3
SEJARAH RINGKAS NUSANTARA
Sebelum kedatangan Islam di Nusantara, penduduk di Asia Tenggara adalah terdiri daripadapenganut fahaman Buddha Syinrawath ( Buddha Puja Dewa ). Pada ketika itu penganut-penganutnya sudah pun sedia mengamalkan perkara-perkara luar biasa yang menyalahikebiasaan iaitu " Mencarik adat " yang lahir hasil daripada pemuJaan ‘ dewa-dewi’, jampi serapahatau yang seumpamanya. Keadaan ini berlaku adalah hasil daripada pertolongan jembalang- jembalang yang terdiri daripada Jin samada dengan menjelma ke dalam diri pemujanya (Tanasukh Aruah ), Istidraj, Sihir atau silap mata. Semua amalan ini amat kuat pengaruhnya dalamkehidupan seharian mereka pada waktu itu. Mereka mengabdikan diri hanya kepada Dewa-Dewisemata-mata. Dalam konteks ini pegangan fahaman beragama adalah bersumberkan daripadaRahib-rahib yang dikatakan mendapat ilham dari tuhan dewa-dewi samada Dewa Rama, DewaSita, Dewa Siva dan yang seumpamanya.Ketika Islam tersebar luas di Semenanjung Arab hingga ke Eropah dan juga ke Asia, makabanyaklah mubaligh-mubaligh Islam dari kalangan orang-orang Arab dan bukan Arab yangdatang membawa agama Islam ke sebelah Asia Tenggara sebagai pedagang. Dari situ Islam mulabertapak dengan kuatnya di negeri-negeri bawah angin ini.Gejala isma-isma yang tidak sihat pada waktu itu beransur-ansur hilang kegemilangannya bahkandi sesetengah tempat, umpamanya Acheh isma-isma tersebut telah di benteras sehingga ke akarumbinya. Inilah hasil daripada tarbiah dan didikan mubaligh-mubaligh dan para Daei Islam yangbenar-benar alim lagi sufi. Kehadiran mubaligh-mubaligh tersebut seumpama membawa sirnakegemilangan dan kecemerlangan kepada penduduk tempatan sehingga pada satu ketika Achehmendapat jolokan sebagai Serambi Mekah.Setelah sekian lama gejala pemujaan jampi serapah hilang, akhirnya ia timbul semula setelahPortugis, Belanda, Spanyol, Perancis, Amerika dan Inggeris berusaha menakluki Asia Tenggaradengan memperkenalkan agama Kristian di samping perdagangan yang menyebabkan orangIslam bangun menentang mereka. Pada suatu ketika Belanda telah membunuh lebih daripada6,000 Ulama Islam di Tanah Jawa. Pada ketika itu ulama merupakan tokoh pemimpin yang utamadalam semua aktiviti harian bermula dari aspek agama, sosial dan kemasyarakatan, ketenteraanhinggalah kepada perubatan dan sebagainya. Mereka inilah yang banyak memainkan perananpenting dalam menggerakkan penentangan terhadap penjajahan barat, kerana merekalah yangterlebih dahulu mengenali erti hidup beragama serta beramal dengannya, lebih dahulu merasaibahang campurtangan asing, lebih dahulu menghidu bau najis Mughalazah penjajahan dalamkebudayaan, tipu daya pemerintahan dan tipu daya dalam ketenteraan dan sebagainya ke atasnegerinya dan anak-anak bangsanya.Akibat daripada peristiwa itu, maka saki baki pahlawan Islam yang hilang pedoman telah cubameneruskan perjuangan menentang Belanda dan Inggeris dengan kekuatan dan keilmuan apa sajayang ada pada mereka asalkan mereka mampu. Dalam keadaan terdesak itu mereka berusahamemperolehi daya kekuatan yang yang luar biasa melalui amalan-amalan cara hulubalang, wirid-wirid, jampi serapah dan yang seumpama dengannya, melalui kaedah biasa dan setengahdaripada mereka melalui Uzlah ( bertapa dan riadah ), maka datanglah pula jembalang-jembalangdaripada Jin samada Jin Islam atau Jin Kafir yang berhubung dengan mereka, dengan caraTanasukh Aruah ( penjelmaan ke dalam diri ), istidraj, sihir atau silap mata yang menolongmereka menghasilkan hajat mereka, yang pada sangkaan mereka adalah malaikat-malaikat atauwali-wali atau Nabi Khaidir yang telah datang berhubung dengan mereka.