You are on page 1of 11

SOALAN NO 15

NYATAKAN PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PRASEKOLAH SEBAGAI SEBAHAGIAN ETIKA PENAKSIRAN

Etika
Etika berasal dari perkataan ethosethos (Greek) yang (membawa maksud perangai/keperibadian Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995) Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).

Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah. Manakala bagi etika perguruan, bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.

Etika Penilaian
Perlu patuhi etika supaya maklumat yang diperoleh tidak digunakan untuk tujuan lain. Guru buat penilaian berterusan tentang perkembangan murid dan merekodkan perkembangan ikut cara yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar dari masa ke masa. Semua maklumat yang diperoleh hasil penilaian ke atas kanak-kanak adalah sulit.

Peranan Guru
Semua hasil pemerhatian hanya dibincang dengan pihak tertentu iaitu ibu bapa, guru besar, pakar perubatan, pihak-pihak atau orang-orang berkenaan. Rekod murid tidak boleh dipamerkan.

Dapatkan kebenaran ibu bapa, penjaga murid untuk mengambil gambar dan rakaman video yang melibatkan murid berkenaan. Semua rekod pemerhatian diberikan kepada ibu bapa / penjaga di akhir tahun.

Tanggungjawab Guru
Maklumat penilaian guru penting bagi menentukan hala tuju pendidikan kanak-kanak yang dinilai Menggunakan maklumat yang cukup daripada rekod-rekod yang terkumpul bagi dianalisis. Penilaian perlu dilakukan secara berterusan supaya maklumat cukup dan ananlisis yang tepat.

Menggunakan rekod dan maklumat yang dapat memberi gambaran sebenar kanak-kanak yang dinilai. Perancangan penilaian akan berkaitan dengan penggunaan semua jenis rekod daripada segi kesesuaian, kekuatan dan kelemahan rekod penilaian. Memilih rekod yang sesuai dapat menilai kemahiran yang ingin diperhatikan.

Menggunakan maklumat daripada pelbagai sumber. Sumber maklumat yang lain diperlukan bagi membantu guru membuat alasan bagi kanakkanak yang bermasalah dalam pembelajaran mereka.

Kesimpulan
Kanak-kanak dinilai bagi membantu perkembangan mereka. Guru yang menjalankan penilaian perlu mematuhi etika penilaian yang ditetapkan dan melaksanakannya secara bertanggungjawab agar hasil penilaian dapat membantu perkembangan kanak-kanak.

SEKIAN

TERIMA KASIH

You might also like