You are on page 1of 5

Ulat Genius 1.

Sinopsis Ulat Genius dihasilkan sebagai alat bantu mengajar guru bertujuan untuk merangsang minat murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, Ulat Genuis digunakan dalam aktiviti olahan Opersi Tambah. Murid akan lebih mahir dan dapat menguasai olahan Operasi Tambah dengan mudah. Selain daripada itu, Ulat Genius juga boleh digunakan dalam pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran di antaranya aktiviti Awal Sains di mana murid secara tidak langsung akan diperkenalkan dengan bahagian-bahagian badan ulat seperti sesungut,kaki dan kepala. Dalam aktiviti Set Induksi dan juga penutup, guru boleh menggunakan kepala ulat dalam aktiviti nyanyian agar dapat menarik minat murid menyertainya. Ulat Genius dihasilkan dengan menggunakan kain,fiber,span,kotak dan bekas benang plastik. Ia berwarna hijau dan kuning berdasarkan warna ulat sebenar. Warnanya boleh dipelbagaikan penghasilannya mengikut kreativiti sendiri, selain ia sangat fleksibel dan membolehkan murid berinteraksi dengan alat bahan mengajar.

2. Tajuk/Tema Program/Projek Kreativiti Inovasi. Ulat Genius

3. Kumpulan Sasaran Murid berumur 4,5 dan 6 tahun.

4. Latar belakang program/Projek Kreativiti/Inovasi yang dilaksanakan Kedudukan sebelum program/Projek Kreativiti Inovasi dilaksanakan Sebelum ini guru mengajar olahan Operasi Tambah dan aktiviti Awal Sains menggunakan papan putih dan kad imbasan. Dengan terhasilnya Ulat Genius ia dapat merangsang keupayaan murid dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis selain dapat bermain dengan ABM tersebut. Masalah-masalah yang dihadapi 1) Masa yang diberikan untuk menghasilkan ABM adalah terhad.

2) Agak sukar menjahit zip pada badan ulat kerana bahagian badan ulat berbentuk bulat. 3) Saiz kepala ulat yg lebih besar berbanding bahagian badan ulat,menyebabkan ketidakseimbangan berlaku apabila kaki ulat dilekatkan. 4) kesukaran mencari bahan terbuang yang sesuai untuk menghasilkan kaki ulat.

Tarikh mula dan tarikh siap 20/9/2011 hingga 22/9/2011 (3 hari)

5. Objektif Program/Kreativiti/Inovasi Yang Dilaksanakan Standard kandungan 8.1- Memahami operasi tambah dalam lingkungan 10

Standard Pembelajaran 8.1.6- Menyelesaikan masalah operasi tambah menggunakan objek konkrit (solve numbers stories)

Standard Pembelajaran yang disepadukan BM 2.2.4 - Bersoaljawab secara spontan (4t) BM 2.27 - Bersoaljawab secara sopan (5t)

ST 3.2.1 - Menggunakan deria berikut dalam penerokaan alam persekitaran secara terbimbing :- (c) penyentuhan (4t/5t) KTI 2.1.4 - Menyanyi lagu yang mudah dengan sebutan jelas (4t/5t)

6. Program/Projek Kreativiti/Inovasi yang dilaksanakan Senarai Bahan

Kain berwarna kuning,hijau,merah,hijau muda Fiber Zip Zap-on Benang Jarum Gam Dunlop Gunting Kotak Span Mata Puppet Bekas benang plastik Dawai Spring (utk sesungut)

Cara Membuat Membuat boneka ulat dengan menggunakan kain,fiber,span dan zapon. Span digunakan sebagai asas bahagian badan ulat dan dibalut dengan kain berwarna hijau dan kuning. Di atas bahagian badan ulat dijahit zip untuk penyimpanan kad-kad imbasan. Setiap bahagian badan ulat dilekatkan zap-on dan poket serbaguna. Kaki dibuat menggunakan bekas benang plastik yang dibalut menggunakan kain berwarna hijau dan dialas dengan kotak dan box board sebagai tapak kaki ulat. Di atas bekas benang plastik yang telah dibalut,dilekatkan zap-on. Manakala asas kepala ulat dibalut dengan kain berwarna hijau dan dilekat mata menggunakan mata puppet,hidung menggunakan butang, span sebagai gigi ulat dan sesungut daripada fiber. Mulut ulat terdiri

daripada mounting board . Ekor ulat pula pula dihasilkan daripada fiber yang dibalut dengan kain.

Cara Pengendalian Guru membimbing murid dengan meminta murid melekatkan nombor / sukukata pada zap-on yang terlekat pada poket serbaguna ulat.

Perbelanjaan

Bahan Kain berwarna hijau,kuning,merah dan hijau muda Fiber Zap-on Gam Dunlop Box Board Span Mata Puppet Dawai Spring Jumlah

Kos Operasi (RM) RM 20.00 RM 2.00 RM 8.00 RM 9.00 RM 1.80 RM 20.00 RM 1.00 RM 1.00 RM 62.80

7. Bentuk Kejayaan Dapat menjimatkan kos operasi P&P kerana boleh digunakan semasa set induksi, penutup dan isi pembelajaran. Dapat menjimatkan masa Meningkatkan keberkesanan P&P Murid tertarik dengan ABM

Murid dapat berinteraksi dengan ABM dengan pengawasan guru yang minimum.

8. Masalah yang dihadapi semasa pengendalian dan cadangan penambahbaikan. Semasa pengendalian Saiz kepala ulat yang agak besar menyebabkan ketidakseimbangan apabila kaki ulat dilekatkan.

Cadangan penambahbaikan Saiz kepala ulat perlu dikecilkan sedikit untuk mendapatkan keseimbangan. Zap-on pada bahagian badan ulat boleh digantikan dengan magnet.

You might also like