَ ‫ُا‬Lَ َ7 ‫آَ ُء‬Lَ ُ7 ُْBَ ْ‫َأم‬
(٢١) ٌِ‫ُْ َ&َابٌ َأ‬Bَ  َ ِِ 'i‫ن ا‬
' ‫ُْ َوِإ‬Bَ1َْ‫ﺏ‬
Adakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang
11
mensyari‘atkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan oleh Allah?

Oleh itu umat Islam perlu membetulkan mind set mereka terhadap para tokoh
agamawan. Pembetulan yang saya maksudkan bukanlah “membuang” mereka secara
total, akan tetapi membetulkan peranan mereka menjadi “penyampai” al-Qur’an dan
al-Sunnah dan bukannya “pengganti” al-Qur’an dan al-Sunnah.

Demikian juga, para agamawan hendaklah menyampaikan ilmu agama secara ilmiah
dan amanah. Sesiapa yang menyampaikan ajaran agama dengan hadis yang tidak
diketahui sumbernya, hukum yang tidak diketahui sumber asalnya dan pendapat yang
tidak diterangkan kaedahnya, tidak boleh dimasukkan ke dalam kategori “para
agamawan”.

2. Menjadikan amalan masyarakat dan adat tradisi sebagai hujah agama sehingga apa
yang dilakukan oleh majoriti dijadikan dalil yang yang mengatasi al-Qur’an dan al-
Sunnah. Ini juga adalah satu kesalahan kerana amalan masyarakat dan adat tradisi
bukanlah hujah agama. Sikap seperti ini pernah dikritik dalam al-Qur’an:

‫ن‬
َ َ‫ _ﺏَ َءﻥَ َأ َوَْ آ‬Iِ ََْ َ1َْْ‫ ﻡَ َأ‬jُ ِ'(َ‫ْ ﻥ‬2َ‫َ ُا ﺏ‬P Iُ '‫ُ ُ اﺕ'ُِا ﻡَ َأﻥْ َ َل ا‬Bَ 2َ ِP ‫َإِذَا‬
(١٧٠) ‫ن‬ َ ‫ُو‬.َ(ْBَ ,َ‫ً و‬kَْ7 ‫ن‬ َ ُِCَْ , ُْ‫_ﺏَ ُؤه‬
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Turutlah akan apa yang telah
diturunkan oleh Allah”, mereka menjawab: “(Tidak), bahkan kami (hanya)
menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya.” Patutkah
(mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu
(apa pun tentang perkara-perkara agama), dan tidak pula mendapat
12
petunjuk hidayah (dari Allah)?

3. Menjadikan jamaah masing-masing sebagai tujuan beragama. Ini berleretan sehingga


menganggap jamaah tersendiri adalah yang paling benar dan paling baik berbanding
mana-mana jamaah yang lain. Hasilnya, setiap jamaah akan ada ciri-ciri tersendiri
yang dijadikan dalil agama sehingga membelakangkan al-Qur’an dan al-Sunnah.

11
al-Syura 42:21

12
al-Baqarah 2:170

12
Sikap seperti ini merupakan satu kesalahan yang amat berat sebagaimana amaran
daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

َِ‫ب ﺏ‬
ٍ ْ ِ 2 ُ‫ًَِ آ‬7 ‫ُْ َوآَ ﻥُا‬Bَ1 ِ‫ُا د‬PL' َQ 
َ ِ&'‫ ا‬
َ ِ‫(ﻡ‬٣١) 
َ ِ‫آ‬Lِ ْYُْ‫ ا‬
َ ِ‫ ﺕَُﻥُا ﻡ‬,َ‫و‬
(٣٢) ‫ن‬ َ ُLِ َQ ِْBْ .َ َ
Dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik, Iaitu
orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut
kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak;
tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan
13
amalan masing-masing).

4. Menjadikan kedudukan, kemasyhuran dan kepentingan sendiri sebagai agenda


beragama, sehingga ke tahap sanggup menyampaikan pendapat atau hukum yang
menyelisihi kefahaman yang benar terhadap al-Qur’an dan al-Sunnah.

Orang yang memiliki kedudukan, kemasyhuran dan kepentingan hendaklah menyedari


bahawa semua itu adalah ujian daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Maka hendaklah
dia lulus ujian tersebut dengan menjadikan semua kelebihan yang Allah kurniakan
untuk menegakkan kebenaran. Firman Allah:

ْ2َ‫ ِْ ٍ ﺏ‬Kََ Iُ ُ(ِ‫َ َل ِإﻥ'َ أُوﺕ‬P '1ِ‫ ﻡ‬/ً َِْ‫ ﻥ‬cُ َ1ْ' َ$ ‫ُ ' ِإذَا‬p َ‫ َدَ ﻥ‬Lq ُ‫ن ﺽ‬َ َْ‫ﻥ‬s‫ ا‬t ' َ‫َ ِ\ذَا ﻡ‬Q
(٤٩) ‫ن‬ َ ََُْ , ُْ‫ه‬Lَ َuْ‫ َأآ‬
' َِ‫ٌ َو‬/َ1ْ(ِQ ]
َ ِ‫ه‬
Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa
kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat
(sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah dia (dengan sombongnya):

“Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian


yang ada padaku.”

(Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang
tersebut adalah ujian (adakah dia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi
14
kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).

Orang yang gagal dalam ujian ini adalah mereka yang menyalahgunakan kelebihan
yang Allah kurniakan. Kegagalan tersebut pula berpunca daripada pelbagai penyakit
hati yang dialaminya. Ketahuilah bahawa antara penyakit hati tersebut adalah hasad
dengki dan inilah punca utama yang menyebabkan perpecahan. Allah Subhanahu wa
Ta‘ala menerangkan hakikat ini:

13
al-Rum 30:31-32.

14
al-Zumar 39:49.

13
‫ب‬
َ َ(ِْ‫ُ ُ ا‬Bََ‫ َوَأﻥْ َ َل ﻡ‬ َ ِ‫ْ ِ&ر‬1ُ‫ َوﻡ‬
َ Lِ ِY
ّ َُ‫ ﻡ‬
َ ِِّ'1‫ ا‬Iُ '‫ ا‬w
َ َََQ ‫ ًة‬.َ ِ‫ وَا‬/ً '‫س ُأﻡ‬ ُ '1‫ن ا‬ َ ‫َا‬
.ِ َْ‫ ﻡِْ ﺏ‬cُ ُ‫ أُوﺕ‬ َ ِ&'‫ ا‬,ِ‫ إ‬Iِ ِQ J َ ََ(ْ$‫ َوﻡَ ا‬Iِ ِQ ‫ْ(ََُا‬$‫َِ ا‬Q ‫س‬ ِ '1‫ ا‬ َ َْ‫ َِ!ُْ َ ﺏ‬#
ِّ َ!ْ ِ‫ﺏ‬
ُْBَ1َْ‫ت ﺏًَْ ﺏ‬
ُ َ1ِّ َْ‫ُ ُ ا‬Bْ‫ﻡَ ﺝَ َءﺕ‬
Pada mulanya manusia ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang
satu, tetapi setelah itu mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-
nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman
dengan balasan Syurga), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang
ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-
nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang)
benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang
mereka perselisihkan.

Dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-


orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah
datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka
15
berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri.

15
al-Baqarah 2:213.

14
Cara Mendapat Rahmat Allah Di Sebalik Kepelbagaian Pendapat
Kategori Kedua

Jelas bahawa sebab-sebab yang menghasilkan kepelbagaian pendapat dalam kategori


kedua adalah salah. Namun kita tetap perlu berusaha mencari rahmat Allah Subhanahu wa
Ta‘ala dalam berinteraksi dengannya. Untuk mencari rahmat tersebut, hendaklah kita:

Pertama: Berbaik sangka.

Sekalipun sebab-sebab yang saya senaraikan di atas adalah jelas salah, hendaklah kita cuba
berbaik sangka kepada orang yang terjebak dalam kepelbagaian kategori kedua ini.
Sebabnya, berbaik sangka adalah sesuatu yang memang dituntut oleh Islam dalam
perhubungan antara sesama umat. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

ْxَ(َْ ,َ‫َ'ُا و‬3َ‫ ﺕ‬,َ‫ٌْ و‬p‫ ِإ‬ ِّ 'i‫ ا‬y َ َْ‫ن ﺏ‬ ' ‫ ِإ‬
ِّ 'i‫ ا‬ َ ِ‫ًا ﻡ‬Lِuَ‫ُِا آ‬1َ(ْ‫ُا اﺝ‬1َ‫ _ﻡ‬ َ ِ&'‫َ ا‬B ‫ َ َأ‬
ٌ‫ ﺕَ 'اب‬Iَ '‫ن ا‬
' ‫ ِإ‬Iَ '‫ُا ا‬C'‫ وَاﺕ‬cُ ُُ(ْ‫ه‬Lِ ََQ ً(َْ‫ ﻡ‬Iِ ِ$‫ َ!ْ َ َأ‬2َ ُ‫ْآ‬Nَ ْ‫آُْ َأن‬.ُ َ‫ َأ‬x
 ِ!ُ ‫ً َأ‬gَْ‫ُُْ ﺏ‬gَْ‫ﺏ‬
(١٢) ٌِ‫َر‬
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan
(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya
sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa;

Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban


orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.

Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah
mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.
(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu
16
kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Berbaik sangka yang saya maksudkan adalah dari beberapa segi:

1. Mungkin orang yang terjebak dalam kepelbagaian kategori kedua yang dilarang ini
benar-benar tidak tahu bahawa dia sedang melakukan satu kesalahan dan selama ini
tidak ada orang yang menerangkan kepadanya bahawa ia adalah salah.

2. Mungkin berlaku salah faham (misunderstanding) atau salah hubungan


(miscommunication) sehingga apa yang disandarkan sebagai satu kesalahan di sisi
seseorang sebenarnya tidak berasal daripada orang tersebut.

16
Hujurat 49:12.

15
3. Mungkin orang yang dianggap melakukan kesalahan sebenarnya memiliki hujah yang
betul dan ia tidak diketahui oleh pihak yang menganggap ia salah. Maka apa yang
pada awalnya dianggap salah sebenarnya adalah betul dan persoalan tersebut
sebenarnya duduk dalam kepelbagaian yang dibenarkan (Kategori Pertama) dan
bukan kepelbagaian yang dilarang (Kategori Kedua).

Maka atas kemungkinan-kemungkinan di atas, apabila berinteraksi dengan orang yang


pada zahirnya kelihatan duduk dalam kepelbagaian kategori kedua, janganlah
dimulakan dengan sangkaan buruk kepadanya tetapi mulakanlah dengan sangkaan
baik terhadapnya.

Kedua: Menggariskan format perbincangan.

Perbincangan sahaja tidak akan membuahkan hasil yang bermanfaat jika tidak ditetapkan
terlebih dahulu format perbincangan. Oleh itu apabila ingin melakukan perbincangan dalam
sesuatu persoalan yang duduk dalam kepelbagaian kategori kedua ini, hendaklah terlebih
dahulu menggariskan format perbincangan. Format perbincangan yang dimaksudkan ialah
mencari dan bersetuju ke atas sesuatu pendapat yang paling mendekati al-Qur’an dan al-
Sunnah berdasarkan kefahaman para sahabat dan kaedah-kaedah ilmu. Format ini disebut
oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala di dalam al-Qur’an:

Lِ ِ$b‫ وَاَْْ ِم ا‬Iِ ' ِ‫ن ﺏ‬


َ ُ1ِ‫ْﻡ‬Gُ‫ْ(ُْ ﺕ‬1ُ‫ﺱُ ِل ِإنْ آ‬L' ‫ وَا‬Iِ '‫ ا‬Kَ‫ ِإ‬cُ ‫دو‬Lُ َQ ‫َ]ْ ٍء‬7 ]ِQ ُْ(ْ‫َ َز‬1َ‫َ ِ\نْ ﺕ‬Q ‫ي‬
َ
(٥٩)  ِ‫ْو‬Nَ‫ ﺕ‬ ُ َْ‫ٌ َوَأ‬Lَْ$ 4 َ ِ‫َذ‬
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka
hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah)
RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian
adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. 17

Ketiga: Berbincang melalui adab Islam.

Lanjutan daripada sikap berbaik sangka, hendaklah kita berbincang dan bertukar pendapat
dengan mereka yang pada zahirnya kelihatan duduk dalam kategori kedua ini secara hikmah,
lemah lembut dan bijaksana. Sikap seperti ini sememangnya dituntut oleh Islam sebagaimana
firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

َ ُ‫ ه‬4
َ '‫ن َرﺏ‬
' ‫ ِإ‬
ُ َْ‫] َأ‬
َ ِ‫ُْ ﺏِ '(ِ] ه‬Bْ‫ َوﺝَ ِد‬/ِ َ1ََ!ْ‫ ا‬/ِ َiَِْْ‫ وَا‬/ِ َِْ!ْ ِ‫ ﺏ‬4 َ ِ‫ َر ّﺏ‬2ِ َِ‫ ﺱ‬Kَ‫ع ِإ‬
ُ ْ‫اد‬
(١٢٥)  َ ِ.َ(ْBُْ ِ‫ َوهُ َ َأَْ ُ ﺏ‬Iِ َِِ‫ َْ ﺱ‬2' َ‫َأَْ ُ ﺏَِْ ﺽ‬
Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran
yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara
yang lebih baik; sesungguhnya Tuhan-mu Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan

17
al-Nisa’ 4:59

16
orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang-
orang yang mendapat hidayah petunjuk. 18

Berikut diterangkan beberapa adab Islam dalam melakukan perbincangan:

• Bersikap lemah lembut dalam menggunakan perkataan, susunan ayat, nada dan
gerak badan (body language). Ini kerana sikap berlemah lembut adalah sesuatu yang
dituntut oleh Islam dalam semua suasana. Pesan Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam:

.Iِ Xُ‫ آ‬Lِ ْ‫ِ] ا َ>ﻡ‬Q #


َ ْQLX ‫ ا‬x
 ِ!ُ Iَ '‫ن ا‬
' ‫ِإ‬
19
Sesungguhnya Allah menyukai sikap lemah lembut dalam segala urusan.

• Bersabar seandainya rakan perbincangan memiliki adab yang kurang baik. Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

,َ ‫ ا'&ِي‬
ِ ِ‫ْﻡ‬Gُْ‫ًا ﻡِْ ا‬Lْ‫َ ُ َأﺝ‬iْ‫ َأذَاهُْ َأ‬Kََ Lُ ِْSَ ‫س َو‬َ '1‫ ا'&ِي ُ)َ ِ{ُ ا‬ ُ ِ‫ْﻡ‬Gُْ‫ا‬
.ُْ‫ َأذَاه‬Kََ Lُ ِْSَ ,َ ‫س َو‬
َ '1‫ ُ)َ ِ{ُ ا‬
Seorang mukmin yang bergaul bersama manusia dan bersabar atas sikapnya yang
menyakitkan adalah lebih besar ganjarannya daripada seorang mukmin yang tidak
bergaul dengan manusia dan tidak bersabar atas sikapnya yang menyakitkan. 20

• Selain bersabar, hendaklah mencontohkan adab perbincangan lebih baik kerana ia


memiliki manfaat yang besar di sebaliknya. Allah Subhanahu wa Ta‘ala menasihatkan:

Iُ '‫َﻥ‬Nَ‫َا َوةٌ آ‬.َ Iُ َ1َْ‫ َوﺏ‬4


َ َ1َْ‫َ\ِذَا ا'&ِي ﺏ‬Q 
ُ َْ‫] َأ‬
َ ِ‫ْ ﺏِ '(ِ] ه‬jَQْ‫ اد‬/ُ َkِّ '‫ ا‬,َ‫ و‬/ُ َ1ََ!ْ‫ ﺕَْ(َِي ا‬,َ‫و‬
(٣٤) ٌَِ ] q ِ‫َو‬
Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah
(kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila
engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan

18
al-Nahl 16:125.

19
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 2165.

20
Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah – hadis no:
4032.

17
terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat
21
karib.

• Tidak menggelar rakan perbincangan dengan sesuatu yang negatif seperti “Kamu
orang Wahabi!”, “Geng anda memang dari kalangan Jamaah Tabligh yang jumud!”,
“Tariqat seperti kamu sah sesat!” dan sebagainya. Menggelar dan melabel sesama
umat Islam dengan sesuatu yang negatif adalah kesalahan yang besar seperti yang
diperingatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam ayat berikut:

ٌ‫ ﻥَِ ء‬,َ‫ُْ و‬Bْ1ِ‫ًا ﻡ‬Lَْ$ ‫ َأنْ َُﻥُا‬Kََ ‫َْ ٍم‬P ِْ‫َمٌ ﻡ‬P ْLَ)َْ , ‫ُا‬1َ‫ _ﻡ‬ َ ِ&'‫َ ا‬B ‫يا َأ‬
َ
t
َ ْkِ‫ب ﺏ‬
ِ َCْ> ِ‫َ ﺏَ ُوا ﺏ‬1َ‫ ﺕ‬,َ‫ ﺕَِْ ُوا َأﻥَُُْْ و‬,َ‫ و‬ ' ُBْ1ِ‫ا ﻡ‬Lً َْ$ 
' َُ ْ‫ َأن‬Kََ ‫ﻡِْ ﻥَِ ٍء‬
(١١) ‫ن‬ َ ُِ 'i‫ هُ ُ ا‬4َ ِkَ‫ُو‬NَQ ْxُ(َ َْ َْ‫ َ نِ َوﻡ‬s‫ ا‬.َ َْ‫ق ﺏ‬ُ ُُْ‫ﺱْ ُ ا‬,‫ا‬
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu kumpulan (dari kaum
lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan lelaki yang lain,
(kerana) mungkin kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada
mereka; dan janganlah pula sesuatu kumpulan dari kaum perempuan
mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan perempuan yang lain,
(kerana) mungkin kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada
mereka;

Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain;


dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain
dengan gelaran yang buruk.

(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya


menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada
seseorang) sesudah dia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak
bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang
22
zalim.

21
Catatan tambahan, hadis di atas ditujukan kepada mereka yang memiliki jatidiri yang kuat sehingga mampu
membimbing mereka yang memiliki sikap yang buruk ke arah kebaikan. Adapun bagi mereka yang memiliki jatidiri
yang rendah, hadis berikut menjadi rujukan:

ْ‫ َوِإﻡ' َأن‬Iُ ْ1ِ‫ع ﻡ‬


َ َ(َْ‫ َوِإﻡ' َأنْ ﺕ‬4َ َ &ِ ْ!ُ ْ‫ ِإﻡ' َأن‬4ِ ِْْ‫ ا‬2ُ ِ‫َ!َ ﻡ‬Q Lِ ِْ‫} ا‬ ِ ِQ َ‫ َوﻥ‬4
ِ ِْْ‫ ا‬2ِ ِ‫ ا'ْ ِء آَ!َ ﻡ‬t
ِ َِ3ْ‫~ وَا‬
ِ ِ 'S‫ ا‬t
ِ َِ3ْ‫ ا‬2ُ َuَ‫ِإﻥ'َ ﻡ‬
./ً َuَِ$ ً! ِ‫ ر‬.َ ِ3َ‫ َوِإﻡ' َأنْ ﺕ‬4َ َ‫َِ ﺏ‬p ‫ق‬َ Lِ ْ!ُ ْ‫ ِإﻡ' َأن‬Lِ ِْ‫} ا‬
ُ ِQ َ‫ َوﻥ‬/ً َXَU ً! ِ‫ ر‬Iُ ْ1ِ‫ ﻡ‬.َ ِ3َ‫ﺕ‬

Sesungguhnya perumpamaan teman yang salih dan teman yang buruk hanyalah seumpama pembawa
minyak wangi dan peniup tungku api seorang tukang besi. Bagi pembawa minyak wangi, boleh jadi sama
ada dia memberinya kepada kamu (minyak wangi) atau kamu membeli daripadanya (minyak wangi) atau
kamu mendapat bau harum daripadanya. Bagi peniup tungku api seorang tukang besi, boleh jadi sama ada
ia akan membakar pakaian kamu (kerana kesan tiupan api) atau kamu mendapat bau yang tidak sedap
daripadanya (bau besi). [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam kitab Shahihnya – hadis no: 2628]

22
Fussilat 41:34.

18
Keempat: Menjauhi perdebatan.

Hendaklah dijauhi perdebatan kerana ia hanya akan menyebabkan berlakunya


kebencian dan kezaliman antara sesama mukmin. Malah suasana perdebatan akan “memaksa”
seseorang itu terus berhujah sekali pun dia sendiri sedar bahawa hujahnya adalah lemah,
bahkan salah. Perdebatan hanya dibolehkan jika dapat dipastikan bahawa manfaatnya adalah
jauh lebih besar daripada mudaratnya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

ِ{َ‫ِ] َوﺱ‬Q @
ٍ َِْ‫ َوﺏ‬Cِ!ُ‫ن ﻡ‬َ َ‫َا َء َوِإنْ آ‬Lِْ‫ك ا‬َ Lَ َ‫ َِْ ﺕ‬/ِ '1َ3ْ‫ ا‬y
ِ َ‫ِ] َرﺏ‬Q @ ٍ َِْ‫َأﻥَ َزٌِ ﺏ‬
.Iُ َCُُ$ 
َ 'َ َِْ /ِ '1َ3ْ‫ ا‬Kَْ‫ِ] َأ‬Q @ ٍ َِْ‫ن ﻡَ ِزً َوﺏ‬ َ َ‫ب َوِإنْ آ‬
َ &ِ َْ‫ك ا‬
َ Lَ َ‫ َِْ ﺕ‬/ِ '1َ3ْ‫ا‬
Saya menjamin satu rumah di pinggir syurga bagi orang yang meninggalkan
perdebatan sekalipun dia benar, satu rumah di tengah syurga bagi orang yang
meninggalkan penipuan sekalipun bergurau dan satu rumah di tempat tertinggi
dalam syurga bagi orang yang baik akhlaknya. 23

Termasuk dalam adab menjauhi perdebatan adalah berwaspada seandainya sesuatu


perbincangan yang dimulakan dengan adab Islam akan berubah menjadi satu perdebatan.
Oleh itu hendaklah sentiasa prihatin kepada tanda-tanda yang bakal mengubah satu
perbincangan kepada perdebatan, seperti:

• Sikap berlemah lembut mula berubah kepada perkataan yang kesat, bahasa yang
kasar, nada yang tinggi dan gerak badan yang mengancam.

• Format perbincangan berubah daripada ilmiah kepada emosi.

• Mula timbul gelaran-gelaran yang negatif.

Apabila timbul tanda-tanda di atas atau apa-apa yang seumpama, hendaklah menarik
diri daripada perbincangan tersebut dengan kata-kata yang baik, seperti:

Kelihatan perbincangan ini semakin jauh daripada adab-adab Islam. Maka saya
berhenti dan menarik diri di sini. Terima kasih kerana sudi bertukar pandangan dengan saya.

Menarik diri bukan bererti mengalah, akan tetapi kerana mencari rahmat Allah di sebalik
kepelbagaian pendapat yang sedang di hadapi saat itu. Perhatikan ayat berikut:

‫' ﺏِ '&ِي‬1َ‫ُُا _ﻡ‬P‫ُْ َو‬Bْ1ِ‫ ََُا ﻡ‬َ ِ&'‫ ا‬,ِ‫ إ‬ُ َْ‫] َأ‬ َ ِ‫ ﺏِ '(ِ] ه‬,ِ‫ب إ‬ ِ َ(ِْ‫ ا‬2َ ْ‫َ ِدُا َأه‬3ُ‫ ﺕ‬,َ‫و‬
(٤٦) ‫ن‬ َ ُُِْ‫ ﻡ‬Iُ َ 
ُ ْ!َ‫ٌ َوﻥ‬.ِ‫ُُْ وَا‬Bَ‫َ َوِإ‬1ُBَ‫َ َوُأﻥْ ِ َل ِإَُْْ َوِإ‬1َْ‫ُأﻥْ ِ َل ِإ‬
Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih
baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah
(kepada mereka yang berlaku zalim): “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang

23
Hasan: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud – hadis no:
4800.

19
diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada
kamu; dan Tuhan kami juga Tuhan kamu adalah Satu; dan kepada-Nyalah kami
patuh dengan berserah diri.” 24

Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta‘ala menerangkan cara untuk kita
berhadapan dengan kaum Ahli Kitab, iaitu kaum Yahudi dan Nasrani. Allah melarang kita
daripada berbahas atau berdebat dengan mereka melainkan dengan cara yang lebih baik.
Cara yang lebih baik tersebut ialah perbincangan yang menepati adab-adab Islam. Jika kaum
Ahli Kitab bersikap zalim, seperti ingin meneruskan perdebatan, maka kita menarik diri
daripada perdebatan tersebut dengan kata-kata yang baik, yang menyedarkan mereka
tentang hakikat yang sebenar.

Kelima: Bersikap adil dalam menerima hasil perbincangan.

Adil adalah salah satu sikap yang membentuk mukmin yang bertaqwa. Allah Subhanahu wa
Ta‘ala berfirman:

,َ‫ أ‬Kََ ‫َْ ٍم‬P ‫ن‬


ُ ‚َ1َ7 ُْ'1َ‫ﻡ‬Lِ ْ3َ ,َ‫ِْ{ِ و‬Cْ ِ‫َا َء ﺏ‬.َBُ7 Iِ 'ِ َ ِ‫َ'اﻡ‬P ‫ُا آُﻥُا‬1َ‫َ ا'&ِ َ _ﻡ‬B ‫ َ َأ‬
( ٨) ‫ن‬َ ََُْ‫ٌ ﺏَِ ﺕ‬Lَِ$ Iَ '‫ن ا‬
' ‫ ِإ‬Iَ '‫ُا ا‬C'‫َْى وَاﺕ‬C'(ِ ‫ب‬
ُ Lَ ْP‫ُا هُ َ َأ‬.ِ ْ‫ُا ا‬.ِ َْ‫ﺕ‬
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi
orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran;
dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu
kepada tidak melakukan keadilan.

Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih
hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha
25
Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Oleh itu seorang mukmin yang bertaqwa hendaklah bersikap adil sebelum, semasa
dan selepas perbincangan. Adil sebelum perbincangan adalah berbaik sangka, adil semasa
perbincangan adalah bersikap lemah lembut manakala adil selepas perbincangan adalah:

• Jika rakan perbincangan mengakui kesalahannya, maka hendaklah bersyukur kepada


Allah. Janganlah pula mengejek rakan tersebut atau mengungkit-ungkit kesalahannya
yang lama.

Jika rakan perbincangan juga memiliki dalil dan hujah yang betul, hendaklah diakui
kesalahan kita sendiri yang pada awalnya telah menganggap persoalan tersebut duduk
dalam kepelbagaian yang dilarang (Kategori Kedua). Seterusnya hendaklah kita

24
Al-Ankabut 29:46.

25
al-Maidah 5:08.

20
menerima serta mempraktikkan dalil dan hujah tersebut dan mendudukkannya dalam
kepelbagaian yang dibenarkan (Kategori Pertama).

• Jika rakan perbincangan tetap berdegil dengan kesalahannya, hendaklah dianalisa


dua kemungkinan berikut:

1. Mungkinkah dia berdegil kerana kesilapan kita sendiri yang berbincang


dengannya secara keras dan tidak berhikmah? Jika ini adalah faktornya,
hendaklah dianalisa diri sendiri dan mengubah cara berbincang pada masa-
masa akan datang.

2. Mungkin dia menerima kesalahannya, akan tetapi sukar baginya untuk


mengakui kesalahan tersebut secara serta merta. Jika ini adalah faktornya,
maka berilah dia ruang untuk berfikir dan mengubah pendapatnya secara
bertahap-tahap.

• Jika kesalahan yang dilakukan oleh rakan perbincangan telah tersebar luas di
kalangan masyarakat, hendaklah dijelaskan kepada masyarakat akan kesalahan
tersebut. Walaubagaimanapun penjelasan ini hendaklah dilakukan secara adil dan
tanpa menghina rakan tersebut (rujuk semula ayat 11 surah al-Hujerat). Tindakan
menghina bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam tetapi juga menutup ruang
untuk dia mengakui kesalahannya dan bertaubat pada masa-masa kemudian.

Antara Persatuan Umat Dan Kepelbagaian Pendapat


Apabila menyentuh isu perbezaan pendapat, saya dapati kebanyakan orang, termasuk
para ilmuan, agamawan dan ahli fikir, mengaitkannya kepada isu persatuan umat Islam.
Ringkasnya, mereka cuba menyelesaikan cabaran perbezaan pendapat dengan menyeru umat
Islam agar meninggalkan perbezaan tersebut dan memberi tumpuan kepada persatuan umat
Islam. Persatuan umat Islam memang penting, namun saya melihat ada beberapa kelemahan
apabila dikaitkan dengan isu perbezaan pendapat, iaitu:

Pertama:

Apabila diseru kepada persatuan umat dengan cara menghindari perbezaan pendapat,
seolah-olah diseru kepada umat Islam agar jangan berbeza pendapat.

Ini adalah cara yang salah kerana berbeza pendapat adalah fitrah manusia dan
kehendak Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana yang dijelaskan pada awal penulisan ini.
Maka cara yang benar bukan menyeru umat untuk menghindari perbezaan pendapat tetapi
mengajar umat cara berinteraksi dengan kepelbagaian pendapat.

Kedua:

21
Kepelbagaian pendapat itu sendiri terbahagi kepada dua kategori, pertama yang
dibenarkan dan kedua yang dilarang. Kedua-dua jenis kepelbagaian ini memerlukan cara yang
berbeza untuk berinteraksi dengannya. Setakat pengamatan saya, seruan ke arah persatuan
umat Islam di sebalik kepelbagaian pendapat jarang-jarang membahagikan kepelbagaian
tersebut kepada yang dibenarkan dan yang dilarang.

Sebetulnya, kedua-dua jenis kepelbagaian memiliki cara yang berbeza untuk


berinteraksi dengannya apabila dikaitkan kepada persatuan umat. Ia seperti berikut:

• Persatuan umat diunggulkan apabila berhadapan dengan kepelbagaian kategori


pertama. Ini kerana persatuan umat melibatkan isu pokok (ushul) agama manakala
kepelbagaian kategori pertama melibatkan isu cabang (furu’) agama, maka tidak
boleh isu cabang diunggulkan di atas isu pokok.

• Perbincangan bagi menyelesaikan kepelbagaian kategori kedua diunggulkan


berbanding persatuan umat Islam. Ini kerana kepelbagaian kategori kedua melibatkan
isu pokok (ushul) agama yang jika tidak ditangani dengan bijak, akan merosakkan
pokok yang lain, iaitu persatuan umat Islam.

Sebagai contoh, fahaman anti hadis, aliran Syi‘ah, pemikiran Islam Liberal dan amalan
bid’ah tidak boleh didiamkan demi menjaga persatuan umat Islam. Jika didiamkan
atau dibiarkan, ia akan menyelinap masuk bertahap-tahap sehingga apa yang batil
akan dianggap benar oleh umat Islam. “Persatuan” mungkin terpelihara tetapi apakah
erti persatuan jika ia bercampur aduk antara kebenaran dan kebatilan?

Oleh itu kajian, penulisan, penyebaran maklumat dan dialog perlu diusahakan dengan
aktif apabila berinteraksi dengan kepelbagaian kategori kedua agar persatuan umat
Islam sentiasa terpelihara di atas kebenaran.

Ketiga:

Terdapat segelintir pihak yang cuba menjustifikasikan kepelbagaian pendapat yang


dilarang (Kategori Kedua) di atas slogan “Demi persatuan umat Islam”. Ini sekali lagi adalah
sikap yang salah. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

‫ُا‬PL' ََ‫ ﺕ‬,َ‫ ﺝًَِ و‬Iِ '‫ ا‬2ِ َْ!ِ‫ُِا ﺏ‬Sَ(ْ‫وَا‬


Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan
26
janganlah kamu bercerai-berai.

26
Ali Imran 3:103.

22
Berdasarkan ayat di atas, dapat difahami bahawa berpecah-belah, yakni bercerai-berai
sesama umat Islam, adalah sesuatu yang dilarang. Oleh itu hendaklah kita semua umat Islam
bersatu padu. Namun bersatu di atas apa?

Jawapannya terdapat dalam ayat tersebut, iaitu bersatu dengan berpegang teguh
kepada “tali Allah”, iaitu agama Islam yang diasaskan daripada al-Qur’an dan al-Sunnah yang
sahih berdasarkan kefahaman para sahabat dan kaedah-kaedah yang digariskan oleh para
ilmuan. Kita tidak boleh bersatu di atas “tali masyarakat”, “tali pendapat tokoh sekian-sekian”,
“tali kemodenan”, “tali pemikiran baru” atau apa jua “tali” selain daripada “tali Allah”.

Keempat:

Menyampaikan kebenaran demi membetulkan amalan masyarakat tidak boleh


dihalangi atas alasan ia akan merosakkan persatuan umat Islam (baca: masyarakat). Ini
adalah sesuatu yang lazim berlaku, dimana apabila seseorang itu ingin membetulkan amalan
masyarakat dengan menyampaikan ayat al-Qur’an atau sabda Rasulullah, akan ada pihak
yang berkata seumpama:

“Kami tahu apa yang kamu katakan adalah benar, akan tetapi menyampaikannya kepada
masyarakat akan menyebabkan perpecahan. Maka ketepikanlah persoalan ini demi persatuan
umat Islam”.

Seandainya benar menyampaikan ayat-ayat Allah dan hadis-hadis Rasul-Nya akan


menyebabkan perpecahan masyarakat, maka faktor perpecahan tidak boleh ditujukan kepada
usaha menyampaikan. Sebaliknya hendaklah ditujukan kepada “masyarakat” yang enggan
menerimanya. Ini kerana jika faktor perpecahan ditujukan kepada usaha menyampaikan, kita
secara tidak langsung menyalahkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kerana usaha
baginda menyampaikan risalah Islam telah juga menyebabkan perpecahan di kalangan
masyarakat Arab saat itu.

Oleh itu hendaklah kita semua membetulkan arah pandang dalam persoalan ini. Para
penyampai kebenaran tidak boleh dituduh sebagai pemecah belah persatuan masyarakat.
Sebaliknya masyarakatlah yang patut dididik agar bersikap terbuka dalam berinteraksi dengan
kepelbagaian pendapat. Jika sesuatu amalan mereka termasuk dalam kepelbagaian yang
dilarang, masyarakat perlu bersikap terbuka untuk berbincang dan menerima teguran
daripada pihak lain, tanpa mengira siapa atau apa kedudukan pihak tersebut. Masyarakat
perlu dididik agar tidak membela atau berkeras dengan kepelbagaian yang dilarang kerana
sikap tersebut adalah faktor sebenar yang menyebabkan perpecahan masyarakat dan sekali
gus umat Islam keseluruhannya.

23
Ini Adalah Ujian Yang Sememangnya Hebat

Kembali kepada firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam ayat 118-119 surah Hud
yang dikemukakan pada awal penulisan ini, dapat dikatakan bahawa mencari rahmat Allah di
sebalik perbezaan – atau lebih tepat: kepelbagaian pendapat – adalah satu ujian yang amat
hebat. Namun seorang muslim yang hebat tidak akan dikalahkan oleh ujian yang hebat. Malah
ia menjadikan ujian tersebut sebagai pemangkin untuk menambah kehebatan dirinya, dengan
izin Allah. Bak kata pepatah Inggeris: When the going gets tough, the tough gets going!

Sebahagian daripada cara-cara yang saya gariskan dalam penulisan ini untuk mencari
rahmat Allah di sebalik kepelbagaian pendapat mungkin sukar untuk dipraktikkan. Kesukaran
ini dapat dipermudahkan dengan dua cara:

1. Hendaklah sentiasa tekun menuntut ilmu dan menguasai kepelbagaian pendapat di


kalangan para ilmuan. Antara musibah yang melanda umat Islam masa kini adalah
sikap seseorang yang hanya mencukupkan diri dengan membaca atau mendengar
pendapat seorang tokoh atau satu aliran lalu menganggap ia adalah muktamad.

Sikap seperti ini perlu diubah kepada mengkaji dan menganalisa pendapat pelbagai
tokoh dan aliran, merenungi dalil-dalilnya dan menelusuri kaedah-kaedahnya.
Kemudian hendaklah diambil yang terbaik dan ditinggalkan yang tidak baik.
Hendaklah juga diinsafi bahawa adakalanya yang terbaik itu bukanlah satu, tetapi
mungkin dua atau tiga. Selain itu hendaklah juga disedari bahawa apa yang dianggap
terbaik oleh seseorang mungkin dianggap kurang baik oleh orang lain dan begitulah
sebaliknya.

Dengan sikap seperti ini, akan terhasil satu prinsip yang amat penting dalam
berinteraksi dengan ilmu, iaitu ilmu tidak pernah bersifat statik tetapi sentiasa
dinamik. Lebih penting, orang yang beristiqamah dengan sikap seperti ini akan
memperoleh hidayah daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

‫ْ َِ دِي‬LِY ّ ََQ ‫َى‬LْYُْ‫ُ ُ ا‬Bَ Iِ '‫ ا‬Kَ‫ُوهَ َوَأﻥَ ﺏُا ِإ‬.َُْ ْ‫ت َأن‬ َ ُT 'O‫َُا ا‬1َ(ْ‫ اﺝ‬ َ ِ&'‫وَا‬
ُْ‫ ه‬4
َ ِkَ‫ َوأُو‬Iُ '‫َاهُ ُ ا‬.َ‫ ه‬
َ ِ&'‫ ا‬4َ ِkَ‫ أُو‬Iُ َ1َْ‫ن َأ‬
َ ُِ'(ََQ ‫َْ َل‬Cْ‫ن ا‬
َ َُِ(َْ 
َ ِ&'‫(ا‬١٧)
(١٨) ‫ب‬ ِ َْ>‫أُوُ ا‬
Oleh itu gembirakanlah hamba-hamba-Ku, (iaitu mereka) yang berusaha
mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka
memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama);

24
mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan
27
mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.

2. Jika tidak pasti sama ada sesuatu persoalan termasuk dalam kategori kepelbagaian
yang dibolehkan atau dilarang, gunakanlah langkah-langkah yang disebut dalam
Kategori Kedua, iaitu berbaik sangka, berbincang dengan adab Islam dan menerima
hasil perbincangan dengan adil. Setelah itu barulah dimasukkan persoalan tersebut
dalam kepelbagaian yang dibolehkan atau dilarang.

Semoga dua cara di atas dapat membantu kita untuk sama-sama lulus dalam ujian
yang hebat ini dan mendapat rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala di sebalik perbezaan
atau kepelbagaian pendapat. Amin.

27
al-Zumar 39:17-18.

25

You might also like