Professional Documents
Culture Documents
Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan kesakitan si mangsa.
Elakkan dari melakukan bantuan yang berlebihan dari yang sepatutnya supaya dapat mengelakkan mangsa menjadi lebih teruk. Jangan tanggalkan pakaian mangsa terutama mangsa yang tidak sedarkan diri. Lakukan dengan hanya melonggarkan sahaja mana-mana bahagian yang ketat. Cuba dapatkan bantuan perubatan seberapa segera. Lakukan bantuan berdasarkan landas-landas selamatkan nyawa, pendarahan dan kecederaan patah. Beri kerjasama kepada pihak polis atau perubatan jika bantuan diperlukan.
b. Pernafasan (breathing) c. Edaran darah (circulation) a)Saluran pernafasan. Pastikan mangsa betul-betul dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan teknik menggoncangkan kedua-dua bahu mangsa sambil memanggil beliau. Setelah pasti mangsa pengsan, donggakkan kepala mangsa dan bahagian dagu mangsa (head tilt and chin lift). Bagi menetukan saluran pernafasan mangsa terbuka. Ini penting kerana semasa mangsa pengsan, otot-otot lidah dan epiglotis menjadi lemah dan menyempitkan saluran pernafasan mangsa. b) Pernafasan Pastikan mangsa bernafas atau tidak dengan teknik lihat, dengar dan rasa secara mendekatkan telinga dan pipi penolong ke bahagian hidung mangsa sambil mata memerhatikan pergerakan dada mangsa. Beri bantuan pernafasan secara kaedah teknik mulut ke mulut, mulut ke hidung atau mulu ke lubang di tengkuk mengikut keadaan mangsa.
c) Edaran darah Periksa pergerakan nadi dengan cara merasa nadi di leher (nadi karotik) atau lengan (nadi brachial) bagi bayi. Lakukan tekanan di bahagian luar dada (chest comression) setelah dipastikan pergerakan nadi terhenti.
2.Memenuhi keperluan Perundangan Factories and Machinery Act 1967 section 25(parent Act) regulation 38 (health,safety and welfare) OSH act 1994 section 15(parent Act)