You are on page 1of 2

Telefon Bimbit Pun Ada Negatifnya

Dalam era globalisasi ini, telefon bimbit dianggap sebagai barang keperluan utama dlm kominikasi. Kalau dahulu telefon bimbit dianggap sebagai barang mewah dan hanya dimiliki oleh individu yang berkemampuan tetapi kini tidak lagi.Keadaan telah berubah, seiring dengan peredaran zaman telefon bimbit kini mampu dimiliki oleh orang ramai dengan harga yang berpatutan. Pelbagai rekaan dan model terbaru telefon bimbit terdapat di pasaran bagi menarik minat orang ramai untuk memilikinya. Sememangnya kepentingan telefon bimbit tidak dapat dinafikan. Kita dapat berhubung dengan mudah di mana-mana sahaja kita berada misalnya di dalam kereta,pejabat biarpun di perantauan. Hal ini kerana, saiznya yang kecil, ringan, mudah di bawa maka telefon bimbit lebih digemari berbanding telefon jenis lain. Banyak faedah yang diperoleh apabila menggunakan telefon bimbit. Ia bukan sekadar alat komunikasi untuk berhubung malah lebih daripada itu.Teknologi terbaru yang ada membolehkan pengguna mengambil gambar dan melayari internet bagi mendapatkan pelbagai maklumat. Pengguna dapat menyimpan dan menghantar mesej melalui system pesanan ringkas(SMS) selain memuat turun nada lagu, nada dering, mesej dan sebagainya. Namun sesuatu perkara yang tidak disedari oleh pengguna impak negatifnya. Misalnya budak remaja kini yang berlumba-lumba bergaya dengan telefon bimbit. Para pelajar sanggup menggunakan wang pinjaman atau biasiswa untuk membeli telefon bimbitmodel terbaru.Pembaziran turut berlaku apabila mereka menghabiskan wang untuk membeli kad prabayar atau membayar bil telefon semata-mata menelefon rakan. Tanpa kita sedari, penggunaan telefon bimbit boleh mengakibatkan penyakit barah otak kesan daripada gelombong bunyi yang terhasil. Konklusinya, penggunaan telefon bimbit banyak mendatangkan manfaat sekiranya digunakan dengan bijaksana namun kita sewajarnya tidak tergoda

dengan keasyikan bermain telefon bimbit. Masa terbuang, wang dibazirkan dan pelajaran terjejas kerana kelekaan semasa menggunakan telefon bimbit.

You might also like