You are on page 1of 21

HUBUNGAN ETNIK KE ARAH MASYARAKAT BERINTEGRASI PERANAN AGAMA (ISLAM HADHARI)

KULIAH 9

Isu-isu & Cabaran dalam Hubungan Etnik di Malaysia: Ke arah Masyarakat Berintegrasi
Bentuk & permasalahan hubungan etnik yang masih wujud. 1. Demografi Corak & ciri-ciri demografi Malaysia mempunyai pertalian rapat dgn latar kesejarahan khususnya pd zaman penjajahan British. Pengenalan kaum diidentifikasikan mengikut tempat tinggal dan kegiatan ekonominya.

Taburan penduduk (1957 1970) Kebanyakan Orang Melayu tinggal di luar bandar & bergiat dlm sektor pertanian. Ramai drp mereka bertumpu di negeri Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah dan Pahang. Orang Cina bergiat dlm ekonomi moden, berpusat di bandar & kawasan yg pesat membangun terutamanya di negeri P.Pinang, Selangor, Perak, Melaka, N.Sembilan & Johor. Orang India pula kebanyakannya tertumpu di Selangor, Perak, N. Sembilan dan P.Pinang. Pola kependudukan ini secara tidak langsung telah memisahkan kelompok2 etnik ini & menunjukkan ketidakseimbangan taburan antara etnik

Taburan penduduk tahun 2000 Terdapat sedikit perubahan dalam taburan strata bandar & luar bandar mengikut kaum. Dlm keadaan semasa, pertumbuhan & pembangunan sektor industri di pusat2 bandar serta jaringan infrastruktur moden telah menarik perhatian golongan muda dari luar bandar berhijrah ke bandar. Migrasi dari kampung ke bandar telah mencorakkan satu pola demografi yg baru. Namun disebabkan para penghijrah ini terdiri drp kalangan tenaga kerja kurang kemahiran, mereka bergelut dgn kos sara hidup yg tinggi di bandar menyebabkan kewujudan kawasan setinggan menimbulkan pelbagai masalah lain yg perlu ditangani.

2. Pendidikan Drp perspektif kesejarahan, dimensi pendidikan di Malaysia kelihatan agak rencam kerana setiap etnik mempunyai adunan & acuan pendidikan yg berbeza. Wujud pelbagai aliran dalam sistem pendidikan dan perbezaan dari segi kurikulum dan orientasi matlamatnya. Namun pada era pasca merdeka, sistem pendidikan negara telah berubah dgn pengenalan sistem pendidikan kebangsaan yg dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum dan orientasi sbg wadah menyatukan kepelbagaian budaya,nilai dan norma masyarakat bagi membentuk identiti kebangsaan.

Usaha membentuk sistem pendidikan kebangsaan ini dilaksanakan berdasarkan Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960). Kebimbangan orang Melayu akibat keciciran pelajar bumiputera. Cth: kemasukan pelajar ke IPT. Di Universiti Malaya (1966-1967) 70% adalah bukan Melayu. Taburan bukan Melayu di Fakulti kejuruteraan 98%, sains 93% & perubatan 84%. Di UTM (dulunya Kolej Teknikal K.L) 90% pelajar adalah bukan Melayu. Selepas 13 Mei 1969, UMNO yg menerajui Perikatan telah menegaskan bahawa pendidikan perlu diseimbangkan bagi memperkasakan orang Melayu. Penggunaan BM sbg bhs pengantar utama di semua sekolah bantuan kerajaan dan sistem kuota, biasiswa dan penubuhan lebih banyak IPTA dilaksanakan.

Kesan drp dasar kerajaan, kemasukan pelajar Melayu ke universiti telah meningkat drp 20% pd tahun 1960-1964 kpd 65% pd tahun1975. Pd masa yg sama, kaum bukan bumiputera khususnya masyarakat Cina merasakan satu keperluan utk melindungi budaya warisan nenek moyang mereka dgn menggunakan wadah pendidikan. Serentak dgn usaha UMNO, kaum Cina juga berjaya mempromosikan & mengangkat status sekolah menengah Cina menjadi sekolah persendirian. Lulusan sekolah ini mempunyai nilai ekonomi yg tinggi & mendpt pengiktirafan drp rangkaian perniagaan Cina, Taiwan & beberapa universiti di Eropah.

Hubungkait antara pendidikan dgn sosiobudaya dan politik menjadikannya sbg satu isu emosional yg boleh membangkitkan perbalahan etnik. 3. Ekonomi Sistem ekonomi Malaysia adalah berasaskan laissez faire atau sistem ekonomi pasaran bebas yg diadaptasi drp warisan penjajah British. Semasa era penjajahan wujud dualisme ekonomi yang membezakan pencapaian setiap etnik dalam ekonomi. Org Melayu yg bergiat dlm ekonomi tradisional manakala bukan Melayu terlibat dlm ekonomi moden. Kadar kemiskinan begitu tinggi dlm sektor ekonomi tradisional.

Ketidakseimbangan antara etnik berlaku dlm sektor ekonomi. Sektor ekonomi termaju dikuasai oleh orang Cina manakala kaum Melayu dan India masing-masing menguasai sahaja. Separuh drp org Melayu terlibat dlm sektor kerajaan manakala dlm bidang swasta, kaum Cina menguasai bidang pengangkutan, perniagaan & kewangan. Kaum India pula ramai terlibat dlm sektor pengangkutan awam (kereta api), perkhidmatan awam, perniagaan & kewangan. Drp corak taburan perekonomian semasa, jurang purata pendpatan antara kumpulan etnik masih belum seimbang (laporan RMK-8). Bumiputera masih ketinggalan

Purata Kasar Pendapatan Isi rumah Mengikut Kumpulan Etnik Tahun 1995 dan 1999. (Laporan RMK8)
Kumpulan etnik Bumiputera Cina India Lain-lain Malaysia Bandar Luar bandar 1995 1,604 2,890 2,140 1,284 2,020 2,589 1,326 1999 1,984 3,456 2,702 1,371 2,472 3,103 1,718

Berdasarkan gambaran umum tsb ketara sekali isu yg berkaitan dgn ekonomi memerlukan iltizam drp semua pihak utk merapatkan jurang yg sedia ada. Keperluan utk memperbetulkan kedudukan dimensi ekonomi ini amat mendesak kerana ia menjadi asas utama dlm memupuk kerjasama antara kaum. Pengalaman peristiwa 13 Mei 1969 menjadi salah satu bukti apabila pihak yg ketinggalan terlalu jauh dlm kedudukan ekonomi berasakan survivalnya terancam lantas mencetuskan konflik dan pertumpahan darah.

4. Politik Secara umumnya di kebanyakan negara sedang membangun (termasuklah Malaysia), isu perkauman selalunya mencorakkan pentas politiknya. Oleh sebab itu usaha memelihara kestabilan politik yg bersandarkan kpd kerjasama antara kaum terus menjadi agenda utama negara. Wlpun berhadapan dgn pelbagai cabaran, Malaysia masih berupaya melaksanakan sistem demokrasi dgn berkesan. Perikatan menjadi pengikat bagi ketiga-tiga kumpulan etnik untuk bersatu dalam satu pakatan untuk memperjuangkan tuntutan kemerdekaan.

Pimpinan Perikatan yg mengamalkan sikap bersederhana juga turut mengukuhkan kerjasama antara kumpulan2 etnik yg mereka wakili. Pakatan dlm Perikatan pd dasarnya tlh menerima kepimpinan Melayu tanpa menjejaskan hubungan harmoni antara etnik. Walau bagaimanapun, perjalanan politik Malaysia telah menjalani laluan yg berliku terutamanya dlm tempoh 1957 hingga 1959 berlaku pergolakan dalaman anggota parti Perikatan. Kemelut kepimpinan dan perpecahan dlm MCA. Tan Cheng Lock digantikan dgn Dr. Lim Chong Eu.

MIC juga menunjukkan sikap tidak puas hati trhdp Perikatan dgn menentang calon UMNO dlm pilihan raya kecil di Selangor pd tahun 1958. Sekitar tahun 1950-an hingga lewat 1960-an, majoriti ahli Majlis Kerajaan Tempatan di Ipoh, P. Pinang dan K.Lumpur drp kalangan anggota pembangkang. Selepas era 1960-an, perjalanan politik Malaysia terus berkembang dinamik. Kerjasama parti2 politik dlm pakatan parti pemerintah tlh berkembang dgn peningkatan keahliannya. Sejak penubuhan Barisan Nasional, rekod parti itu terus kekal memerintah sehingga kini adalah kerana kerjasama parti2 komponennya.

Dasar2 kerajaan dlm menguruskan pelbagai perkara yg berkaitan dgn perhubungan etnik melalui formula tolak ansur tlh berjaya mengekang anasir2 yg cuba memecahbelahkannya. Namun cabaran dasar yg dihadapi ialah kewujudan kumpulan tertentu yg memanipulasi isu tertentu dan mengaitkannya dgn keetnikan yg sempit demi kepentingan mereka. Perkara ini sering berlaku dlm tempoh2 tertentu spt dlm pilihan raya dan kemasukan ke institusi pengajian tinggi. Kumpulan ini masih kabur dgn bentuk identiti bangsa yg diinginkan dan ini menyukarkan tugas membentuk negara bangsa yg telah pun diasaskan sejak kemerdekaan negara.

Dasar dan Pelan Tindakan untuk Perpaduan. 1. Perlembagaan 2. Rukun Negara 3. Dasar-dasar Pembangunan Negara: DEB, DPN, Wawasan 2020,Dasar Pendidikan Kebangsaan,Islam Hadhari.
Dasar Pendidikan Kebangsaan. DPK secara jelas mengarah kpd landasan yg tepat demi mewujudkan masyarakat yg harmonis kerana asas yg dijadikan landasan dasar dlm orientasi dan falsafah pendidikan negara menggunakan acuan tempatan dr segi bahasa pengantar, sukatan pelajaran & kurikulumnya.

Strategi Pelaksanaan DPK 1. B.Melayu sbg bahasa pengantar yg utama. 2. Kurikulum yg sama & berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah. 3. Sistem peperiksaan yg sama. 4. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan. 5. Mengadakan peluang pendidikan asas selama 9 tahun. 6. Pendemokrasian pendidikan dari segi peluang & mutu dgn agihan peruntukan secara adil dan perhatian khas kpd kumpulan yg kurang bernasib baik. 7. Pendidikan rendah berasaskan KBSR dan KBSM bagi peringkat menengah (kurikulum baru yg menekankan keseimbangan ilmu pengetahuan dgn kemahiran yg sesuai & mempunyai moral serta nilai etika yg kukuh.

8. Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik. 9. Mempelbagai & memperbanyakkan kemudahan pendidikan di IPT terutama dlm bidang sains gunaan dan sastera gunaan. 10.Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin. 11.B.Melayu dan B. Inggeris sbg mata pelajaran wajib di samping memberi peluang kpd pembelajaran bahasa lain spt bhs Cina dan Tamil. 12.Menggalakkan aktiviti kokurikulm yg memupuk disiplin spt pasukan Unit Beruniform, Persatuan & Kelab dan sukan & permainan.

Pendekatan Islam Hadhari Takrif Islam Hadhari secara lengkap ialah: Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara yg bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam. Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dlm merangka pelbagai agenda pembangunan yg selaras dgn tuntutan Islam melalui pendekatan seimbang dlm aspek2 spiritual, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, undang2 dsb. Islam adalah agama yg bukan semata-mata bersifat ritual tetapi agama yg bersifat praktikal kerana ia diturunkan utk mengatur kehidupan masyarakat yg lebih realistik.

Prinsip Islam Hadhari 1. Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah 2. Kerajaan Adil dan Beramanah 3. Rakyat Berjiwa Merdeka 4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan 5. Pembangunan Ekonomi Seimbang 6. Kehidupan Berkualiti 7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita 8. Keutuhan Budaya dan Moral 9. Pemuliharaan Alam Semulajadi 10.Kekuatan Pertahanan

Aplikasi Hubungan Sosial dalam Kehidupan Seharian Umat Islam dan Hubungan Etnik
Asas hubungan sosial tsb dpt direalisasikan melalui langkah-langkah berikut: 1. Kemesraan komunikasi. 2. Budaya ziarah menziarahi. 3. Mengambil berat atau mengambil tahu. 4. Saling hormat menghormati / memuliakan. 5. Semangat kejiranan. 6. Toleransi dan adab pergaulan dlm kehidupan orang Islam dan bukan Islam.

You might also like