You are on page 1of 11

KURSUS : PPG PJJ UPSI 2011

PENSYARAH : Dr.Adenan Ayob





SOALAN : 1 & 2




NAMA : LOGES A/P SOCKALINGAM

NO. MATRIK :D045747

No.KP : 810531-08-6064









KRB 3033: PENGANTAR BAHASA MELAYU
KUMPULAN : EL-A36

SOALAN 1
Tukarkan bahasa yang digunakan dalam perbualan ke dalam bahasa Melayu baku.


JAWAPAN


Guru : Siapakah nama kamu? Bagaimanakah perasaan kamu belajar di sekolah ini?
Norji : Nama saya Norji. Saya berasal dari Kampung Pinang. Saya bersekolah di sekolah
ini. Saya berasa seronok belajar di sekolah ini.
Guru : Mengapakah kamu berasa seronok belajar di sekolah ini?
Norji : Kerana saya dapat menimba ilmu pengetahuan daripada guru-guru yang
berpengalaman. Seperti guru-guru yang telah menamatkan pengajian dari luar
negara.
Guru : Apakah perasaan kamu apabila cikgu menggunakan 'smartboard'?
Norji : Saya baru mengetahui bahawa itu adalah 'smartboard'. Dengan menggunakan
'smartboard' saya berasa lebih bersemangat untuk belajar.
Guru : Oo...dahulu tidak mempunyai semangat untuk belajar kerana tiada 'smartboard'!.

Norji : Tidak jugalah. Tetapi dengan adanya 'smartboard' dapat menambahkan semangat
untuk belajar. Namun begitu, setiap kelebihan pasti ada kekurangannya.
Guru : Kekurangan?
Norji : Ya, kekurangan pada penggunaan 'smartboard'. Masanya sangat sedikit. Jikalau
menggunakan 'smartboard' tidak ada kesempatan untuk menyalin nota.
Guru : Oh...penggunaan 'smartboard' memerlukan masa yang lebih!.
Norji : Ya, masalahnya banyak masa terbuang di situ kerana penggunaan 'smartboard'
adalah teknikal.








SOALAN 2 - ESEI
Baru-baru ini kerajaan telah memperkenalkan dasar bahasa , iaitu "Memartabatkan bahasa
Melayu dan memperkasakan bahasa nggeris. Sebagai guru di sekolah, anda terlibat secara
langsung dengan dasar tersebut dalam memperkukuh penggunaan bahasa Melayu dan
bahasa nggeris. Bincangkan lima (5) peranan yang anda boleh lakukan dalam menjayakan
dasar berkenaan.

Bahasa sebagai alat komunikasi antara manusia mempunyai berbagai-bagai
fungsi.Bahasa juga alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia. Bahasa yang
digunakan adalah untuk memperoleh kecekapan dan kemahiran belajar dan mengajar, iaitu
menerima dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Melalui bahasa juga, seseorang dapat
meluaskan pemikiran dan pengetahuan serta membolehkannya menjadi sebahagian daripada
ahli masyarakat
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang
diguna sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Frasa
memartabatkan membawa maksud menjadikan sesuatu bermartabat ( berkedudukan pada
mata masyarakat, darjat, pangkat, tingkat ). Manakala maksud bagi perkataan
memperkasakan adalah memantapkan atau mengukuhkan sesuatu.
Dari sudut linguistik, bahasa mempunyai sistem bererti, aturan atau rumus tertentu yang
pasti dan beraturan. Sesuatu bahasa itu mestilah bersistem. Jika tidak, bahasa itu tidak dapat
dipelajari dan digunakan secara mantap
Bahasa juga mempunyai makna. Makna merujuk kepada sesuatu yang dimaksudkan
oleh penutur atau penulis dan disampaikan dengan menggunakan bahasa. Tiap-tiap yang
dituturkan oleh penutur atau ditulis oleh penulis sesuatu bahasa itu mempunyai makna bagi
pendengar atau pembaca dalam masyarakat bahasa yang sama. Makna bahasa mungkin
berupa sesuatu situasi yang sedang dihuraikan, fikiran atau pendapat yang dibentangkan, atau
perlakuan sosial yang diceritakan
Fungsi bahasa yang utama ialah untuk menyumbang kepada perubahan,
perkembangan dan pembinaan kebudayaan masyarakat pendukungnya selaras dengan
perubahan, perkembangan dan pemodenan bahasa tersebut. Hal ini bertepatan dengan
pandangan Valter Tauli bahawa sesuatu bahasa sentiasa memainkan peranan yang penting
untuk menjayakan kehendak kemajuan, pembinaan dan pemodenan kebudayaan
masyarakat pendukungnyaFungsi bahasa juga ialah untuk mengekalkan budaya milik dan
warisan sesuatu bangsa. Pengekalan ini menjadikan budaya tersebut bersifat asli dan
mempunyai imej tradisi yang utuh. Bahasa Melayu juga berfungsi mengekalkan atau
melestarikan budaya masyarakat pendukungnya walaupun bahasa Melayu mengalami banyak
perubahan dan pemodenan melalui proses peminjaman dan penyerapan daripada bahasa
asing serta dialek tempatan

Bahasa Melayu ialah bahasa ibunda, bahasa etnik, bahasa leluhur dan bahasa negara.
Oleh itu, orang Melayu mesti ada semangat bangga, sayang, dan setia terhadap bahasa
Melayu. Sekiranya semangat ini tidak ditanam bermakna "Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan akan hanya menjadi sebagai "patung atau "perhiasan semata-mata, bukan
sebagai alat untuk menyatupadukan rakyat pelbagai bangsa. Bahasa Melayu mesti
diperkasakan, iaitu dengan cara meletakkannya di tempat yang penting dan digunakan
sepenuhnya dalam majlis rasmi. Sesungguhnya usaha memartabatkan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara merupakan usaha berterusan yang
menjadi tanggungjawab setiap entiti di negara ini.
Bahasa nggeris pula merupakan bahasa terpenting di dunia. Oleh hal yang demikian,
penguasaan bahasa nggeris yang baik dapat memberikan nilai tambah yang signifikan kepada
seseorang individu dalam mendepani era globalisasi yang lebih mencabar. Justeru itu,
sewajarnyalah rakyat Malaysia berlapang dada untuk meningkatkan kemahiran bahasa nggeris
masing-masing agar kita berupaya menembusi persaingan dalam pasaran globalisasi yang
meliputi pelbagai bidang dan disiplin ilmu. Secara relatifnya, dunia tanpa sempadan kini
menjadikan ruang yang ada semakin mengecil. Warga dunia bukan sahaja ingin menambah
ilmu, malah melihat kepentingan menguasai lebih daripada satu bahasa sebagai langkah yang
dinamik untuk menjadi bangsa yang maju
Sememangnya, kita tidak boleh menolak kepentingan bahasa nggeris sebagai bahasa
antarabangsa dan kunci untuk mencari ilmu baru pada masa kini. Penguasaan terhadap
bahasa Melayu dan bahasa nggeris adalah sama penting dan perlu dilaksanakan seiring dan
dipastikan keberkesanan pengajarannya
Dasar pelaksanaan Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan penguasaan bahasa
nggeris dalam sistem pendidikan amat baik. Namun, seperti yang sering disuarakan oleh ahli-
ahli bahasa dan pejuang bahasa, walaupun penguasaan kedua-dua bahasa itu sama penting,
tetapi martabat dan kedudukan kedua-dua bahasa itu adalah berbeza. Dalam bahasa kiasan
dan konteks pendidikan di negara kita "bahasa MeIayu dijunjung bahasa Inggeris
digendong". Kedua-dua bahasa itu tidak boleh kita lepaskan.
Umumnya, peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan
sesebuah negara, tidak dapat dinafikan adalah untuk mencapai hasrat dan cita-cita bangsa.
Di Malaysia, dalam proses inilah bahasa Melayu menempuh pelbagai perubahan dan
kemajuan sejajar dengan perkembangan serta pembangunan yang dicapai oleh bangsa
Malaysia. Bahasa Melayu yang memenuhi fungsinya sebagai simbol perpaduan dan penyatuan
dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai suku kaum, merupakan wahana
yang dapat memberikan citra kepada Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat
Kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan dan bahasa ilmu sepatutnya
tidak diragui. Untuk menjadikannya sebagai satu bahasa yang diterima pakai oleh semua kaum
dan sebagai lambang penyatuan bangsa yang bersatu, pengorbanan yang besar perlu
dilakukan melalui tanggungjawab sosial yang perlu dipikul dan direalisasikan oleh setiap warga
Malaysia. Kesedaran tersebut perlu ada dalam diri setiap warga Malaysia agar impian ini akan
terlaksana dalam masa terdekat
Usaha memartabatkan bahasa Melayu merupakan usaha yang berterusan sehinggalah
bahasa tersebut benar-benar menjadi salah satu bahasa utama di peringkat antarabangsa.
Penentu kepada kejayaan tersebut terletak dalam tangan penutur bahasa Melayu itu sendiri,
iaitu kuasa pengguna bahasa. Segala "ketirisan yang ada pada bahasa Melayu perlulah segera
"ditampal melalui penambahbaikan dari segi dasar dan kualiti penggunaan bahasa Melayu.
Usaha tersebut juga perlulah melibatkan semua pihak, baik pengguna mahupun pihak
kerajaan. Kedudukan penggunaan bahasa Melayu perlulah diperkukuh seawal peringkat
prasekolah dan sekolah rendah hinggalah hinggalah peringkat nstitusi Pengajian Tinggi (PT).
Pengguna bahasa Melayu itu sendiri, sama ada natif ataupun tidak, merupakan faktor penentu
kelangsungan hayat bahasa Melayu dengan peranan yang dipertanggungjawabkan ke atas
bahasa tersebut.
Sehubungan dengan hal itu, dalam kita berusaha meletakkan bahasa Melayu di
"takhtanya, hal ini tidak bermakna penguasaan bahasa asing, khususnya bahasa nggeris yang
menjadi wahana komunikasi yang penting pada peringkat antarabangsa, tidak dijadikan agenda
yang cukup penting untuk memberikan niai tambah kepada individu, masyarakat, bahkan
memberikan manfaat kepada sesebuah negara. Bersesuaian dengan matlamat ini, langkah
yang lebih proaktif diteruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memastikan
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa nggeris mampu dilaksanakan dalam
suasana yang lebih kondusif. Kerajaan mahu memastikan dalam kita memartabatkan bahasa
kebangsaan negara, usaha untuk memperkukuh bahasa Melayu turut berjalan dengan lancer
Justeru itu, untuk melahirkan masyarakat yang berkualiti, kerajaan Malaysia melihat
bahawa langkah menggalakkan rakyat di negara ini supaya dapat meningkatkan kemahiran
berbahasa nggeris adalah penting bagi mewujudkan kelompok masyarakat yang signifikan
dengan perkembangan semasa. Dalam hal ini, perumpamaan "meIentur buIuh biarIah dari
rebungnya" dijadikan asas untuk menjamin hasrat kerajaan tercapai. Namun begitu,
perumpamaan "kera di hutan disusukan anak di rumah mati keIaparan" usah dibiarkan
berlaku terhadap bahasa rasmi kita demi memartabatkan bahasa Melayu. Oleh itu, institusi
pendidikan merupakan sasaran yang tepat untuk merealisasikan matlamat tersebut, iaitu
melalui penerapan penguasaan bahasa nggeris serta memperkasakan penggunaan bahasa
Melayu sejak di bangku sekolah rendah lagi
Dalam proses memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa nggeris,
para pendidik merupakan sasaran yang paling tepat dalam memainkan peranan demi
merealisasikan matlamat tersebut. Justeru itu, peranan-peranan yang perlu dilakukan oleh guru
demi memperkukuhkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa nggeris agar dasar
memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa nggeris dapat dilaksanakan
dengan jayanya adalah seperti yang berikut.
Peranan pertama, sebagai seorang guru, amatlah perlu apabila kita menulis atau
memaparkan sesuatu maklumat atau nota tidak kira sama ada dalam bahasa Melayu atau pun
bahasa nggeris,sama ada di papan hitam, carta, slaid atau pun di atas dada skrin, hendaklah
kita menuIis dengan menggunakan ayat yang gramatis serta penggunaan tatabahasa
dan frasa yang betuI. Dalam hal ini, saya juga berharap agar guru-guru yang lain dapat
bersama-sama menggunakan bahasa Melayu dan bahasa nggeris yang betul dan gramatis
dalam penulisannya kerana jika tidak rakyat Malaysia seperti kita, siapa lagi yang akan
menggunakan bahasa Melayu yang betul. Jangan seperti kata bidalan "seperti ketam
mengajar anaknya berjaIan". Bukan hanya itu, secara tidak langsung anak didik kita akan
terbiasa dengan penggunaan bahasa Melayu yang betul sepertimana yang telah diajar oleh
kita. Saya yakin dan percaya, untuk memartabatkan Bahasa Melayu bukan sahaja menjadi
tanggungjawab murid-murid sekolah bermula dari peringkat prasekolah sehinggalah ke
peringkat institusi pengajian tinggi, bahkan setiap rakyat Malaysia mesti berbahasa Melayu
dengan betul dan baik, bak kata pujangga "perjaIanan beribu batu mesti bermuIa dengan
Iangkah pertama".
Peranan kedua, demi memartabatkan bahasa Melayu khasnya, guru perlu
melaksanakan Kempen Bahasa di sekolah. Sebagai contohnya, pihak kerajaan telah
menetapkan pada bulan Oktober setiap tahun, tidak kira sama ada warga sekolah mahupun
bukan warga sekolah hendaklah melaksanakan kempen "Bulan Bahasa Kebangsaan
bersesuaian dengan slogannya "Bahasa Jiwa Bangsa". Peruntukkan sekurang-kurangnya
satu bulan iaitu pada bulan Oktober, murid-murid sekolah khasnya perlu mengadakan kempen
bulan bahasa kebangsaan itu di mana setiap pelajar tidak kira bangsa atau kaum dikehendaki
bertutur dalam bahasa Melayu sepenuhnya tidak kira bertutur dengan rakan sesama kaum
mahupun dengan rakan yang berlainan bangsa dan kaum sepanjang berada di persekitaran
sekolah. Jika didapati mereka bertutur menggunakan selain daripada bahasa Melayu, dendaan
hendaklah dikenakan seperti membayar dengan sejumlah wang yang telah ditentukan atau
sebagainya.
Begitu juga dengan minggu bahasa nggeris, juga perlu dilaksanakan di sekolah-sekolah
demi meningkatkan lagi penguasaan bahasa nggeris mereka. ni adalah seperti perumpamaan
"yang dikejar dapat yang dikendong tidak keciciran". Dengan pelaksanaan program ini
diharap dapat memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuhkan lagi bahasa nggeris.
Peranan ketiga, sebagai seorang guru, kita juga perlu mempertingkatkan lagi
pemantapan penguasaan ilmu bahasa tidak kira bahasa Melayu ataupun bahasa nggeris
dengan menghadiri kursus-kursus yang berkaitan sama ada yang dianjurkan oleh pihak
kementerian, negeri, daerah mahupun oleh pihak swasta. Jika mempunyai peluang, guru-guru
juga digalakkan untuk menghadiri kursus yang dianjurkan oleh pihak Dewan Bahasa dan
Pustaka(DBP) agar apabila menimba ilmu dengan yang lebih pakar, maka kita akan dapat
mempertingkatkan mutu penggunaan bahasa Melayu dengan lebih baik. ni bertujuan untuk
menambahkan lagi ilmu dan kemahiran yang sedia ada dalam diri kita serta mencurahkan ilmu
yang ada kepada anak didik kita dengan ilmu yang mantap dan jitu.
Peranan keempat, sebagai seorang guru juga, kita perlu mengamaIkan sikap
"kepimpinan meIaIui teIadan". Kita perlu menjadi contoh yang baik kepada anak-anak didik
kita dengan menggunakan bahasa Melayu dan bahasa nggeris yang baik dan betul larasnya.
Kita perlu melatih anak-anak didik kita sekurang-kurangnya bermula dari murid tahap dua
tentang penggunaan Kamus Dewan, Kamus Pelajar ataupun Buku Tatabahasa Dewan Edisi
Pelajar yang baru sahaja diterbitkan. Buku-buku ini akan dapat membantu dan memudahkan
guru serta murid memahami tentang penggunaan tatabahasa dan laras bahasa semasa
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dan bahasa nggeris.
Seperti dalam buku Tatabahasa Dewan, ilmu yang terkandung di dalamnya diolah
dengan bentuk yang lebih mudah dirujuk, dipelajari dan difahami. Dalam setiap huraian turut
disertakan dengan contoh yang lebih banyak. Dengan cara tersebut, pelajar akan lebih mudah
merujuk dan memahaminya. Selain daripada itu, dalam buku tersebut turut disertakan dengan
satu atau dua latihan untuk menguji kefahaman pelajar dan membantu mereka mengingati
semula pelajaran yang dipelajari. Walau bagaimanapun, buku ini bukan bersifat buku kerja yang
mempunyai banyak latihan
Peranan keIima, pendedahan yang kerap oleh guru kepada bahasa Melayu dan bahasa
nggeris didapati memberikan sumbangan terhadap pembelajaran yang berkesan. Antara yang
terpenting termasuklah penglibatan penutur bahasa itu sendiri. Faktor tersebut didapati paling
berfaedah kepada pelajar. Dengan kekerapan penggunaannya disertai oleh kesungguhan
pengamalannya, maka pelajar mampu menguasai beberapa kemahiran dalam pembelajaran
bahasa. Pendedahan dalam pembelajaran bahasa ini boleh wujud dalam pelbagai bentuk sama
ada secara langsung atau sebaliknya. Pembelajaran bahasa melalui filem, siri sitcom, lagu,
majalah, akhbar dan daripada bahan bacaan yang lain merupakan teknik pembelajaran secara
tidak langsung. Pendedahan yang kerap kepada bahan-bahan ini mampu mempertingkatkan
penggunaan bahasa para pelajar tidak kira sama ada bahasa Melayu atau pun bahasa nggeris.
Peranan keenam, untuk menguasai kemahiran berbahasa nggeris yang baik, guru
perlu menggalakkan para pelajar melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan di luar bilik darjah.
Antaranya ialah sembang melalui internet dengan rakan dalam kalangan penutur natif bahasa
nggeris

. Aktiviti ini boleh dilakukan di dalam makmal komputer ketika waktu pembelajaran
bahasa dengan pengawasan guru mahupun ketika di rumah dengan pengawasan ibu bapa
penjaga. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh para pelajar dengan menggunakan internet perlu
diawasi oleh ibu bapa penjaga atau pun guru untuk mengelakkan daripada para pelajar
menyalahgunakan penggunaan internet.
Peranan ketujuh, dalam pembelajaran bahasa sama ada bahasa Melayu atau bahasa
nggeris, guru perlu memastikan agar pembelajaran yang optimum dapat pelajar perolehi.
Dalam hal ini, guru perlu menekankan empat kemahiran bahasa yang asas iaitu membaca,
menulis, mendengar dan bertutur. Kemahiran-kemahiran ini perlu disusun mengikut kebolehan
pelajar yang pelbagai

. Bagi pelajar yang lemah, mereka perlu ditekankan dengan kemahiran


membaca dan menulis. Bagi pelajar di peringkat sederhana, mereka perlu ditekankan dengan
kemahiran menulis, membaca dan mendengar. Manakala bagi murid yang cerdik, mereka perlu
ditekankan dengan semua kemahiran bahasa iaitu membaca, menulis, mendengar dan
bertutur.

LOGES EL-A36 D045747

Peranan keIapan, motivasi khasnya daripada guru adalah didapati merupakan faktor
yang paling penting dalam hal kejayaan mempelajari bahasa. Faktor itu penting bukan sahaja
untuk pelajar malahan juga untuk guru. Guru dan pelajar yang bermotivasi tinggi
memperlihatkan kegigihan yang bersungguh-sungguh dalam mempelajari bahasa. Selain
kemajuan yang amat mengagumkan bagi pelajar, kita dapat melihat kecekalan yang luar biasa
hebatnya bagi guru yang menyampaikan motivasi itu.
Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa pendidikan di sekolah sewajarnya dilakukan
dalam bahasa ibunda sesebuah negara atau sesuatu bangsa kerana pengajaran dalam
bahasa tersebut dapat memberikan kesan yang lebih baik terhadap pencapaian pelajar

.
Pendidikan harus kembali kepada fitrah manusia dan bahasa ibundanya. Fitrah ini lebih
bermakna kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Pelajar sekolah rendah lebih
mudah menguasai sesuatu ilmu yang disampaikan melalui bahasa ibundanya

. Bak kata
pepatah "ke mana tumpahnya kuah kaIau bukan ke nasi". ni bermakna ke mana warisan
bahasa ibunda jika bukan kepada generasi keturunannya. Justeru itu bahasa Melayu tidak
seharusnya dipolitikkan demi perpaduan rakyat. Usaha pemartabatan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan bergantung kepada kefahaman, penglibatan dan komitmen padu semua
pihak. Antaranya termasuklah usaha memperkasakan penggunaan bahasa Melayu itu sendiri.
Untuk memastikan generasi kini dapat menguasai bahasa nggeris dengan baik,
kerajaan perlu memantapkan lagi sistem pembelajaran bahasa nggeris dengan mewujudkan
sesi pembelajaran yang lebih sistematik bagi menguasai bahasa nggeris sebagai bahasa
komunikasi

. Oleh yang demikian, langkah yang lebih proaktif diteruskan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
bahasa nggeris mampu dilaksanakan dalam suasana yang lebih kondusif. Kerajaan mahu
memastikan dalam kita memartabatkan bahasa kebangsaan negara, usaha untuk
memperkukuh bahasa nggeris turut berjalan dengan lancar. Bagi tujuan tersebut, pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan untuk melatih 10 ribu guru
bahasa nggeris pada tahun ini. Di samping itu, 12 ribu orang guru lagi bakal dilatih semula dan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut mengambil 375 orang guru penutur jati dalam
bahasa nggeris untuk ditempatkan di sekolah di dalam Negara
Oleh itu, belajar menguasai ilmu dalam bahasa asing adalah dua isu yang berbeza.
Hakikatnya, segala ilmu lebih mudah dipelajari melalui bahasa ibunda. Namun, dalam masa

LOGES EL-A36 D045747

yang sama, pelajar digalakkan menguasai beberapa bahasa asing iaitu melalui kelas bahasa,
bukan melalui mata pelajaran lain. Jika pelajar mampu menguasai pelbagai bahasa asing
dengan baik, mereka bukan sahaja boleh berkomunikasi menggunakan bahasa ini, malah boleh
melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam apa-apa juga bidang ilmu yang memerlukan
penguasaan bahasa tersebut. Sebagai contohnya, jika pelajar mempelajari bahasa Jepun serta
dapat menguasainya dengan baik, maka apabila ia melanjutkan pelajaran ke negara matahari
terbit itu, tidak akan wujud masalah berkomunikasi dengan masyarakat tempatan di sana. ni
akan memudahkan lagi pengurusan mereka ketika berurusan tentang sesuatu perkara.
Dalam konteks Malaysia, penguasaan bahasa asing terutamanya penguasaan bahasa
nggeris dan Mandarin amat penting. Oleh sebab itu, mata pelajaran dua bahasa ini wajar diajar
secara sistematik, menarik dan berkesan dalam kelas bahasa, bukan menjadi "parasit kepada
mata pelajaran lain. Usah sehingga seperti kata pepatah "yang dikendong berciciran yang
dikejar tidak dapat atau seperti ungkapan moden yang diubahsuai iaitu, "BaIik PuIau Bayan
Lepas iImu terpuIau bahasa terIepas"
Dengan ilmu yang dikuasai melalui bahasa ibunda dan bahasa asing, gabungan ilmu ini
boleh melahirkan modal insan berpersonaliti bitara. lmu perlu dikembalikan kepada lidah
bahasa ibunda terutama bagi generasi muda. Kembalikan pelajaran dan pembelajaran bahasa
asing ke dalam kelas bahasa yang sistematik, menarik dan berkesan, bukan membiarkannya
memparasit mata pelajaran lain.


















BibIiografi
Anwar Ridhwan. 2009. !arasit Bahasa, Dewan Masyarakat: Mac.
Azhar Hj. Wahid & Zawawi Jahya. 2009. !03didika3 !0mba3:3a3 Modal I3sa3. Penerbit
UPS: Perak.
Azizul Rahman Abdul Rahman & Mohamad Saleeh Rahamad. 2011. !03ajara3 da3
!0mb0lajara3 B0rk0sa3 B:ah Fikir G:r: C0m0rla3 MDK ntelek Enterprise: Johor.
Diarani Mat Adam. 2011. M0martabatka3 Bahasa M0lay: S0baai Bahasa K0ba3saa3
D0a3 Bahasa: Julai.
ndirawati Zahid. 2010 Bahasa Asas !0rpad:a3. Dewan Bahasa: Januari.
smail Mis. 2009. Bahasa Obor Ba3sa, D0a3 Masyarakat: September.
Juriah Long. 2010. Senario Cabaran Pengajaran, Pembelajaran Bahasa Melayu Masa Kini.
Penerbit UKM Press: Bangi.
Mohd Ra'in bin Shaari, Abdullah bin Yusof, Abu bakar bin Yusuf & Omar Hisham bin Mohd
Baharin. 2011. KRB 3033 !03a3tar Bahasa M0lay:. UPS: Perak.
Nadiah Abdul Hamid. 2011. M0martabatka3 Bahasa M0lay: M0mp0rk:k:h Bahasa I30ris.
Dewan Bahasa: Ogos.
Teo Kok Seong. 2010. Bahasa K0tia M0mb:ka Mi3da. Pelita Bahasa. Jun
Zaidi smail dan Zuraini Haji Abu Bakar. 2011. Bahasa C0rmi3a3 !0ribadi. Dewan Bahasa:
Februari.
Zaitul Azma Zainon Hamzah. 2008. Bahasa !0mai3 Utama K0maj:a3 Masyarakat. Pelita
Bahasa: November.

***********************
LOGES EL-A36 D045747

You might also like