Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
2Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Teknik Menghafal

Teknik Menghafal

Ratings: (0)|Views: 186|Likes:

More info:

Published by: Anne Wandylea Andirahmah on Nov 16, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

11/17/2012

pdf

text

original

 
Teknik Menghafal
Pakar Memori Amerika Syarikat
 I didn’t have learning disability, I just had an untrained memory
 -Mr. Kevin Trudeau
Teknik 1
 Teknik pertama untuk memindahkan fakta daripada memori jangka masa pendek ke memori jangka masa panjang yang ingin saya kongsikan dengan anda ialah
teknik pengulangan(Repetition)
. Ada satu pepatah Bahasa Inggeris yang mengatakan „Repetition is the mother of all skills‟ yang bermaksud bahawa pengulangan adalah ibu kepada segala kemahiran.
 Masalah daripada kajian yang mengatakan anda akan lupa 90% daripada apa yang andapelajari tadi dapat diatasi dengan membuat pengulangan. Begini, setelah guru anda mengajardi dalam kelas dan setelah anda memahaminya, anda perlu membacanya semula sebelum 48 jam berakhir. Contohnya, katakan guru anda mengajar subjek sejarah pada pagi hari Selasa,anda perlu membaca semula nota-nota yang anda tulis dalam kelas itu sebelum pagi hariKhamis.Jika anda tidak baca semula, anda akan lupa lebih 90% daripada apa yang anda telah pelajariitu. Jika anda menunggu hingga guru anda masuk ke kelas dan mengajar semula pada mingguhadapan, anda mungkin sudah lupa kesemuanya dan terpaksa bekerja keras untuk memahaminya semula dari peringkat awal. Bukankah itu merugikan?Jadi, untuk memudahkan anda mengingat apa yang guru anda ajarkan, ikuti 4 langkah ini.1. Fokus kepada guru anda ketika beliau mengajar di dalam kelas. Tumpukan perhatian andakepada apa yang diajarkan. Salin nota yang guru anda berikan dan buat catatan anda sendiritentang apa yang anda telah faham. Ini bermaksud, anda perlu berfikir tentang apa yang guruanda ajarkan.2. Sebaik-baiknya, pada waktu malam hari yang sama, anda buka semula buku nota yanganda salin tadi dan baca dari awal hingga akhir. Jika anda tidak sempat membuka nota itusemula pada hari yang sama, selewat-lewatnya lakukan pada keesokan harinya. Lebih lewatdaripada itu anda akan lupa lebih banyak lagi.3. Semasa anda membaca nota tersebut, bayangkan semula bagaimana cara guru andamengajar di dalam kelas tadi. Bayangkan apa yang terjadi di dalam kelas tadi. Semasa andabaca semula nota yang anda salin, anda seolah-olah dapat melihat semula keadaan di dalamkelas anda siang tadi. Ini menguatkan lagi ingatan anda kepada apa yang anda baru pelajari.
 
4. Jika boleh, baca nota itu berulang-ulang kali. Kali pertama mungkin anda baca denganperlahan tetapi setelah dibaca berulang-ulang kali, anda akan baca dengan lebih laju lagi. Iniakan menjimatkan masa anda.
Teknik 2
 Memori anda sukar untuk mengingat sesuatu dalam bentuk tulisan. Nota sejarah contohnyaselalu penuh dengan tulisan berwarna-warni. Walaupun warna boleh membantu daya ingatan,memori anda masih hadapi kesukaran kerana tulisan yang berwarna-warni kadangkala bolehmembuatnya berserabut dan tidak teratur.Jadi, mulai hari ini, anda perlu fikirkan bagaimana caranya untuk menukarkan nota-nota andadalam bentuk gambar. Bayangkan, jika anda baca buku sejarah, selalunya anda mudah lupaapa yang anda baca. Namun, jika anda baca komik (yang dipenuhi dengan gambar-gambar),anda boleh ingat apa yang anda baca. Malah, anda boleh ceritakan semula kepada kawan-kawan apa yang telah anda baca itu.Gunakan langkah-langkah ini untuk menukarkan nota anda kepada bentuk gambar.1. Pertama, katakan nota anda di tulis dalam satu muka surat penuh, cari
kata kunci
di dalamnota tersebut. Kata kunci adalah perkataan atau ayat yang boleh menggambarkan keseluruhannota tersebut. Contohnya, katakan nota anda adalah berkenaan simbol-simbol yang bolehditemui di dalam makmal Sains sekolah. Jika ia dibaca dalam bentuk ayat, penjelasan untuk satu simbol mungkin agak panjang. Jadi ia sukar untuk diingat. Apa yang anda boleh buatialah mencari hanya satu kata kunci bagi simbol tersebut.
Contohnya, jika anda lihat simbol bahan berasid, anda boleh guna kata kunci „menghakis‟.Lihat simbol, terus ingat kata kunci „menghakis‟. Anda tidak perlu hafal kesemua penjelasan
mengenai simbol tersebut kerana setelah anda faham kata kuncinya, anda boleh jelaskanmaksudnya dengan ayat anda sendiri.2. Kedua, lukiskan kata kunci anda itu. Nota anda sekarang patut dipenuhi dengan gambar-gambar kata kunci anda. Jika anda ada 5 kata kunci dalam satu nota, jadi anda ada 5 gambar.Kadangkala, 1 gambar boleh menerangkan lebih daripada 1 kata kunci. Contohnya, katakunci anda ialah mangsa dan pemangsa. Mungkin anda boleh lukiskan gambar seekor helangsedang menyambar seekor tikus. Apabila anda ingat gambar tersebut, anda boleh ingatbahawa helang adalah pemangsa dan tikus adalah mangsa. Anda akan sedar bahawa gambardan kata kunci ini jauh lebih mudah untuk anda ingati.Ada masanya, anda mempunyai banyak kata kunci yang perlu diingat dan kata kunci itusemua langsung tidak berkait. Sukar juga kalau terlalu banyak gambar yang anda perlu ingat.
Teknik 3
 Saya akan ceritakan bagaimana anda boleh menghafal atau mengingat semua kata kunci yangtelah anda tukarkan kepada bentuk gambar tadi.
 
Katakan anda ada lima kata kunci dalam nota anda. Setelah anda tukarkan kepada gambar,
apakah cara terbaik untuk anda mengingatinya? Cuba teknik yang saya namakan „ceritakreatif‟ ini.
 Katakan, 5 kata kunci saya ialah1. Kucing2. Karipap3. Selipar Jepun4. Besi buruk 5. MasjidSetelah anda tukarkan kepada bentuk gambar, anda patut membuat satu cerita ringkas supayaanda mudah untuk mengingatnya. Ada 3 syarat utama semasa anda membuat cerita tersebut.1. Cerita itu mesti ringkas dan pendek.2. Cerita itu mesti menggunakan kata kunci nota anda mengikut turutan.3. Cerita itu mesti mengaitkan semua kata kunci tadi.Contohnya, anda boleh tulis cerita ringkas itu begini:
“Kucing saya sedang makan karipap sambil memakai selipar Jepun. Tiba
-tiba sebatang besiburuk jatuh di d
epannya dan ia terus berlari sampai ke masjid di belakang rumah saya.”
 Apabila anda tulis cerita ini, anda patut bayangkan bagaimana agaknya kalau kucing andamakan karipap sambil memakai selipar Jepun. Imaginasi anda atau apa yang anda bayangkanini akan membantu daya kekuatan memori anda.Dalam masa yang sama, saya cadangkan anda lukiskan cerita anda itu. Maksudnya, seperticontoh cerita saya tadi, saya akan lukiskan seekor kucing sedang makan karipap sambilmemakai selipar Jepun. Gunakan imaginasi anda untuk melukis gambar tersebut. Gambaranda tidak semestinya gambar yang cantik seperti lukisan pelukis kartun professional. Cukupsekadar gambar itu dapat menggambarkan cerita anda tadi. Tetapi, harapnya, jangan andalukis gambar kucing tapi jadi gambar lembu sudahlah.Untuk membuat cerita anda lebih mudah diingati, ada 3 lagi tips tambahan.1. Cerita anda tidak semestinya logik atau munasabah
 – 
Anda tidak perlu risau tentangtatabahasa, jalan cerita mengarut, tidak masuk akal dan sebagainya. Cerita yang menarik selalunya pelik daripada biasa. Lebih pelik cerita itu, lebih mudah anda ingat.2. Masukkan aksi dalam cerita anda
 – 
 
Jika cerita anda cuma “Saya ada kucing. Saya pergi
beli karipap di pasar. Saya pakai selipar Jepun semasa ke pasar. Kemudian saya nampak 
sebatang besi buruk di depan masjid di hadapan pasar tersebut.” Cerita yang begini agak 
membosankan dan anda akan mudah lupa pada cerita ini. Letakkan aksi yang menarik danyang boleh membuat anda rasa berminat pada cerita tersebut.3. Masukkan unsur-unsur komedi dalam cerita anda
 – 
Anda akan lebih mudah ingat ceritayang kelakar berbanding cerita yang serius. Cerita yang kelakar juga boleh meningkatkantahap kreativiti anda. Jadi, buat cerita yang kelakar dan mencuit hati anda.Gunakan teknik ini untuk menghafal nota-nota anda. Saya cadangkan anda bekerjasama

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->